You are on page 1of 6

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA DAN BIRD PARK

1.0 NAMA PROGRAM

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Zoo Negara dan Bird
Park ) bersama guru anjuran Unit kokurikulam SJK(T) Ladang Edinburgh.

1.1 PENGENALAN

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Zoo Negara
dan Bird Park ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar
melawat dan mempelajari tentang kehidupan fauna yang menarik disamping
menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini
juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
luar bilik darjah.

Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang


mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat
kepada para pelajar berkeperluan khas ini.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun


dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan
semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini murid akan diberi pendedahan serta menimba


pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap
pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan kehidupan amnya.

Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara guru dan pelajar
melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan
kesedaran murid betapa pentingnya menjaga disiplin diri sewaktu berada di luar
bilik darjah.

1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM

Para peserta terdiri daripada murid-murid tahap 1 SJK(T) Ladang Edinburgh

1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM


Seramai 81 orang murid, 6 orang guru

1
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

1.5 TARIKH PROGRAM

06 SEPTEMBER 2017

1.6 JANGKA MASA PROGRAM

Program ini berlangsung untuk tempoh sehari

1.7 DESTINASI PROGRAM

ZOO NEGARA DAN BIRD PARK

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Zoo
Negara dan Bird Park) ini diadakan ialah :

1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan murid serta guru-guru disamping
membentuk kestabilan diri.
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang
luar.
3. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya semasa
berada di luar Bilik darjah.
4. Memberi peluang mempelajari kehidupan fauna disamping dapat menimba
pengetahuan baru.
5. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar

2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Rabu (06 September 2017). Pesertapeserta lawatan
berkumpul di kantin sekolah SJK(T) Ladang Edinburgh pada pukul 7.30 pagi.. Pada pukul 8.00
pagi, bas mula bergerak meninggalkan SJK(T) Ladang Edinburgh.Sepanjang perjalanan ke Zoo
Negara.

Rabu, 06 September 2017

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Bertolak dari sekolah menuju ke Zoo Negara.

9.00 pagi Murid-murid diberi Sarapan Pagi

10.00 pagi Melawat Zoo

12.30 tengahari Murid-murid dibawa untuk makan tengahari.

1.30 Petang Murid murid sambung untuk melawat Bird Park.

3.00 petang Murid-murid Bertolak dari Bird Park.

4.00 petang Samapai di SJK(T) Ladang Edinburgh.

3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI

Ada beberapa masalah dihadapi sepanjang lawatan ini. Murid perlu diberi perhatian

sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya.

Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini ada menimbul masalah makanan

iaitu lasi lemak terlalu pedas dan Makanan tengah hari tidak dapat dibekalkan dalam waktu yang

tepat. Selain itu perbelanjaan lawatan telah bertambah apabila .

dan ini telah memberi sedikit masalah kepada penyelaras lawtan terpaksa menguruskan tambang

berlebihan. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan

kadangkala terpaksa mengurus baik.

6.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan

banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang lebih

cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu diperincikan

agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.

Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan mematuhi setiap

arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih kerap didedahkan

dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan peraturan lawatan.

4
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

7.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR

Pelajar dapat mengenal dunia fauna . Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru

yang hanya boleh dipelajari daripada subjek Sains.

Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara sesama

mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam mata

pelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar harga

makanan. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris dan

bahasa Malaysia walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri

bila berhadapan dengan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa

Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam percakapan seharian mereka . Selepas pulang dari lawatan

tersebut. Pelajar juga didedahkan kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka.

Kerjasama antara pelajar juga terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan

mereka yang lemah.

Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan

diri mereka. Pelajar dapat mempelajari kehidupan fauna dan dapat menikmati keindahan dan

keunikannya.

5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1 2017

8.0 PENUTUP

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru, dan

pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat pelajar

untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru serta menikmati

persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka. Harapan kami

selaku warga pendidik agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi

kebaikan murid-murid sekolah.

Disediakan oleh :

(KOGILA VENI A/P KISHOR)


Setiausaha,
Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara
Dan Bird Park,
SJK(T) Ladang Edinburgh.

You might also like