You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA


TAHUN 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHAGIA

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHAGIA

TARIKH:
10 APRIL 2017 12 APRIL 2017

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHAGIA

CADANGAN KERTAS KERJA BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

PENGENALAN
Bulan bahasa Malaysia ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Malaysia
yang diadakan pada setiap tahun.Pelancarannya bermula pada bulan April. Pelbagai
aktiviti telah dirancang khusus untuk murid-murid mengikut tahap masing-masing.
Penganjuran bulan bahasa Malaysia pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu
menjana minda murid dan melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa
yang baik. Sehubungan itu, panitia Bahasa Malaysia telah merangka aktiviti yang
melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid.

MATLAMAT

Program Panitia Bahasa Malaysia bermatlamat melahirkan murid-murid yang


mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian, dan mempunyai keterampilan berbahasa
dalam kalangan murid. Ini adalah sejajar dengan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara bagi melahirkan individu yang seimbang. Program ini juga
bertujuan untukmencungkil bakat terpendam murid dan menggalakkan mereka
berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain itu juga
program ini berhasrat untukb menanamkan kecintaan murid terhadap bahasa
Kebangsaan ini.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia dengan betul dan terkawal.


2. Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah.
3. Mendaulatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsan.
4. Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
5. Menggalakkan murid-murid tahun satu mengaplikasi mengenal huruf.
6. Melatih murid menggunakan ilmu dan kemahiran pelaksanaan sesuatu
tindakan,amalan atau aktiviti yang melibatkan diri mereka sendiri.
7. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka.
8. Membina pemikiran yang positif.

SASARAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN


1
Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia Bahasa Malaysia berbentuk
pertandingan.Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Tahap 1 dan
tahap 2.

Pertandingan bagi kategori Tahap 1 ialah:


a) Pertandingan Teka Silang Kata
b) Pertandingan Mendeklamasi sajak.
c) Pertandingan Bercerita

Pertandingan bagi kategori Tahap 2 ialah:


a) Pertandingan Teka Silang Kata
b) Pertandingan Mendeklamasi sajak.
c) Pertandingan Bercerita
d) Pertandingan Syarahan
e) Pertandingan pantun
f) Pertandingan cerpen

Cara pengadilan bagi setiap pertandingan

1. Peserta pertandingan bagi aktiviti Panitia Bahasa Malaysia akan dihakimi oleh
hakim yang dilantik dalam kalangan guru-guru SK Kampung Bahagia.
2. Peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan dikira sebagai
pemenang.

PERINCIAN PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PANITIA BAHASA MALAYSIA

Pertandingan Teka silang kata

Objektif

a) Mencungkil bakat dan penguasaan kosa kata murid-murid.


b) Boleh mengaplikasikan penggunaan kosa kata dengan baik
c) Menanam keyakinan dalam diri murid-murid.
d) Memupuk semangat bertanggungjawab dalam kalangan murid-murid.

Syarat-syarat pertandingan

a) Terbuka kepada murid-murid tahap 1 dan 2.


b) Jumlah peserta tidak terhad. Setiap murid layak menyertai satu sahaja
c) Dapat menjawab dengan tepat.
d) Tempoh masa tidak ditetapkan kerana mengikut kesuaian kebolehan dan
kemahiran murid.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Pantun

Objektif:

a) Mencungkil bakat murid-murid dalam berpantun.


b) Menanamkan keyakinan murid-murid dalam menyampaikan pantun di pentas.
c) Menghidupkan semua amalan pantun yang diamalkan oleh orang melayu
zaman dahulu.

2
Syarat-syarat pertandingan pantun

a) Terbuka kepada murid tahap 2 sahaja


b) Setiap Tahun 4 , 5 dan 6 dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya tiga
peserta sahaja.
c) Setiap peserta perlu menyampaikan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun.
d) Pantun boleh diambil daripada mana-mana sumber yang boleh dipercayai.
e) Pantun yang disampaikan perlu mempunyai nilai-nilai murni.
f) Pasukan yang menyampaikan pantun dengan baik dan penuh keyakinan serta
memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Bercerita

Objektif

a) Menggalakkan murid-murid supaya lebih membaca dan mencari idea.


b) Membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia dengan lancar.
c) Menimbulkan keyakinan murid menggunakan bahasa Malaysia dengan betul.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu untuk pelapis peringkat sekolah
Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan terbuka kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu peserta.
c) Setiap peserta dikehendaki menyampaikan sebuah cerita dalam bahasa
Malaysia.
d) Cerita yang disampaikan hendaklah memberi contoh teladan dan nilai murni
yang tinggi.
e) Penyampaian cerita perlu mengikut tempoh yang ditetapkan.
f) Peserta yang mempersembahkan cerita dengan baik dan penuh keyakinan serta
memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

Objektif

a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang teknik mendeklamasikan sajak.


b) Memberi keyakinan murid-murid terhadap penguasaan bahasa Malaysia dalam
khalayak ramai.
c) Menggalakkan murid-murid melakukan rujukan pembacaan untuk mendapatkan
idea.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sekolah.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 1 dan tahap 2


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu peserta sahaja.
c) Setiap peserta perlu mendeklamasi sebuah sajak sahaja.
d) Tema sajak tidak boleh menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
e) Peserta yang memperoleh markah tertinggi serta memenuhi kriteria
pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
3
f) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan cerpen

Objektif

a) Menggalakkan murid-murid melaksanakan pembacaan lebih kerap untuk


pertandingan.
b) Membantu murid-murid mahir dalam penulisan karangan sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
c) Mencungkil bakat penulisan dalam kalangan murid.
d) Memupuk keyakinan dalam diri murid ketika mencipta cerpen.

Syarat-syarat Pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2 sahaja.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan
c) Tajuk cerpen adalah bebas tetapi tidak boleh meyentuh tentang isu perkauman,
agama dan politik.
d) Peserta yang menulis cerpen dengan baik serta memenuhi kriteria pemarkahan
diisytiharkan sebagai pemenang.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

Pertandingan Syarahan

Objektif

a) Mencungkil bakat bersyarah dalam kalangan murid-murid.


b) Menggalakkan murid-murid melakukan pembacaan lebih kerap.
c) Murid dapat mengaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan bebas individu ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sahaja.


b) Setiap kelas dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu peserta sahaja.
c) Penghujahan yang bermutu adalah penting. Setiap peserta diperuntukan masa
selama lima minit untuk menyampaikan hujah masing-masing.
d) Tempoh masa tidak melebihi 5 minit.
e) Penggunaan bahasa baku diwajibkan semasa penyampaian syarahan.
f) Peserta yang memperoleh markah tertinggi dan memenuhi kriteria pemarkahan
diisytiharkan sebagai pemenang.
g) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.
h)

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA


2017

PENGERUSI : PUAN JAMILAH BINTI APAS


TIMBALAN PENGERUSI I : ENCIK KEMMY SIMON
TIMBALAN PENGERUSI II : CIK LAINAH SAIMIN
TIMBALAN PENGERUSI III : PN AISAH AGUIR

4
KETUA PANITIA : ENCIK ANUAREE HUDDI BIN MOHD. HASIM
SETIAUSAHA : PUAN NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN
BENDAHARI : PUAN NORHATIMAH BISIT

JAWATANKUASA KERJA

JURU ACARA : PUAN NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN

BUKU PROGRAM : EN ANDIKIN ANDIMANG

HADIAH & SIJIL : PUAN ALTUNBAHIYAH ABD. HAMID


PUAN JESSICA

DOKUMENTASI
& BANNER : ENCIK KEFFLY KATING

AJK PERTANDINGAN

AKTIVITI PANITIA BAHASA MALAYSIA

TEKA SILANG KATA

PUAN NURUL NAZIHAH BT JAMALUDIN


EN KEFFLY KATING

PANTUN

PUAN ALTUNBAHIYAH ABD HAMID

BERCERITA DAN SAJAK

PUAN NORHATIMAH BISIT

CERPEN

EN ANUAREE HUDDI MOHD HASIM

SYARAHAN

PUAN AISAH AGUIR


PN JESSICA

PELAKSANAAN / PELANCARAN

Tarikh : 10 APRIL 2017

Hari : Isnin

Masa : 7.10 pagi

Tempat : Dataran perhimpunan

5
Sasaran : Warga SK Kampung Bahagia

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN

7.10 pagi : Perhimpunan pagi

: Ucapan Encik Anuaree Huddi bin Mohd Hasim (KP BM)

: Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

: Gimik Perlancaran

: Majlis Bersurai

ATUR CARA PANITIA BAHASA MALAYSIA

BIL TARIKH / HARI AKTIVITI

1 10.04.2017 Pelancaran dan Perasmian

Isnin Pertandingan teka silang kata (semua murid)

Pertandingan ejaan tulisan cantik


(pemulihan)

2 11.04.2017 Saringan pertandingan bercerita


(Tahap 1 dan tahap 2)
Selasa
Saringan pertandingan mendeklamasi sajak
(Tahap 1 dan tahap 2)

Penerimaan penyertaan pertandingan cerpen


(Terbuka)

3 12.04.2017 Peringkat akhir pertandingan bercerita


(Tahap 1 dan tahap 2)
Rabu
Peringkat akhir pertandingan mendeklamasi
sajak (Tahap 1 dan tahap 2)

Pertandingan syarahan (Tahap 2)

Pertandingan Pantun (Tahap 2)

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN

11.00 pagi : Perhimpunan

: Ucapan Ketua Panitia

6
En Anuaree Huddi bin Mohd Hasim

: Ucapan Perasmian penutupan oleh Guru Besar

Puan Jamilah bt Apas

: Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

: Majlis Bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA BILANGAN JUMLAH


L.
1 Banner RM 30
2 Hadiah Teka silang kata
dan sijil Hadiah & sijil : RM RM 18
3x6
*Johan ,N. Johan dan Ke-3 Setiap Kelas.
Bercerita
Hadiah & sijil : RM RM 18
3x6
*Johan ,N. Johan dan Ke-3 Setiap tahap
Syarahan
Hadiah & sijil : RM RM 15
5x3
*Johan ,N. Johan dan Ke-3.
Sajak
Hadiah & sijil : RM RM 18
3x6
*Johan ,N. Johan dan Ke-3 Setiap tahap.
Cerpen
Hadiah & sijil : RM RM 18
3x6
*Johan ,N. Johan dan Ke-3 Setiap Kelas.
Pantun
Hadiah & sijil : RM9 RM 27
x3
*Johan ,N. Johan dan Ke-3 Setiap kumpulan.
Tulisan cantik (pemulihan)
Hadiah & sijil : RM RM 9
3x3
*Johan ,N. Johan dan Ke-3.
Jumlah RM 153

7
PENUTUP

Aktiviti yang dicadangkan untuk bulan Panitia BahasaMalaysia diharapkan dapat


mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru,antara guru dengan murid dan antara
murid dengan murid. Diharapkan juga aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah diri
melalui pertandingan-petandingan yang diutarakan. Para pendidik merupakan wahana
yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi apa jua halangan
dan rintangan dalam mendidik anak-anak bangsa kerana mereka merupakan
kesinambungan untuk corak warna-warni kehidupan Negara pada masa akan datang.
Penganjuran Bulan Bahasa Malaysia diharap dapat menambah pengetahuan dan
keberanian murid menonjolkan bakat dalam bidang bahasa. Ini juga merupakan salah
satu cara untuk memperkembangkan potensi murid yang mempunyai keterampilan
bahasa selain mencungkil bakat terpendam murid. Langkah ini merupakan salah satu
cara menggilap permata bernilai ini agar dapat bersinar menyuluruh sinar kemajuan
Negara ke arah mencapai Negara maju. Dengan ini, panitia bahasa Malaysia secara
tidak langsung menjadi penyumbang dalam melahirkan individu yang berani
menghadapi cabaran yang datang dan juga memenuhi aspirasi Negara dengan
membina modal insan yang seimbang.

Saya yang menurut perintah :-

.....................................................................................................................
( ANUAREE HUDDIN BIN MOHD HASIM)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia
Bulan Panitia Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia,
Nabawan.

Disemak oleh,

.....................................................
(ENCIK KEMMY SIMON)
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia

Disahkan oleh,

...................................................
(PUAN JAMILAH BT APAS)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia

You might also like