You are on page 1of 1

4.

0 Justifikasi

Corak yang saya pilih adalah sebuah corak yang sangat menarik iaitu corak seekor ikan. Corak ikan ini
sangat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.Pertamanya kita lihat kepada kos corak lama dan
juga kos corak baru. Corak lama berharga RM 24.90sen dan jumlah marmar yang digunakan adalah
sebanyak 27 marmar. Seterusnya adalah kos corak baru adalah RM 24.30sen dan jumlah marmar
yang digunakan adalah sebanyak 32.Dalam corak lama telah menggunakan marmar yang sedikit
dengan harga yang lebih. Tetapi dalam corak baru telah menggunakan marmar yang banyak dengan
harga yang murah. Perbezaan kos corak adalah sebanyak RM0.60 sen.

Corak ikan ini ada berkaitan dengan subjek matematik. Dengan corak ini murid-murid boleh mengira
luas sebuah ikan menggunakan marmar yang berbeza.Di samping itu dengan sukatan pelajaran KSSR
kita dapat boleh mengaitkan matematik dengan sains dengan corak ini. Murid-murid akan senang
mengingati pengiraan luas kerana ianya berwarna warni. Maka mereka senang untuk ingat untuk
jangka masa yang panjang. Murid-murid juga akan mengetahui tentang hidupan laut dan maka
wujudlah hubungan antara matematik dan juga sains. Dengan ini kita dapat melahirkan pelajar yang
berasaskan kssr iaitu inovatif dan juga kreatif.

Selain itu, corak ini juga ada berkaitan dengan kehidupan harian. Sebagai contohnya murid akan
melihat ikan seperti makanan tetapi mereka tidak pernah membuat pengiraan dengan
munggunakan corak seperti ini. Dengan corak marmar ini mereka akan senang untuk mempelajari
luas setiap bahagian ikan tersebut.Mereka boleh mengaplikasikan dalam kehidupan
mereka.Contohnya semasa mereka makan sebuah ikan maka mereka akan mahir membahagikan
ikan tersebut kepada semua ahli keluarga.

Di samping itu, corak seperti ini mesti menjadi kegemaran kepada semua murid kerana ianya
berwarna-warni dengan abstrak. Jika berwarna warni pasti murid-murid sekolah rendah akan suka
dan selalu melihatnya. Melalui pengamatan ini mereka dapat belajar matematik dan juga sains.
Corak ini memberi kesan baik untuk dua subjek.

Oleh itu, corak ini amat memberikan kesan yang baik untuk murid-murid sekolah rendah. Maka
Cikgu Asron boleh menggukana corak ini kerana ianya memberi kesan untuk dua subjek yang
berlainan.

You might also like