You are on page 1of 28

Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 111

BAB A6

PERKEMBANGAN DAN PENGAWALAN


INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

PENGENALAN

Pembangunan industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980-an


didorong oleh keperluan semasa masyarakat Islam untuk mempunyai
alternatif insurans yang mematuhi keperluan Syariah selain dari
insurans konvensional, juga untuk melengkapkan operasi perbankan
Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983.

Desakan ke arah perubahan ini semakin meningkat apabila dicetuskan


melalui fatwa dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Malaysia, yang memutuskan bahawa kontrak insurans hayat yang ada
pada waktu itu adalah tidak sah (haram) disebabkan oleh kehadiran
unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Riba dan Maisir (perjudian).

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan


untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi undang-undang
Islam. Jawatankuasa itu kemudiannya telah mengemukakan laporan
dan draf Akta Takaful, yang akhirnya telah diluluskan oleh Parlimen
pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah sumber undang-undang
Takaful di Malaysia di mana Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada
Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 (Akta) adalah Akta yang
memperuntukkan peraturan kawalselia perniagaan Takaful di
Malaysia dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

A6.1 SEPINTAS LALU INDUSTRI TAKAFUL DI


MALAYSIA

Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984- 2010


112 Amalan Asas Takaful

Isu 1984 2010


Pengendali Satu pengendali komposit Sembilan pengendali
Takaful dengan modal berbayar komposit dengan modal
RM10 juta, yang menjadi minimum RM100 juta
asas kepada industri setiap pengendali, yang
Takaful. menggalakkan
persaingan yang sihat
dalam industri.

Pelabur / Bank Islam, Majlis Kumpulan Pelabur yang


Pemegang Agama Negeri dan terdiri dari pelabur
Saham Yayasan Dakwah Islam. swasta, kumpulan
perbankan, insurer dan
reinsurer.

Produk Produk terhad, tumpuan Pelbagai pilihan produk


hanya kepada Takaful dengan ciri-ciri yang
motor, kebakaran dan lebih sofistikated.
gadaijanji. Produk Produk Takaful keluarga
Takaful am menguasai menguasai 71% pasaran
63% pasaran ( (sumbangan/ premium
sumbangan / premium kasar).
kasar)

Pelanggan Majoriti orang Islam Islam dan juga bukan


Islam, dengan jangkaan,
keutamaan, kehendak
dan keperluan yang
berbeza.

Saluran Cawangan-cawangan, Cawangan-cawangan,


Pengagihan Pegawai Pemasaran dan Pegawai Pemasaran,
Meja Takaful. Anggota Agensi,
BankaTakaful, broker,
internet dan pakatan
kerjasama startegik.
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 113

Bentuk Terhad kepada deposit Instrumen pelaburan


Pelaburan Islam dan Sekuriti Islam yang lebih luas yang
kerajaan. diterbitkan oleh kerajaan
dan sektor swasta.

Dalam usaha untuk membangunkan industri Takaful di Malaysia,


Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan beberapa pendekatan
yang dibahagikan kepada tiga fasa:

Fasa I (1984-1992)

Bermula dengan enakmen undang-undang kawalselia, iaitu Akta


Takaful 1984 dan penubuhan pengendali Takaful yang pertama
pada tahun 1984. Akta yang masih digunakan ini digubal untuk
mengawal tatacara urus niaga Takaful dan mewajibkan
pendaftaran setiap Pengendali Takaful. Akta juga
memperuntukkan peraturan penubuhan Jawatankuasa Syariah
bagi memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful
mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Fasa II (1993-2000)

Mula memperlihatkan persaingan dalam industri Takaful dengan


kemunculan beberapa Pengendali Takaful yang mula memasuki
pasaran. Tempoh ini juga menyaksikan kerjasama yang lebih erat
di kalangan Pengendali Takaful di rantau ini termasuk
pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan
penubuhan ASEAN ReTakaful International (L) Ltd pada tahun
1997. Ini telah membantu urusan Takaful semula di kalangan
Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau Asean seperti
Brunei, Indonesia dan Singapura.

Fasa III (2001-2010)

Bermula dengan pengenalan Pelan Induk Sektor Kewangan


(PISK) pada tahun 2001 yang antara lain objektifnya ialah untuk
114 Amalan Asas Takaful

meningkatkan keupayaan Pengendali Takaful dan mengukuhkan


rangka kerja undang-undang, Syariah dan peraturan kawalselia.
Seksyen PISK yang berkaitan dengan Perbankan Islam dan
Takaful ialah pelan tindakan ke arah merealisasikan aspirasi
menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam
antarabangsa. Fasa ini juga telah menyaksikan kadar
pertumbuhan yang pesat dalam pembangunan industri Takaful,
dengan penubuhan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) pada
tahun 2002, sebuah persatuan bagi Pengendali Takaful. MTA
bercita-cita untuk meningkatkan kawal selia diri dalam industri
melalui keseragaman dalam amalan pasaran dan menggalakkan
tahap kerjasama yang tinggi di kalangan pemain dalam usaha
membangunkan industri.

A6.2 PERKEMBANGAN KAWALAN PERATURAN


TAKAFUL

Seperti yang diterangkan sebelum ini, Takaful bukanlah suatu kontrak


pertukaran jual beli. Di bawah kontrak Takaful, risiko tidak
dipindahkan dan dilindungi oleh pengendali. Dari perspektif konsep
saling membantu dan berkerjasama, ia adalah satu persetujuan dan
jaminan bersama di kalangan peserta. Apabila ia diterjemahkan ke
dalam operasi praktikal, ia adalah suatu kontrak mudharabah,
wakalah, gabungan antara kedua-duanya atau wakaf, di antara peserta
dan pengendali.

Sebagai pemegang amanah peserta, Pengendali Takaful juga


bertindak sebagai pemegang amanah awam, di mana peserta
menyumbang dengan objektif dan kewajipan yang berbeza seperti
yang ditunjukkan dalam dana Takaful. Selaras dengan tanggungjawab
amanah ini, ia menjadi tanggugjawab Pengendali Takaful untuk
melindungi kepentingan orang ramai bagi memastikan operasi
perniagaan Takaful dikawalselia dan tadbir urus dengan baik.

Dalam hal ini, rangkakerja operasi dan kawal selia perniagaan


Takaful di Malaysia dikawal oleh peraturan-peraturan berikut:
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 115

Akta Syarikat 1965


Akta Takaful 1984
Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan
Islam (AAOIFI)
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)
Akta Bank Negara Malaysia 2009
Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB)
Akta Cukai Pendapatan 1967

6.2.1 Akta Syarikat 1965

Di Malaysia, Pengendali Takaful haruslah merupakan entiti korporat


dengan liabiliti terhad dan modal berbayar yang telah ditetapkan.
Bagi tujuan ini, pengendali mestilah sebuah syarikat yang
diperbadankan di bawah Akta ini. Pengendali menjadi entiti yang sah
di sisi undang-undang untuk berurusan dengan ahli-ahli dan pegawai-
pegawai termasuk pengarah, seperti yang ditakrifkan dalam Akta, dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan objektif, kuasa dan kuatkuasa.

6.2.2 Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA)

Rangka kerja yang berkuat kuasa pada bulan Julai 2007 merupakan
suatu usaha industri yang bertujuan memperbaiki lagi amalan
penyelesaian premium insurans am dengan menumpukan usaha
menyelaraskan akaun, bayaran premium dan bayaran komisen antara
broker dan syarikat insurans atau Pengendali Takaful. Ia juga
memberi penegasan tentang penguatkuasaan yang lebih berkesan
terhadap syarat-syarat waranti premium bagi kelas tertentu insurans
dan Takaful bukan motor agar ia dapat mengurangkan risiko yang
ditanggung oleh penanggung insurans dan Pengendali Takaful bagi
polisi yang bayaran premiumnya masih belum diterima.

Perlaksanaan Perjanjian Antara Pengendali Takaful (ITA) oleh


Pengendali Takaful meningkatkan lagi tahap profesionalisme dalam
industri Takaful.
116 Amalan Asas Takaful

ITA memberi tumpuan kepada:-

tatacara atau perlakuan para pengamal Takaful dan intermediari;


dan
membantu penubuhan suatu mekanisma berpusat yang berfungsi:
pendaftaran intermediari Takaful,
mekanisma penguatkuasaan dan
rangkakerja disiplin bagi memastikan ia dipatuhi oleh
ahlinya.

Pelaksanaan ITA akan menggalakkan etika kerja dan perlakuan yang


lebih teratur dan memastikan amalan pasaran yang lebih konsisten di
kalangan Pengendali Takaful, di samping menggalakkan persaingan
yang adil dikalangan penanggung insurans dan Pengendali Takaful.

6.2.3 Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia

Peraturan-Peraturan Insurans dan Pelaburan di Malaysia


diperkenalkan dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Adalah
penting bagi para profesional perkhidmatan kewangan di Amerika
Syarikat dan di tempat-tempat lain untuk berhati-hati apabila
berurusan dengan pendatang atau warganegara Malaysia yang
berkaitan dengan kepentingan insurans dan pelaburan di Malaysia.
Umum perlu mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia adalah bank
pusat bagi Malaysia. Bank Negara Malaysia berfungsi mengawal:

Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan


Kawalselia Insurans dan Takaful

A6.3 RANGKA KERJA PERUNDANGAN INDUSTRI


TAKAFUL

Pada tahun 1982, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan


untuk mencari alternatif insurans yang mematuhi Syariah Islam.
Jawatankuasa ini telah mengemukakan laporan dan akhirnya Akta
Takaful telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 117

Takaful 1984 adalah sumber undang-undang Takaful di Malaysia.


Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful
1984. Seksyen 53A Akta Takaful 1984 mengkehendaki pengendali
Takaful membentuk Jawatankuasa Syariah masing-masing. Akta
Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan peruntukan
undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan tujuan-tujuan
lain yang berkaitan dengan Takaful.

Undang-undang am yang mempengaruhi Takaful meliputi prinsip-


prinsip am kontrak di mana mesti ada ijab (tawaran) dan qabul
(penerimaan), dan juga pengeluaran nota perlindungan atau nota
perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil Takaful
adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau
balasan yang wujud dalam kontrak ialah peserta membuat bayaran
premium atau sumbangan secara berkala, sementara pengendali
Takaful menjanjikan bayaran indemniti kepada peserta / pihak yang
diinsuranskan.

Perlaksanaan Akta Takaful dilengkapkan dengan pengenalan


Peraturan Takaful (Peraturan) dimana Bank Negara Malaysia (BNM)
menyatakan dengan terperinci tentang keperluan-keperluan mandatori
yang terkandung dalam peruntukan tertentu dibawah Akta berkenaan.

A6.4 MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN


JAWATANKUASA SYARIAH

Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah


ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mei 1997.
Objektif penubuhan adalah untuk meneliti dan menimbangkan
sebarang keputusan Syariah mengenai perniagaan perbankan Islam
dan Takaful di bawah penyeliaan BNM. Majlis ini bertanggungjawab
untuk menyelaraskan pentafsiran Syariah bagi perkara-perkara yang
di bawah bidang kuasa mereka.

Akta BNM 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun
2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah.
Pindaan tersebut telah memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai
118 Amalan Asas Takaful

sebuah badan yang berwibawa dan mempunyai hak ke atas perkara


Syariah yang berkaitan dengan kewangan Islam dan Takaful. Status
Majlis telah dinaiktaraf sebagai pusat rujukan bagi mahkamah
Malaysia untuk isu-isu berkaitan dengan kewangan Islam dan
Takaful.

6.4.1 Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia

BNM telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 bertujuan


meningkatkan peranan dan fungsi SAC dalam hal berkaitan
Perbankan Islam dan Takaful. Pindaan ini telah mengiktiraf kuasa
SAC sebagai badan berkuasa tunggal Syariah berkaitan kewangan
Islam. Sebagai sebuah badan berkuasa tunggal Syariah, SAC akan
menjadi pusat rujukan bagi pertikaian melibatkan isu-isu perbankan
Islam, kewangan dan Takaful yang dirujuk oleh mahkamah atau
penimbang tara. Untuk menjadikannya sebagai sebuah badan yang
berkesan, SAC beroperasi sebagai sebuah badan bebas dengan tahap
integriti yang tinggi demi meraih keyakinan orang ramai. Dengan
cara ini, ia akan dapat merangsang perkembangan industri ketahap
yang lebih tinggi. Terdapat keperluan yang mendesak untuk
menentukan hubungan diantara SAC dan badan-badan Syariah lain
yang bertindak sebagai penasihat dalam industri. Sebuah badan
Syariah industri yang dikenali sebagai Majlis Penyeliaan Syariah
(SSC) telah diperkenalkan dan akan memainkan peranan sebagai
pelengkap dan sokongan kepada SAC.

Bank Negara Malaysia telah menyediakan satu garis panduan


pematuhan SSC bagi institusi kewangan Islam, di mana SSC akan
mengawal tadbir urus institusi Kewangan Islam. Objektif garis
panduan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut:-

merangka peraturan, undang-undang dan prosedur penubuhan


SSC.
menetapkan peranan, bidang tugas dan tanggungjawab SSC.
menetapkan had hubungan dan kaedah perlaksanaan tugas SSC
dan SAC.
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 119

6.4.2 Jawatankuasa Syariah (SC) Pengendali Takaful

Setiap Pengendali Takaful dikehendaki membentuk satu


jawatankuasa SSC, selaras dengan keperluan Akta Takaful 1984.
Keterangan lanjut garis panduan mengenai kawalselia SSC adalah
seperti berikut:

Perlantikan ahli

Berdasarkan dari cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa


Penamaan, Lembaga Pengarah akan melantik SSC. Perlantikan
ahli SSC perlu mendapat persetujuan bertulis dari Bank Negara
Malaysia. Perlantikan ahli SSC adalah sah untuk tempoh dua
tahun dan keahlian boleh diperbaharui.

Kelayakan

Nama yang dicadangkan untuk menjadi ahli lembaga SSC


mestilah mempunyai sijil kelayakan atau mempunyai
pengetahuan yang diperlukan, kepakaran atau pengalaman dalam
bidang perundangan Islam (Usul al-Fiqh) atau urus niaga
Islam/undang-undang komersil (Fiqh al-Mu'amalat). Walau
bagaimanapun, memiliki sijil kelayakan dalam bidang / mata
pelajaran yang dinyatakan diatas bukanlah syarat wajib, tetapi
calon perlu mempunyai kepakaran atau pengalaman yang
diperlukan dalam bidang berkaitan.

Jumlah Keahlian

Jumlah keahlian dalam SSC hendaklah mengandungi sekurang-


kurangnya tiga (3) orang ahli. Sebagai tambahan, sekurang-
kurangnya seorang pegawai hendaklah dilantik, di mana calon
berkenaan perlu memiliki pengetahuan dalam bidang Syariah
dan akan bertugas di sekretariat SSC.
120 Amalan Asas Takaful

Had Sekatan SSC

Selaras dengan peruntukan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara


Malaysia 1958, pengendali Takaful tidak dibenarkan melantik
mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah (SAC) dilantik sebagai
ahli SSC.

Tugas dan Tanggungjawab SSC

Mestilah tidak terlibat dalam kumpulan pengurusan syarikat


Takaful. Tugas Pengurusan dan dasar syarikat adalah
tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelicinan
perjalanan operasi pengendali Takaful, tugas dan tanggungjawab
SSC ditetapkan seperti berikut:

o mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan


pematuhan syarikat terhadap keperluan Syariah, dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang-Pemegang Saham.
o mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi
kontrak agar ia selaras dengan semangat dan objektif fatwa.
o memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau
kemusykilan syarikat berkaitan isu perundangan Islam dalam
Takaful. Keputusan hendaklah dibuat secara sebulat suara
(syura), bukan berdasarkan keputusan majoriti.
o mengemukakan pendapat / cadangan yang difikirkan wajar
serta memberi nasihat agar perkara berbangkit dirujuk ke
Majlis Penasihat Syariah.

A6.5 BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia sebagai badan pengawal dan penyelia industri


Takaful telah merangka dan memperkenalkan rangka kerja kawal
selia bagi mengimbangi objektif:

1. Pengawal
2. Pengendali
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 121

3. Pengguna
4. Pemegang saham tempatan dan antarabangsa

Tujuan utama rangka kerja adalah untuk memastikan agar pengantara


/ intermediari Takaful mendapat maklumat yang mencukupi
mengenai bakal peserta sebelum memberikan nasihat yang wajar dan
kesesuaian sesuatu produk Takaful keluarga kepada bakal peserta.

Garis panduan diperkenalkan untuk meningkatkan tahap


profesionalisme dan kebertanggungjawaban pengantara Takaful serta
melindungi kepentingan peserta dengan memastikan bahawa mereka
berada dalam kedudukan untuk membuat keputusan yang betul
apabila menyertai skim Takaful keluarga.

6.5.1 Objektif Penyeliaan

Mengekalkan kestabilan industri Takaful


Memupuk keyakinan orang ramai terhadap industri Takaful
Menggalakkan standard kawal selia yang terbaik dalam
pengurusan pengendali Takaful
Memastikan pengguna diberitahu sepenuhnya sebelum
membuat keputusan
Mengintegrasikan usaha penyeliaan yang merentasi
sempadan dan sektor.

Bank Negara Malaysian memainkan peranan penting dalam:

Memastikan pengendali Takaful melaksanakan urusniaga


dengan cara yang terbaik demi manfaat para peserta.
Memastikan operasi pengendali Takaful mengikut keperluan
Syariah.
Memupuk keyakinan orang ramai terhadap Takaful dan
kewangan Islam secara keseluruhannya.
Menggalakkan amalan pemasaran yang baik serta
mengukuhkan tadbir urus korporat.
122 Amalan Asas Takaful

Memastikan saluran sumber ekonomi yang berkesan dan


sesuai. Mengekalkan kestabilan sistem kewangan secara
keseluruhannya.

BNM sebagai badan pengawal dan penyelia industri Takaful telah


mengeluarkan beberapa surat pekeliling dan garis panduan seperti
yang termaktub dalam Perundangan Tadbir Urus yang disediakan
oleh senarai pekeliling dan garis panduan BNM (www.bnm.gov.my).

Untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Kelakuan Pasaran dan


Perlindungan Pengguna, Bank Negara Malaysia telah mengenal pasti
aspek-aspek berikut:

Pendedahan kepada pengguna - Memastikan peserta


memperolehi akses kepada maklumat yang tepat, cepat dan
berkaitan.
Kecekapan Pengantara - pengawasan yang lebih rapi amat
diperlukan bagi memastikan amalan jualan yang betul
memandangkan manfaat yang ditawarkan adalah tidak
dijamin.
Pendidikan Pengguna - Memupuk kesedaran yang lebih
tinggi dan pemahaman tentang risiko serta hak-hak berkaitan
produk Insurans dan Takaful.
Saluran Sedia ada - mekanisme penyelesaian pertikaian yang
menawarkan kaedah penyelesaian pertikaian dengan kadar
segera.

A6.6 AKTA TAKAFUL 1984

Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan Takaful di Malaysia.


Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful
1984. Akta Takaful 1984 (Akta) merupakan Akta yang menetapkan
peruntukan undang-undang perniagaan Takaful di Malaysia dan
tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan Takaful.

Antara Peruntukan Utama yang terkandung dalam Akta Takaful 1984


ialah:
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 123

Penubuhan anak syarikat (subsidiari) dan pembukaan pejabat


cawangan.

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful


mendapatkan lesen kelulusan dari BNM terlebih dahulu sebelum
membuka pejabat dalam negeri atau luar negara.

Dana Takaful dan Dana Pemegang Saham

Pengendali Takaful perlu menyelenggara dana berasingan untuk


urusniaga di Malaysia dan luar negara, serta urusniaga Takaful
Keluarga dan Takaful Am, di samping memastikan aset yang
mencukupi dalam dana Takaful bagi memenuhi liabiliti.

Modal Berbayar Minimum

Peruntukan Akta mengkehendaki Pengendali Takaful yang


diperbadankan di Malaysia perlu mempunyai dan mengekalkan
modal berbayar minimum sebanyak:

RM35 juta pada atau sebelum 31st Dec 1998


RM50 juta pada atau sebelum 31st Dec 2000
RM100 juta pada atau sebelum 30th June 2001

Margin Kesolvenan Minimum

Margin Kesolvenan yang bertindak sebagai penahan (cushion)


terhadap turun naik di luar jangkaan dalam tuntutan dan/atau
kerugian pelaburan. Peraturan telah menetapkan bahawa
Pengendali Takaful berlesen perlu mengekalkan margin
kesolvenan minimum. Jumlah minimum yang dikehendaki
dibawah Akta bagi setiap kelas perniagaan (Takaful Keluarga dan
Takaful Am) ialah:-

RM40 juta, bermula dari 1 Januari 2000


RM50 juta, bermula dari 1 Januar1 2001
124 Amalan Asas Takaful

Arahan dan Kawalan terhadap Pengendali Takaful yang Ingkar

Satu sistem amaran awal disediakan bagi Pengendali Takaful


yang mematuhi margin kesolvenan minimum tetapi mencatatkan
pulangan perniagaan yang merugikan atau menghadapi
kekurangan margin kesolvenan.

Kuasa memeriksa dan menyiasat oleh BNM, penggulungan


syarikat dan memindahkan lesen perniagaan.

Tugas penyeliaan urusniaga Takaful meliputi pemeriksaan


tatalaku urus niaga komersial, aktuari dan tatalaku pasaran
perniagaan Pengendali Takaful serta cawangannya. Pemeriksaan
juga meliputi kajian semula secara mendalam dan penilaian
Perolehan, Pengurusan, Aset dan Kesolvenan (Earning,
Management, Assets and Solvency - EMAS ).

Penguatkuasaan Undang-undang oleh BNM terhadap


Kesalahan

Akta ini memberi kuasa kepada Gabenor BNM untuk


mengkompaun kesalahan di bawah Akta atau Peraturan, termasuk
mengenakan denda.

Perkara-Perkara berkaitan Sijil / Polisi dan peruntukan-


peruntukan am lain.

Peraturan menyediakan peruntukan bagi mempercepatkan


bayaran manfaat polisi di bawah sijil Takaful Keluarga atau
kemalangan diri. Ia juga mewujudkan amanah bagi pihak penama
yang merupakan pasangan (suami atau isteri), anak atau ibu bapa.

Mengendali aduan dan pertanyaan awam berkaitan isu Takaful

BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan di bawah


Jabatan Kawalan Insurans dan Takaful. Biro Perantaraan Insurans
dan Takaful telah ditubuhkan pada 1992 yang berfungsi sebagai
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 125

saluran alternatif kepada orang ramai untuk mengendali aduan


mereka.

Dana Skim Jaminan Insurans

BNM diberi kuasa untuk menubuhkan dan mengurus Dana Skim


Jaminan Takaful (Takaful Guarantee Scheme Fund - (TGSF)
yang berasingan untuk perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful
Am, bagi polisi / sijil yang dikeluarkan di Malaysia. Penubuhan
TGSF bertujuan memenuhi liabiliti kesolvenan mana-mana
Pengendali Takaful. Dana ini dibiayai dari bayaran levi yang
dikenakan ke atas Pengendali Takaful berlesen.

A6.7 PERLINDUNGAN PENGGUNA

Biro Perkhidmatan Pelanggan

Pada 1 Julai 1998, BNM telah menubuhkan Biro Perkhidmatan


Pelanggan (Customer Services Bureau - CSB) di bawah Jabatan
Kawalan Insurans, yang berfungsi sebagai pusat rujukan setempat
bagi semua aduan dan pertanyaan mengenai perkara-perkara
berkaitan insurans yang diterima daripada orang ramai.

Setiap pertanyaan atau aduan akan diserahkan kepada penyiasat


yang kemudiannya akan mengkaji kes tersebut bagi memastikan
syarikat insurans dan / atau pengendali yang terlibat telah
mematuhi semua keperluan statut insurans dan peraturan yang
berkenaan, serta pengguna telah dilayan secara adil. Ketika
mengendalikan kes berkaitan, penyiasat akan menghubungi
syarikat insurans / pengendali dan meminta mereka memberi
maklumbalas terhadap semua aspek aduan / pertanyaan. Setelah
siasatan dan kajian semula itu selesai, penyiasat akan
menyediakan dan menghantar laporan keputusan siasatan kepada
pengguna. Sekiranya difikirkan wajar, kes akan dirujuk kepada
Unit Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut, yang mungkin boleh
mengenakan tindakan denda / penalti pentadbiran.
126 Amalan Asas Takaful

Kebanyakan aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans


melibatkan:

kelewatan menyelesaikan tuntutan


pertikaian mengenai amaun tuntutan yang ditawarkan
kelewatan dalam urusan surat menyurat
menolak tuntutan / liabiliti disebabkan syarat-syarat polisi
pembatalan polisi / sijil

Biro Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)

Bank Negara Malaysia telah menubuhkan beberapa agensi bagi


memenuhi keperluan pengguna melalui penubuhan Biro
Perantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau - FMB)
yang berfungsi sebagai alternatif kepada mahkamah, untuk
menyelesaikan pertikaian di antara pengguna dan penyedia
perkhidmatan kewangan. FMB adalah sebuah organisasi bebas -
organisasi tidak berorientasikan keuntungan, yang diperbadankan
sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan, yang disokong
oleh ahli-ahlinya dengan levi tahunan, seperti yang ditentukan
oleh Lembaga Pengurusan bagi menampung semua perbelanjaan
Biro. Fungsi utama FMB ialah menyediakan saluran penyelesaian
pertikaian yang bebas, mudah, cekap dan percuma.

Perantaraan adalah satu alternatif kepada proses pendakwaan


mahkamah. Perantara menjadi pendamai kepada kedua-dua pihak
iaitu pengadu dan institusi terbabit, melalui proses meneliti dan /
atau menyiasat aduan yang diterima membabitkan isu dan pihak-
pihak yang terlibat. Perantara juga perlu meneliti tentang
keadaan, situasi dan isu-isu di luar amalan undang-undang dan
industri bagi setiap kes yang disiasat. Perantara boleh
membincangkan hasil siasatan dengan salah satu atau kedua-dua
belah pihak yang bertelagah apabila siasatan selesai. Sekiranya
kedua-dua pihak bersetuju dengan jalan penyelesaian yang
dicadangkan, perkara tersebut dianggap telah dapat diselesaikan.
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 127

Sekiranya kedua-dua pihak tidak mencapai jalan penyelesaian,


perantara akan membuat keputusan berdasarkan:

o hasil siasatan dan kajian mengenai kes berkenaan


o amalan dalam industri berkaitan serta undang-undang yang
berkaitan
o maklum balas yang diterima dari penyedia perkhidmatan
kewangan
o maklumat / dokumen yang disediakan oleh pengadu
o pemerhatian perantara keatas kes diluar ketetapan undang-
undang atau amalan industri bagi setiap aduan, tuntutan atau
pertikaian.

Keputusan yang dibuat oleh perantara akan mengikat pihak


institusi terbabit tetapi tidak ke atas pengadu. Pengadu
mempunyai pilihan sama ada menerima keputusan perantara atau
memanjangkan kesnya ke pihak lain (jika ada). Penubuhan biro
ini adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan
Pengguna Kebangsaan yang berperanan menyediakan
perkhidmatan perantaraan di bawah satu bumbung untuk
kemudahan dan keselesaan pengguna. FMB mempunyai
kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi.

Bidang kuasa FMB telah diperluaskan kepada:

Amaun tuntutan
Aduan / pertikaian Amaun Amaun terdahulu
dipertingkatkan
Insurans/Takaful Maksimum Maksimum
Motor dan Kebakaran RM200,000 RM100,000
Kerosakan Harta Maksimum -tiada-
Pihak Ketiga RM5,000
Lain-lain Maksimum - tiada-
RM100,000
128 Amalan Asas Takaful

Pengecualian

FMB tidak akan memberi pertimbangan ke atas aduan, pertikaian


atau tuntutan yang berkaitan dengan:

Harga produk
Polisi-polisi berkaitan produk
Perkhidmatan ahli
Keputusan berkaitan kredit (diluluskan, ditolak &
penjadualan semula pinjaman)
Kes penipuan (selain dari kes yang tidak melebihi
RM25,000.00)
Kes yang mempunyai tempoh masa atau melebihi 6 tahun
Kes yang akan / telah dirujukkan ke mahkamah dan / atau
timbang tara.

A6.8 PERSATUAN-PERSATUAN DALAM INDUSTRI

Persatuan-persatuan yang wujud dalam industri adalah merupakan


persatuan mandatori, yang dinyatakan secara khusus dalam Akta.
Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful wajib menyertai atau
melanggan persatuan-persatuan mandatori berkaitan sebelum mereka
boleh memulakan aktiviti perniagaan. Jika pengendali tidak menyertai
persatuan, denda / penalti yang dikenakan ialah sebanyak RM80,000
dan RM16,000 setiap hari, seperti yang diperuntukkan di bawah
Seksyen 4(2) d dan 4(5) Akta Takaful, 1984.

Tujuan diwujudkan persatuan dalam industri adalah untuk


memudahkan proses kawal selia diri (self regulation) dikalangan
penggiat-penggiat industri. Ia juga memudahkan proses perantaraan
di antara pihak berkuasa dan industri. Ia akan menjadi platform utama
yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengawal industri.
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 129

No. Nama Persatuan Objektif Utama

1. Persatuan Insurans Menggalakkan pembentukan


Am Malaysia struktur insurans yang kukuh di
(PIAM) Malaysia.
Mengumpul dan menyebarkan
maklumat dan statistik yang
berkaitan dengan insurans am.
Membuat peraturan, undang-
undang, tarif dan undang-undang
kecil setelah dibincangkan dan
mendapat persetujuan Ketua
Pengarah Insurans (DGI) untuk
dilaksanakan oleh ahli-ahli
persatuan.
Mengendali kumpulan motor tidak
berinsurans (unplaced motor pool)
dan Persatuan Perlindungan
Kebakaran.
Membantu dengan apa cara
sekalipun yang termampu untuk
mengurangkan kadar kerugian dan /
atau kemalangan, dan mencegah
jenayah.
Bekerjasama dengan persatuan
Takaful dalam usaha menggalakkan
perkembangan yang sihat dalam
industri insurans dan Takaful.

2. Persatuan Broker Menggalakkan dan mewujudkan


Insurans dan suasana perniagaan pembrokeran
Takaful Malaysia yang berdaya saing, dengan
kerjasama dan panduan dari Ketua
(Malaysian Pengarah Isurans.
Insurance and Menjaga dan mewakili kepentingan
Takaful Brokers ahli-ahli.
Association -
130 Amalan Asas Takaful

(MITBA) Membuat catatan mengenai


peristiwa, kenyataan dan pendapat
orang ramai yang boleh memberi
kesan kepada ahli, dan
menasihatkan mereka agar
memperjuangkan kepentingan
mereka dengan mengemukakan
pendapat atau pandangan sekiranya
difikirkan wajar.
Bekerjasama dengan Persatuan-
persatuan lain yang serupa
dengannya, di dalam atau di luar
negara.
Bekerjasama dengan mana-mana
badan perundangan atau persatuan
atau mana-mana badan yang serupa
dengannya yang dilantik bagi tujuan
pertimbangan, latihan, pindaan atau
pengubahan mana-mana undang-
undang yang berkaitan dengan
insurans.

3. Persatuan Menggalak pembentukan struktur


Penyelaras penyelarasan kerugian yang
Kerugian Malaysia dinamik, dengan kerjasama dan
(Association of nasihat dari pihak berkuasa.
Malaysian Loss Menjaga dan mewakili kepentingan
Adjusters - AMLA) ahli dengan apa cara sekalipun,
selaras dengan undang-undang dan
perlembagaan Malaysia.
Bekerjasama dengan lain-lain
persatuan yang serupa dengannya,
didalam atau diluar negara.
Menyebarkan maklumat yang
bermanfaat kepada ahli, membuat
perbandingan statistik dan
menerbitkannya, menyiarkan mana-
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 131

mana maklumat penting yang


berkaitan dengan penyelarasan
kerugian.
Bekerjasama dengan mana-mana
badan perundangan atau persatuan
atau mana-mana badan yang serupa
dengannya yang dilantik bagi tujuan
pertimbangan, latihan, pindaan atau
pengubahan mana-mana undang-
undang yang berkaitan dengan
penyelarasan kerugian.

4. Persatuan Insurans Menggalak dan mewakili


Hayat Malaysia kepentingan ahli syarikat dan
(Life Insurance industri insurans hayat.
Association of Memberi khidmat nasihat dan
Malaysia - LIAM) bantuan sewajarnya kepada ahli
syarikat apabila diperlukan.
Mengedarkan maklumat yang
memberi manfaat kepada ahli
syarikat, membuat perbandingan
statistik dan menerbitkannya,
menyiarkan mana-mana maklumat
penting yang berkaitan dengan
insurans hayat.

5. Persatuan Ditubuhkan pada tahun 1978


Kebangsaan Sebuah persatuan untuk ejen-ejen
Penasihat Insurans insurans hayat dan penasihat
Hayat dan kewangan Malaysia.
Kewangan Menitikberatkan dan menjaga
Malaysia (National kepentingan ahli-ahli yang terlibat
Association of dalam bidang penjualan insurans
Malaysian Life hayat dan pengurusan penjualan.
Insurance and Menggalak dan meningkatkan tahap
Financial Advisors profesionalisma dikalangan ahli-
(NAMLIFA)
132 Amalan Asas Takaful

ahlinya melalui kerjasama dengan


lain-lain organisasi yang serupa
dengannya.

6. Persatuan Aktuari Menggalakkan pengajian dan


Malaysia (The penyelidikan bidang aktuari dan
Actuarial Society kaitannya dengan aspek-aspek
of Malaysia - insurans hayat; manfaat persaraan
ASM) pekerja, kewangan dan pelaburan.
Membantu pelajar yang ingin
mendalami pengajian aktuari.
Menyediakan Jadual Kemortalan
berdasarkan pengalaman
kemortalan hayat yang
diinsuranskan di Malaysia.

7. Persatuan Insurans NIAM ditubuhkan pada 1973, terdiri


Kebangsaan dari 45 ahli syarikat. Untuk
Malaysia (National melayakkan diri menjadi ahli penuh,
Insurance syarikat insurans mestilah sekurang-
Association of kurangnya 51% dimiliki oleh rakyat
Malaysia - NIAM) Malaysia.
Sisen (Cessions) dan Retrosisen
(Retrocession)
Pelaburan dalam MNRB
Statistik dan tindakan pembetulan
Bidang baru dalam insurans
Insurans hayat
Kumpulan pertukaran insurans
semula
Latihan dan pendidikan

8. Persatuan Takaful Persatuan Takaful Malaysia (MTA)


Malaysia telah diperbadankan pada tahun 2003
(Malaysian Takaful dengan objektif utamanya untuk
Association -MTA) memajukan struktur perniagaan
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 133

Takaful (insurans Islam) yang terbaik


di Malaysia dengan kerjasama dan
khidmat nasihat dari Ketua Pengarah
Takaful.
Menjaga dan mewakili kepentingan
ahli syarikat dan industri Takaful.
Memberi khidmat nasihat dan
bantuan sewajarnya kepada ahli
syarikat apabila diperlukan.
Mengedarkan maklumat yang
memberi manfaat kepada ahli
syarikat, membuat perbandingan
statistik dan menerbitkannya,
menyiarkan mana-mana maklumat
penting yang berkaitan dengan
Takaful.
Bekerjasama dengan persatuan-
persatuan lain, samada dalam negeri
atau luar negara, demi kepentingan
bersama.

9. Biro Insurer Motor MIB telah ditubuhkan untuk


(Motor Insurers membentuk suatu dana berpusat yang
Bureau - MIB) dikendalikan oleh penanggung
insurans dimana mangsa kemalangan
jalanraya mendapat bayaran pampasan
dari dana berkenaan, sekiranya ia
adalah mangsa langgar lari. Dalam
kes ini, mangsa dinafikan haknya
untuk mendapat bayaran pampasan
dari pemandu kenderaan terbabit
kerana:

Pemandu tidak mempunyai


insurans
Pemandu dan insuransnya tidak
dapat dikesan.
134 Amalan Asas Takaful

Walau bagaimanapun, mangsa perlu


mengemukakan bukti yang
memuaskan dan memenuhi keperluan
perundangan ketika membuat
tuntutan.

10. Institut Insurans MII adalah satu-satunya institut latihan


Malaysia (The insurans sepenuh masa, yang
Malaysian mengendalikan kursus dan
Insurance Institute peperiksaan insurans peringkat asas
- MII) dan lanjutan kepada mereka yang
terlibat dalam industri insurans.

11. Institut Perbankan Merupakan Institut Latihan Kewangan


dan Kewangan Islam sepenuh masa yang dilantik
Islam Malaysia sebagai institut milik industri,
(IBFIM) menumpukan masa dan tenaga dalam
membentuk individu dan eksekutif
yang terlatih dan berkemahiran tinggi
serta memiliki kepakaran yang
diperlukan dalam industri kewangan
Islam.

12. International Strategi utama INCEIF ialah


Centre of membantu membangunkan industri
Excellence in kewangan Islam melalui galakkan
Islamic Finance kajian penyelidikan oleh pensyarah
(INCEIF) dan juga pelajar. Bantuan penyelidikan
juga diberikan melalui peruntukan
kemudahan untuk menganalisa dan
membincangkan isu-isu yang dihadapi
oleh industri kewangan Islam.

13. Akademi Penubuhan Akademi Penyelidikan


Penyelidikan Syariah Antarabangsa (ISRA)
Syariah kewangan Islam, bertujuan
Antarabangsa menggalakkan kajian penyelidikan
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 135

The International gunaan dalam bidang Syariah dan


Syari`ah Research kewangan Islam.
Academy - ISRA)
Akademi ini juga disifatkan sebagai
gedung pengetahuan berkaitan fatwa
atau pandangan Syariah, di samping
menjalankan kajian mengenai isu-isu
kontemporari dalam industri kewangan
Islam. ISRA akan membantu dan
menyumbang ke arah memperkasa
pembangunan modal insan dalam
bidang Syariah, menyediakan
platform untuk penglibatan yang lebih
besar di kalangan para pengamal
kewangan, cendekiawan, pengawal
selia, ahli akademik melalui
penyelidikan dan dialog, dalam
persekitaran domestik dan juga
antarabangsa. Melalui penyelidikan
perintis dan dialog intelektual yang
mendalam, ISRA berhasrat untuk
menggalakkan inovasi dan
kedinamikan ke sempadan baru
kewangan Islam. Adalah diharapkan
melalui penyelidikan yang menyeluruh
serta dialog, sikap saling menghormati
dan memberi pengiktirafan akan
muncul dalam komuniti industri
kewangan Islam global.

14. Asean ReTakaful Asean ReTakaful International (L)


International Limited (ARIL) telah diperbadankan
Limited (ARIL) pada 17hb Mei 1997 (10 Muharram
1418H) dan dilesenkan dibawah Akta
Insurans Luar Pesisir 1990 di Pusat
Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa
Labuan (Labuan International Offshore
136 Amalan Asas Takaful

Financial Center - IOFC), Malaysia.


Penubuhan ARIL menandakan
kehadiran syarikat insurans semula
Islam yang pertama di rantau
berkenaan. Sejak dari itu, ia telah
berkembang menjadi pengendali
insurans semula yang memiliki
kepakaran dalam menyediakan
perkhidmatan insurans semula Takaful
am dan Takaful keluarga.

15. Pertubuhan Pertubuhan Perakaunan dan


Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan
Pengauditan untuk Islam (AAOIFI) merupakan sebuah
Institusi Kewangan badan korporat autonomi Islam
Islam (Accounting antarabangsa yang tidak
and Auditing berorientasikan keuntungan, yang
Organisation for berfungsi menyediakan laporan
Islamic Financial perakaunan, audit, pematuhan, etika
Institutions - dan standard Syariah untuk institut
AAOFI) dan industri kewangan Islam. Program
kelayakan profesional (terutamanya
CIPA, -Shari`a Adviser and Auditor
CSAA, dan program pematuhan
korporat) kini dikendalikan oleh
AAOIFI dalam usaha untuk
meningkatkan asas modal insan dalam
industri dan struktur pematuhan.

AAOIFI telah ditubuhkan mengikut


Perjanjian Persatuan yang
ditandatangani oleh institusi kewangan
Islam pada 1 Safar, 1410H, bersamaan
dengan 26 Februari, 1990 di Algiers.
Kemudian, ia telah didaftarkan pada 11
Ramadhan 1411H, bersamaan dengan
Perkembangan dan Pengawalan Industri Takaful di Malaysia 137

27 Mac, 1991 di Bahrain.

Sebagai sebuah organisasi bebas


antarabangsa, AAOIFI disokong oleh
ahli-ahli institusi (200 ahli dari 45
buah negara) termasuk bank-bank
pusat, institusi kewangan Islam, dan
para peserta lain dari perbankan Islam
antarabangsa dan industri kewangan di
seluruh dunia.

16. Kumpulan Takaful Kumpulan Takaful Global (GTG) telah


Global (Global diperbadankan pada 21 Mei 2007.
Takaful Group - Sebelum ini, kumpulan Takaful global
GTG) hanyalah sebuah kumpulan tidak
formal pengendali Takaful dan
pengendali Takaful semula yang
bergerak dibawah nama Kumpulan
Takaful ASEAN (ASEAN Takaful
Group - ATG).

ATG dibentuk pada 28 Oktober 1995


dengan objektif untuk meningkatkan
kerjasama dikalangan pengendali
Takaful di Malaysia, Republik
Indonesia, Negara Brunei Darussalam
dan Republik Singapura, dimana ahli
asal terdiri dari Syarikat Takaful
Malaysia Berhad, Takaful Nasional
Sdn Bhd, PT Asuransi Takaful Umum,
PT Asuransi Takaful Keluarga,
Insurans Islam Taib Sendirian Berhad
dan Takaful IBB Berhad.

17. Lembaga Organisasi penetapan piawaian


Perkhidmatan antarabangsa yang menggalak dan
Kewangan Islam meningkatkan kekukuhan dan
138 Amalan Asas Takaful

(Islamic Financial kestabilan industri perkhidmatan


Services Board - kewangan Islam telah mengeluarkan
IFSB) piawaian berhemat global dan prinsip
panduan industri, yang juga meliputi
perkhidmatan perbankan, pasaran
modal dan sektor insurans. IFSB juga
menjalankan penyelidikan, menyelaras
inisiatif mengenai isu-isu berkaitan
industri serta menganjurkan
persidangan meja bulat, seminar dan
persidangan untuk pengawal selia dan
pihak berkepentingan industri.

You might also like