You are on page 1of 30

Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tingginya

penghargaan kepada pihak yang membantu saya menyiapkan kerja khusus sejarah

berkenaan Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.Sehubungan dengan itu,saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Pn Rosmayati binti

Yusoff.Beliau telah banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan

kerja khusus sejarah ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Mohd Shariff

bin Hj Omar dan Barinah binti Md Nor yang sentiasa memberikan dorongan dan

bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kerja khusus sejarah ini dan dalam

semua mata pelajaran saya keseluruhannya.Ibu bapa saya sentiasa menghulurkan

bantuan seperti memberi maklumat tentang Perayaan Kaum Melayu dan juga

sokongan moral.Terima kasih banyak ibu dan ayah.Saya sentiasa sayang akan ibu

dan ayah.

Selain daripada pihak di atas, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada

rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan apabila saya memerlukan

mereka iaitu Nur Aimi Yasmin binti Azman,Puteri Balqish binti Abu Bakar,

Farisya binti Ibrahim, Qistina Nisa binti Azman dan Hanis Sakinah binti

Tajudin.Terima kasih kepada semua.


Rumusan
Syukur kepada Tuhan,kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan kerja

khusus ini dengan jayanya dan dapat dihantar pada masa yang ditetapkan.

Setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak

sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang kepada

saya membuat kerja khusus ini.

Dengan terhasilnya kerja khusus ini,saya telah mengetahui tentang pentingnya

sejarah.Saya telah dapat mengenali diri saya,keluarga,masyarakat dan seterusnya

negara yang saya cintai.Secara tidak langsung,penghasilan kerja khusus ini telah

berjaya menyemai semangat cintai akan keluarga,masyarakat dan negara

kita,Malaysia.

Dengan menghasilkan kerja khusus ini juga telah lahir rasa syukur terhadap

apa yang saya miliki.Saya rasa amat bangga menetap di sebuah negara yang unik

dan mempunyai berbilang kaum yang hidup dalam aman dan damai.Oleh itu,saya

akan sentiasa menghargai dan mengingati asal usul keturunan saya dan akan

menjadikannya perangsang untuk saya terus berjaya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian utama folio ini dihasilkan ialah untuk mengenali dan

memahami sejarah perkembangan Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia dengan

lebih mendalam.Oleh itu,saya telah berusaha untuk mendapatkan maklumat

tentang latar belakang Perayaan Tradisi Kaum Melayu.

Saya juga dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap Perayaan Tradisi

Kaum Melayu.Contohnya,saya telah melawati kawasan kajian untuk mendapat

pengalaman tentang Perayaan Tradisi Kaum Melayu .

Di samping itu,saya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama

Kaum Melayu di Malaysia.Secara tidak langsung,saya berharap dengan tugasan

kerja khusus yang diberikan ini, saya dapat mencapai objektif kajian.

KAEDAH KAJIAN
Bagi menyiapkan kerja khusus sejarah tingkatan dua,saya telah menggunakan

kaedah temubual ,rujukan Internet dan melawat kawasan kajian untuk

mendapatkan maklumat tentang Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.Saya telah

menemubual orang sumber iaitu kedua ibu bapa saya yang bernama Mohd Shariff

bin Hj Omar dan Barinah bt Md Nor.Saya juga telah merujuk Internet seperti

laman web Google dan Wikipedia.Selain itu,saya juga telah melawat kawasan

kajian bagi memahami Perayaan Kaum Melayu dengan lebih jelas.

TEMURAMAH
BERSAMA AYAH……

-masa: 3:30p.m.

-tarikh: 20/7/2010

-nama: Mohd Shariff bin Haji Omar,

-umur: 63 tahun,

-alamat: No 1,jln SHB 1,Taman Subang Heights,47500 Subang Jaya

-hubungan: Bapa kandung

SAYA: Ayah,bolehkah ayah meluangkan masa bersama saya sebentar?

AYAH: Sudah tentu boleh.kenapa adik bertanya, boleh apa-apa ayah tolong?

SAYA:Ada sikit maklumat yang saya belum ketahui tentang Perayaan Kaum

Tradisi di Malaysia.Bolehkah ayah terangkan tentang Perayaan Kaum

Melayu iaitu Hari Raya Korban?

AYAH:Ohhhh..Hari Raya Korban disambut pada pagi 10 Zulhijjah hingga 13

Zulhijjah.Selain itu,Hari Raya Korban digelar juga sebagai Hari Raya

Aidiladha.

SAYA:Apakah yang dilakukan pada hari tersebut ayah?

AYAH:Pada hari tersebut,Umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat

Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama

diikuti 5 takbir pada rakaat yang kedua.Selepas itu,mereka akan

melakukan ibadat korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi


Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran Nabi Ismail

dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

SAYA:Urmmm..sekarang baru saya faham akan aktiviti pada Hari Raya

Korban.Terima kasih ayah kerana sudi membantu saya.

AYAH:Sama-sama.

Temuramah
BERSAMA IBU…….

-masa: 3:45p.m.

-tarikh: 20/7/2010

-nama: Barinah binti Md Nor

-umur: 57 tahun

-alamat: No 1,jln SHB 1,Taman Subang Heights,47500,Subang Jaya.

-hubungan: Ibu kandung

SAYA:Ibu,bolehkah ibu meluangkan masa bersama saya sebentar?

IBU :Sudah tentu boleh.kenapa adik,ada masalah ke yang boleh ibu tolong?

SAYA :Ada beberapa maklumat yang saya belum ketahui tentang Hari Raya

Korban?

IBU :Ohhh.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah,

bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan

tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya

Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa

di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

SAYA:Umm.bolehkah saya tahu apakah maksud Korban?

IBU : Dari segi bahasa, Korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia

bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah

kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.


SAYA:Ohhh..baru saya faham.Terima kasih ibu atas bantuan yang ibu berikan.

IBU :Sama-sama,adik.
RUJUKAN
ORANG SUMBER

-MOHD SHARIFF BIN HJ OMAR,63 TAHUN

NO 1,JLN SHB 1,TAMAN SUBANG HEIGHTS,

47500 SUBANG JAYA.

-BARINAH BT MD NOR,57 TAHUN

NO 1 ,JLN SHB1,TAMAN SUBANG HEIGHTS,

47500 SUBANG JAYA.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

-296, MUKIM 5,BUKIT INDERA MUDA ,

14400 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

INTERNET

-Hari Raya Korban, http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

-Aidiladha, http://en.wikipedia.org/wiki/Eid_al-Adha

tempat kajian
Saya telah melawat kawasan kajian iaitu rumah kepada mak cik saya :-

-masa: 10.35 a.m.

-tarikh: 27/11/2009

-alamat: 296,Mukim 5,Bukit Indera Muda,14400 Bukit Mertajam,Pulau Pinang

Kandungan
-Tajuk

-Penghargaan
-Objektif Kajian

-Kaedah Kajian

-Hasil Kajian

1.0 Perayaan Tradisi

>1.1 Nama Perayaan/Nama Lain

>1.2 Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

>1.3 Tarikh/Tempoh masa yang dirayakan

>1.4 Tujuan Perayaan

2.0 Latar Belakang

>2.1 Sejarah/Asal usul perayaan

>2.2 Upacara Khusus dalam perayaan

>2.3 Individu yang mengetuai upacara khusus

>2.4 Tempat Khusus sambutan dijalankan

3.0 Persiapan Sambutan Perayaan

>3.1 Sebelum Perayaan

>3.2 Semasa Perayaan

>3.3 Selepas Perayaan

>3.4 Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

4.0 Kesan Perayaan

>4.1 Kekeluargaaan

>4.2 Perpaduan

>4.3 Pelancongan
>4.4 Keagamaan/Kepercayaan

-Rumusan

-Lampiran

-Rujukan

1.0 PERAYAAN TRADISI


1.1 NAMA PERAYAAN / NAMA LAIN

Nama Hari Raya Aidiladha berasal daripada Bahasa Arab iaitu Eid-Ul-

Adha.Nama lain bagi Hari Raya Aidiladha ialah Hari Raya Korban, atau

Hari Raya Haji.Ia juga dinamakan “Festival of Sacrifice” atau “Greater

Eid”.

1.2 PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT


Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh umat Islam di

seluruh dunia.Di Malaysia,kaum utama yang menyambut perayaan Aidiladha ialah

kaum Melayu yang beragama Islam.

1.3 TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN


Tarikh atau tempoh masa perayaan ini pada hari ke sepuluh,sebelas,dua

belas,dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.Bermula dengan Takbir

Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,diikuti dengan Solat Sunat Aidiladha

serta Khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,sambutan diikuti dengan

ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10,11,12,atau siang 13

Zulhijjah.

1.4 TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini diadakan adalah untuk Umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran

anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

2.0 latar belakang


2.1 SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasullulah berhijrah ke

Madinah .Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh Bangsa

Arab pada masa itu.Apabila Rasullulah bertanya kepada mereka apakah

dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang

mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun

daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasullulah menyatakan kepada orang

Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu

raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban

atau Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Hari Raya

Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia

adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan

agama,maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidiladha

disambut sebagai memperingati pergorbanan Nabi Ibrahim menyembelih

anaknya,Nabi Ismail.Selain itu,Hari Raya Korban jatuh pada 10 Zulhijjah,

iaitu dalam sejarah Islam dimana Nabi Adam dan isterinya Hawa

dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di

Padang Arafah,di luar Bandar Mekah.Dari segi bahasa,korban bermaksud

dekat,manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama

atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
2.2 UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan,maka cara menyambut

hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini

seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai


tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin

Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang

baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-

hati akan mati, iaitu Hari Kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke

masjid menunaikan solat sunat Aidiladha dan seterusnya menghidupkan ukhwah

dengan kunjung mengunjungi di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Selain

itu,mereka juga melakukan Upacara Korban.Lembu,kambing,dan biri-biri yang

dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum

dibahagi-bahagikan kepada orang ramai khususnya golongan fakir miskin.Perlu

diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau

melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam

menlarang umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti

boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal.Pada zaman

Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,

kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat

menyambut hari raya.”Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai

saudaraku?” Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”Rasulullah

kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,agar sesiapa yang mempunyai

baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang

sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah

tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan
mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan

dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya

selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana

masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu

disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan

hari raya seperti kita.Pada kebiasaanya Solat Sunat Aidiladha dicepatkan sedikit

bebanding Solat Sunat Aidilfitri.Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu Solat Sunat

Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan

korban.Hikmah dilewatkan sedikit Solat Sunat Aidilfitri pula adalah bagi

membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan

kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke

masjid.Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya

makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

2.3 INDIVIDU YANG MENGETAHUI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mngetuai upacara solat hari raya ialah Imam.Di

rumah,individu yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang

lebih tua.
2.4 TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Korban dijalankan di masjid pada waktu pagi,bagi

upacara korban.Mereka juga menyambut hari raya ini di rumah saudara mara

yang berdekatan.Selain itu,kubur adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi

Umat Islam akan menziarahi keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.
3.0 persiapan sambutan perayaan

3.1 SEBELUM PERAYAAN


Pada malam 10 Zulhijjah ,Takbir Aidiladha akan berkumandang di masjid

menandakan Hari Raya Korban sudah tiba. Takbir Aidiladha di laungkan sebagai

tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

3.2 SEMASA PERAYAAN

Pada hari raya,orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling

cantik,paling bersih,dan juga mengenakan wangi-wangian.Pada pagi Hari

Raya Korban,Umat Islam akan mengerjakan Sembahyang Sunat Hari Raya


Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti

dengan 5 takbir pada rakaat kedua.Selepas sembahyang,upacara korban

akan dimulakan.Lembu,kambing,dan biri-biri yang akan dikorbankan akan

disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi –

bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

3.3 SELEPAS PERAYAAN

Selepas itu,Umat Islam akan melawati perkuburan orang yang

disayangi.Semua orang akan memakai pakaian yang baru dan selepas

itu,yang muda akan memohon kemaafan daripada orang yang lebih tua.

Kemudian,semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan

sebelum ziarah menziarahi sesama mereka.


3.4 PERATUAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN

Antara pantang-larang yang haram dilakukan ialah berpuasa pada hari

tersebut.Seperti hari raya aidilfitri,kita sebagai umat islam juga dilarang

berpuasa pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban.Selain itu,daging

lembu,kambing,atau biri-biri yang dikorbankan haram diberikan kepada

orang yang bukan Islam.Umat Islam haruslah memberikan kepada golongan


fakir miskin yang beragama Islam.Seterusnya,tulang daripada hasil korban

tersebut hendaklah ditanam di dalam tanah.Umat Islam dilarang membuang

tulang daging tersebut ke dalam tong sampah atau ke tempat lain.Isi daging

tersebut juga haruslah dihabiskan sehingga tinggal tulangnya sahaja.Di

samping itu,kenduri korban juga dapat dijalankan di rumah seseorang itu

atas kehendak dirinya sendiri. Golongan bukan Islam dilarang datang ke

kenduri korban yang diadakan.

4.0 kesan perayaan


4.1 KEKELUARGAAN

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim

sesame keluarga.Hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat.

Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa

hari raya biasanyas anak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-
sama meraihkan hari yang istimewa ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir

di hati masing-masing.

4.2 PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua

kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan

masing-masing.Di hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung

mengunjugi menjadi amalan rutin.Perayaan disambut bersama,kemeriahan


dikongsi bersama. Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum

terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

4.3 PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung

kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini

kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia
ini.Secara tidak langsung menyumbang sumber pelaburan yang hebat kepada

Institusi Pelancongan Negara.

4.4 KEAGAMAAN/KEPERCAYAAN

Kesan perayaan terhadap agama,sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan

hari istimewa iaitu menyambut Hari Raya Aidiladha bagi memperingati


pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam

melaksankan perintah Allah S.W.T.

You might also like