You are on page 1of 3

Transkrip Temubual Kenapa Melanjutkan Pelajaran Di Peringkat Phd

Nama Responden : Nurul Huda Ishak


Tarikh : 26 Mac 2016
Masa : 9.00 pagi

Penyelidik : Assalamualaikum Huda.


Responden : Waalaikummusalam.
Penyelidik : Huda apa khabar?
Responden : Alhamdulillah. Saya sihat
Penyelidik : Alhamdulillah. Tujuan saya datang berjumpa dengan Huda pada hari ini
adalah untuk menemubual Huda mengenai keputusan Huda melanjutkan
pelajaran di peringkat Phd. Rasa-rasanya boleh tak saya menemubual
Huda?
Responden : Boleh. Apa salahnya. InsyaAllah Huda akan membantu apa yang Huda
mampu.
Penyelidik : Emm..ok.Terima Kasih Huda. Huda dah bersedia bagi memulakan
temubual ini?
Responden : InsyaAllah .
Penyelidik : Ok. Boleh saya tahu sebelum ini, Huda pernah tak ditemubual oleh mana-
mana individu atau kumpulan?
Responden : Emm,,tak pernah dan ini kali pertama.
Penyelidik : Ok.takpe..emm. Sebelum memulakan temubual kita, saya ingin
menjelaskan serba sedikit mengenai temubual kita pada hari ini, untuk
pengetahuan Huda temubual ini dijalankan untuk tujuan pembelajaran
dimana transkrip temubual ini akan digunakan sebagai data untuk
pembelajaran penyelidikan kualitatif saya. Untuk makluman Huda juga,
temubual ini akan dirakamkan, dan ianya hanya akan digunakan untuk
tujuan pembelajaran. Jadi boleh Huda ceritakan serba sedikit latar
belakang diri Huda dan maklumat pengajian Huda?
Responden : Ok..nama penuh Huda ialah Nurul Huda Ishak, sekarang berumur 27
tahun, berasal dari Johor dan sekarang menetap di Tanjung Malim. Huda
sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di Upsi dalam
bidang bimbingan kaunseling dan baru sahaja mendaftar pada bulan
februari yang lepas. Kiranya sekarang Huda berada pada tahun pertama
pengajian iaitu semester 1.
Penyelidik : oo..ye ke. Tahniah Huda dan selamat menjadi pelajar kembali. Boleh saya
tahu berapa lama masa yang diambil selepas habis pengajian master untuk
Huda kembali menyambung pelajaran di peringkat Phd?
: Emm..sebenarnya tak lama, Huda konvo pada bulan 11 tahun lepas dan
Responden sebelum konvo Huda ditawarkan sebagai GRA oleh penyelia paper projek
master Huda dan kemudiannya pada bulan 12 Huda memohon untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd.
Penyelidik : oo..jadi dalam tempoh sebulan selepas konvo Huda terus memohon untuk
melanjutkan pelajaran diperingkat Phd.
Responden : Aah.Ya.
Penyelidik : Ok..boleh saya tahu bagaimana yea, Huda boleh membuat keputusan
untuk menyambung pelajaran di peringkat Phd
Responden : Sebenarnya begini, Huda dah membuat perancangan untuk menyambung
pelajaran diperingkat Phd awal iaitu ketika pada peringkat master lagi dan
dengan izin Allah, Allah yang memudahkannya sebaik sahaja konvo pada
bulan 11. Huda ternampak iklan pengambilan pelajar pascasiswazah yang
dikeluarkan oleh UPSI. Jadi Huda menggunakan peluang itu untuk
memohon dan akhirnya diterima.
Penyelidik : Ooo..jadi Huda memang sudah mempunyai perancangan untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd sebaik sahaja tamat pengajian
master yea?
Responden : Aah . Salah satu impian Huda adalah untuk memiliki Phd sebelum
berumur 30.
Penyelidik : oo..ye ke? Bagusnya impian Huda untuk memiliki Phd sebelum berumur
30 tahun. Saya doakan moga impian Huda tercapai. Boleh saya tahu
mengapa Huda melanjutkan pelajaran di peringkat Phd?
Responden : Antara sebab Huda melanjutkan pelajaran di peringkat Phd adalah yang
pertama untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu dalam penyelidikan,
yang kedua adalah untuk kepuasan diri. Huda rasa puas bila dapat belajar
terutamanya belajar ilmu yang baru. Selain itu, dorongan dan galakan
keluarga juga merupakan sebab Huda memilih untuk terus melanjutkan
pelajaran di peringkat Phd sebaik sahaja tamat Master.
Penyelidik : Ooojadi antara sebab Huda melanjutkan pelajaran adalah untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dalam penyelidikan, kepuasan diri dan
kerana mendapat galakan dan dorongan daripada keluarga?
Responden : Ya.
Penyelidik : Boleh saya tahu, ada tak faktor-faktor lain yang mendorong Huda untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd
Responden : Faktor lain..emm.Antara faktor lain yang membuatkan Huda mengambil
keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Phd adalah galakan
daripada penyelia. Supervisor Huda untuk Master dan Phd adalah
pensyarah yang sama dan Huda juga bekerja sebagai GRA di bawah
beliau. Keserasian dan sikap tolak ansur beliau menjadi galakan untuk
Huda melanjutkan pelajaran di peringkat Phd. Selain itu, galakan kawan-
kawan juga faktor kenapa Huda beranai melanjutkan pelajaran diperingkat
PhD. Huda mempunyai dua orang rakan sekelas ketika master yang juga
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd tetapi di Universiti yang
berlainan.
Penyelidik : Ok, jadi antara faktor-faktor lain Huda menyambung pelajaran di
peringkat Phd adalah kerana galakan kawan dan penyelia? Betul?
Responden : Ya. Betul
Penyelidik : Emm..Ok.Huda. Baiklah. Terima Kasih kerana Huda sudi memberi
kerjasama dalam temu bual ini dan menjawab segala soalan yang
dikemukan.
Responden : Sama-sama. Jika ada masa datanglah lagi yea.
Penyelidik : InsyaAllah Huda. Terima Kasih sekali lagi. InsyaAllah jumpa lagi
Responden : InsyaAllah

You might also like