You are on page 1of 2

Rakan-rakan guru yang dikasihi, Pesan saya pada semua anak didik :

Pada bahu kita ini.. Kalau hendak tahu luasnya padang,


yang digelarkan cikgu tanyalah belalang.
diletakkan seribu harap Kalau hendak tahu banyaknya teluk,
oleh ibu bapa yang datang tanyalah siput.
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa Kalau hendak tahu luasnya kolam,
dengan harapan menggunung disandar jua. tanyalah katak.
Kalau hendak tahu dalamnya laut,
Kita yang digelar Cikgu tanyalah yu.
dengan wajah girang terima Kalau hendak tahu luasnya langit,
tanggungan yang bukan kepalang tanyalah helang.
harapan besar akan ditunaikan Kalau hendak tahu luasnya hutan,
tanyalah kijang.
Cikgu, pada bahu ini seorang cikgu Kalau hendak tahu kerasnya paku,
menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang tanyalah tukul.
memilih warna yang semakin sukar diadunkan Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,
dan selepas habis segalanya tanyalah galah.
jiwa raga, semangat nurani, malah diri Semua orang mempunyai pengetahuan,
diberikan untuk mendidik anak bangsa Semua orang boleh menjadi guru.
dan di hari kejayaan si ibu berkata:
Anak saya pintar dan rajin.
sebab itulah dia berjaya! Namun...kami semua di hadapan ini, mampu
menjadi belalang, berupaya menjadi kijang. Guru ini
Cikgu, Tak apalah cikgu hebat lakonannya seperti Shah Rukh Khan, germersik
semua mereka itu anak-anak orang indah suaranya seperti Siti Nurhaliza danlincah
cikgu hanya menumpang tuah kiranya geleceknya sepertiJoseph kalang T, serasi seperti
suatu masa nanti bangsa ini dapat bangun seperti kata SN Usman Awang:
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam
Pelita dan lampu segala Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Anak-anak murid yang dikasihi, Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Kerana anda jadi pelajar, Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jangan malas hendak belajar, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Hendak pandai menghargai masa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jangan dinanti esok lusa.
Guru sejati senyum mesra,
Jangan asyik berangan-angan, Sentiasa menggunakan budi bicara.
Tekun gigih jadi pegangan.
Senyuman dipapar menawan hati,
Jika berusaha sambil lewa, Tutur katanya penuh bererti.
Tidak hairan kalau kecewa.
Rela berkorban apa sahaja,
Masa itu emas dan wang, Kurang cakap banyak bekerja.
Walau sedikit jangan dibuang.
Guru sejati umpama lebah,
Masa berlalu terlalu pantas, Menebar ilmu sabar tabah.
Orang yang lalai akan dicantas. Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,


Mulutnya manis hatinya bersih.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini,


budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan
kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
sangat disanjung tinggi.

Marilah kita,
Yang busut hendaknya jadikan bukit
Yang bukit jadikan gunung.

Yang kapas hendaknya jadikan benang


Yang benang jadikan kain.

Mata air hendaknya jadikan sungai


Lopak jadikan kolam

Tasik hendaknya jadikan lautan


Alunnya jadikan gelombang

Seinci hendaknya jadikan sekaki


Sejengkal jadikan sedepa

Semangkuk hendaknya jadikan sehidangan


Sehasta jadikan sekodi

Semayam hendaknya jadikan sebungkal


Sekuali jadikan sekawah

Sekampung hendaknya jadikan senegeri


Seuncang jadikan seguni

Secubit hendaknya jadikan sekepal


Secupak jadikan segantang

Semangkuk hendaknya jadikan setempayan


Sebuntil jadikan sekepuk

Sehari hendaknya jadikan sebulan


Sebulan jadikan setahun
Semusim jadikan sekurun

Hidup tidak selalu indah,


tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

You might also like