You are on page 1of 9

Sepanjang hidup, otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima

rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi


serta menyimpan memori. Zat pemakanan amat diperlukan untuk menjaga
otak agar dapat berfungsi secara optimum. Pakar pemakanan mengakui
bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat
penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan
serta ketidakupayaan kognitif seseorang. Ini kerana 0tak mengalami
perkembangan mengikut fasa pertumbuhan manusia dan ia memerlukan zat
pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak
yang lebih tinggi. Semasa dalam kandungan ibu, pembinaan otak manusia
merupakan satu fasa yang kritikal kerana pada masa tersebut berlaku proses
pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap
perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia
yang dapat dibentuk melalui pengkayaan sumber makanan.

Kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu


menguasai pelbagai bidang? Corak pemakanan yang menepati pemakanan
sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat
kita pada masa sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik
tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud: Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu)
seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang
halal atau haram?- HR Bukhari.

Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia
di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam
individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang
mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan
bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk
mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah
melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara
bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.

1. Coklat Hitam
Coklat hitam ternyata dapat membuat pandangan semakin tajam dan
meningkatkan kemampuan otak. Coklat juga terbukti menjadi makanan yang
cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of
Reading, Britain.
Mereka menemui bahawa coklat hitam memiliki banyak kandungan flavanol
yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil kajian ini juga membuka
spekulasi bahawa coklat hitam juga membantu meningkatkan aliran darah ke
retina untuk mempertajam penglihatan.

2. Omega
Ikan secara keseluruhan banyak memberi manfaat kepada kesihatan anda,
terutama terhadap otak anda. Ikan mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA),
iaitu asid lemak yang memberi manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek.
Satu hidangan ikan seminggu dapat mengurangkan seseorang menghidapi
penyakit Alzheimer. Omega-3 menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta
membolehkan seseorang untuk mengekalkan maklumat baru pada masa yang
sama masih mengingati maklumat lama. Antara ikan yang mengandungi
Omega-3 yang tinggi ialah salmon, tuna, kerapu dan sardin (bukan sardin tin
yer).

Manakala Omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang


mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan
labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras
pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak
politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam
pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan
autism.

3. Sayuran Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau seperti pegaga, kubis, bayam, kangkung dan lain-
lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan orang dewasa. Sayur-
sayuran ini membantu untuk mengingati maklumat yang lama dan proses
seperti anda baru belajar semalam. Ini adalah kerana makanan ini selalunya
penuh vitamin B6, B12, dan folate, iaitu merupakan sebatian besar yang
diperlukan di dalam otak untuk memecahkan tahap homocystein, yang boleh
membawa kepada kealpaan dan juga penyakit Alzheimer. Sayur-sayuran ini
mengandungi zat besi yang dapat mengaktifkan kognitif seseorang.

4. Bijirin.
Bijirin seperti kacang tanah, hazelnuts, gajus, badam, walnut, pecans, biji labu,
dan biji bunga matahari adalah baik untuk perkembangan otak. Ini kerana
kacang dan bijirin kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E, dan
vitamin B6. Semua nutrien ini dapat mengaktifkan daya pemikiran seseorang.
selain itu ia juga kaya dengan thiamin dan magnesium, yang baik untuk
ingatan, fungsi kognitif, dan otak.

5. Blueberry dan strawberry


Minum jus blueberry dapat meningkatan kemampuan otak. Blueberry
mengandung senyawa kimia antosianin yang dapat mempercepat penyampaian
mesej ke otak dan menghalang sel-sel daripada kerosakan kerana
bertambahnya usia. Sebuah kajian di New York mendedahkan khasiat buah
blueberry dan strawberry mendapati bahawa ke dua buah tersebut ternyata
juga banyak mengandungi flavonoid. Dengan rutin mengambil blueberry dan
strawberry dapat membantu menjaga fungsi otak dengan baik meskipun usia
semakin bertambah tua. Kajian ini juga menjelaskan bahawa wanita yang
banyak mengambil buah blueberry atau strawberry mengalami penangguhan
penuaan kemampuan kognitif otak hingga 2, 5 tahun dari usia yang
sebenarnya. Kemampuan kognitif otak adalah aktiviti otak yang digunakan
untuk berfikir, mengingat dan penalaran. Sebuah kajian di Harvard University
juga menambah keyakinan para ahli kesihatan dimana buah blueberry dan
strawberry boleh membantu menurunkan risiko risiko diserang penyakit
parkinson pada lelaki lanjut usia.

Dr. Robert Graham, seorang internis (ahli penyakit dalam) di Lennox Hill
Hospital New York, mengatakan bahawa sifat anti oksidan dan anti inflamasi
yang berperanan besar dalam penangguhan penurunan kemampuan kognitif
otak. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dan sayur-
sayuran sehingga kesihatan tetap terjaga dengan baik.

6. Telur
Ketika kita semakin tua, otak kita mulai menyusut karena sesuatu hal yang
disebut atrofi otak. Namun, kita bisa melawan proses alamiah ini dengan rutin
memakan telur. Hal ini karena telur mengandung banyak vitamin B12 serta
lesitin. Vitamin B12 membantu melawan penyusutan otak, yang sering terlihat
pada penyakit Alzheimer. Telur, meskipun sangat tidak sehat jika agan makan
terlalu banyak, karena penuh dengan asam lemak esensial. Kuning telur,
meskipun sangat tinggi kolesterol, juga tinggi kolin, yang merupakan zat
pembangun sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingat agan.
Namun jangan kebanyakan yah, cukup 1-2 telur sehari.

7. Rempah-ratus
Rempah-rempah sangat beragam dan tidak terbatas pada ketumbar, kunyit,
merica, cabai, bubuk paprika, jintan, kayu manis, kapulaga, bunga lawang,
kelabet, adas manis, daun salam koja, dan cengkeh. Rempah-rempah ini sangat
bermanfaat untuk menjaga otak tetap segar. Sebagai bahan utama bubuk kari,
curcumin penuh antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan
memelihara fungsi kognitif saat usia bertambah. Antioksidan juga berjuang
melawan kerusakan akibat radikal bebas yang dapat terjadi di dalam otak serta
tubuh. Radikal bebas dapat menyebabkan peradangan dan penyakit lain dalam
tubuh. Kari tidak hanya baik untuk otak, juga dapat melawan diabetes dan
penyakit jantung.

8. Teh Hijau
Teh hijau sangat bermanfaat bagi otak. Teh hijau mengandung catechin. Kajian
saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat
merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto,


kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak
kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative
Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid
menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan
stress.

Flavonoid ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder dan
kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan
berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid dapat
merawat kecederaan pada sel otak.

9. Tiram.
Tiram kaya dengan zink dan zat besi. Tiram dapat membantu untuk menjaga
fikiran yang tajam dan meningkatkan daya ingatan anda. Zink dan zat besi
telah dikaitkan dengan keupayaan otak untuk kekal fokus dan ingat maklumat.
Kekurangan zink dan besi boleh menyebabkan masalah daya ingatan, dan
kurang daya tumpuan.

10. Pisang
Pisang mengandungi potassium, glukos dan vitamin B. Nutrien ini dapat
mengimbangi otak pelajar supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di
dalam kelas dengan baik. Kandungan vitamin B6 pisang cukup tinggi, yaitu
sebesar 0,5 mg per 100 gram. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa
reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperan dalam sintetis dan
metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif
sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.

11. Kurma
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah
penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah
berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti


Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah
kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu
sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

Kurma dapat menyihatkan sel darah merah. Katanya, buah kurma


mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai
glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta
membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama. menurut beliau
kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi
khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-
kanak yang sihat.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri
kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan
santun serta cerdas pemikirannya."

12. Buah Delima


Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan
bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan hypoxia
ischemia yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit


nyayuk atau penyakit Alzheimer.
Maka tidak hairanlah mengapa Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah
yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon
kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].

13. Kismis.
Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa
Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan


kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa,
menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Gula dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran


otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak
untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula
ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis juga mengandungi zat
besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk
disalurkan ke otak. Selain menajamkan minda, kismis merupakan serat yang
baik dan dapat dihadamkan dengan cepat untuk penghasilan tenaga berfikir.

14. Madu
Secara umum, madu telah dikenal sebagai makanan, baik untuk pemakanan
maupun sebagai suplemen kesihatan atau juga kecantikan. Tidak hanya itu,
khasiat madu tidak diragukan lagi yang kaya akan vitamin, mineral, bahkan
hormon penting bagi tubuh yaitu: gula (glukosa dan fruktosa), beragam
mineral (kalsium, potassium, magnesium, sodium klorin, sulfur, besi dan
fosfor) dan vitamin-vitamin (B1, D2, B3, B5, B6 dan C). Madu juga mengandung
sejumlah kecil dari beberapa macam hormon, tembaga, iodium dan zinc.

Madu mempunyai banyak khasiat dan antara salah satunya adalah


melancarkan fungsi otak. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit
mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti
berfikir dan membaca. Ini kerana dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W
bersabda siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu.
15. Susu Segar
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut
mental dan fizikal.Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak
dan air berfungsi untuk pertumbuhanbadan dan otak. Susu berkhasiat kerana
mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineraldan air. Sabda
Rasulullah s.a.w bahawa susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal,
penglihatan yangbaik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan
meminum sekurang-kurangnya segelas pagidan segelas malam. Mulai dengan
bismillah.

16. Labu
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda makanlah
labu kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup
atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan
kemampuan keupayaan akal dan fikiran.

17. Halia
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

18. Limau Oren


Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

19. Daging Ayam Betina.


Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

20. Badam.
Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh
dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran
makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih
banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Protein tenusu yang
terdapat dalam badam dapat membantu untuk mendapatkan otak yang
bergeliga dan bijak

Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam


meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan
penting untuk tumbesaran kanak kanak. Ramai ibu member badam, direndam
didalam air kepada anak anak mereka setiap pagi (2-3 biji, anda juga boleh
membuang kulit badam jika ia mendatangkan alahan).

Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalm telur,


begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.

21. Glukosa.
Glukosa membantu menghasilkan tenaga untuk sel otak supaya fokus dan
mempunyai daya ingatan yang kuat. Menurut Dr. France Bellisle, pakar global
dalam tingkah laku makan dan tingkah laku kognitif, `Ada kebenarannya jika
dikatakan bahawa jumlah glukosa mungkin mempengaruhi keupayaan otak
kita untuk berfungsi.'

Pada asasnya otak memerlukan tenaga untuk bekerja. Hampir seluruh tenaga
ini dibekalkan secara eksklusif oleh glukosa.

22. Gingko.
Gingko memperbaiki peredaran darah di serebrum dan pemancar isyarat saraf.
Ia meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan
mental. Berdasarkan kajian, pengambilan sebanyak 120 hingga 240 miligram
(mg) gingko sehari selama tiga hingga enam bulan memberi kesan yang
signifikan ke atas fungsi kognitif di kalangan penghidap Alzheimer.
Keberkesanannya adalah setanding dengan donepezil, ubat yang digunakan
dalam rawatan penyakit Alzheimer.

23. Pegaga.
Pegaga berfungsi sebagai perangsang untuk otak dan mengelakkan penyakit
nyanyuk. Pegaga dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong
mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan
tindakbalas serta menambahkan kekuatan fizikal dan mental. WHO telah
mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan
kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.

Kecerdasan Minda ( IQ ) seseorang tidak bergantung kepada bilangan sel


neuron di otak tetapi bergantung kepada jumlah hubungan yang di bentuk oleh
ramisaraf dendrit ( dendrit fibres ) di neuron. Otak yang cerdas banyak
membentuk hubungan di antara ramisaraf dendrit. Kajian menunjukkan
ramisaraf dendrit boleh diransang pertumbuhannya melalui pemakanan serta
tenaga yang mencukupi bagi merangsang proses tumbesaran minda untuk
berfikir dengan lebih kritis.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien


yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang
optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik. Pemilihan makanan
halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.
Ini kerana pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan
dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.

You might also like