You are on page 1of 2

Contoh Surat Tidak Rasmi

Soalan: Tulis sepucuk surat kepada kawan anda yang telah bertukar sekolah tentang pertandingan bola
keranjang yang telah diadakan di sekolah anda pada minggu lepas.

No 1, Lorong 12,

Taman Tambun Jaya,

33300 Gerik,

Perak.

20 Julai 2017

Menemui sahabatku Oliver yang kini berada di Ipoh, Perak. Semoga sentiasa berada dalam
keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat.

Sahabatku,

Apa khabar saudara sekarang? Saya harap saudara dan keluarga sentiasa berada dalam
keadaan yang sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa sejak saudara berpindah sekolah. Isi surat
saya pada kali ini mengandungi cerita pengalaman saya menyertai pertandingan bola keranjang yang
telah diadakan di sekolah saya pada minggu lepas.

Saya telah dipilih untuk mewakili sekolah saya untuk menyertai pertandingan bola keranjang.
Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari. Saya bersama-sama dengan pasukan saya telah
melakukan yang terbaik. Pasukan sekolah saya telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Kami telah
memenangi tiga kali berturut-turut pada peringkat kelayakan kumpulan.

Pada hari kedua pertandingan itu, kami telah bertungkus lumus untuk mengalahkan pasukan
lawan. Akhirnya, kami berjaya menewaskan pasukan lawan dengan kelebihan tiga mata. Kami telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Kemenangan ini ialah hasil daripada usaha kami
selama ini.

Tujuan saya berkongsi kejayaan ini adalah untuk memberi semangat kepada saudara untuk
terus maju jaya dalam bidang sukan. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara.
Semoga kta dapat berjumpa lagi.

Sahabatmu,

Siew Mei

You might also like