You are on page 1of 4

PENGENALAN

Kelab Ragbi SK Setia Alam telah ditubuhkan pada tahun 2014. Beberapa
pencapaian yang boleh dibanggakan sejak penubuhan kelab ini ialah
mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan MSSD Daerah Petaling Perdana
pada 2015. Manakala pada tahun 2016 pula mendapat Johan dalam
MSSD Petaling Perdana. Seorang daripada pemain SK Setia Alam terpilih
untuk mewakili Selangor dalam MSSM 2016. Kelab Ragbi Setia Alam telah
mendaftar untuk menyertai beberapa pertandingan di sekitar lembah
klang. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pemain
serta mendapat ilmu baru dalam dunia ragbi. Antara kejohanan yang
akan disertai oleh pasukan ragbi ialah:

1. Kejohanan R10 Tiger Rugby 7s.


2. Kejohanan Salbros Ragbi Karnival.
3. Kejohanan Ragbi Proton City 7.

OBJEKTIF

Kejohanan ini berharap dapat:

Memberikan pendedahan kepada peserta dalam sukan ragbi.


Memberi peluang kepada murid-murid mengetengahkan bakat
mereka dan mencuba untuk mewakili daerah Petaling Perdana.
Menginterpretasikan pengalaman mereka supaya dapat
membina keyakinan diri dan berani untuk menceburkan diri
dalam arena sukan.
Memberi ruang kepada murid-murid menceburkan diri dalam
sukan sejajar dengan konsep 1 murid 1 sukan.
Menambah ilmu pengetahuan untuk diapliksaikan dalam
kehidupan seharian.

1
MATLAMAT

Matlamat utama untuk menyertai kejohanan ini adalah untuk membentuk


dan meningkatkan kemahiran serta keupayaan pemain untuk mewakili
sekolah dalam kejohanan yang disertai. Di samping itu, pemain pelapis
juga akan dapat dicungkil untuk diketengahkan ke peringkat daerah dan
kebangsaan.

FAEDAH PROGRAM.

Pelaksanaan program ini dijangka akan memberikan faedah jangka


panjang dan jangka pendek kepada pihak sekolah. Di antarannya ialah
seperti berikut:

Memartabatkan SK Setia Alam sebagai salah sebuah sekolah yang


cemerlang dalam sukan ragbi.
Melahirkan pemain berkualiti bagi mewakili sekolah, daerah, negeri
dan negara.
Mewujudkan satu pengurusan yang cekap, terancang serta
berkemahiran dalam membangungkan prestasi sukan dan
organisasi.

KUMPULAN SASARAN

Sebanyak 2 kumpulan akan menyertai pertandingan tersebut iaitu


pasukan bawah 12 tahun dan pasukan bawah 11 tahun. Setiap pasukan
mempunyai seramai 12 orang pemain.

2
ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

1. Kejohanan R10 Tiger Rugby 7s.


Tempat : SK Wangsa Maju
Tarikh : 24 Julai 2016
Penyertaan: Kategori U12 dan U11.
Jumlah Murid : 24 orang.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 PENDAFTARAN RM150 x 2 team RM 300.00
2 MAKAN DAN MINUM RM10.00 X 24 murid RM 240.00
3 Pengangkutan RM 250.00 RM 250.00
4
JUMLAH RM 790.00

2. Kejohanan Salbros Ragbi Karnival


Tempat : UPM Serdang
Tarikh : 17 & 18 September 2016
Penyertaan: Kategori U12 dan U11.
Jumlah Murid : 24 orang.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 PENDAFTARAN RM150 x 2 team RM 300.00
2 MAKAN DAN MINUM RM10.00 X 24 murid x 2 hari RM 480.00
3 Pengangkutan RM 500.00 RM 500.00
4
JUMLAH RM 1280.00

3
3. Kejohanan Ragbi Proton City 7.
Tempat : SK Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Tarikh : 24 & 25 September 2016
Penyertaan: Kategori U11.
Jumlah Murid : 12 orang.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 PENDAFTARAN RM150 RM 150.00
2 MAKAN DAN MINUM RM15.00 X 12 murid x 2 hari RM 360.00
3 Pengangkutan RM 500.00 RM 500.00
4 Homestay RM 250.00 RM 250.00
JUMLAH RM 1260.00

Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk menyertai kejohanan tersebut


ialah sebanyak RM 3330.00.

PENUTUP

Penyertaan Kelab Ragbi dalam setiap kejohanan ini adalah untuk


memastikan setiap pemain dapat menunjukkan kebolehan dan bakat
mereka dalam sukan ragbi. Selain itu juga, dapat menaikkan nama SK
Setia Alam di peringkat negeri.

Disediakan Oleh,

...................................................................
(AHMAD DZIA-UL-HAQ BIN MOHD JAPERI)
PENGURUS KELAB RABGI
SK SETIA ALAM

You might also like