You are on page 1of 6

ANUGERAH SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar)

FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN


1. Muka Depan:
Nama sekolah
Alamat sekolah
Nama guru bertanggungjawab
No. tel sekolah
No fax sekolah
No HP guru
Alamat email sekolah/guru

2. Muka Surat Isi Kandungan


Menyatakan muka surat untuk setiap
Bahagian A (30%)
Bahagian B (30%)
Bahagian C (30%)
Bahagian D (30%)
Bahagian E (30%)

1
Kandungan Laporan:

BAHAGIAN A. KOMPONEN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

1.0 Organisasi
1. Kelab/persatuan berkaitan alam sekitar atau sains
- Senaraikan nama-nama kelab atau persatuan
- Mempunyai Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) dan tahun penubuhan

2. Carta organisasi Kelab/Persatuan


- Nyatakan carta organisasi
- Nyatakan ahli-ahli dalam carta organisasi (pelajar, guru, kakitangan
sokongan/pentadbiran sekolah, ahli PIBG)

3. Keanggotaan pelajar dalam kelab/persatuan


- Nyatakan sama ada sesetengah pelajar sahaja atau merangkumi semua peringkat
pelajar

4. Kekerapan mesyuarat
- Nyatakan kekerapan mesyuarat Kelab/Persatuan dalam setahun
- Sertakan minit mesyuarat

5. Kekerapan perjumpaan Kelab/Persatuan


- Nyatakan kekerapan perjumpaan Kelab/Persatuan dalam setahun
- Sertakan senarai kehadiran ahli semasa perjumpaan

2.0 Pelaksanaan Strategi dan Pelan Tindakan dalam merancang Aktiviti/ program untuk
Kelab
1. Senarai aktiviti/program berkaitan alam sekitar yang telah dijalankan sepanjang tahun
2015-2016 yang memberi impak kepada sekolah
- Senaraikan aktiviti/program yang telah dianjurkan

2. Nyatakan satu projek/aktiviti yang paling menonjol (outstanding project/activities) yang


menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
- Nyatakan projek/aktiviti yang menonjol yang pernah menyertai pertandingan

3. Perlaksanaan strategi dan pelan tindakan (sertakan dokumen sokongan)


- Nyatakan pelan tindakan
- Nyatakan jadual pelaksanaan
- Nyatakan kaedah pemantauan

2
4. Kaedah menyampaikan maklumat tentang alam sekitar (sertakan gambar atau dokumen
sokongan)
- Mempamerkan mesej alam sekitar pada papan notis sekolah
- Mempamer mesej alam sekitar di laluan pejalan kaki / pondok/ pusat aktiviti
- Mesej dalam bentuk mural
- Mempamer artikel/sumber rujukan/bahan multimedia berkaitan alam sekitar di
pusat sumber sekolah atau tempat strategik
- Menyebar maklumat melalui media sosial (facebook, twitter dsb)
- Menerap elemen alam sekitar dalam peraturan sekolah
- Lain-lain kaedah (sila nyatakan)

5. Penilaian dan pengiktirafan (Lampirkan gambar atau dokumen sokongan)


- Laporan program
- Penilaian program
- Tindakan susulan/penambahbaikan
- Pengiktirafan/penghargaan

BAHAGIAN B. KEGIATAN KESEDARAN ALAM SEKITAR TERBAIK

1. Penganjuran Hari, Minggu atau Bulan Alam Sekitar, atau apa-apa sambutan berkaitan alam
sekitar yang telah diadakan pada tahun 20152016.
- Nyatakan sama ada di peringkat Sekolah, Daerah, Bahagian, Negeri dan Kebangsaan

2. Senaraikan aktiviti, pertandingan, lawatan atau apa-apa aktiviti berkaitan dengan alam sekitar
yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada tahun 20152016.
- Contoh Kitar Semula, Reka Cipta Bahan Buangan, Ceramah, Seminar, Bengkel, sambutan
Earth Hour, Pameran, Bicara Berirama (Choral Speaking), Eco Band, Dikir Barat, Puisi,
Drama, Pantun, Pertandingan Melukis, Mewarna, Esei, Perbahasan, Debat, Enviro-Ride,
Enviro-Run, Enviro-Walk, Enviro-Challenge, Games, Treasure Hunt, Lawatan, Hiking, Jungle
Trekking, Kem Kesedaran Alam Sekitar, Eco-Camp, Kem Ozon dsb.

3. Senaraikan aktiviti-aktiviti atau program berkaitan Alam Sekitar yang melibatkan Agensi
Kerajaan, NGO, Syarikat dan Badan Korporat serta Komuniti pada tahun 20152016.
- Contoh gotong-royong, penanaman pokok, pembersihan pantai dsb.

4. Senaraikan penyertaan aktiviti atau program yang berkaitan alam sekitar pada tahun 2015
2016.
- Contoh Kitar Semula, Reka Cipta Bahan Buangan, Ceramah, Seminar, Bengkel, sambutan
Earth Hour, Pameran, Bicara Berirama (Choral Speaking), Eco Band, Dikir Barat, Puisi,
Drama, Pantun, Pertandingan Melukis, Mewarna, Esei, Perbahasan, Debat, Enviro-Ride,
Enviro-Run, Enviro-Walk, Enviro-Challenge, Games, Treasure Hunt, Lawatan, Hiking, Jungle
Trekking, Kem Kesedaran Alam Sekitar, Eco-Camp, Kem Ozon dsb.
3
Nota: Sila sertakan gambar dan dokumen sokongan seperti kertas kerja, surat-menyurat, sijil-sijil,
laporan kelulusan dari pihak berwajib, permit, keratan akhbar dan lain-lain dokumen berkaitan.

BAHAGIAN C. PENGHIJAUAN SEKOLAH TERBAIK

1. Penjimatan Sumber Air


- Nyatakan kaedah penjimatan air yang dilakukan di sekolah dari segi pengurusan
semulajadi, contoh air hujan, air telaga, paip graviti dsb.
- Adakah terdapat notis kesedaran seperti poster, banner, sticker dsb.

2. Memulihara Sumber Tenaga/Elektrik


- Nyatakan kaedah penjimatan elektrik yang dilakukan di sekolah, contoh kaedah alternatif
(seperti solar panel, mini hidro, turbin dsb.) dan penggunaan peralatan elektrik cekap
tenaga
- Sekiranya sekolah tidak mempunyai bekalan elektrik (menggunakan set generator dan
sebagainya), nyatakan cara/kaedah sekolah menjimatkan penggunaan elektrik
- Adakah terdapat notis kesedaran seperti poster, banner, sticker dsb.
- sertakan dokumen berkaitan, contoh bil elektrik dll

3. Pengurusan sisa pepejal


- Nyatakan kaedah pelupusan sisa -sisa pepejal, contohnya dibakar, ditanam, diasingkan
(untuk dijual dan diguna semula), penjualan bahan kitar semula, pelupusan alternatif,
guna semula dan lain-lain

4. Pengurusan sisa makanan/buah-buahan/tumbuhan


- Membuat baja kompos, nyatakan kaedah / cara penghasilan
- Membuat enzim sampah (Garbage enzyme), nyatakan kaedah / cara penghasilan

5. Amalan 3R / Amalan Mesra Alam


- Senaraikan amalan 3R / amalan mesra alam yang dilaksanakan
Contoh: menggunakan kedua-dua belah mukasurat kertas, menggumpul/
menjual/mengguna bahan kitar semula, membawa botol atau bekas makanan sendiri,
menutup suis peralatan elektrik atau paip air apabila tidak digunakan, mengadakan Hari
Tanpa Plastik, membaiki kerusi meja yang rosak untuk kegunaan semula, tidak mengguna
bekas makanan polisterina dsb.
6. Penghijauan Taman Dan Persekitaran Sekolah
(i) Terdapat kawasan yang berkonsepkan taman (contohnya Taman Herba / Taman Sains)
atau deskripsi khas tentang tumbuhan
- Senaraikan taman-taman yang ada serta deskripsi/ciri-ciri taman tersebut

4
- Nyatakan sama ada tumbuhan dilabel dengan nama saintifik dan/atau nama
tempatan

(ii) Bahan penyubur tanah/tumbuhan yang digunakan


- Senaraikan jenis bahan penyubur yang digunakan, contoh najis haiwan, kompos,
enzim sampah (garbage enzyme) dll.

Nota: Sila sertakan gambar dan dokumen sokongan yang berkaitan

BAHAGIAN D. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN TERBAIK

1. Kebersihan Persekitaran Sekolah


- Pengurusan dan kreativiti lanskap atau hiasan/elemen semulajadi
- Penyelenggaraan parit, longkang, jejambat
- Penyelengaraan tempat pengumpulan sampah

2. Kecantikan dan Keindahan Persekitaran Sekolah


- Kecantikan dinding bangunan sekolah (contoh lukisan mural, graffiti dll.), poster, kata
nasihat atau pedoman yang berkaitan alam sekitar.

3. Kebersihan Kantin dan/atau Dewan Makan


- Pengurusan kebersihan di luar dan di dalam kantin dan/atau dewan makan, seperti dinding,
siling, lantai, tingkap, kipas dsb.
- Penguurusan kebersihan peralatan memasak, termasuk sudu, garpu, pinggan, gelas dsb.
- Kawalan serangga atau haiwan perosak

4. Kebersihan dan kemudahan tandas


- Pengurusan kebersihan tandas dari segi bau, lantai, sinki, mangkuk tandas, hiasan dsb.
- Penyediaan kemudahan tandas seperti pili air, hos paip, baldi, pencuci tangan (sanitizer),
tong sampah dsb.

Nota: Sila sertakan gambar,dokumen sokongan dan sijil-sijil berkaitan.

BAHAGIAN E. ELEMEN KHAS DAN PENGIKTIRAFAN

1. Visi atau misi atau moto sekolah berkaitan alam sekitar


- Adakah terdapat unsur alam sekitar dalam visi atau misi atau moto sekolah

2. Anugerah atau pengiktirafan berkaitan alam sekitar yang pernah dimenangi oleh sekolah
- Pengiktirafan dan kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang berkaitan alam sekitar di
peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa
5
5. Sekolah pernah dilawat sebagai sekolah penanda aras untuk pengurusan, kegiatan kesedaran
alam sekitar, penghijauan, kebersihan dan keindahan persekitaran .
- Nyatakan nama sekolah/organisasi yang melawat, sertakan dokumen sokongan

4. Hasil kerja/produk dari aktiviti/program alam sekitar yang berinovasi dan kreatif
- Nyatakan produk yang dihasilkan beserta gambar/dokumen sokongan
- Contoh sudut alam sekitar, produk sebagai bahan pameran, produk yang mendapat
pengiktirafan, produk yang praktikal untuk diguna, produk telah dikomersialkan dsb.

You might also like