You are on page 1of 16

HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016


ALAM SEKITAR
ITEM 1/8 Sila baca lirik lagu di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut.

Dewasa ini kita saling merayakan


Kejayaan yang akhirnya membinasakan Lirik Lagu HIJAU
Frasa di atas membawa maksud Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba Oo anok-anok
Dia dicemar manusia Tok leh meghaso mandi laok
Yang jahil ketawa Bersaing main ghama-ghama
A. Kemusnahan alam sekitar kerana
kerakusan manusia. Bumi yang tiada udara Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Bagai tiada nyawa Koto usoho jauh ke daghi malo
B. Kita seharusnya bangga atas kejayaan Pasti hilang suatu hari petako
masa ini. Tanpa disedari
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
C. Manusia leka dan alpa dengan kejayaan. Bumi tanpa lautan Keno make asak hok biso, weh
Akan kehausan Pase maknusio
Pasti lambat laun hilang Seghemo bendo-bendo di dunio
D. Manusia saling menyambut setiap Duniaku yang malang Tok leh tahe
kejayaan yang dikecapi. Sapa bilo-bilo
Dewasa ini kita saling merayakan
E. Kejayaan yang tidak akan berkekalan. Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar


Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri Kategori : Lagu Melayu


Polussi, depressi di bumi kini Artis : Zainal Abidin
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 2/8 Sila baca lirik lagu di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut.

Lirik Lagu HIJAU


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba Oo anok-anok
Dia dicemar manusia Tok leh meghaso mandi laok
Yang jahil ketawa Bersaing main ghama-ghama

Berdasarkan rangkap ke-5 lirik lagu Hijau, Bumi yang tiada udara Ale lo ni tuo omornyo berjoto
adakah anda bersetuju dengan pendapat Bagai tiada nyawa Koto usoho jauh ke daghi malo
Pasti hilang suatu hari petako
penulis bahawa masa sudah suntuk untuk
Tanpa disedari
menyelamatkan alam sekitar? Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Bumi tanpa lautan Keno make asak hok biso, weh
Akan kehausan Pase maknusio
Pasti lambat laun hilang Seghemo bendo-bendo di dunio
Duniaku yang malang Tok leh tahe
Setuju
Sapa bilo-bilo
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Tidak Setuju Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar


Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Berikan alasan anada?
Korupsi, oppressi, obsessi diri Kategori : Lagu Melayu
Polussi, depressi di bumi kini Artis : Zainal Abidin
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 3/8

Berdasarkan lirik lagu Hijau, tandakan (X) pada kesan-kesan buruk akibat tidak memelihara
alam sekitar .

KESAN BURUK YA TIDAK

Tidak boleh mandi laut.

Tidak boleh mandi bersama kawan-kawan.

Planet bumi akan hancur

Lapisan ozon yang semakin menipis.

Manusia akan hidup dalam kerunsingan

Kualiti udara yang semakin tercemar.


HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
Sila baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 4/8

Andaikan anda kini berada pada tahun 2036, bagaimanakah keadaan alam sekitar pada ketika itu?

Jawapan:

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Sila baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut.

PETIKAN UMUM : TEKNOLOGI HIJAU


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/40615

Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memulihara alam sekitar, sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia. Teknologi hijau juga merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi
kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas
rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan, menyediakan persekitaran sihat
dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan
sumber yang boleh diperbaharui.

Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan, iaitu dari aspek
tenaga, teknologi hijau dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti
angin, air, solar dan hibrid yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti lebih
cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan
mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang
telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk


kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air dan bunyi akan menjejaskan kualiti hidup rakyat
jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap
alam sekitar amat minimum malah dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem serta
kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan
tercemar, dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu
meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi, di samping
meningkatkan kualiti hidup manusia serta biodiversiti umumnya.

Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara,


justeru dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang
menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan
peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat
dioptimumkan. Kita juga boleh meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita
hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga
boleh diperbaharui. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma,
dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan
keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan,
dan meningkatkan kualiti hidup.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 5/8

Berdasarkan petikan, Teknologi Hijau memfokus kepada empat kebaikan.


Sila kenal pasti kebaikan-kebaikan tersebut dalam jadual di bawah dan tandakan (x) dalam ruangan yang
disediakan.

KEBAIKAN YA TIDAK

Tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga dan mempromosikan kecekapan


tenaga negara.

Menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

Membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan


masalah infrastruktur tempatan, dan meningkatkan kualiti hidup.

Mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

Mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.


HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Lihat rajah di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut.


HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 6/8
KEMPEN KURANGKAN
PENGGUNAAN BEG PLASTIK

Mengapakah kempen ini hanya dilaksanakan pada setiap hari Sabtu sahaja?

Jawapan:

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikut .

PETIKAN UMUM : PUNCA-PUNCA JEREBU

Dalam mendepani realiti baru dunia pada hari ini, masyarakat sering berhadapan dengan masalah jerebu.
Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acap kali
melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan
jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diisytiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-
dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali
lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca,
persis kata orang tua-tua, jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang .

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara
besar-besaran. Di negara jiran kita Indonesia, pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin
membina infrastruktur baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran
hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa
jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tercemar sementelahan pula Indeks
Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras bahaya. Oleh sebab itu, pembakaran hutan akan
menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu
berlakulah jerebu.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga
menyebabkan keadaan jerebu menjadi lebih buruk. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin
menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat di negara ini pula melakukan pembakaran
terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap
mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat kitar semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah
dengan membakar sampah sarap mereka tanpa mengendahkan jika asap daripada pembakaran terbuka itu
membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk
membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa
asap daripada pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi
kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga
telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya.
Kenderaaan yang tidak dilengkapi dengan pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan
kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan
terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan
sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang
menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan dari ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera lalu terperangkap di lapisan
ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Hal ini
berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut
keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke
udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak
untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan
asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara
menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong
asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak
terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan buruk kepada
manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu
yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur
dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut
berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu
tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam
sekitar. Oleh sebab itu, semua warga bumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jerebu di
Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak guna kita
meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan
dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 7/8

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah
mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan
raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi dengan pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan
karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari.

Berdasarkan pernyataan di atas, adakah anda bersetuju bahawa


untuk mengatasi masalah ini masyarakat Malaysia seharusnya
memiliki kenderaan elektrik berteknologi pintar ?

Setuju

Nyatakan alasan anda:

Tidak Setuju __________________________________

__________________________________

__________________________________
HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU 2016
ALAM SEKITAR
ITEM 8/8

Berdasarkan Petikan Punca-punca Jerebu, cadangkan 2 langkah yang boleh dilakukan oleh

kerajaan untuk mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada faktor manusia.

Jawapan:

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________

You might also like