You are on page 1of 6

Jantung: Struktur dan Fungsinya

Oleh Mohd Wahidi bin Rosni


Jantung adalah salah satu organ yang penting dalam badan manusia. Jantung merupakan pam yang
mengedarkan darah ke seluruh badan. Darah diedarkan ke seluruh badan agar badan mendapat
oksigen yang secukupnya.

Kedudukan Jantung Dalam Badan


Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon, terletak diantara peparu dan
di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 1.

Gambarajah 1
[Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda, jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik]

Bucu jantung menghala ke bawah dan ke sebelah kiri. Biasanya berukuran 5 inci (12 cm) panjang,
3.5 inci lebar (8-9 cm) dan 2.5 inci (6 cm) tebal atau secara ringkasnya sebesar tangan anda yang
digenggam. Beratnya dalam 30-35 gram iaitu merangkumi 0.5% berat anda.

Jantung mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium. Lapisan tengah pula
dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang paling luar adalah pericardium.

Injap dan Ruang Dalam Jantung


Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2):

1. Atrium Kanan (AK)


2. Ventrikel Kanan (VK)
3. Atrium Kiri (AR)
4. Ventrikel Kiri (VR)
Gambarajah 2

Setiap satu ruang mempunyai injap sehala yang menghalang aliran balik darah. Apabila jantung
mengecut, injap aka terbuka dan apabila jantung selesai mengembang, injap akan tertutup untuk
menghalang darah dari mengalir ke arah yang bertentangan.

4. Tricuspid valve - Injap Trikuspid.


5. Pulmonary valve - Injap Pulmonari.
6. Mitral valve - Injap Mitral (Bikuspid).
7. Aortic valve - Injap Aorta.

Denyutan Jantung
Apabila jantung mengecut (sistol), ia mengepam darah keluar dari jantung. Jantung mengecut
dalam dua peringkat. Peringkat pertama, atrium kanan dan kiri mengecut dengan serentak lantas
mengisi darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan. Kemudian, kedua-dua ventrikel mengecut untuk
mengepam darah keluar dari jantung. Apabila jantung berehat (diastol), darah akan mengisi
semula ruang dalam jantung.

Bahagian kanan dan kiri jantung mempunyai fungsi yang berlainan. Bahagian kanan mengumpul
darah ternyahoksigen dari badan dan mengepamnya ke jantung untuk memungut oksigen dan
membuang karbon dioksida.

Bahagian kiri pula mengambil darah beroksigen dari peparu dan mengepamnya ke seluruh badan
untuk sel mendapat oksigen secukupnya agar badan dapat berfungsi dengan sempurna.

Pengaliran Darah
Darah mengalir masuk ke jantung melalui bahagian kanan jantung menerusi dua vena iaitu: Vena
Kava Superior (VKS) dan Vena Kava Inferior (VKI) (lihat gambarajah 3).

VKS mengambil darah dari bahagian atas badan. VKI mengambil darah dari bahagian bawah
badan. Darah yang melalui dua vena ini akan masuk ke atrium kanan.

Apabila atrium kanan mengecut, darah akan melalui injap trikuspid (4) dan masuk ke ventrikel
kanan (5). Ventrikel kanan mengecut dan darah dipam ke injap pulmonari (6) terus ke arteri
pulmonari (7) dan masuk ke dalam peparu untuk mengambil oksigen.

Gambarajah 3

Darah kemudiannya kembali ke jantung dari peparu melalui vena pulmonari (8) dan masuk
ke atrium kiri (9). Apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir melalui injap bikuspid (10) dan
ke ventrikel kiri(11). Ventrikel kiri adalah ruang yang paling penting kerana mengepam darah
ke injap aorta (12) dan terus ke aorta (13). Ventrikel kiri mempunyai otot yang lebih tebal
kerana perlu mengepam darah ke seluruh badan dan mempunyai tekanan yang lebih tinggi dalam
keseluruhan sistem peredaran darah.

Secara ringkasnya, peredaran darah adalah seperti berikut:


Vena kava - Atrium kanan - Injap trikuspid - Ventrikel kanan - Injap bulan sabit - Arteri
Pulmonari - Peparu

Darah menyerap oksigen dari peparu, kemudian mengalir:

Vena pulmonari - Atrium kiri - Injap bikuspid - Ventrikel kiri - Injap aorta - aorta - badan

Sistem Elektrik
Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung anda boleh berdegup? Macamana degupan itu boleh
berlaku secara automatik, tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari?

Jawapan adalah kerana terdapat satu sel khas yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan
elektrik secara sendiri. Sel ini memisahkan partikel yang mempunyai cas. Kemudian, sel ini secara
spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan. Ini menghasilkan impuls elektrik lalu
menyebabkan jantung mengecut. Sel ini bekerja secara berterusan untuk menghasilkan degupan
yang biasanya 72 kali seminit.

Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup jantung secara normal. Ia terletak di atrium
kanan. jantung juga mempunyai gentian khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke
seluruh jantung (lihat gambarajah 4).

Gambarajah 4

Impul elektrik ini bergerak dari nod sinoarteri (1) ke atrium kiri dan kanan, menyebabkan kedua-
dua atrium ini mengecut. Proses ini mengambil masa 0.04 saat. Selepas itu, impuls elektrik ini
bergerak keNod Atrioventrikular (AV node) (2) dan terus ke Bundle of His (3). Kemudian ia
terbahagi kepada cabang kiri dan kanan (4) dimana ia bergerak dengan pantas menuju ke gentian
Purkinje (5) lalu menyebabkan ventrikel kanan dan kiri mengecut.

Sila klik disini untuk melihat animasi degupan jantung.

Maklumat Menarik Mengenai Jantung

Apa yang menyebabkan degupan jantung anda mempunyai bunyi?


Apabila doktor mengesan degupan jantung anda, bunyi lub-dub akan kedengaran. Bunyi yang
pertama (lub) adalah akibat pergerakan darah apabila melalui injap trikuspid dan injap bikuspid
semasa injap ini tertutup. Bunyi yang kedua (dub) adalah disebabkan oleh pergerakan darah akibat
penutupan injap bulan sabit dan injap pulmonik.

Berapakah degupan jantung anda seminit?


Degupan jantung yang normal adalah 72 kali seminit. Pada satu-satu hari, ia boleh berdegup
sebanyak 100,000 kali. Dalam setahun, ia berdegup sebanyak 38 juta kali, dan apabila umur anda
mencapai 70 tahun, ia boleh berdegup sebanyak 2.5 billion kali.

Adakah degupan jantung anda akan berubah apabila anda semakin tua?
Degupan jantung memang berubah apabila anda meningkat tua. Ini adalah carta untuk degupan
jantung pada umur yang berlainan:

Umur Degupan
Baru lahir 130
3 bulan 140
6 bulan 130
1 tahun 120
2 tahun 115
3 tahun 100
4 tahun 100
6 tahun 100
8 tahun 90
12 tahun 85
dewasa 60 - 100
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jantung dan tajuk berkaitan, sila klik pada laman dibawah:

Dapatkan lebih maklumat di:

You might also like