You are on page 1of 8
suLIT OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SEMESTER SEPTEMBER 2012 PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS =: — PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 4 KOD : HBIS4203 TARIKH : 21 DISEMBER 2012 TEMPOH i 2 JAM 30 MINIT MASA : 3,00 PTG -5.30 PTG ARAHAN KEPADA CALON 4. Kertas soalan ini disediakan dalam BAHASA MELAYU. JAWAB dalam BAHASA MELAYU. 2. Kertas soalan ini terdiri daripada TIGA (3) Bahagian - BAHAGIAN A, BAHAGIAN B- dan BAHAGIAN C. Baca DENGAN TELITI arahan bagi setiap BAHAGIAN. . Tulis jawapan anda dalam Buku Jawapan yang dibekalkan. es Kertas soalan ini mengandungi 4 MUKA SURAT soalan yang dicetak pada kedua-dua belah muka surat , tidak termasuk muka surat ini. BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah 1. Jelaskan skop perbincangan surah al-Mukminun serta sebutkan sebab ia dinamakan dengan al-Mukminun. (4) 2. Proses penafsiran al-Quran telah bermula sejak zaman nabi Muhammad SAW lagi. Huraikan secara ringkas bagaimana berlakunya proses ini pada zaman baginda, (4) 3. Riwayat israiliyyat di dalam tafsir muncul pada zaman tabi’in, Sebutkan nama EMPAT individu yang masyhur di dalam periwayatan israiliyyat ini. (4) 4, Jelaskan bagaimana para tabi’in mentafsir al-Quran dan sebutkan aliran sekolah tafsir yang muncul pada ketika itu. (4) 5. Islam telah menggariskan tiga bentuk hukuman iaitu; hukuman hudud, hukuman qisas dan hukuman ta’zir. Jelaskan maksud hukuman ta’zir berdasarkan apa yang anda pelajari. (4) (Jumlah: 20) ARAHAN BAHAGIAN B Bahagian B mengandungi TIGA soalan. Jawab DUA soalan SAHAJA. SOALAN 1 @ () © Hudud adalah hukum Allah yang tidak boleh diubah oleh mana- ‘mana kuasa pemerintahan, perundangan mahupun kehakiman yang ada, Huraikan maksud hudud dan nyatakan jenis jenayah yang dikenakan ke atasnya hukuman hudud serta jelaskan_ bentuk hukuman yang perlu dilaksanakan, Thadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu; Haji Ifrad, Haji Tamattu’ dan Haji Qiran, Huraikan secara terperinci cara perlaksanaan KETIGA-TIGA jenis haji ini. Istita’ah atau berkemampuan adalah antara syarat yang mewajibkan seseorang muslim menunaikan haji. Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian, Perincikan KEDUA-DUA bahagian ini dengan jelas. Markah (8) (6) (6) (Jumlah: 20) @ (b) © @ () Sembelihan terbahagi kepada tiga iaitu; al-Zabhu, al-Nahru dan al- ‘Aqru. Huraikan perbezaan antara KETIGA-TIGA _jenis sembelihan ini. (6) Sewa atau ijarah adalah salah satu transaksi muamalat yang terdapat di dalam Islam. Jelaskan syarat sah transaksi ini dan tentukan bilakah kontrak sewa akan tamat. ) Insurans yang diterima di dalam Islam ialah insurans yang berasaskan Konsep takaful. Huraikan ciri-ciri yang membezakan antara insurans Islam dan insurans konvensional. (5) (Jumlah: 20) Jelaskan sejarah penubuhan Kerajaan Bani Umayyah dan huraikan sumbangan kerajaan ini kepada tamadun Islam. (8) Setiap manusia dituntut agar menggunakan akal untuk berfikir. Jelaskan sumber berfikir di dalam Islam dan nyatakan kepentingannya dalam kehidupan seharian. (a2) (Jumlah: 20) BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN 1, Gadaian (al-rahnu) ialah berhutang dengan meletakkan cagaran supaya terjamin pembayarannya bila sampai tempohnya. Soalan berikut berkaitan dengan gadaian. Sila jawab dengan terperinci. a) Nyatakan pengertian gadaian (al-rahnu) dari sudut bahasa dan syarak. b) Huraikan rukun dan syarat gadaian, ©) Jelaskan keistimewaan gadaian Islam berbanding gadaian konvensioanl. (Jumlah: 20) 2 Anda adalah guru agama di sekolah anda yang telah diberi tugas oleh pengetua untuk membimbing secara eksklusif seorang pelajar yang terlibat dengan gejala sosial. Sebagai individu yang diberikan amanah sebegini, bincangkan apakah persiapan dan sifat yang perlu ada pada diri anda dan huraikan pendekatan bagaimanakah yang akan anda ambil bagi membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut. (Jumlah: 20) KERTAS SOALAN TAMAT an

You might also like