You are on page 1of 5

HIPERTENSI

Illias Zaidi

Sinopsis

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang
sering berhalusinasi. Aiman sering menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-
angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan
dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini
menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa
mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia
pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa.
Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang
tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-
angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di
bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan
hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi
Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak
menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman
akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.

Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus
yang didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu
mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada
khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan sekadar
berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke
hadrat Ilahi.
Tema

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang penuh


cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh hebat dalam
bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering berhalusinasi sebagai
seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan tidak kira tempat sama ada
ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Dia
pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus pengajian tinggi dalam bidang
aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi, namun dia sekali-kali tidak akan
membiarkan angan-angannya menjadi seperti angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai
yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan tentang kehebatannya dalam bidang
aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia bukan sahaja membayangkan bahawa
dia pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan
Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Persoalan

1. Persoalan adab menuntut ilmu


Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di
dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)

2. Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri


Contoh: Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut
mempunyai makna yang baik. (m/s:44)

3. Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling


Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari
wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)

4. Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain


Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat
menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)

5. Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga


Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.
(m/s: 46)

6. Persoalan ketagasan guru dalam mendidik pelajar


Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana
mengganggu rakan-rakan. (m/s: 46)
7. Persoalan kepentingan prinsip hidup
Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin
yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan
tersebut. (m/s: 48)

8. Persoalan kasih sayang seorang ibu


Contoh:Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh
ayahnya. (m/s: 48)

PERWATAKAN
AIMAN AQIL
1. Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.
2. Dia berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan runcing.
3. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaiut Fadilah
Fatnin dan Azilah Atiqah .
4. Aiman seorang yang bercakap gagap, iaitu mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum
keluar kata-kata.
5. Aiman mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup
sihat.
6. Dia seorang murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik
Sains.

BAPA AIMAN

1. Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah
Atiqah.
2. Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.
3. Dia dipanggil dengan gelaran babah oleh aiman dan anak-anaknya.
4. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah
rumah.
5. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu dia pernah menampar Aiman dan merotan
Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
6. Dia seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah kegagapan anaknya
dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.
IBU AIMAN

1. Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
2. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.
3. Dia seorang yang penyayang.
Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4. Dia seorang isteri yang taat dan patuh akan suami.
Contohnya, ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.
5. Dia seorang yang penyabar.
Contohnya, dia tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak
terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.

CIKGU FARIDAH
1. Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
2. Dia seorang yang dedikasi.
Contohnya, dia menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.
3. Dia seorang yang cepat marah.
Contohnya, wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori gravity yang
diajarinya dengan kuasa Tuhan.
4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi murid.
Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan
muridnya itu.

NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan
Azilah Atiqah.
2. Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal
umurnya ketika itu baru lapan tahun.
3. Nilai belas kasihan/bersimpati.
Contohnya, ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.
4. Nilai dedikasi.
Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan kawan-kawannya.
5. Nilai tanggungjawab.
Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin
dan Azilah Atiqah.
2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman
boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu
baru lapan tahun.
3. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Cikgu
Faridahmenerangkan ilmu Teori Graviti denga bersungguh-sungguh kepada Aiman dan
kawan-kawannya
4. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa
Aiman berusaha merawat kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan
intensif dan latihan terapi.
5. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah.

Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-
anak terutamanya Aiman.

You might also like