You are on page 1of 10

Pengenalan Takaful 45

BAB A3

PENGENALAN TAKAFUL

PENGENALAN

Dalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orang-


orang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana
penjenayah perlu membayar ganti rugi berupa Darah-Wang (diyat)
sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang telah mati
dibunuh. Ia adalah menjadi hak keluarga si mati untuk menuntut
pampasan daripada suku atau keluarga pesalah / pembunuh. Adat
membayar diyat diamalkan bagi menggantikan adat primitif
sebelumnya iaitu hutang darah dibayar darah. Diyat diperkenalkan
bagi mengelakkan berlakunya balas dendam dan peperangan antara
puak. Sistem pampasan 'darah-wang' terus diamalkan walaupun
selepas kedatangan Islam kerana kebaikan dan manfaat berikut;

Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan.


Menjadikan tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab
kolektif.
Mengurangkan beban kewangan individu yang terlibat.
Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak
masing-masing

Doktrin ini telah mendapat perkenan Junjungan Besar Nabi


Muhammad s.a.w. dan kemudiannya diwajibkan dalam tempoh
Khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan dalam
amalan insurans Islam hari ini.

Dalam Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan di


sisi undang-undang selagi ia lakukan dengan tidak melampaui batas
mana-mana rukun yang telah ditetapkan melalui dua sumber rasmi
undang-undang Syariah iaitu al-Quran dan Sunnah. Selaras dengan
ketetapan tersebut, kesemua empat aliran mazhab utama iaitu Hanafi,
46 Amalan Asas Takaful

Maliki, Shafii, dan Hanbali telah sebulat suara bersetuju bahawa


semua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur faedah /
bunga (riba), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggap
tidak sah/haram.

Doktrin Maqasid Syariah menyatakan adalah menjadi


tanggungjawab semua umat Islam untuk melindungi aset ketara, harta
benda, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Kaedah / bentuk
perlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syariah dan
garis panduan undang-undang dan prinsip-prinsipnya. Malangnya,
hampir kesemua kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan
amalan-amalan yang dilarang oleh Syariah.

A3.1 DEFINISI TAKAFUL

Perkataan Takaful berasal dari kata kerja bahasa Arab kafala yang
bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu,
permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju
untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku
kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan
sebagai 'Takaful '.

Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep


Takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasi
perniagaan atau transaksi komersil di sektor tijari atau sektor
perniagaan sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran
ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, Takaful bukan satu
alternative tetapi lebih kepada kewajipan kepada agama.

A3.2 KONSEP TAKAFUL

Majlis Akademik Liga Dunia Islam, selepas membuat


pengubahsuaian yang sewajarnya telah menyimpulkan bahawa bentuk
kerjasama insurans boleh diterima dan dianggap sebagai alternatif
kepada insurans. Sistem yang berfungsi selaras dengan rangka kerja
Islam perlu dirangka berasaskan konsep-konsep berikut:
Pengenalan Takaful 47

3.2.1 Takaful

Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan


yang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan
konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal
dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga
dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-
royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan
berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan
dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah
berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan
persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai
tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling
menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari
kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah
seorang daripada mereka.

Ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

o Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang


menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan
bersetuju melindungi antara satu sama lain.
o Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak
peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan
Takaful.
o Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan
dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan
pembayaran manfaat Takaful.
o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam
mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis
Syariah.

3.2.2 Mudharabah (berkongsi keuntungan)

Mudharabah boleh ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian


keuntungan komersial di antara pembekal atau penyedia dana dan
usahawan yang menjalankan usaha perniagaan.
48 Amalan Asas Takaful

Mudharabah ialah permuafakatan berkongsi keuntungan di mana


satu pihak yang dikenali sebagai sahib al-mal (peserta)
menyediakan semua modal perniagaan. Pihak yang satu lagi,
yang dikenali sebagai mudharib atau usahawan (pengendali
Takaful), yang tidak memiliki modal tetapi memiliki kepakaran
untuk mengendalikan perniagaan. Semua keuntungan daripada
usaha niaga ini akan dikongsi di antara kedua-dua pihak
berdasarkan nisbah yang dipersetujui, umpamanya 50:50 atau
60:40 atau apa sahaja yang dipersetujui bersama.

Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut hukum


syara', pelbagai elemen atau komponen perlu wujud, iaitu:

o Penyedia modal
o Usahawan
o Modal
o Aktiviti
o Nisbah Keuntungan
o Tawaran dan Penerimaan

Ciri-ciri Utama Kontrak Mudharabah ialah;

o Sekiranya berlaku kerugian, adalah menjadi tanggungjawab


pemberi modal untuk menerima dan menanggung kerugian
tersebut.
o Sekiranya berlaku kerugian yang disebabkan oleh salah urus
Pengendali Takaful, maka pengendali Takaful perlu
menanggung kerugian tersebut.
o Sekiranya usaha niaga tersebut memperolehi keuntungan,
maka keuntungan akan dikongsi antara Pengendali Takaful
dan pemberi modal.
o kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan semua modal
terkumpul serta keuntungan (perniagaan Takaful Keluarga
sahaja) hendaklah dikembalikan kepada pemberi modal,
setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran.
Pengenalan Takaful 49

o pemberi modal perlu memberi persetujuan untuk melantik


usahawan (Pengendali Takaful) untuk mengendalikan usaha
niaga bagi pihaknya.
o pemberi modal tidak akan mengeluarkan arahan Pengendali
Takaful atau terlibat dalam pengurusan perniagaan Takaful.

3.2.3 Tabarru

Tabarru adalah perkataan Arab yang bermaksud derma atau


hadiah. Tabarru ialah dimana Peserta bersetuju untuk
melepaskan semua bahagian atau sebahagian derma atau
sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi tanggungjawab
saling membantu dan saling menjamin.

Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru


ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi
tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atas
semangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akan
digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.

Tabarru kini telah mengIslamkan kontrak insurans dengan


membuang semua unsur-unsur yang bertentangan dengan
Syariah. Inilah perbezaan asas yang paling ketara antara insurans
yang mematuhi Syariah dengan insurans konvensional. Tanpa
konsep derma, urus niaga akan bersifat jual beli insurans iaitu
membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar
sekiranya peserta menghadapi nasib malang. Janji mungkin atau
tidak mungkin dipenuhi, bergantung kepada sama ada peristiwa
yang diinsuranskan itu berlaku atau tidak. Sekiranya tiada
sebarang tuntutan, penanggung insurans akan berpeluang
memperolehi kesemua premium yang dibayar.

Walau bagaimanapun, semangat yang tertanam dalam konsep


tabarru ialah peserta tidak hanya memikirkan perlindungan diri
sendiri, malah dia juga memikirkan untuk membantu peserta lain.
Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan
sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudara seagamanya
50 Amalan Asas Takaful

yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran


di akhirat kelak. Ini berbeza dengan insurans konvensional di
mana seseorang membeli insurans perlindungan tertentu untuk
diri mereka sendiri sahaja.

Apa yang membuatkan konsep tabarru' lebih menarik ialah


peserta mendapat dua kali ganda manfaat apabila menyertai skim
Takaful, pertamanya, mereka mendapat perlindungan insurans
yang halal dan kedua, pada masa yang sama ia mendapat ganjaran
pahala atas amalan baik yang dilakukannya.

3.2.4 Wakalah

Istilah wakalah dalam Bahasa Arab ertinya wakil atau agensi.


Oleh itu di bawah struktur agensi, wakalah ialah hubungan agensi
yang dipersetujui bersama di antara dua pihak untuk menjalankan
aktiviti perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini, model yang
menggambarkan satu perjanjian agensi antara pengendali yang
bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak
sebagai prinsipal, untuk menguruskan penglibatan peserta dalam
pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh pengendali.

Sebagai balasan kepada perkhidmatan agensi yang diberi,


pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah
perjanjian tersebut. Fi atau yuran perkhidmatan dibayar dari dana
sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah
model ini, perbelanjaan pengurusan boleh dikenakan kepada dana
Takaful sebagai bayaran pendahuluan.

A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT TAKAFUL

Aplikasi Takaful

Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yang


mengamalkan etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan
mengambil kira dasar-dasar berikut:
Pengenalan Takaful 51

Taawun

Takaful adalah berdasarkan konsep Ta'awun yang bermakna


saling membantu. Peserta bersetuju untuk membantu antara
satu sama lain dalam aspek kewangan sekiranya timbul
keperluan (seperti yang dinyatakan dalam kontrak Takaful),
dengan menyumbang kepada dana bersama.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Tolong-menolonglah


dalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu
tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan
permusuhan (Al-Quran, 5: 2)

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya


Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi dia
membantu orang lain (Riwayat Imam Ahmad dan Imam
Abu Daud).

Pemilikan

Di bawah prinsip Milkiyah (pemilikan), manfaat sijil ialah


pemilikan sempurna (Milkiyah) oleh peserta. Apabila peserta
meninggal dunia, manfaat akan diamanahkan kepada penama.

Tanggungjawab Bersama dan Saling Menjamin

Sejajar dengan disiplin Syariah Takaful (yang bermaksud


tanggungjawab bersama dan saling menjamin), peserta saling
bersetuju untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku
kejadian yang tidak diingini.

Tanggungjawab dan Perlindungan Bersama

Peserta skim Takaful bersetuju untuk memikul


tanggungjawab bersama atau berkongsi tanggungjawab.
52 Amalan Asas Takaful

Pampasan Bersama

Pengesahan tentang kewujudan konsep Takaful adalah


berasal dari adat resam (urf) orang-orang Arab yang
dipanggil Aqila. Ia merupakan suatu bentuk awal insurans
melalui perlindungan bersama dalam satu kumpulan individu
yang mengambil langkah-langkah untuk menampung
kerugian yang ditanggung. Peserta Skim Takaful kini
mengamalkan konsep bekerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain.

Masalih al-Mursalah (Kepentingan Awam)

Takaful juga antara lain adalah berasaskan kepada doktrin


Masalih al-Mursalah atau kepentingan awam. Tujuan utama
ialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli
masyarakat yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian.

Kontrak

Sijil Takaful mengikat pihak-pihak yang bersetuju dengan


tawaran dan penerimaan berdasarkan prinsip-prinsip kontrak.
Hubungan antara pengendali Takaful dan peserta adalah
tertakluk di bawah satu kontrak khas iaitu kontrak wakalah
atau kontrak mudharabah.

Kelebihan Takaful

Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan


keluarga
Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang
kurang bernasib baik
Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan
gharar (ketidakpastian) dan elemen-elemen lain yang
dilarang
Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalam
semua aktiviti dan operasi perniagaan.
Pengenalan Takaful 53

Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, ia


membolehkan peserta Takaful mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. dan mencapai ketenangan fikiran.
Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan
persaudaraan.
54 Amalan Asas Takaful

You might also like