You are on page 1of 2

Daripada kajian yang saya lakukan di Pasir Tumboh,saya dapat

mengenalpasti kegiatan ekonomi di sini yang terdiri daripada


pertanian,perniagaan,perindustrian dan perkhidmatan.Sebahagian
besar ekonomi di Pasir Tumboh ialah ekonomi di sektor perindustrian
dan ia sangat jelas kerana sekitar Pasir Tumboh memang banyak
dengan pelbagai kilang seperti kilang sarung tangan,kilang jubin dan
sebagainya.

Penduduk Pasir Tumboh seharusnya berasa bangga kerana


dapat lihat pembangunan yang pesat lagi maju di Pasir Tumboh
kini.Perkara ini menunjukkan Pasir Tumboh berpotensi untuk menjadi
sebuah bandar yang maju dan mungkin setaraf dengan bandar-bandar
di sekelilingnya.

Selain itu,kegiatan ekonomi di Pasir Tumboh dapat memberi


manfaat kepada penduduk kerana dapat peluang pekerjaan yang
tinggi di sektor perindustrian dan sering mendapat perhatian pejabat
daerah untuk kemudahan infrastruktur di Pasir Tumboh.Kegiatan
ekonomi di Pasir Tumboh juga dapat meyumbang kepada penduduk
dalam meningkatkan taraf hidup mereka seimbang dengan
pembangunan yang sedang giat dijalankan di Pasir Tumboh ini.

Namun,pembangunan yang pesat telah dicemari oleh sikap-sikap


yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pekilang,peniaga
mahupun penduduk Pasir Tumboh sendiri yang tamak dengan harta
dunia bagi mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepentingan orang
lain.

Oleh itu,pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik serta


tegas dalam melaksanakan undang-undang demi menjamin kehidupan
yang sihat lagi cergas pada masa hadapan.ia juga amat penting
supaya pembangunan dapat berkembang dengan aman dan selesa.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan,kami mendapati


masih lagi wujud semangat perpaduan yang kental antara penduduk
Pasir Tumboh yang telah membawa keharmonian dalam kalangan
mereka yang berbilang kaum sehingga ke hari ini.Kami telah
bertungkus lumus dalam menjalankan kajian di Pasir Tumboh dan kami
berasa seronok dengan sikap-sikap penduduk Pasir Tumboh yang
sering membantu kami sehingga ada yang sanggup menumpangkan
kami ke kawasan kajian dengan kenderaan
mereka.Walaubagaimanapun, kami berasa sangat berpuas hati dengan
usaha-usaha yang kami lakukan dan bersyukur kerana telah dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

You might also like