You are on page 1of 12

Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205

BAB A10

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN


DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut:

Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan


Skop perlindungan
Istilah-istilah penting yang digunakan dalam Takaful
Perubatan dan Kesihatan

A10.1 JENIS PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN


KESIHATAN

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mempunyai pelbagai jenis


dan syarat-syarat perlindungan. Ia boleh ditawarkan sebagai pelan
individu atau pelan berkumpulan. Untuk pelan individu,
sumbangan biasanya bergantung kepada umur dan akan meningkat
seiring dengan usia, sementara untuk pelan berkumpulan,
sumbangan dikira berdasarkan ciri-ciri kumpulan secara
keseluruhan, seperti umur purata dan tahap bahaya pekerjaan.

Secara amnya, pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan meliputi


jenis-jenis berikut:

1. Takaful Perbelanjaan Perubatan iaitu termasuk Takaful


Penghospitalan & Pembedahan dan Takaful Perbelanjaan
Perubatan Utama.
2. Takaful Faedah Tunai Penghospitalan
3. Takaful Penyakit Kritikal
4. Takaful Pendapatan Hilang Upaya
206 Amalan Asas Takaful

Terdapat pengendali Takaful yang menawarkan pelan Takaful


perbelanjaan perubatan yang melindungi:

1. Perbelanjaan klinikal (rawatan pesakit luar)


2. Perbelanjaan pergigian
3. Perbelanjaan bersalin

A10.2 SKOP PERLINDUNGAN

1. Perbelanjaan Perubatan (Medical Expenses)

Skop perlindungan perbelanjaan perubatan ialah membiayai kos


rawatan penyakit dan kecederaan, tertakluk kepada had dan syarat-
syarat yang terkandung didalam sijil Takaful. Pelan perbelanjaan
perubatan biasanya melindungi amaun yang melebihi amaun
deduktibel yang telah dipersetujui lebih awal.

2. Penghospitalan dan Pembedahan (Hospitalization and


Surgical)

Perlindungan penghospitalan dan pembedahan meliputi


perbelanjaan berkaitan kos rawatan kemasukan ke hospital. Tujuan
utama pelan ini untuk menampung perbelanjaan pembedahan dan
penginapan hospital. Pilihan perlindungan dan kos pembiayaan
adalah berbeza-beza, bergantung kepada sijil tertentu. Walau
bagaimanapun, perlindungan pelan ini biasanya tidak menyeluruh
berbanding dengan pelan Takaful perubatan utama.

Secara amnya, manfaat yang disediakan di bawah pelan Takaful


penghospitalan dan pembedahan adalah seperti berikut:

Bilik dan Penyediaan Makanan


Unit Kawalan Rapi
Perkhidmatan dan Bekalan Hospital
Yuran Pakar Bius
Yuran Pakar Bedah
Bayaran Bilik Bedah
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 207

Lawatan Doktor Pakar di Hospital


Ujian Diagnosa Sebelum Kemasukan Ke Hospital
Khidmat Pakar Runding Sebelum Kemasukan Ke Hospital
Rawatan Selepas Kemasukan Ke Hospital
Rawatan Pesakit Luar Kecemasan / Kemalangan
Bayaran Khidmat Ambulans

Terdapat juga pelan yang melindungi:

Elaun Tunai Hospital


Rawatan Kanser Pesakit Luar
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
Pemindahan Organ

3. Perbelanjaan Perubatan Utama (Major Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama adalah sejenis pelan Takaful


perubatan dan kesihatan yang menyediakan manfaat untuk
kebanyakan perbelanjaan perubatan yang mungkin ditanggung
oleh peserta. Perbelanjaan perubatan utama menyediakan
perlindungan yang lebih meluas termasuk perbelanjaan semasa
dimasukkan ke hospital dan selepas keluar dari hospital dengan
manfaat individu yang lebih tinggi dan had maksimum sijil.

Perlindungan untuk caj rawatan perubatan adalah lebih meluas


dengan beberapa had dalaman dan manfaat maksimum
keseluruhan yang lebih tinggi, disediakan dalam pelan berikut:

a. Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan (Supplemental


Major Medical Expenses)

Apabila pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Tambahan


disertakan, ia biasanya dianggap sebagai sokongan dan
memperkukuhkan pelan asas yang biasanya termasuk manfaat
hospital, pembedahan dan perlindungan perubatan bersama-sama
dengan pelan tambahan yang meliputi pelbagai perbelanjaan
perubatan yang lebih meluas. Secara amnya, pelan asas akan
208 Amalan Asas Takaful

menampung perbelanjaan yang tiada deduktibel sehingga ke had


sijil. Mana-mana amaun yang melebihi had itu, pelan tambahan
akan mula berfungsi iaitu beroperasi dengan cara yang sama
seperti pelan komprehensif yang tidak memberikan liputan ringgit
yang pertama. Secara mudahnya, apabila bayaran manfaat di
bawah pelan asas telah mencapai had maksimum, peserta perlu
menanggung amaun deduktibel, dan disinilah perlindungan
perubatan utama tambahan akan menampung perbelanjaan
tersebut. Oleh kerana deduktibel berlaku antara pelan asas dan
pelan tambahan, ia sering dirujuk sebagai koridor yang
dibenarkan. Sama seperti pelan Perubatan Utama Komprehensif,
pelan tambahan akan memasukkan had stop-loss dan had manfaat
sepanjang hayat maksimum.

Contoh:-

Puan Sakinah menyertai kedua-dua pelan perlindungan iaitu pelan


Takaful perubatan asas dan pelan perubatan utama tambahan.
Beliau telah dimasukkan ke hospital dan bil rawatan melebihi had
manfaat pelan asas.

Oleh kerana had manfaat pelan asas telah digunakan sepenuhnya,


pelan tambahan akan mula berfungsi. Pelan tambahan ini akan
membayar bil perubatan seperti yang dinyatakan dalam sijil,
selepas ditolak amaun deduktibel. Sebagai contoh, pelan
perlindungan akan membayar 80% dari jumlah keseluruhan
sementara Puan Sakinah membayar baki 20% bill rawatan.

b. Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif


(Comprehensive Major Medical Expenses)

Pelan Perbelanjaan Perubatan Utama Komprehensif adalah pelan


perubatan dan kesihatan yang menyediakan perlindungan bagi
kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan. Ia adalah serupa dengan
pelan Takaful Penghospitalan dan Pembedahan, tetapi pelan ini
mengenakan sejumlah amaun deduktibel. Kebanyakan pelan
perubatan utama akan membayar amaun yang melebihi amaun
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 209

deduktibel sahaja. Peruntukan deduktibel dianggap telah dipenuhi


apabila peserta dapat menunjukkan bukti yang ia telah membayar
perbelanjaan yang sepatutnya di bawah tanggungannya.

Satu lagi ciri-ciri penting perlindungan perubatan utama ialah ia


menggunakan konsep Takaful bersama iaitu perkongsian antara
pengendali Takaful dan peserta untuk membayar apa-apa
perbelanjaan yang melebihi amaun deduktibel. Pengendali Takaful
akan menanggung sebahagian besar perbelanjaan, biasanya
membayar 80% manakala peserta bertanggungjawab untuk
membayar baki 20%. Nisbah-nisbah lain juga mungkin digunakan
seperti yang terkandung dalam sijil tertentu, umpamanya nisbah
75 : 25.

c. Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan (Excess Major


Medical Expenses)

Perbelanjaan Perubatan Utama Lebihan biasanya ditawarkan


sebagai amaun tambahan nilai (top-up) kepada pelan perubatan
utama. Apabila amaun tuntutan melebihi had pelan asas, pelan
perbelanjaan perubatan utama lebihan akan mula berfungsi.

Asas Perlindungan Takaful

Pelan Takaful Penghospitalan dan Pembedahan Komprehensif


juga dikenali sebagai pelan 'Seperti yang Dikenakan'. Sijil
perlindungan biasanya melindungi jumlah sebenar yang
dikenakan oleh pihak hospital, selain dari perbelanjaan bilik
dan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, pengendali
Takaful mungkin mengenakan mekanisma kawalan dengan
meletakkan had pampasan bagi setiap manfaat. Antara bentuk
had sekatan yang dikenakan oleh pengendali Takaful ialah had
bagi setiap hilang upaya, had tahunan keseluruhan dan had
sepanjang hayat keseluruhan.
210 Amalan Asas Takaful

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah


sama seperti pelan perubatan dan kesihatan individu. Ia
biasanya merupakan pelan perlindungan yang sumbangannya
ditanggung oleh majikan untuk melindungi pemilik
perniagaan, pekerja dan tanggungan pekerja. Kadar
sumbangan dibawah pelan ini dikira berdasarkan ciri-ciri
kumpulan secara keseluruhan, seperti umur purata dan tahap
bahaya pekerjaan; berbeza dengan pelan individu di mana
potensi risiko setiap orang dinilai.

Terdapat dua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan


Berkumpulan iaitu:

a. Berasaskan sumbangan (contributory)

Dibawah pelan ini, pekerja perlu mencarum sebahagian


dari sumbangan kumpulan. Biasanya pelan ini
memerlukan sekurang-kurangnya 75% penyertaan pekerja
yang layak.

b. Berasaskan tanpa sumbangan (non-contributory)

Dibawah pelan jenis ini, tiada sumbangan dari pekerja


kerana majikan menanggung sepenuhnya bayaran
sumbangan. Walau bagaimanapun, pelan ini memerlukan
penyertaan 100% pekerja yang layak.

Pelan Takaful Manfaat Tunai Penghospitalan

Pelan ini menyediakan manfaat tunai harian sekiranya peserta


dimasukkan ke hospital kerana semua sebab-sebab, tertakluk
kepada terma-terma dan syarat-syarat rider. Ia boleh
ditawarkan sebagai pelan perlindungan asas (stand-alone) atau
sebagai rider/manfaat sampingan yang disertakan pada pelan
Takaful Perubatan dan Kesihatan.
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 211

Pelan Takaful Penyakit Kritikal

Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap sebarang


penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil. Ia juga
dikenali sebagai pelan Takaful penyakit merbahaya. Apabila
peserta didiagnosa mengalami atau menghidap salah satu dari
penyakit kritikal seperti yang dinyatakan dalam sijil, pelan
Takaful ini akan membayar sejumlah amaun sekaligus kepada
peserta.

Pelan ini ditawarkan sebagai pelan asas atau sebagai rider


kepada sijil perlindungan Takaful keluarga.

Pelan Takaful Pendapatan Hilang Upaya

Pelan ini melindungi pendapatan benefisiari dari risiko


ketidakupayaan untuk melakukan kerja dan oleh itu ia
kehilangan pendapatan. Manfaat yang diperolehi termasuklah
cuti sakit bergaji, manfaat hilang upaya jangka pendek dan
manfaat hilang upaya jangka panjang.

A10.3 ISTILAH-ISTILAH PENTING YANG DIGUNAKAN


DALAM TAKAFUL PERUBATAN DAN
KESIHATAN

Istilah Keterangan

Kemalangan Suatu peristiwa atau kejadian yang tidak


diduga dan tidak diingini.

Anti pemilihan Kecenderungan lebih kepada risiko yang


buruk berbanding dengan yang normal
untuk membeli atau mengekalkan
perlindungan Takaful, atau berbanding
dengan seseorang yang mempunyai
jangkaan kerugian ditahap biasa atau lebih
baik dari biasa.
212 Amalan Asas Takaful

Timbangtara Suatu bentuk pilihan penyelesaian


pertikaian di mana orang tengah yang tidak
berat sebelah atau panel memberikan
pendapat tentang tanggungjawab atau takat
kerugian.

Kenyataan Pakar Lebih kerap disebut sebagai 'rekod


Perubatan perubatan' yang biasanya diperlukan oleh
yang Merawat Takaful untuk menentukan keadaan
(APS) kesihatan pemohon ketika mengemukakan
permohonan perlindungan. Pemohon
membenarkan pengendali Takaful
menghubungi doktor untuk mendapatkan
rekod perubatan, sama ada sebelum
kelulusan perlindungan atau apabila sijil
perlindungan telah berkuatkuasa.

Had Manfaat Amaun maksimum yang layak diperolehi


untuk perkhidmatan semasa dilindungi
dibawah sijil Takaful.

Takaful Bersama Peruntukan di mana peserta yang dikenakan


nisbah bayaran lebih rendah dari peratusan
yang ditanggung oleh pengendali Takaful
akan menerima bayaran ganti rugi kurang
dari amaun sebenar; peruntukan yang
biasanya terdapat dalam Takaful perubatan,
dimana peserta dan pengendali Takaful
berkongsi kerugian yang dilindungi di
bawah sijil dalam nisbah yang ditetapkan,
sebagai contoh, 80% oleh pengendali
Takaful dan 20% oleh peserta.

Takaful Pelan Takaful yang direka untuk memberi


Perubatan perlindungan yang ditawarkan di bawah
Utama pelan asas dan pelan Takaful perubatan
Komprehensif utama.
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 213

Pembaharuan Peruntukan penerusan sijil Takaful


Bersyarat kesihatan dimana pengendali Takaful tidak
boleh membatalkan sijil perlindungan
ketika ia masih berkuatkuasa, tetapi
pengendali boleh menolak permohonan
memperbaharui sijil di bawah syarat
tertentu yang dinyatakan dalam kontrak.

Sumbangan / Pelan Takaful Berkumpulan yang


caruman dikeluarkan kepada majikan di mana kedua-
dua belah pihak iaitu majikan dan pekerja
sama-sama membayar sumbangan /
caruman kos pelan berkenaan.

Perbelanjaan Perbelanjaan hospital, perubatan, dan lain-


yang dilindungi lain perbelanjaan penjagaan kesihatan yang
ditanggung oleh peserta, yang layak
menerima bayaran manfaat dibawah pelan
Takaful kesihatan.

Deduktibel Sejumlah bayaran yang perlu ditanggung


oleh peserta setiap tahun untuk menampung
perbelanjaan perubatan, sebelum pelan
Takaful membayar baki bil perbelanjaan
berkenaan.

Hilang Upaya Kelainan fizikal atau mental yang


menghadkan satu atau lebih aktiviti
kehidupan normal seseorang individu. Ia
mungkin sebahagian atau sepenuhnya.

Takaful Takaful terhadap kerugian kewangan akibat


Kesihatan penyakit atau kecederaan anggota badan
disebabkan kemalangan. Perlindungan yang
menyediakan pembayaran manfaat untuk
penyakit atau kecederaan yang dilindungi.
Pelbagai jenis Takaful dibawah
214 Amalan Asas Takaful

perlindungan ini ialah seperti Takaful


Kemalangan, Takaful Pendapatan Hilang
Upaya, Takaful Perbelanjaan Perubatan
dan Takaful Kematian Akibat Kemalangan.

Had Sepanjang Jumlah maksimum manfaat yang


Hayat disediakan kepada peserta untuk tempoh
sepanjang hayatnya.

Penjagaan Perkhidmatan kesihatan dan penjagaan


tempoh Jangka kesihatan yang menyeluruh dan berterusan
Panjang kepada orang yang berpenyakit kronik,
hilang upaya atau terencat. Perkhidmatan
boleh diberikan kepada pesakit dalam
(kemudahan pemulihan, rumah penjagaan,
hospital sakit jiwa) pesakit luar atau
penjagaan di rumah.

Takaful Suatu bentuk Takaful kesihatan yang


Perbelanjaan menyediakan manfaat bagi kebanyakan
Perubatan jenis perbelanjaan perubatan sehingga ke
Utama had maksimum yang tinggi, umpamanya
RM250,000 atau lebih selepas deduktibel,
umpamanya RM500 atau lebih. Kontrak
berkenaan mungkin menetapkan had
dalaman dan biasanya tertakluk kepada
Takaful bersama.

Takaful Suatu bentuk Takaful kesihatan yang


Perbelanjaan menyediakan manfaat untuk perbelanjaan
Perubatan yang ditanggung bagi rawatan perubatan.
Bentuk Takaful kesihatan ini memberi
manfaat perbelanjaan khidmat pakar
perubatan, hospital, kejururawatan,
perkhidmatan berkaitan kesihatan dan
pembekalan. Manfaat-manfaat ini mungkin
berkaitan dengan perbelanjaan sebenar,
Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 215

amaun yang dinyatakan atau perkhidmatan


yang diberikan. Perlidungan tersebut
kadang kala meliputi manfaat langkah
pencegahan, diagnosa serta rawatan.

Perbelanjaan Perbelanjaan berkaitan dengan Takaful


Pelbagai hospital, caj hospital (selain dari caj bilik
dan penyediaan makanan) seperti sinar-X,
ubat-ubatan, makmal dan caj-caj sampingan
lain. (Kadang-kadang dirujuk sebagai caj
sampingan).

Tanpa Istilah yang digunakan dalam pelan manfaat


Sumbangan pekerja di mana majikan menanggung
sepenuhnya kos pembiayaan manfaat untuk
pekerja. Seratus peratus daripada
kakitangan yang layak mesti menyertai
pelan perlidungan berkenaan.

Pesakit Luar Pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital


dan menerima rawatan perubatan.

Keadaan Sedia Keadaan fizikal dan / atau mental peserta


Ada yang diperlihatkan (sedia ada) sebelum
pengeluaran sijil atau yang telah wujud
sebelum perlindungan dan rawatan
diterima. Keadaan fizikal yang wujud
sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa.

Tempoh Suatu tempoh dari tarikh sijil dikeluarkan


Menunggu sehingga ke tarikh tertentu, biasanya 180
hari, di mana dalam tempoh tersebut tiada
perlindungan penyakit disediakan. Syarat
ini diwujudkan bagi mengurangkan /
menghapuskan penyakit yang sebenarnya
telah wujud sebelum sijil perlidungan
berkuatkuasa.
216 Amalan Asas Takaful

Caj yang Caj penjagaan kesihatan yang sejajar


Munasabah dan dengan kadar pasaran semasa atau caj bagi
mengikut kawasan geografi tertentu untuk
Kebiasaan perkhidmatan yang sama atau serupa.

Bayaran Balik Pembayaran bil perbelanjaan yang


ditanggung akibat kemalangan atau
penyakit, tetapi tidak melebihi apa-apa
amaun yang dinyatakan dalam sijil Takaful.

You might also like