You are on page 1of 5

Hampir setiap tahun, negara kita dilanda jerebu.

Fenomena ini boleh

menyebabkan masalah kesihatan. Dengan itu, kita mesti mengambil

beberapa langkah untuk menjaga kesihatan diri kita. Kita perlu memakai

topeng muka untuk menutup rongga pernafasan supaya kita tidak terdedah

kepada jerebu. Asap jerebu yang memasuki ruang pernafasan boleh

menyebabkan kita sukar bernafas, sakit tekak dan bahaya kepada pesakit

asma. Selain itu, kita harus selalu minum air ketika berlaku jerebu. Air

mampu menguatkan sistem imunisasi organ-organ tubuh badan kita. Kita

juga perlu mengurangkan aktiviti luar rumah dengan melakukan aktiviti

berfaedah di dalam rumah. Di samping itu, kita juga hendaklah selalu

membersihkan muka serta tangan untuk memastikan kulit sentiasa bersih

dan bebas daripada jerebu. Kesimpulannya, kita perlu mengikut langkah-

langkah yang telah disaran bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa

sihat terutama ketika dilanda jerebu

Fenomena jerebu hampir setiap tahun berlaku di negara kita


Berdasarkan gambar di bawah, tulis ulasan tentang langkah-langkah untuk
menjaga kesihatan ketika berlaku jerebu.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan
Gambar di bawah menunjukkan suasana di Zoo Negara.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana di zoo tersebut berdasarkan
gambar.
1. Seorang kanak-kanak bersama-sama ibu bapanya sedang memberi

makanan tebu kepada seekor gajah.

2. Seorang pelancong sedang merakam gambar harimau yang sedang

menyiat daging di dalam sangkar.

3. Seorang kanak-kanak perempuan cuba memegang seekor ular sambil

bergambar di samping keluarganya.

4. Beberapa ekor anjing laut membuat persembahan dengan bermain bola

sambil melompat-lompat.

5. Para pelancong bersorak keriangan ketika melihataksi anjing laut

bermain bola sambil bertepuk tangan

You might also like