You are on page 1of 11

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERATURAN KAWAD KAKI

1. MUQADDIMAH
Berkawad adalah asas untuk membentuk disiplin dalam pasukan unit beruniform. Kemahiran
kawad menjadi teras pembentukan pasukan dalam perlaksanaan Tatacara Perjumpaan Pergerakan Puteri
Islam Malaysia.

2. OBJEKTIF
1. Untuk membentuk ahli menjadi seorang yang berkeyakinan , bersungguh-sungguh, berdayatahan
dan berdayasaing
2. Membina disiplin diri dan disiplin pasukan yang tabah, cekal dan sabar menghadapi pelbagai
cabaran.
3. Mewujudkan semangat setiakawan dan bekertjasama dalam satu pasukan
4. Melahirkan ahli yang bertatatertib , kemas dan segak sepanjang masa

3. SIFAT-SIFAT SEORANG JURULATIH


Berkawad adalah pelajaran yang tetap den berkehendakkan tenaga.
Sifat-sifat berikut boleh membantu dalam perlaksanaan latihan kawad.
1. Kesabaran ~ janganlah hilang fikiran dan naik darah tidak terkawal
sehingga melupakan kemanusiaan
2. Ketabahan dan kesungguhan ~ Teguran kepada kesalahan untuk tujuan
membina sahsiah dan kemajuan pembelajaran kawad
3. Kemahuan ~ Bersiap sedia dan sentiasa berusaha untuk pencapaian
yang terbaik
4. Berkeyakinan dan berfikiran positif

4. Rekrut selalu mengikut tauladan dan arahan jurulatih


1. Apabila anda kawadkan mereka anda hendaklah berdiri SEDIA
2. Apabila bergerak atau berpusing , berjalan dan pergerakan yang lain ,
tentukan anda tunjukkan yang betul dan tentukan skuad itu buat seperti
kemahuan anda
3. Apabila memberi pertunjukkan , mesti berdiri dengan betul
4. Jangan gunakan perkataan maki
5. Pakaian anda kemas dan segak
6. Jangan gopoh dan mengelabah
7. Boleh memberi hukuman dengan jelas , betul dan terang

6. MEMBINA BAHASA HUKUMAN


Ingatan , perbuatan yang cergas dan baik itu berhubungan juga dengan
hukuman kawad yang nyaring , betul dan terang.

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 1


UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Peringatan ini adalah memberi peringatan kepada skuad anda apa yang
mereka akan buat misalnya BERGERAK KE KANAN BERTURUT-
TURUT
Harakat ; peringatan yang panjang kepada skuad misalnya KE
KANAN ..
Perbuatan ; Dengan suara yang nyaring dan tajam misalnya PUSING

Kadang-kadang ada juga tidak digunakan PERINGATAN HUKUMAN


KAWAD seperti BARIS SEDIA dan ada juga tidak ada harakat seperti
MAJU atau GERAK

7. MASA UNTUK MEMBERI HUKUMAN KAWAD


Untuk hukuman kawad ada diterangkan menunjukkan di atas kaki manakah
hukuman kawad akan diberi .
Harakat-harakatnya seperti berikut;-
1. Semasa berhenti iaitu 3 harakat seperti 1-2-3-1
2. Semasa cepat jalan lebih kurang 4 langkah
3. Semasa jalan perlahan lebih kurang 3 langkah

Ingatan : Langkah-langkah ini sama harakatnya seperti para (1) di atas tadi

8. MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD


a. Kawad Perhubungan
1. Tunjukkan sama bahasa hukuman kawad
2. Cuba seorang demi seorang dengan berteriak bahasa hukuman
kawad
3. Pecahkan skuad itu dua bahagian sejauh 30 ela lebih kurang
jarak 5 langkah tiap-tiap seorang
4. Tiap-tiap seorang akan kawadkan kawannya di hadapan
5. Tukarkan barisan itu tiap-tiap 10 minit ., dengan ini kedua-dua
bahagian skuad itu dapat peluang untuk berkawad.

b. Mengawadkan skuad
1. Bariskan skuad dalam 3 barisan kemudian terangkan kepada
skuad, penanda kanan , kiri, baris hadapan , tengah dan belakang
2. Keluarkan seorang demi seorang untuk berkawad

9. MASA DAN LANGKAH


1. Masa Berjalan
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 2
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
~ Masa Cepat jalan kebiasaannya 116 120 langkah seminit
~ Masa Cepat Jalan rekrut - 140
~ Masa Perlahan Jalan - 65
~ Masa Berlari - 180

2. Jarak Selangkah
~ Masa Cepat Jalan & Perlahan - 30 inci
~ Langkah Panjang - 33 inci
~ Langkah Pendek - 21 inci
~ Langkah Berlari - 40 inci
~ Langkah Sebelah - 12 inci
~ Senang diri - 12 inci

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA


PERATURAN KAWAD KAKI ASAS
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 3
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
JENIS / PERKARA ARAHAN / ULASAN / TINDAKAN
1. Berbaris dalam tiga Peringatan : Dengar sini semua sekali. Apabila dapat hukuman
barisan tiga Barisan Di hadapan Saya , Gerak skuad hendaklah sedia,
berlari berbaris dalam tiga barisan di hadapan, di tengah-tengah
di masa saya menghadap. Faham itu skuad !

Hukuman : TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA , GERAK

Perhatian : Kalau skuad dalam kedudukan sedia hendaklah


diberi hukuman PUSING KE KANAN BERLARI
BERBARIS.. kalau dari mula senang diri , diakhiri dengan
senang diri

2. Meluruskan barisan Hukuman : KE KANAN LURUS -satu


Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kanan , jari-
jari digenggam ( bahagian belakang tangan ke atas, pengengam
tangan kena bahu orang di sebelah kanan

Skuad 2
Hentak kaki berturut , pendek-pendek serta meluruskan
barisan., tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka
dua orang selang darinya. Dengan pantas , orang di sebelah
kanan barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke barisan
hadapan 30 inci.

PANDANG DEPAN
Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan
jatuhkan tangan ke tepi badan , lengan lurus.

3. Buka dan tutup barisan Bagi memeriksa skuad atau untuk mengawadkan skuad , adalah
mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini . Seperti
hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain, pergerakan ini
adalah dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan belakang
sahaja, barisan tengah diam. Jikalau dalam dua barisan
dilakukan barisan belakang sahaja skuad mesti berada dalam
kedudukan sedia.

Hukuman : BUKA BARISAN , GERAK (3 pergerakan )

a) Buka Barisan Dengan Nombor, Buka Barisan- Satu


Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 15
inci. Barisan belakang langkahkan kaki kanan ke belakang
sejauh 15 inci, kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi. Anggota
yang lain diam .

b) Skuad Dua
Barisan hadapan langkah kaki kiri ka hadapan sejauh 30
inci barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh
30 inci ( dari tumit kaki kanan ) tapak kaki kanan/ kiri rata di
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 4
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
atas bumi, tumit kaki kiri/kanan di belakang terangkat sedikit,
anggota yang lain diam .

c) Skuad Tiga
Barisan hadapan langkahkan kaki kanan ke hadapan sejauh
15 inci dan hentak. Barisan belakang langkahkan kaki kanan ke
belakang sejauh 15 inci dan hentak , dengan masa yang sama
angkat kaki kiri ke hadapan bengkokkan lutut , dan hentak di
sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia.

Peringatan :
i) Jarak di antara barisan dalam buka barisan , barisan hadapan
ke barisan tengah 90 inci . Barisan tengah ke barisan belakang
90 inci dan barisan hadapan ke barisan belakang 180 inci dan
kalau dalam dua barisan setelah buka barisan jarak barisan
hadapan ke barisan belakang 120 inci.

ii) Jika hendak mengajar skuad , hendaklah diajar kepada dua


bahagian , pertama selaku barisan hadapan apabila skuad sudah
faham baharulah di ajar selaku barisan belakang. Apabila semua
sekali sudah faham barisan hadapan dari belakang, barulah
latihkan skuad dalam tiga barisan buka barisan gerak.

b) TUTUP BARISAN GERAK ( 3 pergerakan )


Hanya pergerakan barisan hadapan buat seperti pergerakan
belakang buka barisan gerak, dan pergerakan barisan belakang ,
buat seperti pergerakan barisan hadapan semasa buka barisan
gerak, cara-cara mengajar dan melatih skuad adalah sama
seperti buka barisan gerak.

4. Paras 1. Paras boleh dilakukan sama ada yang tinggi ke kanan ,


rendah ke kiri atau yang tingi di tengah-tengah . Ini boleh
dilakukan dengan cermat dengan menjadikan semua orang ke
dalam satu barisan dan menyusun mereka mengikut tinggi
rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Ini
boleh dilakukan dengan cara mereka dalam bertiga-tiga atau
beberapa banyak sekali pun barisan yang dikehendaki. Cara
yang terakhir ini hendaklah terhad kepada kumpulan kecil .

2. YANG TINGGI KE KANAN , RENDAH KE KIRI


DALAM SATU BARISAN PARAS.
Seluruh skuad berpusing seperti dalam berhenti, terus berjalan
dan selepas itu mengaturkan diri mereka mengikut paras tinggal
dalam keadaan sedia. Susunan yang betul selepas itu diperiksa
oleh jurulatih.

3. NOMBOR
Skuad itu membuat nombor dari kanan ke kiri

4. NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN ,


PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 5
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG ,
GERAK.

Jurulatih mesti memerikasa pergerakan ini.

5. ORANG YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI DIAM ,


NOMBOR GANJIL KE KANAN , NOMBOR GENAP KE
KIRI , BARISAN KANAN DAN KIRI PUSING.

Semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang


yang di sebelah kanan sekali di barisan hadapan yang tinggal
diam menghadap arah hadapan.

6. JADIKAN TIGA BARISAN , CEPAT JALAN.


Skuad itu jadi tiga barisan nombor genap mengikut belakang
nombor ganjil , misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan .
Nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah , nombor 5 jadi nombor 1
dalam barisan belakang. Nombor 7 jadi nombor 2 dalam barisan
hadapan dan seterusnya., bila berhenti dalam kedudukan setiap
orang berpusing ke hadapan serta luruskan barisan dan tinggal
dalam keadaan sedia.

Peringatan
i) Sekiranya dikehendaki pada akhirnya
memaras dengan orang-orang yang
paling tinggi di sebelah kanan dan
orang-orang yang paling rendah di
sebelah kiri , perkataan hukuman
hendaklah ORANG YANG
PALING RENDAH DI SEBELAH
KANAN SEKALI DIAM , YANG
LAIN BERGERAK KE KANAN
DALAM SATU BARISAN KE
KANAN PUSING. JADIKAN
TIGA BARISAN CEPAT JALAN
dan skuad akan buat seperti di atas.
ii) Jika satu skuad kecuali hendak
diparaskan , perkataan hukuman ialah
DALAM TIGA ( SATU )
BARISAN PARAS Skuad itu
berpusing ke kanan , mereka berhenti
sekejap dan menjadikan barisan
mengikut paras . Hentak langkah kaki
hendaklah dilakukan apabila skuad
berpusing ke kanan.

5. Senang diri dari sedia SENANG DIRI


Biarkan kaki kiri tinggal diam dan tapak kaki tegang ke
belakang angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut,
bawa kaki kanan ke sebelah kanan hentak ke bumi. Supaya
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 6
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 12 inci. Pada ketika
yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibu-
ibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah
ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit
ke kanan supaya berat sama rata.

Hukuman : BARIS , SENANG DIRI


Angkat kaki kanan 12 ke hadapan , bengkok lutut , hujung jari
junam ke bumi dan hentakan padu di sebelah tumit kaki kiri
sampai ke dalam kedudukan senang diri , dalam masa yang
sama bawa ke dua-dua belah tangan pantas ke belakang.

6. Sedia dari senang diri Kedudukan - SEDIA


Kedudukan sedia . Tumit rapat sebaris , buka hujung
kaki 30 darjah ; lutut tegang, badan tegak dengan berat sama
timbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu di bawa
ke belakang ( supaya dada berada dalam keadaan biasa dengan
tidak menyusah atau mengeraskan badan )

Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan,


pergelangan-pergelangan tangan lurus, tapak tangan tutup
( bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari
tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan di belakang
sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena
leher baju, dan memandang terus ke hadapan.

Hukuman : BARIS , BARIS SEDIA


Angkat kaki kanan 12 ( bengkok lutut , hujung kaki junam ke
bumi dan hentakkan padu di sebelah tumit kaki kiri sampai
dalam kedudukan sedia, dalam masa yang sama bawa kedua-
dua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia.

REHATKAN DIRI
Hukuman : REHATKAN DIRI
Kira masa ( 1-2-3 rehat ) Kendurkan anggota-anggota badan,
bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakkan
kaki.

7. Berpusing ke kanan Hukuman : BERGERAK KE KANAN BERTURUT-


pusing TURUT, KE KANAN PUSING
Pergerakan 1. Pusingkan badan ke kanan 90 darjah.
Berpusing di atas tumit kaki kanan dan
Hujung kaki kiri.

Pergerakan 2. Angkat kaki kiri 12 dan hentakkan padu


Di sebelah kaki kanan

8. Berpusing ke kiri pusing Hukuman : BERGERAK KE KIRI BERTURUT-TURUT,


KE KIRI PUSING
Pergerakan 1. Pusingkan badan ke kiri 90 darjah.
Berpusing di atas tumit kaki kiri dan
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 7
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
hujung kaki kanan.

Pergerakan 2. Angkat kaki kanan 12 dan hentakkan padu


di sebelah kaki kiri

9. Berpusing ke belakang Hukuman : MENGIKUT KEDUDUKAN BADAN


pusing
1. Jika kita menghadap ke hadapan BARIS AKAN
MENGHADAP KE BELAKANG , KE BELAKANG
PUSING.
2. Jika baris menghadap ke belakang BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN , KE BRLAKANG
PUSING
3. Jika baris hadapan berada di sebelah kiri atau kanan
BERGERAK KE KIRI ( KANAN ) BERTURUT-
TURUT KE BELAKANG PUSING .

Pergerakan 1. Pusingkan badan 180 darjah ke belakang


Pergerakan 2. Angkat kaki kiri dan hentakkan padu di sebelah
kaki kanan

Ingatan : Berpusing ke belakang MESTI melalui di sebelah


kanan . ( Pusingan Jam )

10. BERJALAN 1. Berjalan adalah memainkan peranannya dalam kawad


sebagai cara mem bentuk tatatertib sesebuah pasukan
yang berjalan dengan bergaya, lazimnya adalah
mempunyai semangat yang tingi. Begitu juga dalam
masa perlahan mengajar timbangan dan bentuk badan
yang baik dan adalah menjadi adapt sebagai upacara
istiadat ( tentera darat )
2. Pasukan-pasukan biasanya akan berjalan 116- 120
langkah dalam masa satu minit. Bagaimanapun , rekrut
patut mulai berjalan 140 langkah dalam masa satu minit
untuk membina kepantasan , siap sedia dan taat kepada
perintah tanpa berbicara lagi

11. Berjalan dalam masa Hukuman : CEPAT , JALAN


cepat Mulai berjalan dari kedudukan sedia.Apabila hukuman cepat
Jalan diberi supaya skuad itu melangkah mengikut rentak
pancaragam atau sama dengan skuad lain , ianya hendaklah
diberi selepas rentak atau langkah , iaitu Cepat pada kaki
kanan Jalan pada kaki kiri berturut-turut.
Dengan hukuman Jalan ahli puteri hendaklah sentiasa
melangkah dengan kaki kanan dan menghayun tangan kiri nya
ke hadapan.

Untuk membolehkan berjalan dengan betul , hendaklah


diajarkan berjalan dengan Nombor .
a) Berjalan dengan nombor cepat jalan satu.
Dengan pantas langkahkan kaki kanan ke
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 8
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan
tumit terpacak. Tapak kaki kiri di
belakang rata dengan bumi. Dengan masa
yang sama , lenggangkan tangan kiri ke
hadapan paras 45 darjah dan lenggang
tangan kanan ke belakang seberapa jauh
yang boleh, muka terus pandang
hadapan .
b) Skuad Dua Langkahkan kaki kiri ke
hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan
tumit terpacak. Tapak kaki kanan di
belakang rata dengan bumi . Masa yang
sama , tukarkan lenggang tangan kanan
ke hadapan paras 45 darjah dan tangan
kiri ke belakang seberapa jauh yang
boleh.

12. Berhenti dari cepat a) Berhenti Dengan Nombor BERHENTI Satu


jalan ( 3 pergerakan ) Hukuman diberi kaki kiri melalui kaki kanan, penuhkan
langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti , tapak
kaki kiri rata di atas bumi. Kaki kanan di belakang dengan
keadaan tumit terangkat, kedua-dua lutut tegang , tangan kiri
masih dalam keadaan berlenggang ke belakang , tangan kiri
lenggang ke hadapan anggota yang lain terus pandang ke
hadapan.

b) Skuad Dua
Bawa kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan
tapat kaki kanan tergantung , lutut tegang , berdiri di atas kaki
kiri, Dengan masa yang sama lenggangkan tangan kiri ke
hadapan, tangan kanan di belakang

c) Skuad Tiga
Bengkokkan lutut kaki kanan ke hadapan , peha paras,
hentak di sebelah kaki kiri dan angkat kaki kiri ke hadapan,
bengkokkan lutut peha paras, hentak di sebelah kaki kanan
sampai kedudukan sedia. Dengan masa yang sama bawa kedua-
dua tangan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Peringatan : Berteriak CEK , SATU, DUA .

Hukuman : BARIS BERHENTI


Hukuman diberi di atas kaki kanan. CEK di atas kaki kiri dan
matikan dalam 2 hentakan iaitu kanan kiri
( HENTI , CEK , SATU , DUA )

13. Berjalan Dalam Masa 1. Perlahan jalan adalah digunakan bagi mengajar pergerakan-
Perlahan pergerakan dengan berjalan sebelum mereka berjalan cepat.
Ianya diajar dengan bilangan cara imbang langkah seperti
yang diterangkan di bawah.
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 9
UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
2) Perlahan jalan dengan langkah beragak , kaki kanan
hadapan . Tolak kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci , hujung
kaki di keluarkan sedikit menghala ke tanah , bahagian atas
badan tegak , tangan lurus di tepi , berat badan di atas kaki kiri.

3) Maju . Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki


kanan ke hadapan 15 inci lagi, hujung kaki hendaklah jejak ke
tanah dahulu BUKAN tumit atau bahagian luar kaki , bawa
berat badan pada kaki kanan , kaki kiri ke belakang dan
bengkok sedikit supaya dapat mengangkat hujung kaki dari
bumi.

4) Kaki kiri hadapan . Bengkokkan lagi lutut kiri tolak kaki ke


hadapan dengan senang sebelum lurus dan berada 15 inci di
hadapan kaki kanan, hujung kaki menunjukkan ke bawah dan
terangkat sedikit dari bumi

5) Maju. Penuhkan langkah dengan kaki kiri sebagaimana yang


diperintahkan untuk kaki kanan , apabila kaki itu diluruskan di
hadapan badan. ( Sekali lagi hujung kaki mesti menjejak ke
bumi terlebih dahulu dan badan hendaklah berdiri tegak. Tangan
diam di sebelah , siku rapat , kaki ditolak melintas tangan , bahu
diam dan tepat ke hadapan. ( Apabila selesai pergerakan
ini , berat badan hendaklah diletakkan di atas kaki kiri , kaki
kanan di belakang , hujung kaki tercacak di bumi ) . Pergerakan
ini bplehlah diteruskan sehingga skuad telah mendapat
timbangan , sehingga selain dari hukuman Maju selepas
kanan hadapan .
Ingatan :
Berjalan dalam masa perlahan dilakukan dalam kadar
65 langkah pada satu minit, dan berteriak
RES , KANAN , KIRI

14. Berhenti dari Perlahan a) Berhenti Dengan Nombor Berhenti Satu.


Jalan Hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri , langkah kaki
kiri ke hadapan 30 inci dan berhenti , tapak kaki kiri rata di atas
bumi tumit kaki kanan terangkat, sedikit , kedua-dua lutut
tegang , berat badan di atas kaki kiri , muka terus pandang
hadapan.
b) Skuad Dua
Dengan pantas bawa kaki kanan ke hadapan bengkok lutut
peha paras hentak ke bumi dan angkat kaki kiri ke hadapan ,
bengkok lutut peha paras, hentak di sebelah kaki kanan sampai
kedudukan sedia.

Peringatan : Berteriak 1 . 2
15. Berhenti dalam masa Hukuman : HENTAK KAKI CEPAT
hentak kaki Mulai dengan kaki kanan. Tiap-tiap hukuman berhenti akan
diberi di atas kaki kanan

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 10


UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
16. Berjalan dalam masa Mengikut kedudukan barisan hadapan, sama ada di sebelah kiri
cepat jalan atau kanan.
Hukuman : DARI KAKAN ( ATAU KIRI ) , CEPAT JALAN
Berjalan mestilah didahulukan dengan kaki kanan.
Langkah kaki kanan ke hadapan dan berjalan 21 satu langkah

17. Berhenti atau bersurai Hukuman : KELUAR BARIS


dari barisan kawad Pergerakan 1 : Pusing badan ke kanan 90 darjah berpusing
Di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri

Pergerakan 2 : Angkat kaki kiri hentakkan padu di sebelah


Kaki kanan dan terus berjalan keluar

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 11


UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

You might also like