You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali, ingin saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana

dengan izin dan limpahnya, saya dapat menyempurnakan laporan penyelidikan

tindakan dengan penuh jayanya. Penghargaan pertama yang ingin saya tujukan

adalah untuk kedua-dua ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan moral

kepada saya dalam menghadapi setiap cabaran sepanjang tempoh melaksanakan

penyellidikan ini. Tanpa mereka, sudah pasti saya telah berputus asa pada awalnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ingin saya ucapkan

khusus kepada pensyarah penyelia dan pensyarah pembimbing saya iaitu Dr.

Sivarajan A/L Ponniah dan Dr. Punnitha Muniandy kerana telah banyak memberi

bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses pelaksanaan penyelidikan

tindakan ini. Tunjuk ajar dan semangat yang diberikan tidak pernah mengenal erti

penat.

Selain itu, ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan

seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyumbangkan idea-idea.

Pandangan serta ilmu-ilmu yang dikongsi banyak membantu saya.

You might also like