You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

1.1 Objektif

Pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik menengah rendah dengan


topik transformasi adalah sangat penting. Objektif tugasan ini adalah untuk membuat
penilaian ke atas dua artikel ini dengan memberi ulasan kekuatan dan kelemahan.
Selepas itu, buat satu aktiviti pengajaran untuk para pelajar matematik menengah
rendah untuk mengenal ciri-ciri ketiga-tiga tajuk transformasi iaitu penjelmaan,
putaran dan pantulan. Seterusnya memberi cadangan untuk meningkatkan strategi
pengajaran.

1.2 Konsep-konsep asas transformasi

Transformasi adalah pergerakan semua titik dari tempat asal ke tempat baru.
Transformasi terdiri daripada tiga iaitu translasi, pantulan dan putaran.

1.2.1 Translasi

Translasi adalah pergerakan semua titik objek pada jarak dan arah yang sama tanpa
berputar atau memantul.

SEBELUM SELEPAS
1.2.2 Pantulan

Pantulan adalah semua titik objek dipantulkan pada satu garis lurus yang dipanggil
paksi pantulan. Setiap pantulan mempunyai garis cermin.

SEBELUM SELEPAS

1.2.3 Putaran

Putaran adalah semua objek berpusing pada arah yang sama pada satu titik dan sudut
yang sama. Berputar satu objek bererti untuk berpusing di bulatan. Setiap putaran
mempunyai satu pusat dan satu sudut.
2.0 PENILAIAN ARTIKEL

Artikel 1

Tajuk: Keberkesanan Penggunaan Perisian Permainan Pendidikan Gotrans


Dalam Pembelajaran Matematik Pelajar Tingkatan Dua

Pengkaji: EMRAM YUNUS

Artikel ini menunjukkan tujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan


Gotrans dalam pembelajaran Matematik. Gotrans ini adalah alat pengukuhan
pembelajaran.

Dengan membangunkan penggunaan perisian permaianan pendidikan Gotrans


ini membolehkan pelajar mempelajari Matematik dengan lebih baik. Perisian ini
adalah untuk membantu pelajar membina kefahaman dan mengukuhkan konsep
Transformasi dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
Gotrans adalah perisian pembelajaran yang berpusatkan murid. Dengan kaedah
pembelajaran ini, ia akan memberi suasana baru kepada pelajar iaitu mereka dapat
berhibur semasa belajar(Xiaohong Zhao, 2000). Teori tingkahlaku, teori kognitif dan
teori konstuktif akan diterapkan dalam penggunaan Gotrans. Pengaplikasian ketiga-
tiga teori dapat membantu pelajar dengan baik dari aspek pembangunan intelektual
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik(Noor Shah Saad, 2005). Dengan
penggunaan teknologi computer akan mempengaruhi dan mengubah cara pemikiran
seseorang termasuk pelajar(Papert,1980;Kallick, 2001). Dengan penggunaan
komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topic dalam sukatan Matematik.

Dalam artikel ini, guru-guru Matematik juga menghadapi kesukaran dalam


menyempurnakan tugas kerana kekurangan bahan bantu mengajar dan pelajar yang
kurang memahami konsep asas dalam tajuk Transformasi. Dalam penggunaan
perisian ini, pelajar-pelajar memahami konsep geometri yang asas(bentuk, ruang dan
garisan). Guru juga menghadapi masalah kekangan masa untuk perisian ini dengan
perlaksaan ini. Dalam permainan ini, pelajar perlu menghabiskan semua tahap
permainan sebelum bergerak ke tahap sederhana dan ke tahap sukar.
Kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar semasa mempelajari dan
menjawab soalan peperiksaan adalah tidak mampu membezakan penjelmaan tunggal
antara translasi, pantulan dan putaran dengan baik, tidak jelas dengan symbol dalam
transilasi yang mana x mewakili pergerakan mengufuk manakala y mewakili
pergerakan mencancang. Selain daripada itu, pelajar tidak mampu mencari putaran
dan paksi pantulan apabila diberi objek dan imej. Dengan ketidakpastiaan penjelmaan
yang terlibat dalam memetakan satu objek kepada imej tertentu.

Penggunaan perisian Gotrans memberi implikasi dan sumbangan kepada


pengajaran dan pembelajaran Matematik. Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman
(2007) menjelaskan bahawa perisian interaktif sangat berkesan dalam meningkatkan
pencapaian Matematik pelajar. Kebanyakkan pelajar merasakan bahawa proses
pembelajaran dengan perisian ini sangat selesa dan menyeronokkan serta
meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Dengan penggunaan perisian ini,
pelajar telah mengubah penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran
Matematik yang sebelum ini dianggap susah dan rumit. Akhir kata, semua pihak
perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan sumbangan ini
dimanfaatkan.

Artikel 2

Tajuk: Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk)


Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme Bagi Tajuk Penjelmaan Matematik
Tingkatan Dua

Pengkaji: ABDUL RAZAK BIN IDRIS & KU SOO NE

Artikel ini menunjukkan tujuan membangunkan satu perisian Pembelajaran


Berbantukan Komputer(PBK) bagi tajuk Transformation(Translasi, Reflenction dan
Rotation) dengan menggunakan Pendekatan Konstruktivisme. Pelbagai strategi
pengajaran yang sesuai digunakan dalam perisian ini iaitu tutorial, latih tubi dan
permainan.

Objektif kajian ini adalah menghasilkan sebuah perisian pembelajaran


berbantukan computer(PBK) yang bertajuk Penjelmaan iaitu salah satu topic bagi
mata pelajaran Matematik Tingkatan 2 berasaskan teori pembelajaran
Konstruktivisme.

PBK ini mempunyai muka yang mesra pengguna untuk digunakan. Dengan
perisian ini, pengguna dapat mengawal kadar pembelajaran mengikut keupayaan
masing-masing. Dengan menggunakan komputer guru dan pelajar dilatih untuk
menguasai kemahiran untuk menjamin kejayaan sekolah bestari. Melalui PBK ini,
pelajar dapat melihat dengan jelas melalui skrin komputer. Pembelajaran secara
kontekstual dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar dan
ia akan membantu pelajar memperolehi sendiri konsep-konsep sesuatu isi pelajaran
secara mudah,cepat dan berkesan. Pelajar akan menggunakan perisian ini untuk
membuat ulangkaji dan memperkukuhkan lagi tentang konsep penjelmaan.

Melalui PBK ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaki dengan
lebih efektif. Proses pengajaran lebih berpusatkan kepada pelajar dan secara tidak
langsung pelajar akan melibatkan dir secara aktif dalam proses pembelajaran.
Pembangunan persisian PBK ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
sendiri. Nilai berdikari dan bertanggungjawab pelajar akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif. Dengan unsur-unsur multimedia akan menarik minat
pelajar. Secara tidak langsung, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik
dapat dipertingkatkan.

Dari kelemahan PBK ini, guru harus sentiasa memeriksa kesilapan dan
kelamahan yang ditemui dan harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Guru harus
membuat pemantauan kepada murid dan memastikan murid itu belajar sendiri dengan
perisian ini. Tajuk penjelmaan ini agak mengelirukan pelajar bagi topik ini.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) memainkan peranan yang penting


dalam membantu para guru serta pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini disebabkan PBK mengintegrasikan unsur-unsur multimedia iaitu teks, grafik,
animasi, audio, video dan interaktiviti ke dalam perisian di mana elemen-elemen
tersebut amat membantu dalam mencapai proses pembelajaran pelajar ke tahap
optimum. PBK juga mengurangkan bebanan guru untuk menyediakan bahan
pengajaran yang menarik dan pelbagai. Pelajar juga boleh mengunakan PBK ini
sebagai bahan pembelajaran kendiri untuk mengulangkaji pelajaran secara sendiri di
rumah. Dengan demikian, negara tidak ada masalah lagi untuk menyediakan pelajar-
pelajar yang berketrampilan bagi menghadapi masa depan yang penuh dengan
cabaran.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN

LANGKAH AKTIVITI
LANGKAH 1 1. Guru memperkenalkan jenis-jenis transformasi
a) translasi
b) pantulan
c) putaran

2. Guru menyoal pelajar bagaimana untuk mengenal pasti jenis jenis


transformasi.

3. Pelajar cuba memberi jawapan yang betul.

4. Guru memberi penerangan ciri ciri transformasi dan memberi


contoh gambar yang sesuai.

a) Translasi
i. bentuk sama, size sama.
ii. orientasi bagi objek dan imej adalah sama.
iii. jarak antara objek dan imej yang sepadan adalah sama.
b) Pantulan
i. bentuk sama, size sama
ii. orientasi bagi objek dan imej berlawanan.
iii. jarak dari setiap objek dan imej sepadan adalah sama.
.

c) Putaran
i. bentuk sama, size sama
ii. orientasi bagi objek dan imej adalah sama.
iii. sudut putaran bagi setiap objek dan imej.

3. Pelajar membaca ciri-ciri transformasi tersebut.

LANGKAH 2 1. Guru memulakan pembelajaran dengan konsep asas tentang


translasi, pantulan dan putaran.

2. Guru menerangkan tentang kaedah untuk menentukan suatu


objek.
3. Guru memberi contoh kepada pelajar dan menayangkan dengan
slaid power point.

Translasi

Pantulan

Putaran

4. Guru mengulang semula ciri ciri transformasi.


5. Guru meminta pelajar melukis menggunakan petak grid.
6. Guru memberi tunjuk ajar dan menerangkan setiap soalan kepada
pelajar.

LANGKAH 3 1. Guru menunjukkan satu set soalan yang merangkumi tajuk


translasi, pantulan dan putaran.

2. Guru mengagihkan pelajar kepada 5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti jenis jenis


transformasi tersebut.

3. Guru meminta pelajar menulis jawapan tersebut dalam kertas


soalan.

4. Guru meminta murid menyemak jawapan mereka.

4.0 CADANGAN

Selepas aktiviti pengajaran saya, saya bercadang untuk meningkatkan strategi


untuk aktiviti pengajaran saya supaya sesuai dengan pelajar-pelajar yang
berpencapaian rendah. Saya akan mengulang semula dengan konsep-konsep
transformasi

Dalam tajuk translasi, saya seharusnya menerangkan langkah yang senang


untuk mudah mengingatkan teknik menjawab iaitu tengok kiri kanan, baru lintas
jalan. Dengan slogan ini, pelajar harus mengira petak ke kiri atau ke kanan dulu.
Selepas itu baru mengira petak ke atas atau ke bawah. Dengan menggunakan petak
grid, murid dapat mengira dengan senang dan memahami teknik menjawab. Selepas
itu, guru harus mengingatkan murid supaya mengetahui ke kiri dan ke bawah adalah
negatif dan bergerak ke kanan dan ke atas adalah positif.

Seterusnya tajuk pantulan, guru boleh menyediakan sekeping cermin dan


menyuruh pelajar datang ke depan. Selepas itu, saya akan menyuruh pelajar tersebut
mengangkat tangan. Dengan ini, cermin akan memantul imej yang bertentangan.
Dengan tajuk putaran, saya akan berlukis bulatan di lantai dan meminta dua
orang pelajar keluar ke depan dan seorang menjadi objek dan seorang menjadi imej
kepada objek tersebut. Saya akan menerangkan putaran objek dengan sudut 90, sudut
180, putaran ikut arah jam dan putaran lawan jam. Saya akan menyuruh pelajar
bergerak dan sampai sudut 90, saya akan memanggil pelajar itu berhenti. Pada masa
ini, saya akan menerangkan semula konsep-konsep putaran.

Selain daripada ini, penggunaan petak grid juga satu kaedah yang biasa pelajar
digunakan. Dengan penggunaan petak grid, ia akan menyenangkan pelajar untuk
mencari jawapan dengan mudah dengan mengira petak. Contoh penggunaan petak
grid adalah seperti dibawah

Dengan menggunakan petak grid, guru boleh menggunakan USB Vcam Image
Projector untuk memaparkan gambar dan soalan pada masa yang sama akan memberi
penerangan terhadap gambar dan soalan tersebut. Dengan penggunaan USB Vcam
Image Projector, ia akan mengukuhkan kemahiran pelajar dan membuat penilaian
formatif secara konstruktif dan berkesan. Guru boleh menjimatkan masa dalam
persediaan pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga boleh memilih atau menyediakan sumber pendidikan yang susuai,
menarik dan merangsang pemikiran pelajar. Penggunaan sumber pendidikan akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meningkatkan minat
murid untuk terlibat dalam pembelajaran. Guru memberi penekanan kepada cara
penggunaan yang betul dan aspek keselamatan penggunaan sumber pendidikan yang
berkaitan.

You might also like