You are on page 1of 12

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 239

BAB A12

PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL


PERUBATAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan isu-isu mengenai pentadbiran sijil


Takaful Perubatan dan Kesihatan yang meliputi tajuk-tajuk berikut:

Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan


Pentadbiran Sijil Takaful
Borang Cadangan
Dokumen Sijil
Endorsemen
Notis Pembaharuan
Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran Sumbangan
Takaful Perubatan dan Kesihatan

A12.1 PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN


DAN KESIHATAN

Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen


sebagai bukti kewujudan kontrak Takaful yang sah. Dokumen
berkenaan termasuk perkara-perkara berikut:

1. Borang Cadangan
2. Sijil
3. Endorsemen
4. Notis Pembaharuan
5. Bukti bayaran sumbangan Takaful Perubatan dan Kesihatan
bagi tujuan pelepasan cukai

Seksyen 27 Akta Takaful 1984 menyatakan tentang kawalan dan


penghantaran borang cadangan, sijil dan risalah pengendali Takaful
240 Amalan Asas Takaful

kepada pihak Bank Negara Malaysia. Sebagai tambahan, Seksyen 27


Akta juga menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia akan
menjelaskan tentang kod amalan terbaik mengenai diskripsi borang
cadangan, sijil dan risalah.

A12.2 BORANG CADANGAN

Borang cadangan pelan Takaful perubatan dan kesihatan merupakan


sebahagian dari kontrak Takaful. Pencadang menandatangani borang
cadangan sebagai mengesahkan bahawa semua maklumat yang
diberikan sepanjang pengetahuannya adalah benar dan betul, dan
pengendali Takaful mengeluarkan sijil berdasarkan dari maklumat
diatas.

Borang cadangan merupakan dokumen yang sangat penting kerana


biasanya ia dikepilkan bersama sijil dan menjadi sebahagian dari
kontrak Takaful. Oleh yang demikian, pengendali hendaklah
mengambil perhatian sepenuhnya terhadap ketepatan isi
kandungannya demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak
iaitu pengendali Takaful dan peserta.

12.2.1 Tujuan Borang Cadangan

Tujuan diadakan borang cadangan ialah untuk membantu pengendali


Takaful mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan
pengunderaitan. Maklumat yang diperolehi dapat membantu
pengunderait menilai dengan cepat dan tepat. Dari segi amalan,
borang cadangan kerap digunakan untuk menilai perkara yang
berkaitan dengan risiko yang mudah, dimana maklumat boleh
disediakan dalam format yang tersusun.

12.2.2 Struktur Borang Cadangan

Borang cadangan biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian


dimana setiap bahagian direka untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Walaupun bentuk borang cadangan mungkin berbeza antara satu
pengendali Takaful dengan pengendali Takaful yang lain,
Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 241

kebanyakannya berkisar kepada keperluan memberitahu dan


mengemukakan maklumat-maklumat berikut:

1. Bahagian 1 (Maklumat Am),


2. Bahagian 2 (Maklumat Perubatan), Kenyataan atau Laporan Ejen,
dan tandatangan semua pihak yang terlibat dalam kontrak
berkenaan.

Soalan-soalan yang terdapat dalam borang cadangan bukanlah


menyeluruh dan pencadang bertanggungjawab untuk mendedahkan
semua fakta material walaupun ia mungkin tidak ditanya dalam
borang berkenaan. Dibawah Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan
Takaful Perubatan dan Kesihatan, pengendali Takaful bertanggung
jawab mengambil langkah-langkah yang sewajarnya membantu
pencadang melaksanakan tanggungjawab mendedahkan atau
memberitahu maklumat-maklumat penting bagi tujuan penilaian
pengunderaitan.

12.2.3 Kandungan Borang Cadangan

Berhubung dengan Seksyen 11 Garis Panduan Perniagaan Takaful


Perubatan dan Kesihatan, sub-seksyen 11(a) dan 11(b) menyatakan
bahawa pengendali Takaful hendaklah memastikan semua borang
cadangan:-

11 (a) memasukkan soalan-soalan khusus yang direka untuk


mendapatkan maklumat yang relevan kepada keputusan
pengendali Takaful sama ada untuk menerima atau menolak
risiko, kadar sumbangan dan syarat-syarat yang dikenakan.

11 (b) secara jelas meminta pencadang mendedahkan apa-apa


keadaan lain yang difikirkan penting, tanpa mengira yang
pengendali Takaful dengan sebaik mungkin telah merangka
soalan yang khusus di bawah perenggan 11 (a) di atas.
242 Amalan Asas Takaful

Biasanya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Kenyataan pemberitahuan seperti yang disyaratkan dibawah Akta


Takaful 1984

Seksyen 28 Akta Takaful 1984 menghendaki pencadang


mendedahkan atau memberitahu secukupnya fakta-fakta yang ia
ketahui. Kenyataan tersebut berbunyi Anda dikehendaki
menyatakan dalam borang cadangan, keterangan yang lengkap
dan jujur mengenai segala fakta yang anda ketahui atau anda
sepatutnya mengetahui; sekiranya tidak, sijil yang dikeluarkan
akan menjadi tidak sah.

2. Soalan-soalan am mengenai pencadang

Borang cadangan Takaful perubatan dan kesihatan mengandungi


soalan-soalan asas mengenai butir-butir peribadi pencadang
seperti berikut:

a. Nama pencadang bagi tujuan pengenalan diri. Walau


bagaimanapun, nama juga dapat memberi petunjuk mengenai
aspek risiko yang dicadangkan. Sebagai contoh, nama
syarikat biasanya dapat menunjukkan jenis perniagaan yang
dijalankan.
b. Alamat surat menyurat pencadang
c. Alamat tentang risiko. Alamat dapat menyediakan petunjuk
tempat kerja pencadang. Maklumat ini penting kerana lokasi
yang berisiko tinggi bukan sahaja meningkatkan
kemungkinan berlaku kerugian, tetapi juga tahap keterukan
kerugian yang akan ditanggung.
d. Pekerjaan pencadang. Pekerjaan yang berbeza mempunyai
tahap risiko yang berbeza juga. Contohnya, dari perspektif
Takaful perubatan dan kesihatan, pekerja di tapak pembinaan
dianggap melibatkan pekerjaan yang berisiko tinggi
berbanding dengan pekerja pejabat.
Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 243

3. Maklumat mengenai insurans / Takaful yang dimiliki sekarang &


terdahulu.

4. Soalan-soalan khusus mengenai sejarah perubatan dan kesihatan.

Soalan mungkin meliputi perkara-perkara berikut:

a. Sejarah keluarga & perubatan


b. Tabiat merokok
c. Hobi yang merbahaya
d. Soalan berkaitan AIDS

5. Dibawah Seksyen 13 garis panduan yang sama, borang cadangan


yang digunakan hendaklah mengandungi kenyataan
pengisytiharan, yang memasukkan maklumat minimum berikut:-

a. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful;


b. Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan pengendali
Takaful;
c. Peruntukan keuntungan dan surplus pelaburan kepada
peserta; dan
d. Peruntukan keuntungan, surplus dan yuran kepada pengendali
Takaful.

6. Dibawah fasal pengisytiharan, terdapat peruntukan yang


memerlukan tandatangan pencadang berserta tarikh tandatangan.
Pencadang perlu menandatangani borang cadangan berkenaan
kerana ia menandakan tawaran kontrak tersebut.

A12.3 DOKUMEN SIJIL

Pengendali Takaful menyediakan dokumen sijil yang menandakan ia


adalah bukti bertulis kontrak Takaful. Dalam usaha untuk diterima
sebagai keterangan dalam mahkamah undang-undang, sijil Takaful
perlu disetemkan selaras dengan peruntukan Akta Setem. Dokumen
yang kerap disediakan oleh pengendali Takaful adalah merupakan
244 Amalan Asas Takaful

jenis jadual yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang


berbeza dengan butir-butir risiko tertentu yang dilindungi dimasukkan
ke dalam satu bahagian dokumen sijil yang dikeluarkan oleh
pengendali Takaful.

12.3.1 Struktur Dokumen Sijil Takaful Perubatan dan


Kesihatan

Jadual didalam dokumen sijil dibahagikan kepada beberapa bahagian


iaitu:

1. Tajuk

Di bawah seksyen ini, nama penuh dan alamat berdaftar


Pengendali Takaful dicetak dibahagian atas muka surat hadapan.

2. Pendahuluan atau Klausa Kuatkuasa

Klausa ini memperkenalkan atau menyebut tentang pihak-pihak


yang terlibat dalam kontrak pengendali Takaful dan peserta.
Klausa pendahuluan ini menjadi rujukan sekiranya pelan Takaful
keluarga yang dimaksudkan adalah berdasarkan dari borang
cadangan berserta perisytiharan. Klausa ini juga menyatakan
bahawa peserta telah membayar sumbangan atau telah bersetuju
untuk membayar sumbangan sebagai balasan.

3. Klausa Operasi

Klausa ini menerangkan tentang kandungan penting kontrak


dengan menyatakan peril yang dilindungi dibawah sijil ini dan
keadaan-keadaan yang menjadikan pengendali Takaful
bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau seumpamanya
kepada peserta.
Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 245

4. Pengecualian

Pengecualian adalah had atau batasan skop perlindungan Takaful.


Ia telah menjadi amalan untuk menyatakan semua bentuk
pengecualian dibawah satu bahagian yang berasingan di dalam
dokumen sijil. Pengecualian disertakan dalam sijil kerana terdapat
peril atau kerugian tertentu yang tidak boleh dilindungi di bawah
sijil Takaful. Sebelum dokumen sijil berjadual diperkenalkan,
pengecualian biasanya dinyatakan dibahagian fasal kuatkuasa dan
syarat-syarat.

5. Jadual manfaat

Seksyen ini mengandungi semua maklumat bercetak yang


berkaitan dengan kontrak berkenaan. Manfaat yang disediakan
dibawah sijil ini hendaklah dinyatakan dengan terang dan nyata
supaya peserta dapat memahami isi kandungannya serta boleh
dijadikan rujukan. Ini biasanya dilakukan dengan menyediakan
jadual faedah secara berasingan atau mukasurat khas dalam sijil.
Contohnya, dalam sijil Takaful perubatan dan kesihatan, jadual
manfaat menyatakan maklumat berikut:

nama dan alamat peserta


sumbangan
nombor sijil
tarikh dikeluarkan
agensi
tarikh lahir peserta
tempoh perlindungan Takaful
pekerjaan peserta
fasal pengecualian tertentu
pelbagai jenis dan amaun manfaat
246 Amalan Asas Takaful

6. Klausa Penyaksian (attestation) atau Tandatangan

Klausa ini dinamakan sedemikian kerana ia memperuntukkan


kepada pengendali Takaful untuk menyatakan tanggungjawabnya.
Sijil Takaful ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh
pengendali Takaful.

7. Syarat-syarat

Dalam kontrak Takaful, syarat-syarat perlindungan berbentuk


nyata / tersurat atau tidak nyata / tersirat. Syarat tersirat biasanya
berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak (Utmost Good Faith)


Kewujudan kepentingan boleh lindung (insurable interest)
Kewujudan perkara pokok produk Takaful, dan
Mengenal pasti perkara pokok produk Takaful.

Pengendali Takaful akan mencetak syarat-syarat nyata dalam sijil


dan memantau perlaksanaan kontrak Takaful. Apabila syarat-
syarat nyata tidak dinyatakan, kontrak Takaful akan tertakluk
hanya kepada syarat-syarat yang tersirat. Berikut adalah tiga
kategori syarat-syarat kontrak yang melibatkan masa sebagai
elemen penting:-

Syarat-syarat Sebelum Kontrak

Untuk memastikan kontrak Takaful sah, terdapat syarat-


syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu kontrak itu
mejadi sah. Ia termasuk syarat tersirat seperti Penuh Percaya
Mutlak dan kepentingan boleh insurans.

Syarat-syarat Semasa Kontrak

Untuk memastikan kontrak kekal sah selepas dikeluarkan,


terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Syarat-syarat
Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 247

yang menghendaki peserta memberitahu pengendali Takaful


tentang sebarang perubahan atau pindaan terhadap risiko
yang dilindungi adalah contoh syarat-syarat semasa kontrak.
Ia meliputi syarat-syarat nyata yang disenaraikan dalam sijil
seperti perantaraan, sumbangan, subrogasi dan sebagainya.

Syarat-syarat Sebelum Liabiliti

Syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum pengendali Takaful


bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan. Syarat
pemberitahuan dalam Takaful kebakaran adalah contoh syarat
sebelum liabiliti.

8. Daftar Sijil:

Setiap pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful


1984 hendaklah mewujudkan dan menyelenggara daftar sijil
Takaful dalam bentuk tertentu seperti yang diperuntukkan, dan
selain dari perkara yang dikecualikan, daftar sijil hendaklah
disimpan di pejabat pengendali Takaful yang menjalankan
perniagaan di Malaysia.

Adalah menjadi keperluan undang-undang di bawah Seksyen 15


Akta Takaful 1984, bahawa pengendali Takaful dikehendaki
mengendali dan mengemaskinikan daftar semua sijil yang telah
dikeluarkan, dan tiada satu pun sijil berkenaan dikeluarkan dari
daftar selagi pengendali Takaful masih menanggung liabiliti
keatas sijil berkenaan. Daftar sijil digunakan sebagai rekod rasmi
sijil yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful. Daftar polisi
boleh disimpan dalam bentuk kad atau lembaran lejer atau
cetakan komputer kerana Akta Takaful 1984 tidak menetapkan
bentuk catatan rekod yang khusus bagi tujuan berkenaan.

A12.4 ENDORSEMEN

Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil dalam bentuk standard


meliputi peril tertentu dan mengecualikan yang lainnya. Walau
248 Amalan Asas Takaful

bagaimanapun, sekiranya timbul keperluan untuk meminda terma dan


syarat sijil, pengendali Takaful akan mengepilkan satu atau lebih
memorandum atau endorsemen pada sijil. Endorsemen membentuk
sebahagian dari sijil dan merupakan bukti kontrak.

Pindaan yang dibuat mungkin berkaitan dengan mana-mana yang


berikut:

o perubahan amaun manfaat


o perubahan kepada mana-mana tempoh manfaat maksimum
o perluasan perlidungan Takaful untuk melindungi tambahan
ahli keluarga
o perubahan risiko pekerjaan
o pembatalan Takaful
o pertukaran nama dan alamat peserta

A12.5 NOTIS PEMBAHARUAN

Untuk produk Takaful Perubatan dan Kesihatan pembaharuan


tahunan (biasanya pelan asas), pengendali Takaful biasanya
mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal dari
tarikh tamat tempoh, mengingatkan peserta tentang sijil yang akan
tamat tempoh pada tarikh tertentu. Walaupun tiada obligasi dari segi
undang-undang bagi pengendali Takaful untuk memberitahu peserta,
ia telah menjadi amalan biasa dan dianggap sebagai sebahagian dari
urus khidmat pelanggan pengendali Takaful.
Notis pembaharuan mengandungi semua butiran penting sijil
termasuk:

nama peserta
nombor sijil
tarikh tamat sijil
amaun sumbangan tahunan
pindaan syarat-syarat sijil (sekiranya berkenaan).
Pentadbiran Sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan 249

Pengendali Takaful juga memasukkan nota meminta peserta


mendedahkan sebarang perubahan material terhadap risiko sejak
tarikh kuatkuasa sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan sijil).

Untuk kontrak jangka panjang Takaful Perubatan dan Kesihatan,


sumbangan biasanya dibayar berdasarkan kekerapan bayaran yang
telah dipersetujui terlebih dahulu, umpamanya bulanan, suku tahunan,
setengah tahun atau tahunan. Dalam hal ini, pengendali Takaful akan
menghantar notis pemberitahuan sumbangan tiga atau empat minggu
sebelum tarikh jatuh bayaran. Sekiranya terdapat bayaran sumbangan
yang tertunggak, iaitu tidak dibayar dua atau tiga minggu selepas
tarikh jatuh bayaran, pengendali Takaful akan menghantar Notis
Peringatan Sumbangan kepada peserta.

A12.6 DOKUMEN UNTUK PELEPASAN CUKAI BAGI


BAYARAN SUMBANGAN TAKAFUL PERUBATAN
DAN KESIHATAN

Peraturan percukaian masa kini membenarkan seseorang individu


pembayar cukai pemastautin Malaysia menikmati tambahan potongan
cukai seperti berikut:

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had


maksimum RM 3,000 atas bayaran sumbangan Takaful
pendidikan dan Takaful perubatan.

Potongan dari pendapatan boleh dicukai sehingga ke had


maksimum RM 6,000 atas bayaran sumbangan sijil Takaful dan
sumbangan kepada skim persaraan yang diluluskan.

Tempoh perlindungan Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan


hendaklah dalam jangka masa 12 bulan atau lebih. Perbelanjaan yang
ditanggung hendaklah yang berkaitan dengan rawatan perubatan
disebabkan penyakit, kemalangan atau hilang upaya. Pelan ini
mungkin dalam bentuk sijil asas atau sebagai pelan tambahan (rider)
kepada sijil Takaful Keluarga. Sekiranya perlindungan dalam bentuk
250 Amalan Asas Takaful

pelan tambahan, hanya sumbangan pelan tambahan yang layak


mendapat potongan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti bayaran sumbangan


bagi melayakkannya mendapat kemudahan potongan cukai. Oleh itu,
peserta dinasihatkan untuk menyimpan segala resit bayaran bagi
tujuan pengauditan cukai dan pengesahan bayaran.

You might also like