You are on page 1of 1

Pendekatan ini menjurus kepada satu organisasi yang mempunyai satu kumpulandi dalam sesebuah

organisasi. Setiap ahli dalam organisasi tersebut mempunyai minat,objektif dan kepentingan yang
sama. Pihak pengurusan mempunyai hak
(managerial prerogative) yang dianggap sebagai sah dan rasional. Melalui pendekatan ini, kesatuan
dilabelkan sebagai penceroboh yang boleh menyebabkan konflik dalam organisasitimbul. Rundingan
secara kolektif dan perjanjian kolektif tidak diterima dan dianggapsebagai mekanisma anti sosial.
Oleh itu, majikan tidak menerima kehadiran kesatuandalam organisasi mereka kerana kesatuan
punca kepada wujudnya konflik

Pendekatan Pluralis (pluralistic approach)Organisasi terdiri daripada individu yang mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri.Dari perspektif pluralis, hubungan industri adalah satu proses pertukaran konflik
kepada peraturan. Kemudian, evolusi akan berlaku berdasarkan manifestasi
konflik melalui tigamekanisma seperti tindakan tidak langsung (indirect action), prosedur yang
telahditetapkan dan tindakan daripada industri (industrial action). Persamaan ideologi diantara aktor
dalam sistem akan menjamin kestabilan dan kelangsungan muktamadsistem.Dalam pendekatan ini,
majikan dan kesatuan dapat berhubung dengan baik.Konflik dianggap sesuatu yang bagus.

Pendekatan Marxsis (Marxist approach)Konsep Marxsis adalah lebih kepada kawalan proses buruh.
Buruh telah menjadisebagai satu komoditi yang merupakan faktor pengeluaran. Peranan utama
pihak pengurusan ialah menukar keupayaan seseorang pekerja kepada produktiviti, untukmemaksim
umkan keuntungan dan mendapatkan modal. Konsep ini membawa evolusikepada Kesatuan Sekerja
kerana pekerja mahu mereka dilayan sebagai seorang manusiadan bukan sebagai faktor
pengeluran.2.2 Teori Kesatuan Sekerja (The theories of Trade Unionism)Terdapat beberapa teori
Pergerakan/Evolusi Kesatuan Sekerja yang dihasilkan seperiMarx and Lenin.Sebelum perbincangan
lebih lanjut dengan teori kesatuan sekerja, perludifahami dahulu maksud dan perbezaan Pergerakan
Kesatuan Sekerja dan Pergerakan/EvolusiPekerja (Labour movement).Kemunculan evolusi pekerja
boleh dilihat semasa pra-revolusi industri dimana konsepevolusi kesatuan sekerja membangun yang
berkaitan dengan era pos-revolusi industri.

You might also like