You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMATUOH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


P/S 62, 89957 NABAWAN

_______________________________________________________________________
Rujukan : SKSIM/
Tarikh : 17 FEBRUARI 2016

Ibu/Bapa/Penjaga Murid,
SK Simatuoh.
89957 Nabawan

Tuan,

MAKLUMAN BERKAITAN LATIHAN SUKAN ZON 3 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan terpilih bagi mewakili


sukan olahraga bagi peringkat daerah Nabawan. Oleh itu, latihan olahraga
akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 17 hingga 19 Februari 2016


Hari : Rabu hingga Jumaat
Masa : 7.30 pagi 5.30 petang

3. Pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran


anak turut serta latihan olahraga sepanjang tarikh tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan


ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

RUSILIN BIN TARAN


Guru Besar
SK Simatuoh

s.k : Fail Sekolah

You might also like