You are on page 1of 1

Penasihat kelab debat

Sekolah Menengah Taman Perdana


Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak.

Pengetua
Sekolah Menengah Taman Perdana
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak. 24 Julai 2017

Tuan,

Permohonan Pengecualian Slot Kokurikulum dan Kelas Persediaan Malam bagi persediaan debat
antara sekolah Bahasa Inggeris anjuran Universiti Islam Malaysia

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya penasihat debat Bahasa Inggeris maktab ingin memaklumkan kepada pihak tuan
bahawa pasukan debat Bahasa Inggeris maktab bakal menyertai pertandingan debat dari 4 ke 7
Ogos 2017.

3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon supaya pihak tuan membenarkan peserta
pasukan debat untuk mengadakan latihan pada waktu kokurikulum (Selasa dan Rabu petang) dan
kelas persediaan.

4. Senarai pelajar dan jadual latihan dilampirkan bersama surat permohonan ini.

5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Penasihat Kelab Debat


Jabatan Bahasa
Smk Perdana

You might also like