You are on page 1of 2

Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini

tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan
nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. Apakah kempen
kesedaran tidak meninggalkan bekas di hati dan minda masyarakat atau kempen itu sendiri yang
gagal adalah dua perkara yang perlu dipersoalkan. Hakikatnya, saban tahun negara akan dikejutkan
dengan kematian disebabkan denggi. Kita masih lagi dikejutkan dengan berita pemergian
allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanahair Din Beramboi disebabkan oleh denggi. Kita juga
tentu masih tidak dapat melupakan laporan kematian kanak-kanak dan orang dewasa pada
pertengahan 2009 disebabkan oleh masalah yang sama.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat
dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau
tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di
dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan terdapat garisan putih-perak di
sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar,
kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat
bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air. Demam denggi berpunca
dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya.
Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja
seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka
bermulalah penyakit ini.

Memandangkan penyakit ini berlaku di kebanyakan negara tropikal yang terletak di garisan
khatulistiwa, sejumlah 2 bilion penduduk di negara-negara ini dibimbangi terdedah kepada denggi.
Infeksi denggi mungkin berupa Asymptomaticatau dan Symptomatic, yang mungkin
membawa kepada jenis demam denggi tertentu. Dalam perubatan moden, demam denggi adalah
sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi (virus Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk.
Individu yang sihat cenderung menghidap penyakit ini menerusi gigitan nyamuk aedes yang
mengandungi virus denggi. Antara jenis demam yang kerapkali disebut-sebut ialah demam tanpa
mengalami sebarang gejala iaitu denggi klasik (Classical Dengue Fever). Dalam kes ini pesakit
mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan
munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit. Demam denggi berdarah (Dengue Haemorrhagic
Fever atau Dengue Shock Syndrome) pula mempunyai gejalanya yang hampir sama dengan
denggi biasa namun pesakit akan mengalami pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut. Demam
denggi berdarah amat merbahaya dan boleh membawa kepada risiko kematian. Ia merupakan punca
utama kematian kanak-kanak di kebanyakan kawasan tertentu di negara-negara tropikal.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah
mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya pesakit yang disyaki denggi akan diberikan ubat
demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan meminum air dengan lebih kerap. Pesakit akan
dimasukkan ke wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah dan semasa menjalani
sesi rawatan pesakit akan di beri rawatan utama iaitu terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk
mengekalkan cecair badan mengambil air dengan banyak. Sekiranya pesakit tidak mahu atau
mampu minum, air akan ditambahan melalui cecair intravena akan diberikan untuk menghalang
kekeringan air dalam badan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin
diperlukan sekiranya kuantiti platlet darah turun dengan mendadak.

Simptom-simptom demam denggi ialah:

demam kuat secara mengejut.

demam berterusan
sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi, mata

ruam atau bintik merah di kulit

pendarahan di bawah kulit, hidung serta gusi

pesakit juga akan mengalami sakit kepala

hilang selera makan

muntah-muntah dan sakit perut.

Ia kemudian diikuti dengan denyutan nadi yang lemah, tekanan darah rendah (hipotensi), kulit
menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam
keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan. Dalam
sesetengan keadaan tertentu, jika rawatan tidak diberikan dengan segera pesakit mungkin akan
meninggal dunia dalam tempoh 12 24 jam.

Amalan Pencegahan

Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di
dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Pekara ini perlu kerana tanpa
kita sedar kawasan rumah dalah kawasan yang amat sesuai sebagai habitat pembiakan nyamuk
Aedes. Cara yang paling praktikal dalam usaha mengelakkan dijangkiti demam denggi dan
menghalang pembiakan nyamuk antaranya ialah menggunakan penyembur racun serangga,
memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air, menutup semua bekas
menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di
dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu. Orang ramai perlu
memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus (fogging) di dalam rumah.
Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sangat digalakkan untuk mencegah
pembiakan nyamuk aedes.

Justeru itu, demam denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam
kesejahteraan hidup dan masyarakat setempat. Walaupun kita kerap didedahkan dengan berita
tentang kematian akibat deman denggi ini, masyarakat masih lagi mengabaikan tahap kebersihan
rumah dan kawasan persekiran. Masyarakat dan pihak penguatkuasaan perlu lebih melipatgandakan
usaha untuk mencegah penyakit demam denggi. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan
berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya
pekara ini dilaksanakan dengan lebih berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan
masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah Denggi Membunuh.

You might also like