You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI 1/2016

SK Simatuoh,
Nabawan
Sabah

Tarikh : 01.03.2016
Masa : 12.30 Tengah hari
Tempat : Pusat Sumber

Kehadiran:
1. Cik Nurul Nazihah bt Jamaludin
2. En. Mohd Dzulkhairy bin Tajuddin
3. Cik Dg Yasmidah bt Md Yassin
4. En Mohd Raffizan bin Zulkepli
5. Cik Christy Gabuh

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN


KESIHATAN

1.1Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan


Jasmani Kali -1 bagi sesi 2016

1.2Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang


dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A)
531 Per 8 ].

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah


disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT
2016. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy
dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-


kurangnya perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am dan
Larian 1M 1S akan diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib
ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan
kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada
bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut
perlu direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta
peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.

4.2 En. Mohd Dzulkhairy mencadangkan segala aktiviti seperti pembelian hadiah
Pertandingan kuiz dan Larian 1M dan 1S menggunakan sumber kewangan PCG.

4.3 En. Mohd Raffizan mencadangkan supaya membeli lebih banyak alatan sukan
yang masih belum ada di stor sukan dan dapat memberi pendedahan kepada murid
pelbagai jenis permainan.

4.4 Cik Dg Yasmidah Mencadangkan supaya menambah bilangan bola getah dan
juga sebuah bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan
pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain
yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman
peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik
mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang
terlalu sedikit untuk setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar


yang segera untuk proses membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

..
( EN. Mohd Dzulkhairy bin Tajuddin ( CIK NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN )
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK SK SIMATUOH
SK SIMATUOH

You might also like