You are on page 1of 30

Pengantara Takaful 161

BAB A8

PENGANTARA TAKAFUL

PENGENALAN

Pengantara Takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan


Takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani
kontrak Takaful dengan Pengendali Takaful. Mereka juga dikenali
sebagai ejen Takaful dan broker Takaful.

Ejen merupakan wakil Pengendali Takaful dalam hubungan ejen-


prinsipal, yang dilantik mengikut kelaziman undang-undang.
Ikatan utama ejen ialah hubungannya dengan Pengendali Takaful,
bukan dengan peserta Takaful. Seorang ejen Takaful mewakili
Pengendali Takaful dan tugas utamanya ialah mempromosikan
pelan atau produk Takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali
Takaful yang diwakilinya.

Broker secara umumnya tidak mempunyai perjanjian kontrak


dengan Pengendali Takaful dan hubungannya bergantung kepada
kaedah umum / langsung bagi menyempurnakan urus niaga
dengan Pengendali Takaful. Ia memberi impak positif dan
bermanfaat terhadap rundingan perniagaan Takaful yang
diperolehi melalui broker. Broker Takaful menyediakan pelbagai
perkhidmatan profesional pembrokeran Takaful yang
komprehensif dalam membantu bakal pelanggan mengenai
bagaimana untuk menjadikan sumbangan / premium yang dibayar
lebih kos efektif dan dalam masa yang sama dapat menikmati
perlindungan maksimum. Berlainan dengan ejen, broker Takaful
mewakili pelanggan dan menasihati pelanggan tentang pelan
Takaful yang paling sesuai. Penasihat kewangan ialah pihak
bebas yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan
kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan pelanggan.
162 Amalan Asas Takaful

Penasihat kewangan adalah seorang profesional yang


menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu,
perniagaan dan kerajaan. Ia mungkin melibatkan khidmat nasihat
pelaburan yang merangkumi perancangan persaraan, nasihat
mengenai pelan Takaful keluarga dan lain-lain seperti
perlindungan pendapatan, penyakit kritikal, dan / atau nasihat
mengenai gadai janji, kewangan serta kemudahan pinjaman.

Perancang kewangan atau perancang kewangan peribadi adalah


seorang yang profesional dalam membantu orang ramai berurusan
dengan pelbagai isu-isu kewangan peribadi melalui perancangan
yang rapi dan meliputi bidang-bidang utama seperti pengurusan
aliran tunai, perancangan pendidikan, perancangan persaraan,
perancangan pelaburan, pengurusan risiko dan perancangan
Takaful, perancangan cukai dan zakat, perancangan harta dan
wakaf serta perancangan penerusan perniagaan (bagi pemilik
perniagaan).

Pengantara Takaful seperti ejen, broker atau perancang kewangan


perlu mempunyai kemahiran dan memiliki ciri-ciri berikut:

Pengetahuan yang mendalam mengenai produk insurans dan/atau


produk Takaful.
Memahami kehendak dan keperluan pelanggan.
Memastikan pelanggan memahami apa yang dibeli atau sertai.
Tidak mengamalkan jualan paksa atau membuat bermacam-
macam janji.
Menjelaskan fakta, bukan memaksa atau mengugut.
Memberi perkhidmatan berkualiti dan menepati masa.

A8.1 PERKEMBANGAN PENGANTARA TAKAFUL

Sistem Kewangan di Malaysia

Sistem perbankan yang terdiri dari bank perdagangan, bank pelaburan


dan bank-bank Islam adalah penggerak utama dana kewangan dan
sumber terpenting pembiayaan bagi menyokong aktiviti-aktiviti
Pengantara Takaful 163

ekonomi di Malaysia. Pengantara kewangan bukan bank seperti


institusi pembangunan kewangan, dana simpanan wang dan dana
persaraan syarikat-syarikat insurans / pengendali Takaful telah
membantu menyempurnakan peranan institusi perbankan dalam
menggerakkan fungsi dana simpanan serta memenuhi keperluan
kewangan dalam sistem ekonomi Malaysia.

Di dalam struktur monetari dan kewangan negara, Bank Negara


Malaysia (BNM) berada dikedudukan yang paling atas. Objektif
utama BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan
kewangan yang membantu kepada pertumbuhan mampan ekonomi
Malaysia. Fungsi utama BNM seperti yang termaktub dalam Akta
Bank Negara Malaysia 2009 yang baru dikuatkuasakan, antara lain
ialah:

merangka dan melaksanakan dasar kewangan negara


mengawal dan menyelia aktiviti institusi kewangan yang
tertakluk dibawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
BNM
menggalakkan pertumbuhan sistem kewangan yang kukuh,
progresif dan menyeluruh
bertindak sebagai penasihat kewangan, penasihat bank dan ejen
kewangan kerajaan.

Untuk mencapai mandat yang diberikan, BNM diberi kuasa di bawah


pelbagai bidang perundangan untuk mengawal dan menyelia institusi
perbankan dan pengantara kewangan bukan-perbankan termasuk
aktiviti kewangan yang berkaitan dengan Takaful.

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat pada April 2009 mengenai


langkah-langkah liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan yang
merangkumi pengeluaran lesen baru dan peningkatan had ekuiti
asing, terdapat minat yang mendalam di kalangan institusi kewangan
antarabangsa untuk menjalankan operasi perniagaan mereka di
Malaysia. Langkah-langkah liberalisasi ini bertujuan
memperkukuhkan jalinan hubungan ekonomi Malaysia dengan sektor
ekonomi negara-negara lain, serta meningkatkan peranan sektor
164 Amalan Asas Takaful

kewangan sebagai penggerak utama dan pemangkin pertumbuhan


ekonomi negara.

Kewangan Islam merujuk kepada sistem kewangan yang meliputi


Perbankan Islam, Pasaran Wang Antara Bank Islam, Takaful dan
ReTakaful, Pasaran Modal Islam dan Pengurusan Harta Islam yang
kesemuanya mematuhi undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas
yang mengawal kewangan Islam adalah perkongsian risiko dan
perkongsian keuntungan dikalangan pihak-pihak yang terlibat,
jaminan keadilan untuk semua dan semua transaksi adalah berasaskan
aktiviti perniagaan atau aset dasar.

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras kewangan Islam di


mana aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat keusahawanan,
perniagaan dan perdagangan serta usaha murni dalam membangunkan
masyarakat adalah digalakkan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan
faedah (riba), perjudian (maisir) dan dagangan spekulatif (gharar)
adalah dilarang.

A8.2 KEPENTINGAN PENGANTARA TAKAFUL

Ejen Takaful Keluarga menjalankan urusniaga produk Takaful


keluarga sementara ejen Takaful am mempromosikan produk Takaful
am. Semua ejen Takaful adalah mewakili prinsipalnya iaitu
pengendali Takaful dan fungsi tugas mereka ialah:

Mempromosikan produk Takaful bagi pihak Pengendali Takaful;


Menerangkan ciri-ciri produk / pelan Takaful kepada bakal
pelanggan; dan
Memberi perkhidmatan berkaitan pengeluaran, pembaharuan atau
kesinambungan mana-mana sijil Takaful.

Broker Takaful dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan tugas-


tugas berikut:

Membantu pelanggan mendapatkan dan memperbaharui


perlindungan Takaful dari pengendali Takaful; dan
Pengantara Takaful 165

Memberi khidmat nasihat dan mencadangkan pelan / produk


perlindungan Takaful yang paling sesuai dan memenuhi
kehendak pelanggan serta memberitahu syarat-syarat yang
ditawarkan oleh pengendali Takaful.

Penasihat kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melaksanakan


fungsi tugas berikut:

Membantu pelanggan mengendali dan mengekalkan imbangan


pendapatan pelaburan, keuntungan modal dan tahap risiko yang
boleh diterima dengan menggunakan peruntukan aset yang betul.
Menggunakan saham atau stok, sukuk dan bon, dana bersama,
amanah pelaburan hartanah (REIT), opsyen, niaga hadapan, nota,
dan produk Takaful untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Penasihat kewangan menerima bayaran komisen bagi pelbagai
produk kewangan yang mereka pasarkan walaupun bayaran
'berasaskan fi' semakin popular dalam industri perkhidmatan
kewangan.

Perancang kewangan dilantik oleh pelanggan untuk melakukan tugas-


tugas berikut:

Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh profesional ini lebih dikenali


sebagai perancangan kewangan peribadi.
Ketika melaksanakan fungsi tugas perancangan, dia dipandu oleh
proses perancangan kewangan untuk mewujudkan satu pelan
kewangan; strategi terperinci yang disesuaikan dengan keperluan
unik pelanggan bagi memenuhi matlamat khusus yang telah
ditetapkan.
Aspek utama penentu kejayaan perancang kewangan ialah
memikirkan semua soalan, maklumat dan bentuk nasihat kerana
ia akan memberi impak dan kesan keatas seluruh kehidupan dan
keadaan kewangan pelanggan.

Pengantara biasanya dibayar komisen atau yuran (seperti yuran


pembrokeran untuk broker dan yuran nasihat kewangan atau yuran
perancangan) atas setiap pelan / produk yang berjaya dipasarkan.
166 Amalan Asas Takaful

Bayaran komisen adalah dalam bentuk peratusan dari sumbangan /


tabarru yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan yang juga dikenali
sebagai peserta.

A8.3 TANGGUNGJAWAB PENGANTARA TAKAFUL DI


BAWAH AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 36(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua ejen atau pengantara yang


memasarkan atau memperkenalkan produk Takaful yang dikeluarkan
oleh pengendali Takaful, dikehendaki dibawah peruntukan Akta
untuk memberitahu kepada semua bakal pelanggannya bahawa ia
adalah ejen yang bertindak bagi pihak pengendali Takaful tertentu.

Seksyen 36(2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini adalah merujuk kepada Seksyen 36(1) dan sekiranya


mana-mana ejen didapati tidak mematuhi seksyen ini, melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan, ejen boleh didenda tidak
melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(1) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasarkan


atau mempromosikan produk Takaful atau menjalankan perniagaan
sebagai ejen atau broker bagi seseorang atau pengendali selain dari
pengendali Takaful berlesen. Sekiranya seorang itu didapati tidak
mematuhi perutukan Akta dan jika disabitkan kesalahan, ia boleh
didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(2) subseksyen (3) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menghendaki semua broker Takaful hendaklah


menjalankan transaksi perniagaan Takaful dengan pengendali Takaful
Pengantara Takaful 167

yang berlesen dan berkelayakan sahaja. Seksyen ini juga meyatakan


bahawa sekiranya terdapat mana-mana broker Takaful yang didapati
tidak mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Akta dan jika
disabitkan kesalahan, broker Takaful boleh didenda tidak melebihi
RM8,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 35(3) subseksyen (2) Akta Takaful 1984

Seksyen ini menyatakan bahawa kontrak seperti yang ditetapkan


dalam Akta hanyalah merujuk kepada perniagaan Takaful langsung
sahaja, dan bukannya perniagaan Takaful semula.

A8.4 PERLANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB


PENGANTARA TAKAFUL

Pengantara Takaful adalah seseorang yang menjalankan perniagaan


Takaful atau memujuk pelanggan berpotensi untuk menandatangani
kontrak Takaful dengan pengendali Takaful. Mereka juga dikenali
sebagai ejen Takaful dan broker Takaful.

Ejen Takaful mewakili pengendali Takaful dan tugas utamanya ialah


mempromosikan produk-produk Takaful yang dikeluarkan oleh
pengendali Takaful yang diwakilinya. Broker Takaful pula mewakili
pelanggan dan tugas utamanya ialah memberi khidmat nasihat kepada
pelanggan tentang pelan / produk Takaful yang paling sesuai dan
memenuhi keperluan. Penasihat kewangan merupakan seorang
penasihat bebas yang meyediakan perkhidmatan perancangan
kewangan kepada pelanggan berdasarkan keperluan kewangan
pelanggan.

Ejen Takaful dilesenkan/berdaftar dengan Pendaftar Pengantara


Takaful Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful
Association - MTA).
Broker Insurans / Takaful dilesenkan/berdaftar dengan Bank
Negara Malaysia (BNM).
168 Amalan Asas Takaful

Penasihat kewangan dilesenkan / berdaftar dengan Bank Negara


Malaysia (BNM).
Perancang Kewangan dilesenkan / berdaftar dengan Suruhanjaya
Sekuriti.

A8.5 PERATURAN PERILAKU PASARAN UNTUK


PENGANTARA TAKAFUL

Penyeliaan dan Penguatkuasaan Perilaku Pasaran

Bank Negara Malaysia mengawal amalan perilaku pasaran


penyedia perkhidmatan kewangan dan mengambil langkah-
langkah pembetulan dan/atau penguatkuasaan terhadap sebarang
perlakuan yang melanggar peraturan perilaku pasaran.

Piawaian minimum perkhidmatan

Pengantara Takaful dikehendaki memenuhi piawaian minimum


perkhidmatan yang ditetapkan sama ada oleh Bank Negara
Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful
Association, MTA) atau Persatuan Broker-broker Insurans dan
Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers
Association, MITBA). Piawaian minimum perkhidmatan ini
memastikan pengantara Takaful menjalankan urusan dengan
tingkat kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang tinggi.

Ejen Takaful am:

o tertakluk kepada Tataetika Pengantara Takaful, yang


ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic
Examination TBA) dan memenuhi syarat minimum 20 jam
latihan setahun di bawah program Pembangunan Profesional
Berterusan (Continuous Professional Development - CPD);
dan
o perlu mematuhi piawaian minimum keperluan pendedahan
yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang antara
Pengantara Takaful 169

lain menghendaki ejen semasa menawarkan produk,


memberikan penjelasan kepada bakal peserta tentang ciri-ciri
utama produk yang ingin disertai, butir lengkap komisen yang
dibayar, dan prosedur untuk membuat tuntutan dan aduan.

Ejen Takaful keluarga:

o tertakluk kepada Tataetika untuk Pengantara Takaful yang


ditetapkan oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA);
o dikehendaki lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic
Examination TBE) dan memenuhi syarat minimum 30 jam
latihan setahun dibawah program Pembangunan Profesional
Berterusan (Continuous Professional Development - CPD);
dan
o perlu mematuhi piawaian minimum nasihat yang wajar yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang menghendaki
ejen mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal
pelanggan. Ini bagi membolehkan ejen menganalisis keadaan
peribadi dan kewangan bakal pelanggan, dan mengenal pasti
keperluan kewangan dan keutamaannya supaya ejen dapat
mencadangkan produk Takaful yang bersesuaian dan mampu
disertai oleh pelanggan.

Sebagai tambahan, ejen Takaful perlu lulus Peperiksaan Asas


Takaful mengikut pilihan pengkhususan iaitu sama ada Takaful
Keluarga atau Takaful Am atau kedua-duanya.

Broker Takaful:-

o tertakluk kepada Piagam Pelanggan berhubung dengan


Tataamalan Perniagaan yang Baik, dan Tataetika dan
Tatakelakuan yang ditetapkan oleh MITBA; dan
o mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta
Takaful 1984.

Selain itu, pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah syarikat


broker Takaful mesti memenuhi kriteria layak dan sesuai dan
170 Amalan Asas Takaful

kakitangannya juga perlu lulus Kursus Sijil Asas Pembrokeran


Insurans.

A8.6 TANGGUNGJAWAB PENGANTARA TAKAFUL


MEMPROMOSIKAN TAKAFUL

8.6.1 Kod etika asas pengantara Takaful

Pengantara Takaful perlu memiliki piawaian kod etika profesional


ketika berurusan dengan pelanggan. Pengantara Takaful hendaklah:

menunjukkan Kad Kuasa Ejennya apabila diminta berbuat


demikian (berkaitan dengan ejen Takaful sahaja).
ejen yang pendaftarannya telah diluluskan oleh Pendaftar
Pengantara Takaful, memiliki Kad Kuasa yang mengandungi
maklumat seperti nama pengendali Takaful yang diwakili oleh
ejen berkenaan, dan tempoh sah pendaftaran ejen berkenaan.
ejen Takaful am boleh mewakili sebanyak dua pengendali
Takaful am sahaja, manakala seseorang ejen Takaful keluarga
hanya dibenarkan mewakili satu pengendali Takaful.
ejen Takaful yang mempromosikan produk Takaful keluarga dan
juga Takaful am boleh menjadi wakil kepada satu pengendali
Takaful keluarga dan dua pengendali Takaful am sahaja.
Seseorang broker Takaful perlu menjadi ahli MITBA dan
mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Lesen ini tertakluk kepada kajian semula setiap tahun;
memperlihatkan pengetahuan mendalam tentang produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali Takaful dan
pasaran Takaful;
memahami keperluan pelanggan dan membantu mereka memilih
produk dan perkhidmatan Takaful yang bersesuaian;
menerangkan dengan jelas kepada pelanggan tentang jenis
maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan dan juga
tentang betapa mustahaknya untuk memahami fakta-fakta matan /
penting;
Pengantara Takaful 171

menerangkan dengan jelas, syarat dan terma kontrak Takaful


yang dicadangkan untuk memastikan pelanggan benar-benar
faham tentang produk Takaful yang dipertimbangkan;
menarik perhatian pelanggan kepada apa-apa sekatan dan
pengecualian yang berkenaan di bawah kontrak Takaful yang
dicadangkan;
membuat tindakan susulan dan memberikan perkhidmatan yang
berterusan kepada pelanggan, seperti memperbaharui sijil
Takaful, dan memaklumkan pelanggan tentang maklumat produk-
produk baru yang berkaitan;
membantu pelanggan membuat tuntutan terhadap pengendali
Takaful.

8.6.2 Kelas-kelas Ejen

Setiap ejen termasuk ke dalam salah satu daripada tiga kategori


berikut. Mereka dikelaskan mengikut kuasa yang diberi kepada
mereka:

Ejen Khusus

Ejen khusus adalah ejen yang dilantik untuk melakukan tindakan


atau transaksi yang khusus, misalnya seseorang dilantik sebagai
proksi untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan syarikat bagi
pihak pemegang saham.

Ejen Am

Ejen am adalah ejen yang boleh berbuat apa sahaja bagi pihak
prinsipalnya di dalam had kuasa am yang diberikan kepadanya.
Misalnya, ejen insurans yang diberi kuasa untuk menguruskan
perniagaan baru tetapi tidak mempunyai kuasa untuk memberi
pinjaman atas sijil dan terikat kepada prinsipalnya.

Ejen Universal

Ejen universal adalah ejen yang mempunyai kuasa tidak terbatas.


172 Amalan Asas Takaful

Dia boleh berbuat apa sahaja untuk prinsipalnya yang mana


prinsipal itu sendiri boleh melakukan tugas tersebut.

8.6.3 Tugas-tugas Ejen

Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dalam bentuk


bertulis. Walau bagaimanapun, ia mungkin dinyatakan secara lisan
sahaja. Ia mengandungi tempoh dan syarat yang berkaitan dengan
tataetika agensi dan kadar upah (komisen) yang boleh dibayar kepada
ejen.

Tidak seperti pekerja pejabat, ejen adalah ahli perniagaan bebas


yang tidak memerlukannya terikat dengan masa kerja tertentu
bagi urusniaga yang telah berjaya dimuktamadkan. Biasanya,
sebahagian tertentu masa diperuntukkan untuk perniagaan agensi
di luar waktu kerja pejabat. Hak ejen yang paling utama ialah
mendapat bayaran dari perkhidmatan yang telah ditawarkan,
biasanya dalam bentuk komisen.

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah


dibelanjakannya dengan kuasa nyata dari prinsipalnya. Walau
bagaimanapun, perbelanjaan tersebut hendaklah munasabah dan
berpatutan serta tidak melebihi had yang difikirkan wajar.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang


difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha
yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia
bekerja.

Ejen bertanggungjawab melaksanakan kerjanya dengan teliti,


cekap dan tekun dan juga mematuhi syarat dan terma yang
terkandung dalam perjanjian agensinya.

Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh ejen sebagai


tambahan kepada tanggungjawab kontraktual nyata adalah seperti
berikut:
Pengantara Takaful 173

o menyerahkan penyata akaun kepada prinsipal seperti yang


diminta.
o tidak membiarkan kepentingan diri bertentangan dengan
tanggungjawabnya kepada prinsipal.
o tidak membocorkan maklumat-maklumat sulit yang
diperolehi ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
ejen kepada pihak lain kecuali principal / syarikat pengendali.
o tidak membuat sebarang keuntungan rahsia atau mengambil
rasuah dari mana-mana pihak yang ia berurusan bagi pihak
prinsipal.
o tidak mewakilkan tanggungjawabnya kepada sub-ejen tanpa
kuasa nyata atau tersirat.
o mematuhi arahan prinsipal dan memberitahunya jika arahan
berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

8.6.4 Hak-hak Ejen

Ejen layak menerima bayaran upah / komisen dan bayaran balik


(reimbursement).

Hak paling utama bagi seorang ejen ialah menerima bayaran di


atas perkhidmatan yang diberikan, biasanya dalam bentuk
komisen atau yuran.

Ejen juga layak menerima bayaran balik wangnya yang telah


dibelanjakan dalam had jumlah yang munasabah, setelah
mendapat kuasa nyata dari prinsipalnya.

Ejen berhak menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang


difikirkan wajar dan sesuai. Dia boleh menolak sebarang usaha
yang dilakukan oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia
bekerja.

8.6.5 Tanggungjawab Prinsipal

Prinsipal mempunyai tanggungjawab berikut terhadap ejen-ejennya:


174 Amalan Asas Takaful

membayar upah / komisen dan kos perbelanjaan seperti yang


dipersetujui: atau perjanjian yang gagal, sebagaimana kebiasaan,
atau melanggar kebiasaan, membayar apa yang difikirkan
munasabah.

membayar ganti rugi kepada ejen akibat dari sebarang tindakan


yang dibuat mengikut undang-undang, yang tidak bercanggah
dengan kuasanya, bagi pihak prinsipal.

8.6.6 Penamatan Agensi

Hubungan diantara prinsipal dengan ejen boleh ditamatkan oleh


pihak-pihak yang terlibat atau melalui kuatkuasa undang-undang
seperti berikut:

Melalui notis pembatalan yang diberi oleh prinsipal kepada ejen.


Melalui notis pelepasan yang diberi kepada prinsipal oleh ejen.
Dengan menyelesaikan transaksi di mana kuasa diberi untuk
transaksi itu sahaja.
Dengan tamatnya tempoh seperti yang ditetapkan dalam
perjanjian agensi.
Melalui persetujuan bersama.
Pada umumnya, dengan sebab kematian, gila atau bankrap
samada kepada ejen atau prinsipal.
Melalui kuatkuasa undang-undang yang menyebabkan kontrak
dengan ejen berkenaan menjadi tidak sah.

8.6.7 Ciri-ciri Ejen Takaful

Ciri-ciri penting bagi seorang ejen insurans ialah dia telah diberi
kuasa undang-undang untuk mewujudkan hubungan kontrak antara
pengendali Takaful dan peserta.

Hakikat bahawa majoriti ejen Takaful direkrut oleh penyelia atau


pengurus agensi yang terikat dengan kontrak agensi dengan
pengendali Takaful tidak mengubah ciri-ciri asas ini kerana
hakikatnya ejen Takaful memegang kontrak untuk memberi
Pengantara Takaful 175

perkhidmatan kepada pengendali Takaful dan bukan dengan orang


yang merekrutnya.

8.6.8 Ejen Siapa?

Pepatah undang-undang Latin yang terpakai kepada agensi ialah qui


facit per alium facit per se yang bermaksud Sesiapa yang
melakukan sesuatu melalui orang lain adalah dianggap disisi undang-
undang telah melakukannya sendiri.

Oleh itu, ejen insurans yang telah dilantik dan bertindak dalam bidang
kuasanya telah mengikat prinsipalnya dengan tindakan-tindakan yang
diambil, seolah-olah prinsipal itu sendiri yang melakukan tindakan
tersebut. Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi ejen untuk
membuat keputusan iaitu untuk siapakah ejen Takaful bertindak pada
masa yang berkaitan. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika dilihat dari
sudut undang-undang dikatakan ejen pengendali Takaful dianggap
sebagai ejen peserta untuk perbuatan atau tindakan tertentu, dan
begitu juga sebaliknya.

8.6.9 Kutipan Sumbangan

Apabila pembayaran sumbangan / premium dibuat kepada ejen


Takaful yang diberi kuasa, bagi peserta pembayaran tersebut
disifatkan sebagai bayaran kepada pengendali. Oleh itu, walaupun
sekiranya ejen Takaful gagal mengemukakan sumbangan berkenaan
kepada pengendali, peserta masih akan dilindungi. Sebaliknya, jika
ejen tidak berdaftar menerima bayaran dari peserta atau orang ramai,
pengendali tidak bertanggungjawab ke atas salah laku ejen berkenaan.
Adalah penting bagi ejen untuk mengambil perhatian bahawa selagi ia
tidak mendepositkan wang sumbangan kepada pengendali Takaful,
dia akan terus bertanggungjawab kepada peserta terbabit.

8.6.10 Mewujudkan Hubungan

Hubungan antara penanggung insurans dan ejen boleh diwujudkan


melalui cara berikut:
176 Amalan Asas Takaful

Melalui janji nyata.


Melalui implikasi Undang-undang, yang mungkin timbul dari
i. tatacara atau perlakuan pihak yang terlibat, atau
ii. keperluan kes.
Melalui pengesahan tindakan tidak diberi kuasa.
Melalui statut (Seksyen 151, Akta Insurans 1996).

A8.7 PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN

Takaful tidak tertakluk dibawah kontrak jual beli mengikut perspektif


Syariah. Walau bagaimanapun, didalam kempen produk dan program
aktiviti kesedaran termasuk kolateral dan e-pemasaran dengan
harapan dapat mewujudkan lebih banyak pengkalan data pelanggan,
teknik penjualan dan perundingan memainkan peranan penting dalam
industri Takaful. Apabila penekanan diberikan kepada aspek jualan,
teknik jualan aggresif kerap digunakan untuk merangsang minat
pelanggan terhadap produk syarikat. Setelah pelanggan akhirnya
bersetuju untuk membeli produk Takaful melalui ejen atau broker,
mereka akan diberi sijil perlindungan Takaful yang mereka mungkin
tidak memahaminya, tidak memenuhi keperluan atau mereka tidak
mampu untuk membiayainya.

8.7.1 Produk Berorientasikan Pasaran Direka & Dipasarkan


demi Memenuhi Keperluan Pengguna

Melihat kepada perubahan besar yang berlaku dipersekitaran pasaran,


pengendali-pengendali Takaful mula mengubah perspektif menjadi
syarikat berorientasikan pasaran. Dalam industri Takaful
berorientasikan pasaran, peranan jabatan jualan dan pemasaran ialah
untuk menentukan keperluan pelanggan dan memenuhi keperluan ini
dengan mencipta dan memasarkan produk / sijil yang menepati
citarasa pasaran. Secara amnya, jabatan pemasaran syarikat Takaful
yang berorientasikan pasaran perlu menjalankan fungsi-fungsi
berikut:
Pengantara Takaful 177

Harga

Ia melibatkan proses penetapan sumbangan dan bagaimana ia


harus dibayar.

Pemilihan Saluran Pengedaran

Ia melibatkan proses mengenalpasti dan memilih saluran yang


paling sesuai untuk mengedarkan pelan / produk Takaful kepada
pelanggan. Saluran pegedaran yang digunakan oleh pengendali
mungkin termasuk ejen, broker, pekerja bergaji, mel umum,
mesin jualan, bank, syarikat kad kredit dan syarikat kad diskaun.

Promosi

Ia melibatkan proses mengenal pasti dan memilih aktiviti promosi


yang paling sesuai termasuk pengiklanan, promosi jualan dan
jualan persendirian yang dapat membantu pengedaran produk.
Kesemua yang dinyatakan di atas adalah antara Fungsi Tugas
Jabatan Pemasaran.

8.7.2 Ejen Boleh Membantu Membangunkan Produk Yang


Memenuhi Keperluan Pelanggan

Ejen Takaful sering terlibat dengan beberapa aspek pemasaran. Ejen


boleh mempengaruhi reka bentuk produk kerana pandangan mereka
biasanya diperlukan oleh operator sebelum mereka memulakan proses
mereka bentuk produk baru pelan Takaful. Lebih ketara, ejen
membentuk saluran pengedaran yang paling penting. Walaupun lain-
lain faktor pemasaran (pelan pemasaran, mengenalpasti pasaran,
pembangunan produk, harga dan promosi) boleh mempengaruhi
berapa banyak pelan Takaful boleh dijual, ejen-ejen menjadi kuasa
utama di belakang kebanyakan insentif pemasaran Takaful. Oleh itu,
kejayaan usaha-usaha pemasaran pengendali Takaful bergantung
kepada sejauh mana ejen-ejen mengamalkan jualan berorientasikan
pasaran. Dalam erti kata lain, untuk memastikan kejayaan dalam
usaha pemasaran, pengendali Takaful yang berorientasikan
178 Amalan Asas Takaful

pemasaran mesti disokong oleh anggota agensi yang juga


berorientasikan pemasaran.

8.7.3. Khidmat Selepas Menyertai

Kejayaan memasarkan dan menjual produk Takaful kepada peserta


tidak menamatkan jalinan interaksi antara ejen dengan pelanggan-
pelanggannya. Malah, kontrak Takaful khususnya pelan Takaful
keluarga mungkin memerlukan ejen untuk memberi khidmat 'selepas
jualan' secara berterusan. Interaksi ini menjanjikan manfaat bersama.
Antara beberapa aspek di mana ejen atau broker, malah pengendali
sendiri boleh membantu termasuklah:

Pertikaian mengenai tuntutan yang sah


Kehilangan kad ahli atau kertas kerja
Kos sumbangan
Masaalah kutipan sumbangan
Menngenalpasti polisi alternatif
Pertanyaan mengenai manfaat sijil
Pindaan sijil (penambahan nama ahli keluarga / ahli di bawah
jagaan, pertukaran alamat dan lain-lain).
Perubahan keadaan / risiko
Kemungkinan untuk polisi terbatal atau peserta menyertai
pengendali Takaful lain boleh dikurangkan.
Keperluan baru pelanggan dapat dikenalpasti dan jualan produk
baru boleh dimuktamadkan, dan ini dapat meningkatkan
pencapaian perniagaan ejen; dan
Reputasi pengendali Takaful / penanggung insurans sebagai
syarikat berorientasikan perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

Dalam hal ini, perkhidmatan ejen amat diperlukan dalam situasi


berikut:
Pengantara Takaful 179

Situasi/Peristiwa Keterangan

Peringatan awal Sumbangan Takaful merupakan suatu


kepada peserta balasan dari peserta atas manfaat
mengenai sumbangan perlindungan yang disediakan oleh
yang sepatutnya pengendali Takaful.
dibayar
Untuk memastikan kontrak Takaful terus
berkuatkuasa, sumbangan hendaklah
dibayar mengikut mod bayaran yang dipilih
dan dibayar tepat pada masanya atau dalam
tempoh tenggang (grace period) yang
dibenarkan untuk bayaran lewat.

Atas sebab-sebab yang munasabah,


sebahagian dari peserta mungkin terlepas
pandang untuk membayar sumbangan
Takaful (premium) tepat pada waktunya.
Membantu pelanggan mengingati tarikh
bayaran adalah antara khidmat yang boleh
diberikan oleh ejen sepanjang tempoh pelan
perlindungan Takaful.

Kekerapan dan Selain dari sijil Takaful sumbangan


Kaedah Bayaran (premium) tunggal, peserta perlu membayar
sumbangan Takaful sama ada secara
tahunan, setengah tahunan, suku tahunan
dan bulanan. Ini dikenali sebagai kekerapan
bayaran.

Bayaran sumbangan yang dibuat secara


bulanan, suku tahunan dan setengah tahunan
adalah lebih tinggi berbanding dengan
bayaran secara tahunan kerana: Pertama,
kerja-kerja pentadbiran untuk mengutip
bayaran sumbangan akan bertambah dan
akibatnya kos perbelanjaan menjadi lebih
180 Amalan Asas Takaful

tinggi. Kedua, oleh kerana kadar


sumbangan dikira berdasarkan dari andaian
bahawa ia akan dibayar pada awal tahun
dan kutipan sumbangan akan segera
dilaburkan, pengendali Takaful akan
menanggung kerugian pendapatan
pelaburan apabila sumbangan dibayar selain
dari bayaran tahunan.

Biasanya, bayaran secara bulanan tidak


digalakkan, kecuali ia dibayar dengan
menggunakan kaedah arahan bank atau
skim potongan gaji. Kaedah bayaran
sumbangan secara bulanan ini adalah seperti
berikut:

Arahan Bank atau Arahan Tetap

Melalui kaedah pembayaran sumbangan


ini, pemegang sijil memberi kuasa
kepada banknya untuk mengkreditkan
sejumlah amaun sumbangan kepada
pengendali, yang kemudiannya
didebitkan dari akaunnya. Pihak bank
akan mengenakan caj kepada pemegang
sijil untuk perkhidmatan ini. Jelas sekali,
pemegang sijil perlu memastikan bahawa
terdapat baki yang mencukupi di dalam
akaunnya untuk kiriman wang tetap yang
akan dibuat kepada pengendali Takaful.

Perkhidmatan Rumah ke Rumah

Skim perkhidmatan rumah ke rumah


adalah berkaitan dengan perlindungan
Takaful keluarga perindustrian yang
biasanya menyediakan perlindungan bagi
Pengantara Takaful 181

orang-orang yang mampu untuk


mengambil perlindungan Takaful hanya
dalam jumlah yang rendah. Sumbangan
Takaful untuk Takaful keluarga
perindustrian dibayar secara mingguan,
dua minggu atau bulanan. Sumbangan
biasanya dikutip dirumah pemegang sijil
oleh pengutip wang yang diberi kuasa
yang boleh jadi ejen Takaful, tetapi
mungkin juga kakitangan pengendali
sendiri.

Skim Potongan Gaji

Skim potongan gaji ini adalah


berdasarkan kepada perjanjian di antara
pengendali dan majikan peserta di mana
majikan memotong caruman dari gaji
pekerja yang menjadi ahli Takaful dan
membayar kepada pengendali setiap
bulan. Majikan hanya boleh membuat
potongan dengan keizinan (kebenaran)
bertulis dari pekerja.

Notis Bayaran Untuk memastikan pemegang sijil


Sumbangan membayar caruman tepat pada masanya,
pengendali biasanya akan menghantar notis
pemberitahuan tentang bayaran sumbangan
tiga atau empat minggu sebelum tarikh
tamat tempoh. Jika sumbangan masih tidak
diterima dua hingga tiga minggu selepas
tarikh tamat tempoh, notis peringatan akan
dihantar kepada peserta.

Ada masa-masa tertentu apabila peserta


membayar caruman selepas tamat tempoh
tangguh. Caruman sedemikian masih boleh
182 Amalan Asas Takaful

diterima di bawah keadaan-keadaan tertentu


(contohnya penyerahan borang Waranti
Kesihatan) dan bayaran lewat boleh
dikenakan denda. Walau bagaimanapun,
bayaran denda lewat itu tidak dikira dari
tarikh tamat tempoh, tetapi dari tarikh
sepatutnya ia dibayar.

Perlu difahami bahawa tindakan pengendali


mengeluarkan notis pemberitahuan adalah
semata-mata sebagai suatu khidmat
tambahan untuk mengingatkan peserta.
Hakikatnya, adalah menjadi obligasi
kontrak kepada peserta untuk membayar
caruman secara berkala dan tepat pada
masanya. Walau bagaimanapun, pengendali
juga mempunyai kepentingan untuk
mengeluarkan notis pemberitahuan
sumbangan kerana ia boleh membantu
secara aktif merealisasikan kutipan
sumbangan yang mencukupi. Oleh itu,
penghantaran notis ini telah menjadi suatu
amalan perniagaan.

Resit Bayaran Pengendali akan mengeluarkan resit rasmi


setelah menerima bayaran sumbangan. Resit
rasmi adalah sah apabila tertera tandatangan
bercetak Ketua Eksekutif atau pegawai-
pegawai lain yang diberi kuasa, dengan
disertai tandatangan juruwang kaunter dan
sebagainya. Resit rasmi merupakan bukti
pembayaran sumbangan.

Tempoh tangguh Adalah menjadi satu syarat kontrak bahawa


amaun sumbangan yang kena bayar
hendaklah dibayar pada tarikh yang
dinyatakan dalam perakuan itu. Walau
Pengantara Takaful 183

bagaimanapun, kebanyakan kontrak


memperuntukkan bahawa pembayaran itu
boleh dibuat dalam tempoh beberapa hari,
biasanya 30 hari dari tarikh tamat tempoh
yang dinyatakan. Tempoh ini dikenali
sebagai tempoh tangguh.

Terdapat dua faedah penting daripada


peruntukan ini. Pertama: sumbangan yang
lewat diterima tetapi masih dalam tempoh
tangguh tidak akan dikenakan caj faedah.
Kedua: dan yang lebih penting, jika peserta
meninggal dunia dalam tempoh tangguh ini
sedangkan sumbangan masih belum
dibayar, tuntutan mungkin boleh ditolak.

Adalah menjadi keperluan undang-undang


agar setiap pengendali mewujudkan dan
menyelenggara dengan mengemaskini buku
daftar semua sijil Takaful yang dikeluarkan,
dan tiada sijil-sijil yang boleh dipindahkan
atau dikeluarkan dari daftar ini selagi
pengendali masih bertanggungjawab ke atas
pelan Takaful tersebut.

Daftar sijil ini berfungsi sebagai rekod


rasmi sijil-sijil perlindungan yang
dikeluarkan oleh pengendali. Buku daftar
sijil mestilah menyatakan maklumat
minimum yang diperlukan untuk
dimasukkan oleh Akta dan Peraturan-
Peraturan. Daftar boleh disediakan sama ada
dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau
dalam bentuk cetakan komputer. Akta tidak
menyatakan sebarang bentuk khusus bagi
tujuan di atas.
184 Amalan Asas Takaful

Amalan Profesional Sebagai tambahan kepada usaha untuk


memastikan penyelesaian tuntutan yang
segera dan adil sekiranya berlaku tuntutan,
tataetika Amalan Profesional harus
menyediakan jadual pemeriksaan
pengurusan risiko di mana pemeriksaan
boleh dijalankan, nasihat dan laporan
tuntutan dibincangkan dengan pelanggan
dalam usaha untuk menyediakan dan
memastikan situasi yang selesa kepada
pelanggan pada setiap masa. Tujuan
pemeriksaan tersebut adalah untuk
mengurangkan jumlah kos risiko
perniagaan, yang akhirnya membawa
kepada pengurangan kos pelan Takaful
yang disertai pelanggan.

Pengendali yang menerapkan Amalan


Profesional sedia maklum tentang semua
perkataan dan fasal yang terkandung dalam
sijil Takaful. Pengendali boleh membantu
peserta dengan membuat penilaian semula
pelan perlindungan Takaful secara percuma
di mana perlindungan sedia ada akan dikaji
secara terperinci dan menyediakan laporan
mengenai kesesuaian perlindungan tersebut
menghadapi risiko. Sekiranya terdapat
kekurangan dalam perlindungan sedia ada,
jabatan pengunderaitan akan menyediakan
laporan yang menonjolkan kekurangan
tersebut serta mencadangkan perlindungan
tambahan/lain yang bersesuaian.
Pengantara Takaful 185

A8.8 NASIHAT DAN AMALAN YANG WAJAR

8.8.1 Piawaian Syariah Pertubuhan Perakaunan dan


Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI)

AAOIFI menyediakan garis panduan mengenai isu-isu Syariah


berkaitan operasi Takaful seperti berikut:

Piawaian Syariah 26 Takaful


Piawaian Syariah 41 Takaful Semula

8.8.2 Piawaian Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan


AAOIFI

Garis Panduan Perakaunan, Pengauditan dan Pematuhan AAOIFI


berkaitan operasi Takaful adalah seperti berikut:

FAS 12 - Pembentangan dan Pendedahan Umum dalam


Penyata Kewangan Pengendali Takaful.
FAS 13 - Pendedahan mengenai Asas bagi Menentukan dan
Memperuntukkan Surplus atau Defisit Pengendali Takaful
FAS 14 Pelaburan Dana
FAS 15 Peruntukan dan Rezab dalam Operasi Takaful
FAS 19 Sumbangan dalam Pengendali Takaful

8.8.3 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

Piawaian IFSB berkaitan operasi Takaful adalah seperti berikut:

i. IFSB 8 - Garis Panduan Prinsip-Prinsip Pematuhan Akujanji


Takaful

Skop dan Liputan

Prinsip-Prinsip panduan hendaklah diguna pakai dalam semua


urusan operasi perniagaan Takaful atau akujanji, tanpa mengira
status mereka di sisi undang-undang. Prinsip itu juga harus
186 Amalan Asas Takaful

diterapkan kepada semua model operasi yang diguna pakai oleh


akujanji Takaful. Akujanji Takaful digalakkan untuk
melaksanakan penggunaan amalan terbaik secara berterusan,
selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Prinsip Panduan ini,
dan menjelaskannya dengan membuat pendedahan yang
berkaitan. Matlamat mereka seharusnya mampu melaksanakan
struktur dan proses tadbir urus agar ia setanding dengan, jika
tidak lebih baik dari rakan konvensional mereka.

Prinsip-prinsip panduan telah digubal untuk digunakan dalam


akujanji Takaful am dan Takaful keluarga. Kesesuaian
penggunaannya kepada pengendali Takaful Semula agak terhad
kerana konsep operasi mereka yang berbeza dalam hal-hal
penting: contohnya, peserta reTakaful adalah pengendali Takaful
langsung (sebagai pejabat pengesid) berbanding dengan orang
ramai sebagai peserta Takaful. Oleh itu, isu-isu tadbir urus yang
timbul adalah agak berbeza. Satu kajian yang menyeluruh
mengenai model perniagaan pengendali Takaful semula adalah
diperlukan sebelum struktur dan proses tadbir urus yang baik
boleh disyorkan. Walau bagaimanapun, pengendali Takaful
Semula dan pihak berkuasa yang mengawal operasi Takaful
digalakkan untuk mempertimbangkan kebaikan prinsip-prinsip
panduan dalam usaha mereka mengukuhkan rangka kerja tadbir
urus dan menggunakannya sekiranya bersesuaian.

Pengendali Takaful mesti mematuhi sepenuhnya tanggungjawab


asas mereka kepada peserta, khususnya berhubung dengan
pematuhan dengan peraturan dan prinsip Syariah. Pematuhan
terhadap hukum-hukum Syariah perlu terus dikekalkan. Oleh
kerana sebab-sebab kewujudan (raison d'tre - bahasa Perancis)
Takaful ialah menawarkan produk perlindungan yang mematuhi
keperluan Syariah, prinsip-prinsip panduan hendaklah sentiasa
merujuk dan menyesuaikan cadangan dari prinsip-prinsip
panduan IFSB mengenai sistem tadbir urus Syariah berkaitan
dengan semua isu-isu pematuhan Syariah yang dihadapi oleh
pengendali Takaful.
Pengantara Takaful 187

Menyentuh tentang keperluan pendedahan untuk menggalakkan


amalan yang baik dan ketelusan dalam operasi Takaful, Prinsip-
Prinsip Panduan mengesyorkan agar menerapkan pendekatan 6 -
'mematuhi atau menerangkan'. Pendekatan ini membolehkan
perlaksanaan Prinsip Panduan untuk menangani kepelbagaian
rangka kerja undang-undang dalam bidang kuasa masing-masing
di mana Takaful beroperasi. Tambahan pula, ia akan
memudahkan penerapan rangka kerja tadbir urus yang seimbang
dengan saiz, kerumitan dan ciri-ciri setiap Takaful.

ii. IFSB 11 Piawaian Keperluan Kesolvenan Akujanji Takaful


(Insurans Islam)

Objektif Utama

Objektif dasar dokumen ini adalah untuk mengemukakan prinsip-


prinsip utama kepada keperluan kesolvenan untuk Takaful. Ia
dirangka berdasarkan tujuan dan objektif berikut:

Untuk meningkatkan kemungkinan bahawa Takaful akan


dapat memenuhi semua tanggungjawab kontraktual dan
komitmennya;
Untuk bertindak sebagai sistem amaran awal bagi campur
tangan pengawalseliaan dan tindakan pembetulan dengan
serta-merta, dengan mengambil kira bahawa pihak berkuasa
penyeliaan kadang-kadang mungkin mempunyai akses hanya
kepada maklumat yang tidak lengkap, dan kemungkinan
tindakan pembetulan yang diambil akan mengambil masa
untuk menghasilkan impak yang diingini;
Untuk menyediakan kaedah penampan supaya walaupun
peserta mengalami kerugian apabila berlaku kegagalan
dipihak Takaful, kesannya boleh dihadkan atau
dikurangkan, terutamanya kesan sistemik; dan
Untuk memupuk keyakinan dikalangan orang ramai,
khususnya para peserta terhadap kestabilan kewangan dalam
industri Takaful.
188 Amalan Asas Takaful

Skop Penggunaan

Piawaian ini adalah terpakai kepada semua perniagaan Takaful


dan Takaful Semula. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa
penyeliaan boleh, mengikut budi bicara mereka, melanjutkan
kesesuaian penggunaannya kepada jendela operasi Takaful
yang berada dalam bidang kuasa mereka. Di Malaysia operasi
jendela tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Piawaian ini memberi tumpuan hanya kepada Takaful sebagai


satu entiti tunggal, sementara isu-isu penyeliaan seluruh
kumpulan tidak diliputi dalam piawaian ini. Persatuan Penyelia
Insurans Antarabangsa secara aktif telah menggubal piawaian dan
panduan dalam bidang ini. IFSB akan memantau perkembangan
ini dan boleh membuat cadangan-cadangan lanjut pada masa akan
datang.

Piawaian ini memberi penekanan yang lebih khusus terhadap


keperluan kesolvenan untuk 'Dana Risiko Peserta (PRF) atau
Akaun Khas Peserta (PSA) yang tertakluk kepada pengunderaitan
dan kadar sumbangan yang dibuat atas dasar Tabarru.
Pertimbangan atas keperluan kesolvenan untuk perniagaan
Takaful keluarga yang mempunyai elemen simpanan dalam
akaun berasingan, yang dipanggil Dana Pelaburan Peserta (PIF)
atau Akaun Peserta (PA). Biasanya, dana akaun peserta tidak
mengambil kira sama ada keperluan kesolvenan Takaful telah
dipenuhi kerana dana ini tidak memiliki surplus dalam PIF atau
PA individu atau PA untuk memenuhi kekurangan dalam PRF
atau PSA. Di samping itu, PIF atau PA biasanya adalah dana
yang dikhususkan kepada pelaburan, dan risiko pelaburan yang
berkaitan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta Takaful
tanpa perlu untuk sokongan modal dari pengendali Takaful dalam
bentuk Qard (pinjaman).
Pengantara Takaful 189

8.8.4 Garis Panduan Berkaitan untuk Takaful

Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia) di bawah bidang


kuasa Ketua Pengarah Takaful telah menyediakan garis panduan
tambahan bagi operasi Takaful yang merangkumi aspek
pengunderaitan, pelaburan dan memfailkan pulangan dan data
statistik (Penyerahan Statistik Pengendali Takaful - TOSS). BNM
juga mempunyai fungsi pemantauan iaitu dengan membuat
pemeriksaan audit ke atas pengendali Takaful.

Bagi Piawaian Perakaunan, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia


(MASB) telah mengeluarkan piawaian perakaunan bagi operasi
perniagaan Takaful am dan Takaful keluarga. Piawaian ini adalah
selaras dengan yang Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa yang
terpakai bagi entiti kepentingan awam.

Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 menyediakan garis panduan


percukaian untuk pengendali Takaful yang mengurus dana Takaful.
Terdapat beberapa aspek percukaian keatas beberapa perkara tertentu
yang tidak jelas atau meragukan kerana peruntukan percukaian
dirujuk kepada operasi insurans konvensional, sedangkan Takaful
beroperasi mengikut asas yang berbeza.
190 Amalan Asas Takaful

You might also like