You are on page 1of 5

Tugasan Projek EDU 3083

para guru untuk digabung jalinkan bersama agar proses P&P tersebut bertambah mantap
seterusnya memacu kecemerlangan sistem pendidikan masa kini.

Berbalik kepada persoalan isu yang diutarakan di atas, penulis merumuskan bahawa selain
berusaha menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, para guru juga hendaklah memahami dan
melaksanakan peranan-peranannya yang lain seperti berikut agar situasi P&P cemerlang dapat
direalisasikan.
1.1 GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN

Pengamal ilmu bermaksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan


pengetahuan, menggunakan atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek
kehidupan. (Noriati et.al., 2010: 70). Dalam bahasa mudahnya, guru hendaklah mencari ilmu
serta mengamalkannya supaya dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid secara
bermakna. Seiring dengan perubahan dunia globalisasi terkini, guru disarankan menguasai
ilmu dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) agar dapat memanipulasinya
secara kreatif dan berinovasi sebagai satu bentuk BBM. Contohnya dalam pengajaran subjek
Sejarah bagi tajuk Kesultanan Melayu Melaka, guru boleh menayangkan sedutan filem Hang
Tuah bagi memperlihatkan dengan jelas tentang bahasa pertuturan, pakaian dan budaya
masyarakat pada zaman itu kepada murid. Bantuan gambaran visual ini pastinya lebih baik
berbanding guru hanya bercerita sahaja yang belum tentu mampu dihayati oleh semua murid.
Justeru, impak pengamalan ilmu dan kemahiran TMK ini berjaya menjadikan pengalaman
pembelajaran murid lebih bermakna kerana mampu berimaginasi tentang satu zaman yang
sukar terjangkau olehnya. Kemahiran tayangan video ini hanyalah asas dalam kemahiran TMK,
masih banyak lagi kemahiran lain yang perlu dikuasai guru seperti penggunaan perisian power
point dan hot potatoes yang sangat membantu proses P&P.

Kesimpulannya, guru perlu menjadi pelajar sepanjang hayat memandangkan ilmu


pengetahuan sentiasa berkembang dan berubah. Tambahan pula telah terbukti menjana P&P
cemerlang sebagaimana yang dihuraikan di atas. Dalam satu kertas konsep berkaitan
perkembangan profesional guru, Nor Hasnida dan Effandi (2012) turut menyokong konsep

1
Tugasan Projek EDU 3083

belajar seumur hidup bagi para guru kerana memberi peluang kepada mereka untuk membaca,
menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat
meningkatkan profesionalisme guru tersebut.

1.2 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Selain itu, guru perlu berperanan sebagai pembimbing untuk merealisasikan P&P
cemerlang. Secara amnya, peranan guru biasa dalam konteks bimbingan boleh dilihat dari segi
memberikan nasihat, panduan, pengajaran dan pertolongan kepada pelajar yang
memerlukannya agar berupaya berkembang menjadi lebih positif. Mohamad dan Nasruddin
(2010) dalam jurnal mereka berkongsi dapatan kajian yang dijalankan oleh Niu dan Sternberg
(2003) melibatkan 96 orang pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di Beijing, China. Persoalan
utama dalam kajian tersebut ialah sejauh manakah benarnya kenyataan bahawa kreativiti para
pelajar boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah melalui bimbingan guru?

Dalam kajian tersebut, para pelajar ini telah diminta untuk menghasilkan satu hasil seni
iaitu kolaj. Para pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama tidak
menerima sebarang arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj, kumpulan
kedua telah menerima arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj dan kumpulan
ketiga pula telah diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif. Kolaj yang
dihasilkan oleh para pelajar tersebut telah diadili secara subjektif dan objektif. Hasil kajian ini
mendapati bahawa para pelajar yang telah diminta menjadi kreatif telah menghasilkan kolaj
yang kreatif berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak menerima sebarang arahan
supaya menjadi kreatif. Kajian juga mendapati bahawa pelajar yang diajar secara terperinci
bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif telah menghasilkan kolaj yang paling kreatif.
Dapatan kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dalam
bilik darjah melalui arahan-arahan dan bimbingan yang jelas oleh guru kepada para pelajarnya.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah membuktikan betapa pentingnya peranan guru selaku
pembimbing terutama melalui arahan-arahan yang disampaikan dalam meningkatkan kreativiti
pelajar sekaligus menjayakan P&P cemerlang.

1.3 GURU SEBAGAI PENGAMAL REFLEKTIF

2
Tugasan Projek EDU 3083

Guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan kendirinya dan
tidak hanya bertindak atas tabiat dan mengikut arahan semata-mata. Guru yang reflektif akan
akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P.
(Noriati et.al., 2010: 73). Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin
tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru
yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya. Nor
Hasnida dan Effandi (2012) dalam kertas konsepnya turut menyenaraikan salah satu strategi
perkembangan profesionalisme guru ialah pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan
reflektif di kalangan guru di sekolah.

Kepelbagaian pandangan tokoh-tokoh di atas sudah cukup membuktikan betapa pentingya


peranan guru sebagai pengamal reflektif ke arah P&P cemerlang. Para guru semestinya tidak
akan terlepas menghadapi pelbagai masalah P&P seperti tahap penguasaan pelajaran yang
lemah dalam kalangan murid serta masalah kawalan kelas. Namun begitu, apakah tindakan
guru apabila menghadapi masalah-masalah begini? Adakah sekadar berdiam diri dan
meneruskan P&P seperti biasa tanpa ada inisiatif menyelesaikan masalah? Jika inilah yang
menjadi amalan para guru, nescaya para pelajar akan terus ketinggalan dalam pelajaran.
Menyedari hal ini, guru perlulah berperanan sebagai pengamal reflektif agar dapat mengubah
situasi P&P daripada ketinggalan ke arah kecemerlangan.

Persoalannya pula, bagaimana amalan reflektif dapat merealisasikan P&P cemerlang?


Pada pandangan penulis, P&P cemerlang terhasil salah satunya apabila prestasi guru itu
sendiri meningkat. Proses refleksi secara tersiratnya merupakan proses khusus meningkatkan
prestasi guru. Mengapa? Hal ini kerana ia membantu guru mengenal pasti amalan pengajaran
yang menjadi punca kegagalan P&P sendiri seterusnya menambah baik amalan tersebut. Oleh
itu, berikut dihuraikan proses refleksi bagi menjelaskan lagi kaitannya dengan peningkatan
prestasi guru dan juga P&P.

Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 2, refleksi bermula dengan usaha guru untuk
menerangkan situasi atau mengenal pasti permasalahan yang timbul, kemudian cuba
menjelaskan perasaannya terhadap situasi tersebut berdasarkan tanggapan dan nilai kendiri.
Pada peringkat penilaian, guru meneroka kemungkinan punca masalah serta kekuatan dan
kelemahan situasi tersebut. Kesan daripadanya, guru itu akan berusaha mencari ikhtiar untuk

3
Tugasan Projek EDU 3083

mengatasi bidang kelemahannya. Proses menganalisis situasi merupakan usaha pengamal


untuk melihat situasi tersebut daripada sudut berbeza dan menimbangkan kemungkinan
tindakan alternatif. Dalam proses membuat kesimpulan, guru menetapkan keputusan pilihan
tindakan terbaik. Lingkaran terakhir dalam proses reflektif merupakan pemikiran tentang
rancangan tindakan masa depan (pelan tindakan) jika peristiwa yang sama berulang lagi.
(Noriati et.al., 2010: 74).

DISKRIPSI

PELAN
PERASAAN
TINDAKAN

KESIMPULAN PENILAIAN

ANALISIS

Rajah 2 Proses Refleksi

4
Tugasan Projek EDU 3083

Konklusinya, guru yang berperanan sebagai pengamal reflektif mampu merealisasikan


situasi P&P cemerlang yang menjadi salah satu isu dalam penulisan ini.Hal ini berdasarkan
manfaat yang diperolehi daripada amalan reflektif iaitu guru dapat mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan yang terdapat dalam dirinya untuk mencapai tahap prestasi dan keyakinan
yang lebih baik. Tambahan pula, tindakan dan keputusan yang dibuat dalam proses refleksi
ialah berasaskan ilmu dan pengetahuan dan pedagogi yang berkesan. (Noriati et.al., 2010:
75).

2.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penulisan ini telah memfokuskan tentang isu kepentingan perkembangan


profesionalisme guru dalam memartabatkan profesion keguruan. Fokus isu ini ialah hasil
interpretasi penulis terhadap petikan akhbar bertajuk Guru Kreatif Tingkat Pembelajaran Murid.
Berpaksikan isu ini, penulis turut menghuraikan ciri-ciri guru profesional dan implikasinya
terhadap pendidikan. Sebagai kesinambungan, cadangan cara mengatasi isu ini juga
dimuatkan di mana menyentuh tentang peranan guru yang perlu diambil cakna agar situasi P&P
cemerlang dapat direalisasikan. Peranan guru yang ditekankan dalam penulisan ini ialah
sebagai pengamal ilmu dan kemahiran, pembimbing serta pengamal reflektif.

(1878 patah perkataan)

You might also like