You are on page 1of 1

Aku sebuah kereta

Aku ialah sebuah kereta . Aku bernama Aixia. Aku telah dihasilkan di
Kilang Perodua. Badanku berwarna merah.

Setelah dihasilakan,aku dan rakan-rakanku dihantar ke sebuah kedai yang


besar untuk dijual. Selepas aku tiba di kedai itu, aku dipamerkan di depan kedai
itu. Aku telah berkenalan dengan banyak rakan yang baharu.

Pada suatu hari, seorang lelaki datang ke kedai itu untuk membeli
kereta. Setelah mereka melihat-lihat kereta yang ada di situ, akhirnya mereka
telah memilihku. Mereka berpuas hati dan ingin membeliku walaupun hargaku
mahal. Selepas membuat bayaran, tuan aku memanduku pulang ke rumahnya.

Rupa-rupanya, tuan aku bernama Ben Li. Tuan aku merupakan seorang
guru. Tuan aku ialah seorang guru yang rajin. Beliau selalu memanduku ke sekolah
dengan berhati-hati.

Ben Li menggunakan aku dengan cermat sekali. Beliau akan memandikan aku
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Beliau juga sentiasa memeriksa badanku di
bengkel untuk memastikan aku dapat berfungsi dengan baik.

Pada suatu hari yang malang, semasa Ben Li memanduku ke sekolah , tiba-
tiba, munculnya seekor anjing di tengah jalan. Ben Li segera mengelakkan anjing itu
dan terlanggar tiang lampu di tepi jalan. Nasib baik, Ben Li tidak mengalami
kecederaan yang teruk tetapi badanku telah musnah. Aku telah dihantar ke kilang
besi buruk.

Kini, tinggallah aku di sebuah kilang besi buruk . Aku sentiasa berdoa agar
Ben Li sentiasa sihat dan sejahtera kerana beliau ialah seoarang tuan yang baik.

You might also like