You are on page 1of 9

1)JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI :-

- Di Pasir Tumboh terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi seperti


pertanian (6%),perniagaan (28%),perindustrian (51%)dan
perkhidmatan (15%) yang terdiri daripada pengangkutan &
perhubungan,kewangan & perbankan dan perkhidmatan awam.

- Sektor perindustrian merupakan kegiatan ekonomi terbesar di Pasir


Tumboh kerana Pasir Tumboh merupakan salah satu kawasan
penghasilan sarung tangan terbesar di Malaysia.Selain itu,terdapat
juga kilang-kilang lain di sekitar Pasir Tumboh seperti kilang
jubin,kilang komponen kenderaan,kilang elektronik dan lain-lain.

- Sektor perkhidmatan juga agak tinggi di Pasir Tumboh yang terdiri


daripada pengangkutan & perhubungan (70%),kewangan & perbankan
(20%) dan perkhidmatan awam (10%).Sistem pengangkutan &
perhubungan di Pasir Tumboh kini sangat maju dengan pembinaan
“highway” di sekelilingnya bagi menghubungkan dengan pusat bandar
seperti Tumpat,Kota Bharu dan juga kawasan-kawasan baru seperti
Setia Alam,Puncak Alam dan lain-lain.Selain itu,sistem kewangan &
perbankan serta perkhidmatan awam juga agak maju dengan adanya
kemudahan seperti bank (RHB dan BSN banks),sekolah (tadika,rendah
serta menengah),masjid dan balai raya.

- Malah, banyak juga kedai-kedai dan pasaraya-pasaraya dibina untuk


kemudahan penduduk justeru meningkatkan sektor perniagaan di Pasir
Tumboh.

- Ciri bentuk muka bumi di Pasir Tumboh adalah bertanah pamah.yang


rata.Namun, penduduk tidak giat mengusahakan pertanian di kawasan
mereka dan hanya 6% peratus daripada bilangan penduduk yang
mengusahakannya.Pelbagai jenis tanaman yang ditanam di Pekan
Meru dan majoriti tanaman di Pasir Tumboh adalah nanas.
2)SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PASIR
TUMBOH :-

Sebenarnya kegiatan ekonomi telah banyak menyumbang kepada


pembangunan Pasir Tumboh jika dibandingkan Pasir Tumboh pada taun
1950-an yang hanya sebuah kampung yang sangat kecil.

PELUANG
PEKERJAAN

SUMBANGAN
KEGIATAN
EKONOMI
TERHADAP
KAWASAN
KAJIAN

PENDAPATAN
&
KEMUDAHAN
PENINGKATAN
INFRASTRUKTUR
TARAF
HIDUP
2.1) PELUANG PEKERJAAN :-

Penduduk Pasir Tumboh seharusnya bersyukur kerana Kota Bharu kini


telah berkembang dengan pesat justeru memberikan peluang
pekerjaan yang banyak bagi penduduk daripada terus
menganggur.Dahulu penduduk Pasir Tumboh banyak bekerja sebagai
pekebun atau petani menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di
tanah mereka sendiri.Kini sektor pertanian semakin berkurang kerana
banyak tanah digunakan untuk kemudahan dan kilang-kilang.
Banyak peluang pekerjaan terbuka luas untuk penduduk terutamanya
dalam sektor perindustrian & perkilangan kerana banyak kilang-kilang
telah dibina oleh syarikat-syarikat tertentu.Walaupun begitu,sektor
perindustrian masih memerlukan ramai lagi tenaga buruh kerana
rakyat Malaysia tidak berminat untuk menceburi bidang tersebut dan
mahu mengejar taraf pekerjaan yang lebih tinggi.Oleh itu pihak-pihak
di sektor perindustrian terpaksa meminta bantuan pekerja asing bagi
mengatasi masalah kekurangan pekerja mereka.Selalunya pekerja
asing terdiri daripada warganegara Indonesia,Thailand,Nepal dan lain-
lain lagi kerana gaji mereka di sini lebih lumayan berbanding dengan
gaji di tempat mereka.

2.2) PENDAPATAN & PENINGKATAN TARAF HIDUP :-

Rakyat Malaysia seharusnya berasa sangat bangga kerana mendiami


sebuah negara yang aman lagi makmur terutamanya penduduk Kota
Bharu yang kini mempunyai taraf kehidupan mereka yang agak
tinggi.Penduduk Kota Bharu kini bukan sahaja dapat menikmati taraf
hidup yang tinggi dalam golongan mewah sahaja,tetapi penduduk
biasa juga dapat menikmatinya kerana pendapatan di sektor
perniagaan dan perindustrian kini juga agak lumayan.

Lebih RM4000

RM3000 -
RM4000
RM2000 -
RM3000
Kurang
RM2000

- Carta pai diatas menunjukkan purata gaji yang diperolehi penduduk


Pasir Tumboh berdasarkan pada borang temubual.
2.3) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR :-

Pasir Tumboh kini mempunyai banyak kemudahan infrastruktur yang


lengkap bagi kemudahan penduduknya.Pada peringkat awal,Pasir
Tumboh dikatakan hanya mempunyai beberapa buah kedai,jalanraya
yang sempit serta tidak mempunyai kemudahan infrastruktur yang
banyak.Kini terdapat banyak deretan kedai,jalanraya
berturap,jambatan,jejantas,perumahan dan lain-lain bagi memberi
kemudahan kepada penduduk serta meningkatkan lagi imigrasi
penduduk ke Pasir Tumboh ini.Pasir Tumboh juga mempunyai proses
pembandaran yang pesat berdasarkan bilangan penduduk dan
fungsinya jika dibandingkan dengan Pasir Tumboh pada tahun 1950-
an.Jepun merupakan sebuah bandar yang berkembang yang asalnya
hanyalah sebuah bandaraya berkembang kepada sebuah metropolis
dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat canggih.

3) KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM


SEKITAR :-

PERUBAHAN
PANDANG
DARAT FIZIKAL
ATAU
LANDSKAP

KESAN-KESAN
KEGIATAN
EKONOMI
TERHADAP
ALAM SEKITAR

HUJAN ASID PENCEMARAN


3.1) PERUBAHAN PANDANG DARAT/LANDSKAP :-

Kegiatan ekonomi dan pembangunan di Pasir Tumboh telah


mengubahkan pandang darat fizikal serta landskap di sekitar Pasir
Tumboh.Tanah yang dahulunya dijadikan sebagai kawasan pertanian
untuk menanam sayur-sayuran,buah-buahan kini telah bertukar
maenjadi kawasan perindustrian,tapak pembinaan bagi kemudahan
infrastruktur dan sebagainya.Selain itu,lorong-lorong kecil dan hutan-
hutan juga telah lenyap serta diganti dengan perkara baru seperti
jalanraya berturap,”highway”,perumahan dan sebagainya.Manakala
bandar-bandar di Jepun kini telah berubah dan terdapat banyak
jalanraya bertingkat serta sistem perhubungan di sana telah dinaik
taraf kepada sistem perhubungan yang berteknologi
tinggi.Pembangunan di Jepun juga telah mengubah pandang darat
fizikal Jepun malah lebih membangun berbanding Pasir
Tumboh.Namun , kita sebagai penduduk seharusnya bersyukur kerana
hidup di tempat yang aman lagi makmur seperti Malaysia,Jepun dan
sebagainya.

3.2) PENCEMARAN :-

Kualiti udara di Pasir Tumboh kini di sangat tercemar disebabkan oleh


asap-asap kilang,kereta dan sebagainya berbanding dengan Pasir
Tumboh pada zaman dahulu yang mana boleh menikmati udara yang
segar dari alam semulajadi.Kini jerebu juga kadangkala berlaku
disebabkan oleh karbon monoksida yang meningkat sejak akhir-akhir
ini.Selain itu,sistem persaliran dan perparitan di Pasir Tumboh juga
kerapkali tersumbat dan kadangkala mengakibatkan banjir di sekitar
Pasir Tumboh pada setiap kali musim hujan.Pekara ini berlaku kerana
sikap pengusaha-pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
mengeluarkan sisa toksik ke dalam parit atau sungai-sungai di Pasir
Tumboh.Malah ada juga di kalangan penduduk yang membuang
sampah sarap ke dalam sungai sesuka hati.Di Jepun,masalah
pencemaran mereka kurang menyerlah berbanding dengan Pasir
Tumboh kerana mereka mempunyai sistem undang-undang yang ketat
terhadap kebersihan.Oleh itu,kita sebagai manusia hendaklah menjaga
alam yang dianugerahkan oleh tuhan ini agar boleh dinikmati oleh
generasi-generasi akan datang.
3.3) HUJAN ASID :-

Hujan asid ini berlaku kerana gas-gas kimia daripada asap kilang atau
sebagainya bercampur dengan hujan.maka terjadilah hujan
asid.Perkara ini seringkali berlaku di Pasir Tumboh kerana kawasan
persekitarannya yang di kelilingi oleh kawasan-kawasan perindustrian
dan ia menyebabkan beberapa kawasan di Pasir Tumboh terjejas.
Hujan asid di Pasir Tumboh telah menyebabkan beberapa masalah
seperti besi-besi bangunan kini semakin berkarat dan tanah juga
teroksida kerana terkena hujan asid yang terlalu banyak.Selain itu,ia
juga menjejaskan besi-besi di tapak pembinaan yang sedang giat
dijalankan,kereta serta petempatan penduduk juga terjejas. Di
Jepun,mereka telah dapat mengatasi masalah ini dengan mewajibkan
semua pengusaha kilang supaya memasang alat penapis gas-gas
kimia di setiap cerombong asap di kilang mereka bagi mengelakkan
gas-gas kimia daripada bercampur dengan udara di luar kilang.

4) LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN


EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR :-
KITAR SEMULA

LANGKAH –
LANGKAH
MENGURANGKAN
KESAN
KEGIATAN PENDIDIKAN
EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
KEMPEN
ALAM
SEKITAR

PENGUATKUASAAN
UNDANG - UNDANG

4.1) KITAR SEMULA :

Kini banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan,antaranya


ialah kitar semula.Usaha ini telah lama diperkenalkan kepada rakyat
Malaysia,namun hanya segelintir yang mengamalkannya kerana
mereka menganggap perkara ini remeh temeh sahaja. Oleh itu,pihak
kerajaan perlu membuat satu pendekatan baru seperti
memperkenalkan sistem pelupusan sampah berpusat di setiap
kawasan-kawasan tertentu kerana ia mungkin dapat memudahkan
penduduk untuk membuang sampah serta pihak majlis pembandaran
negeri dalam proses pelupusan sampah.

4.2) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR :

Pihak kementerian pelajaran juga perlu memainkan peranan seperti


mengadakan satu pelajaran khusus seperti pelajaran alam sekitar di
semua peringkat sekolah.Ini juga boleh membantu pihak kerajaan
dalam menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada murid-
murid agar mereka dapat mengamalkannya pada masa hadapan.Kata
orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

4.3) KEMPEN :
Pihak kerajaan juga telah banyak melancarkan kempen di seluruh
negara bagi menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar kepada
masyarakat awam secara umumnya.Antara kempen yang telah
dijalankan ialah kempen kitar semula,”Cintailah Sungai Kita”,cara
mengunakan tong sampah mengikut jenisnya dan sebagainya.Ia juga
dapat memupuk masyarakat supaya menjaga alam sekitar seperti
sungai,landskap atau sebagainya jika usaha digiatkan lagi secara
besar-besaran terutamanya kepada penduduk Pasir Tumboh yang
sering menghadapi masalah pencemaran.Di Pekan Meru,penduduk
juga boleh mengekalkan kebersihan alam sekitar mereka dengan
mengadakan gotong-royong bersama-sama sebulan sekali.Di
Jepun,pihak kerajaan mereka juga menjalankan kempen-kempen serta
menjalankan kempen menanam secara beramai-ramai kerana
landskap di negara mereka sangat kurang berbanding dengan Malaysia

4.4) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG :

Di Malaysia,sistem penguatkuasaan undang-undang terhadap


kebersihan adalah sangat longgar.Oleh itu,kerajaan perlu mengadakan
satu undang-undang khusus terhadap kebersihan alam sekitar dan
menguatkuasakannya dengan tegas serta mengenakan denda atau
sebagainya kepada mereka yang melanggar undang-undang berikut. .

JADUAL DAN DATA KAJIAN :

JENIS – JENIS KEGIATAN EKONOMI DI PASIR TUMBOH

BIL. JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI BILANGAN PENDUDUK


1. PERTANIAN 6%
2. PERNIAGAAN 28 %
3. PERINDUSTRIAN 51 %
4. PERKHIDMATAN 15 %
JUMLAH 100 %

SUMBER: Kaji Selidik Penduduk Pasir


Tumboh

GRAFIK :

JENIS – JENIS KEGIATAN EKONOMI DI PASIR TUMBOH

Carta Pai:-
15%
PERTANIAN
6% PERNIAGAAN
51%
PERINDUSTRIAN
28% PERKHIDMATAN

GRAF:-
KEGIATAN EKONOMI DI PEKAN MERU

60%

50%

40%
JUMLAH

30%

20%

10%

0%
PERTANIAN PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN PERKIDMATAN
JENIS -JENIS

You might also like