You are on page 1of 1

Sila baca 3 jurnal yang telah saya upload.

Nyatakan apakah masalah kajian yang


diutarakan oleh tiga jurnal tersebut.

Jurnal 1: choosing teaching as a career: perspectives of male and female Malaysian


student teachers in training.

Pernyataan masalah
Penglibatan kaum wanita di dalam profesion perguruan lebih tinggi berbanding penglibatan
kaum lelaki. Buktinya adalah berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Statistik Pendidikan
Malaysia (2006) iaitu tahun 2005 guru lelaki di sekolah rendah adalah sebanyak 31% manakala
di sekolah menengah mencatat peratusan sebanyak 36.6% menurun daripada tahun 2001 yang
mencatat peratusan sebanyak 33.4% bagi guru lelaki sekolah rendah dan 38.2% guru lelaki
sekolah menengah. Selain itu, pada tahun 2004 hingga 2005, statistik guru lelaki yang
berkhidmat antara umur 25-29 tahun juga menunjukkan penurunan dalam peratusan iaitu
26.5% berbanding guru perempuan yang mencatat peratusan sebanyak 73.5%. Secara
keseluruhan, dalam tempoh dua tahun (2004 hingga 2005) kadar peratusan guru lelaki
menurun dalam setiap peringkat umur yang dikaji. Data jelas menunjukkan 2/3 guru yang
berumur bawah 35 tahun merupakan guru wanita.
Data yang dikeluarkan ini menunjukkan bukti yang kukuh bahawa profesion perguruan di
Malaysia didominasikan oleh kaum wanita. Penurunan bilangan guru lelaki dalam bidang
keguruan telah membina persepsi iaitu kerjaya guru lebih sesuai kepada kaum wanita.
Penglibatan kaum lelaki dalam bidang keguruan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang
lain.

You might also like