You are on page 1of 31

1.0 Pengenalan.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w pada hari isnin bersamaan 12 Rabiul

Awal tahun ke 11 Hijrah.1 Saidina Abu Bakar r.a telah diberikan baiah dan dilantik

sebagai Khalifah Islam di rumah Bani Saadah. 2 Pada zaman pemerintahan Abu Bakar r.a

telah berlakunya gejala murtad. Namun gejala ini dapat ditangani oleh Abu Bakar r.a. 3

Kemudiannya pemerintahan islam seterusnya digantikan oleh Saidina Umar bin al-

Khatab r.a setelah kewafatan Saidina Abu Bakar r.a. Di bawah pemerintahan Umar r.a

telah banyak pembaharuan yang dilakukan. Antara pembaharuan yang dilakukan semasa

pemerintahan Saidina Umar r.a adalah dengan penciptaan kalendar Islam bagi

membezakan umat Islam dengan umat yang lain. 4 Selain itu, pembaharuan yang

dilakukan semasa pemerintahan Umar r.a adalah dengan mewujudkan Baitul Mal iaitu

satu buku daftar bagi menulis pemberian-pemberian penderma iaitu ad-Diwan.

Pemerintahan khalifah Islamiyah kemudiaannya diterajui oleh Saidina Uthman bin

Affan r.a setelah kewafatan Saidina Umar r.a. Perpecahan umat Islam telah berlaku

disebabkan fitnah dan salah faham antara tampuk kepimpinan ini menyebabkan

perpecahan dikalangan umat Islam menjadi lebih parah sehingga menyebabkan perang

saudara. Kemudiaanya setelah kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh akibat fitnah

yang dilemparkan terhadapnya, pemerintahan Khulafa ar-Rashidin diganti dengan

perlantikan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Selepas pembunuhan Saidina Uthman bin Affan

r.a, pemerintahan Islam mengalami kekosongan dan perpecahan yang jelas. Semasa

1
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm. 129
2
Ibid. Hlm. 135.
3
Ibid. Hlm. 157.
4
Ibid. Hlm. 175.

1
pemerintahan Saidina Ali telah berlaku siri pemberontakan, penentangan serta konflik

sehingga berlakunya perang saudara dalam kalangan umat Islam dan perpecahan.

Perpecahan umat Islam telah timbul sepanjang pemerintahan Khulafa ar-Rashidin

yang berpanjangan telah menyumbang kepada kerapuhan pemerintahan Islam pada ketika

itu sehingga membawa kepada pepecahan selepas sistem Khulafa ar-Rashidin. Penulisan

ini dilakukan bagi mengkaji samada Pemberontakan dan penentangan yang

dilakukan oleh Thalhah r.a, Zubair r.a, Aisyah r.a, Hussein r.a serta Abdullah r.a bin

Zubair terhadap pemerintahan khalifah Islam pada ketika itu merupakan punca utama

perpecahan umat Islam selepas era Khulafa ar-Rashidin ataupun sebaliknya. Pelbagai

faktor yang menyumbang kepada pepecahan umat islam selepas pemerintahan sistem

Khulafa ar-Rashidin.

1.1 Penegasan Soalan.

Pemberontakan dan pentangan yang dilakukan oleh Thalhah, Zubair, Saidatina

Aisyah r.a, Saidina Hussein r.a dan Abdullah bin Zubair r.a bukanlah merupakan punca

utama yang membawa kepada pepecahan umat Islam selepas dibawah pemerintahan

Khulafa ar-Rashidin. Hal ini kerana banyak permasalahan dan perselisihan yang telah

berlaku sejak era pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a dimana telah wujud

penentangan,fitnah serta isu-isu sensitif yang timbul terhadapnya sehingga membawa

kepada pembunuhan beliau.

2
Perkara ini dapat dilihat dengan wujudnya kelompok penyokong Abdullah bin Saba

dimana ia merupakan tunjang utama yang membawa kepada pepecahan umat Islam

dengan penyebaran fitnah dan pelbagai cerita rekaan sehingga terjadinya pembunuhan

Khalifah Uthman bin Affan r.a. Pepecahan umat islam semakin parah ketika dibawah

pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Rentetan pepecahan umat Islam ini telah

berlansung sehingga zaman-zaman selepas pemerintahan Khulafa ar- Rashidin.

1.2 Skop Kajian.

Skop kajian yang dijalankan dalam penulisan ini adalah mengkali serta menganalisis

punca serta permasalahan yang mengakibatkan perpecahan umat Islam ketika

pemerintahan Khulafa ar-Rashidin khususnya pada zaman pemerintahan Saidina Uthman

bin Affan r.a dan zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib r.a yang mana boleh

diklasifikasikan sebagai zaman perpecahan yang membawa kepada perpecahan umat

Islam.

2.0 Perwatakan Sadina Ali bin Abi Talib r.a

Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah menggantikan Saidina Uthman bin Affan r.a bagi

menerajui pemerintahan Islam pada ketika itu. Pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin abi

Talib telah berlansung selama hampir 5 tahun iaitu diantara tahun ke 35 Hijrah sehingga

tahun ke 40 Hijrah. Semasa pemerintahan Saidina Ali sebagai seorang Khalifah, segala

perkara yang berkaitan dengan politik tidak langsung menggugat tanggungjawab dan

kepekaannya terhadap tugas sebagai pemimpin dan pemerintah. Hal ini kerana pendirian

3
yang dipegang oleh Sadina Ali begitu menyamai Saidina Umar Al Khattab r.a iaitu

sebagai seorang yang tegas dalam segala urusan kebenaran, berjiwa rakyat, sentiasa

memberi nasihat, menyampaikan ajaran Rasulullah dan memberikan didikan Islam

kepada sesiapa sahaja yang diketemuinya.5

Saidina Ali merupakan seorang pemerintah merendah diri dan zuhud. Perkara ini

dapat dilihat melalui anaknya iaitu Hassan menceritakan bahawa:

Demi Allah, dia (Saidina Ali bin Abi Talib) tidak pernah menyimpan wang emas atau

perak. Dia cuma ada 7 atau 8 dirham sahaja dan itu pun telah diberikan kepada seorang

hamba perempuan.6

Perkara ini dikuatkan lagi dengan penceritaan oleh Hasan bin Soleh iaitu:

ramai yang bercerita tentang orang-orang yang zuhud di hadapan Umar bin Abdul

Aziz. Umar berkata: Manusia yang paling zuhud di dunia ialah Ali bin Abi Talib.7

Kehidupan Sadina Ali di rumah penuh dengan kekurangan. Manakala dari aspek

pemakaian yang dipakai oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a sebagai seorang khalifah juga

menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud. Ata Abu Muhammad

pernah berkata:

aku pernah melihat Ali memakai sehelai baju yang buruk dan usang (seolah-olah tidak

5
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm. 299.
6
Ibid. Hlm. 328.
7
Ibid. Hlm. 329.

4
dibasuh)8

Selain itu, Saidina Ali juga merupakan seorang benci kepada perselisihan. Hal ini

dapat dilihat melalui riwayat Bukhari iaitu:

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a bahawa belia berkata: Laksanakanlah

(perpaduan) seperti yang telah kamu lakukan. Sesungguhnya aku amat benci kepada

perselisihan. (Aku tidak akan masuk campur) sehinggalah semua orang bersatu-padu

atau aku mati seperti sahabat-sahabat yang mati(syahid).9

2.1 Latar Belakang Pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib r.a.

Pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib r.a hanyalah berlansung dalam jangka masa

yang singkat kerana beliau telah dibunuh pada 17 ramadhan tahun ke 40 Hijrah oleh

seorang golongan Khawarij bernama Abdul Rahman bin Muljam selepas solat subuh di

Masjid Kufah. Golongan Khawarij sebenarnya ialah askar-askar Saidina Ali yang pernah

berperang di pihakya dalam perang Siffin.10

8
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm. 322.
9
Ibid. Hlm. 322.
10
Golongan Khawarij merupakan golongan yang pertama sekali menginginkan peperangan Siffin diberhentikan ketika

berperang dengan tentera-tentera Syam setelah tentera-tentera Syam menjulang al-Quran sekaligus menjalankan

penghakiman. Namun mereka tidak menyalahkan diri mereka sepenuhnya bahkan meletakkan kesalahan ke atas

Khalifah kerana mempunyai hak mutlak samada untuk memberhentikan peperangan ataupun meneruskan peperangan.

Pandanagan ini kemudiannya melampaui batas agama dan mereka sering melaung-laungkan ungkapan la hakama illa

lillah iaitu tiada sesiapun yang layak membuat penghakiman dan pengadilan melainkan Allah.

5
Sepanjang pemerintahan dibawah Saidina Ali bin Abi Talib r.a, pelbagai masalah

yang telah timbul sejak zaman-zaman pemerintahan Khulafa Al Rasyidin sebelumnya

semakin parah dan menjadi-jadi. Musuh-musuh Islam pada ketika itu banyak mengambil

kesempatan diatas perkara buruk yang berlaku pada masa itu dengan memecah belahkan

perpaduan umat Islam yang pernah terbina semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. Perkara

ini diburukkan lagi dengan berlakunya 2 perang saudara sesama umat Islam yang

akhirnya menjadi satu kontroversi dalam pepecahan umat Islam. 2 perang saudara sesama

umat Islam yang dimaksudkan itu adalah perang Al- Jamal dan perang Siffin.

2.2 Justifikasi Soalan.

Dalam justifikasi soalan ini akan membincangkan mengenai faktor utama dan faktor-

faktor lain yang menyumbang kepada perpecahan umat islam. Pemberontakan dan

penentangan yang dilakukan oleh Thalhah r.a, Zubair r.a, Aisyah r.a, Hussein r.a serta

Abdullah r.a bin Zubair terhadap pemerintahan Khalifah Islam pada ketika itu merupakan

bukan punca utama perpecahan umat Islam. Sebaliknya ia bermula dengan pepecahan

akibat tomahan-tomahan yang dilemparkan semasa zaman pemerintahan Saidina Uthman

r.a

3.0 Isu-Isu Sensitif Serta Fitnah semasa Zaman Pemerintahan Saidina Uthman bin Affan

r.a.

6
3.1 Penuduhan Mengabaikan Hudud.

Isu-Isu yang ditimbulkan semasa zaman pemeintahan Saidina Uthman bin Affan r.a.

merupakan punca utama yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat islam

yang pada ketika itu musuh-musuh Islam sentiasa mecari ruang dan peluang

menghancurkan Islam.

Antara isu-isu yang ditimbulkan semasa zaman pemerinthan Saidina Uthman r.a

adalah dengan penuduhan bahawa beliau mengabaikan pelaksanaan hukum hudud.

Perkara ini merupakan perkara pertama yang perlu diatasi oleh Saidina Uthman setelah

baharu sahaja diangkat menjadi Khalifah. Hal ini dapat dilihat dengan kelakuan anak

Saidina Umar al- Faruqh iaitu Ubaidullah bin Umar yang tidak dapat menahan

kemarahan bapanya dibunuh.11 Kemarahan Ubaidullah semakin membuak-buak apabila

mendengar keterangan Abdul Rahman bin Abu Bakar yang memberi tahu malam sebelum

bapanya dibunuh dia terserempak dengan Hurmuzan, Abu Luluah dan Jufainah sedang

berbisik disesuatu tempat dan terdapat khanjar yang digunakan untuk membunuh Saidina

Umar yang terjatuh akibat kegugupan mereka kerana takut perancangan yang

direncanakan oleh mereka diketahui.12 Beliau telah menuntut bela atas kematian bapanya

dengan membunuh 3 orang yang mana dianggap terlibat dalam pembunuhan bapanya.

Antaranya adalah anak bongsu perempuan Abu Luluah, Hurmuzan dan Jufainah. 13

Seharusnya Abaidullah mengemukakan permasalahan ini kemuka pengadilan yang


11
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm. 201.
12
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Hlm. 61.
13
Muahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm 201.

7
sepatutnya iaitu kepada Khalifah Uthman untuk menghakimi pembunuh bapanya dan

bukannya melakukan perbuatan secara terburu-buru dengan mengambil keputusan

sendiri.

Setelah Ubaidullah ditangkap, beliau tidak dapat mengemukakan bukti bahawa

Hurmuzan terlibat dalam pembunuhan bapanya. Maka, dia diwajibkan membayar diyat

dan diserahkan kepada al- Kamazaban bin Hurmuzan untuk melaksanakan qisas

hukuman bunuh secara lebih baik ataupun aula kerana dia telah membunuh bapanya

iaitu Hurmuzan. Namun, al- Kamazaban telah memaafkan Ubaidullah. Ubaidullah

terlepas daripada pelaksanaan hukum qisas dan menjalani kehidupan seperti biasa.14

Melalui faktor inilah para musuh islam menganggap bahawa Saidina Uthman r.a telah

mengabaikan hukum hudud dengan membiarkan Ubaidullah bin Umar untuk terlepas

daripada hukuman mati kerana Saidina Umar r.a merupakan sahabatnya walhal perkara

sebenar adalah disebaliknya.

3.2 Tuduhan Khalifah Uthman Mengamalkan Nepotisme Dalam Melantik Pegawai

Kerajaan dan Tidak Mementingkan Latar Belakang Terdahulu.

Tuduhan yang dilemparkan keatas Saidina Uthman r.a yang mengamalkan nepotisme

ataupun melantik pegawai dan kaum keluarga merupakan asbab ataupun punca yang

menyumbang kepada perpecahan umat Islam. Perkara ini disebabkan Khalifah Uthman

telah mengugurkan para pegawai yang betugas semasa pemerintahan Saidina Umar r.a

setelah setahun menjawat jawatan khalifah dan melantik pegawai dalam kalangan kaum
14
Ibid. Hlm. 204.

8
keluarganya.

Perkara ini dapat dilihat dengan perlantikan Muawiyah sebagai gabenor di Syam.

Perlantikan keatas Muawiyah sebagai gabenor di Syam dilakukan setelah abangnya iaitu

Yazid bin Abi Sufyan meninggal. Sebenarnya perlantikan yang dilakukan oleh Khalifah

Uthman kepada Muawiyah bin Abu Sufyan adalah berdasarkan kebolehan yang terdapat

pada dirinya dan bukannya diatas dasar kekeluargaan.15 Kebolehan Muawiyah dapat

digambarkan apabila beliau pernah ditugaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai

pencatat dan setiausaha baginda. Melalui aspek inilah para penentang islam mengambil

kesempatan dengan menyebarkan fitnah keatas pemerintahan Saidina Uthman r.a yang

kononnya menagamalkan nepotisme.

Selain itu, perlantikan Walid bin Uqbah sebagai penguasa di Kufah juga

menimbulkan masalah serta masalah kepada pemerintahan Saidina Uthman r.a. Hal ini

kerana Walid merupakan seorang pemabuk dan kaki botol. Perlantikkan Walid ini mula

dipersoalkan oleh kalangan umat Islam. Tambahan pula, Saidina Uthman dikaitkan

mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Walid bin Uqbah di keturunan sebelah ibu.

Walhal perwatakkan Walid jelas sekali berbeza dengan fitnah yang dilemparkan

keatasnya. Perkara ini dikuatkan lagi pada tahun ke 12 Hijrah iaitu ketika berlakunya

peperangan al-Mazar dimana Walid bin Uqbah diamanahkan satu tugasan yang penting

antara Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalid al-Walid r.a. Ini termasuk menjadi pemegang

amanah rahsia perang dan membawa pulang harta rampasan 1/5 kepada Khalifah di ibu

15
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 75.

9
negara.16 Ia juga dikukuhkan lagi dalam tahun ke 13 Hijrah dimana Walid bin Uqbah

diberikan kepercayaan sebagai ketua pemungut hasil cukai kawasan Qudhaah. 17

Persoalan yang timbul dalam perkara ini adalah bagaimanakah seorang yang dikatakan

fasiq mendapat kepercayaan memegang tugasan-tugasan penting pada zaman

pemerintahan Khulafa ar-Rashidin sebelum Khalifah Uthman. Fitnah serta tomahan yang

dilemparkan kepadanya jelas sekali merupakan satu penuduhan yang tidak berasas.

Melalui fitnah inilah dimana bermulanya perpecahan umat Islam mulai kelihatan.

Masing-masing menyalahkan Khalifah Saidina Uthman r.a mengamalkan dasar

nepotisme dengan melantik ahli keluarganya untuk menjawat jawatan walhal ia tidak

seperti yang dikatakan.

Seterusnya penyebaran fitnah yang dilemparkan keatas Khalifah Saidina Uthman r.a

juga dapat dilihat melalui Marwan bin al-Hakam r.a. Marwan dikatakan mempunyai

perwatakkan yang buruk sebagai seorang yang fasiq dan jahat. Malahan beliau dikatakan

sering mendapat tempat istimewa dengan Khalifah Uthman bin Affan r.a disebabkan

pertalian kekeluargaan. Penyebaran fitnah yang dilakukan ini adalah untuk

memecahbelahkan perpaduan umat Islam yang telah teguh berdiri sekian lama.

Pertuduhan yang dilemparkan kepada Marwan bin al-Hakam jelas tidak berasas. Tujuan

penyebaran fitnah ini adalah bagi menarik perhatian ramai mengenai kelemahan

pemerintahan Saidina Uthman r.a yang mana beliau dianggap tidak mengambil kisah

mengenai peribadi serta keimanan seseorang pegawai yang dipilih dan hanyalah

berlandaskan pertalian kekeluargaan sahaja.

16
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 77.
17
Ibid. Hlm. 77.

10
3.3 Isu Saidina Uthman r.a Yang Bersikap Cuai Sehingga Menyebabkan Kehilangan

Cincin Amanah Rasulullah s.a.w.

Isu kehilangan cincin amanah telah timbul semasa pemerintahan Saidina Uthman r.a

yang mengakibatkan masyarakat islam pada ketika itu menyalahkan Saidina Uthman

kerana berlaku cuai terhadap sesuatu yang berharga. Perkara ini telah beraku semasa

beliau turut serta dalam proses menggali perigi bagi bekalan kepada penduduk kawasan

Aris.18 Ketika itu beliau sedap mengusap-usap cincin dan dengan kehendak Allah cincin

berkenaan telah jatuh kedalam perigi yang digali itu.Cincin amanah yang dihilangkan

oleh Saidina Uthman r.a merupakan barangan amanah yang pernah digunakan oleh Nabi

Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar al- Khattab. Cincin ini

merupakan satu aset kerajaan yang amat penting dimana ia digunakan dalam pelbagai

urusan kerajaan sebagai cop mohor pada ketika itu semenjak zaman Nabi Muhammad

s.a.w dan sentiasa berada dijari baginda.

Saidina Uthman r.a telah berusaha bersungguh-sungguh mencari cincin itu kembali

sehingga perigi yang digalinya itu terpaksa dikeringkan disamping menawarkan ganjaran

bagi sesiapa yang menemui cincin itu. Namun, cincin amanah itu tidak juga diketemui

dan beliau terpaksa menggantikan replika cincin perak yang sama dengan cincin amanah

yang telah hilang itu.19 Melalui isu inilah musuh-musuh Islam telah memperbesarkan dan
18
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 73.
19
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 73.

11
mengeruhkan keadaan dengan menuduh bahawa Saidina Uthman r.a merupakan seorang

yang cuai dan menarik perhatian umat Islam mengenai keburukkan yang terdapat pada

Saidina Uthman r.a.

3.4 Khalifah Uthman r.a Melakukan Perkara Bidah iaitu Membakar Mushaf al-

Quran Setelah Mengumpulnya.

Saidina Uthman telah mempergiatkan lagi pengumpulan mushaf Al-Quran yang

telah berlansung semenjak zaman pemerintahan Nabi Muhammad dan pemimpin

Khulafa ar-Rashidin terdahulu. Kebanyakkan ayat-ayat Al-Quran dahulunya ditulis

dimerata-rata seperti di tulang, kulit kayu, pelepah tamar dan sebagainya.20 Perkara ini

dilakukan kerana bimbang akan perselisihan faham yang berkemungkinan berlaku

diantara tokoh-tokoh Al-Quran sehingga merosakkan agama Islam itu sendiri. Namun,

isu yang timbul adalah tindakan Saidina Uthman r.a yang membakar mushaf-mushaf Al-

Quran. Tindakan Saidina Uthman r.a adalah merupakan tindakan susulan setelah

Huzaifah r.a menghadap Saidina Uthman untuk mengambil inisiatif bagi mengelakkan

perselisihan faham mengenai Al-Quran dalam kalangan umat Islam.21 Saidina Uthman

r.a telah meminta mashaf asal yang lengkap yang terdapat dalam simpanan Hafsah binti

Umar al Khattab r.a untuk dijadikan panduan.22 Khalifah Uthman telah mengarahkan Zaid

bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-As, dan Abdul Rahman bin Harith bin

Hisyam supaya menulis semula dalam bentuk mushaf yang asal dalam bentuk dan lidah

Quraisy kerana Al-Quran diturunkan dalam bentuk lidah Quraisy bagi mengelakkan
20
Ibid. Hlm. 68.
21
Ibid. Hlm. 69.
22
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 69.

12
pecanggahan antara mereka. Kemudiaanya diagih-agihkan kepada daerah-daerah utama

dan mushaf-mushaf lain hendaklah dihapuskan.

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat Islam

kerana menganggap Saidina Uthman r.a melakukan penghapusan ini berlandaskan hawa

nafsu. Namun tanggapan yang dilemparkan olehnya adalah tidak benar semata-mata.

Perkara ini dibuktikan apabila Saidina Uthman meminta persetujuan serta pendapat

dalam kalangan para sahabat khasnya Saidina Ali r.a. Sebab musabab inilah yang

mengakibatkan bibit-bibit kerapuhan kerajaan umat Islam mulai tersemai walhal segala

tanggapan buruk mengenai Saidina Uthman adalah tidak benar.

3.5 Tuduhan Khalifah Uthman r.a bertindak kejam.

Pertuduhan Khalifah Uthman r.a bertindak kejam ini dapat dilihat melalui Abu al-

Darda. Abu al-Darda merupakan seorang sahabat Nabi yang masyhur dengan sifat warak

dan zuhudnya yang tinggi.23 Beliau merupakan seorang kadi di Syam yang pada ketika itu

Muawiyah bin Abi Sufyan merupakan gabenor bagi Syam. Telah berlakunya perselisihan

faham antara Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu al-Dardar dalam pentadbiran di Syam

dimana Abu al-Darda cuba mengimpletasikan cara kehidupan zuhudnya seperti Saidina

Umar al-Khattab r.a dalam kehidupan masyarakat setempat yang mana mereka tidak

mampu mencapainya. Berbeza pula dengan Muawiyah bin Abi Sufyan yang mengikuti

perkembangan masyarakat setempat. Perselisihan ini telah menimbulkan kekacauan

dalam pentadbiran di Syam akibat pengkritikan masing-masing. Bagi mengelakkan


23
Ibid. Hlm. 65.

13
perkara ini terus melarat dan menjadi lebih parah, Saidina Uthman r.a telah memecat Abu

al-Darda. Perkara ini telah mengakibatkan tanggapan buruk serta fitnah keatas Khalifah

Saidina Uthman r.a yang mana beliau dianggap kejam dengan menggunakan kuasanya

menyingkirkan sahabat Nabi s.a.w walhal ianya dilakukan bagi mengelakkan perkara

menjadi lebih parah.

Disamping itu, pertuduhan Khalifah Saidina Uthman sebagai seorang yang kejam

juga dapat dilihat melalui tindakannya yang membuang daerah ke atas seorang sahabat

Nabi s.a.w iaitu Abu Zar al-Ghifari. Hukuman ini dilakukan kerana tindakan Abu Zar al-

Ghifari yang mengkritik cara pelaksanaan pegawai kerajaan dalam membelanjakan harta

termasuklah Muawiyah bin Abi Sufyan.24 Beliau merupakan seorang yang tegas kepada

pendiriannya dan berpegang teguh dalam menyatakan perkara yang hak. Beliau

beranggapan bahawa harta awam adalah hak kaum muslimin. Beliau sering berhujah

dalam mengkritik para pegawai pemerintahan Saidina Uthman r.a dengan firman Allah

iaitu:

dan orang-orang yang mengumpul emas dan perak, dan tidak membeanjakannya di

jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka akan azab yang pedih.25

Hal ini adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan yang

membelanjakan sejumlah modal yang besar bagi memenuhi tuntunan pembangunan

masyarakat tempatan di sekitar Syam. Permasalahan inilah yang memberi ruang kepada

musuh-musuh Islam untuk mengeksploitasi politik serta hubungan antara umat Islam

24
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 70.
25
Ibid. Hlm. 70.

14
menjerumus kearah kehancuran.

3.6 Isu Bertindak Menyalahi al-Sunnah iaitu Tidak Qasar Sembahyang Ketika

Musafir.

Isu ini telah terjadi pada tahun ke 29 Hijrah bertempat di Mina.26 Sedangkan Saidina

Uthman r.a telah memberi alasan yang dikira sebagai sesuatu munasabah serta meminta

maaf atas kekeliruan yang terjadi atas tindakannya itu. Tindakan Saidina Uthman r.a telah

ditegur oleh para sahabat. Antara yang telah menegur perbuatan Saidina Uthman yang

tidak Qasar sembahyangnya adalah Abdul Rahman bin Auf r.a. Hal ini ditegur kerana

bimbang ia akan menyesatkan umat Islam yang jahil dan terikut-ikut dengan

perbuatannya. Saidina Uthman r.a telah memberikan alasan atas perbuatannya itu. Dan

perkara ini dicatat oleh al-Tabari.

... Khalifah Uthman r.a menambah alasan mengapa ia terus sembahyang secara

genap tanpa qasar apabila singgah di Mina ketika dalam perjalanan Haji: (I) aku

berkeluarga(beristeri dengan orang tempatan Makkah). (II) Aku memiliki banyak harta

(tanah perkampungan) di kawasan Taif. Atas dasar itu aku termasuk sebagai orang

bermuqim dan bukan musafir27

Alasan yang diberikan oleh Saidina Uthman r.a tidak dapat diterima oleh Abdul

Rahman bin Auf r.a yang berkeras dengan pendiriannya itu. Perkara ini telah berlansung

sehingga berlakunya kritik mengkritik. Sebenarnya perkara yang diakukan oleh Saidina
26
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 66.
27
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 66.

15
Uthman r.a bukanlah satu perbuatan yang dikira sebagai sesuatu tindakan yang melulu.

Khalifah Uthman r.a tidak melakukannya secara bersendirian dan mendapat persetujuan

antara sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. Contohnya Khalifah Uthman r.a telah

menjemput sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w dan beberapa wakil penentang bagi

membincangkan isu ini. Menurut al-Tabari:

Uthman berkata: orang-orang itu mendakwa ia (Khalifah Uthman r.a ) telah

sembahyang tunai (tidak qasar) dalam perjalanan musafir, sedangkan ia tidak

sepatutnya ditunaikan. Apakah tidak, aku ini sebenarnya pulang ke kampung dimana

terdapat keluargaku (anak dan Isteri) dan harta milikku. Maka sebab itulah aku

tunai/tidak qasarkan sembahyangku. Apakah tidak begitu ? Mereka semua (termasuk

para sahabat Nabi) menjawab: Demi Allah, Yalah!.28

Walaupun perkara ini telah dibawa kepada perbincangan dan telah menemui

penyelesaiaan dan persetujuan dalam kalangan para sahabat Nabi s.a.w. Namun isu ini

tetap diperbesarkan kerana ingin memporak perandakan kesatuan umat Islam tambahan

lagi ia dilakukan oleh Saidina Uthman r.a itu sendiri sebagai Khalifah ketika itu. Padahal

Nabi s.a.w sendiri ketika dalam perjalanan ada mengqasarkan sembahyangnya dan ada

juga menyempurnakannya.29

4.0 Perpecahan Dalam Pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib r.a.

28
Ibid. Hlm. 67.
29
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 67.

16
Bibit-bibit perpecahan yang telah timbul semenjak zaman pemerintahan Khulafa ar-

Rashidin telah menjadi semakin parah dalam pemerintahan Saidina Ali r.a akibat

pembunuhan Saidina Uthman bin Affan r.a dan hanya memerintah dalam jangka masa

yang singkat iaitu hampir 5 tahun sahaja.30 Pada masa itu, Sadina Ali r.a terpaksa

menghadapi 2 golongan musuh besarnya iaitu golongan sahabat dan golongan

Muawiyah. Golongan sahabat terbentuk di antara Zubair, Talhah dan Aisyah r.a iaitu

balu kepada Rasulullah s.a.w.31

4.1 Perselisihan Antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dengan Muawiyah bin Abi

Sufyan.

Muawiyah merupakan gabenor di Syam yang telah dilantik sejak zaman

pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a. Beliau telah dipecat oleh Saidina Ali r.a

sejurus perlantikkannya menjawat jawatan sebagai Khalifah. Perselisihan ini memuncak

apabila Saidina Ali r.a dilihat seolah-olah melambat-lambatkan proses hukuman qisas

keatas pembunuh-pembunuh Saidina Uthman r.a. Malahan sebahagian daripada sahabat

besar Rasulullah s.a.w seperti Talhah, al-Zubair dan Ummu al-Mukminin Sadatina Aisyah

r.a beranggapan bahawa Saidina Ali r.a sengaja memperlambatkan hukuman qisas iaitu

hukum mati kepada pelaku yang membunuh Saidina Uthman r.a. 32 Bahkan ia diburukkan

lagi dengan tanggapan bahawa Saidina Ali r.a bersekongkol melindungi pembunuh

Saidina Uthman r.a kerana para pembunuh dan pemberontak daripada pelbagai kabilah

30
Mohammad Arshad M.A. An Advanced History of Islam (1st Edition). Rukhsana Akhter C.E.N 38 (H) Gulshan
Dacca-12: Universal Press. 1967. Hlm. 132.
31
Haji Abdul Rani Mustaffa. 2003. Ali bin Abu Talib: Sahabat dan Perjuangan. K Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 105.
32
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 110.

17
merupakan penyokong kuat Saidina Ali bin Abi Talib r.a.33

Perkara ini dapat dilihat apabila Muawiyah bin Abi Sufyan telah mengirim

perutusan surat kepada Saidina Ali r.a melalui Muslim al-Khaulani,antara kandungannya:

...engkau disyaki melindungi pembunuh-pembunuh Uthman r.a . Orang-orang itu

penyokong, kakitangan, penolong dan pengikut setiamu.34

Muawiyah beranggapan bahawa Saidina Ali r.a belum mencapai garis panduan sebagai

Khalifah yang ditetapkan oleh para ulama dimana seseorang Khalifah hendaklah berlaku

adil iaitu al-Adalah dan berani bertindak iaitu al-Syajaah wa al-Najidah. Oleh kerana

Saidina Ali r.a tidak menjalankan qisas inilah Muawiyah melambat-lambatkan biah

keatas Saidina Ali. Manakala Khalifah Ali r.a pula beranggapan bahawa Muawiyah

sebagai pelampau ataupun bughah seakan-akan mencabar kekuasaannya sebagai Khalifah

yang sah.35 Muawiyyah r.a dan para pengikutnya dikategorikan sebagai orang-orang yang

melampau dan boleh dilaksanakan dengan hukuman Bughah mengikut peruntukan Al-

Quran36:

33
Ibid. Hlm. 110.
34
Ibid. Hlm. 111.
35
Bughah adalah kata jamak Baghi iaitu orang-orang yang bersifat zalim dan pelampau kerana menentang
pemerintahan yang sah, dalam kontek pemerintahan islam.
36
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Hlm. 112.

18
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka
damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya melampaui batas terhadap
yang lain, maka lawanlah puak yang melampaui batas itu sehingga ia kembali
mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara
keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam
segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil

(Surah Al-Hujuraat: 9)

Rentetan perselisihan antara Saidina Ali bin Abi talib r.a dan Muawiyah bin Abi

Sufyan ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam

sehingga berlakunya perang saudara. Musuh-musuh Islam sentiasa mengambil

kesempatan dalam menyemarakkan lagi perselisihan yang sedia ada ini dengan

menyebarkan fitnah keatas kerajaan islam khususnya keatas Saidina Ali sebagai seorang

Khalifah.

4.2 Peperangan Jamal (unta).

Dalam peperangan jamal ini, ia membabitkan beberapa tokoh iaitu Zubair bin

Auwam dan Talhah bin Ubaidillah dan sahabat Rasulullah dan balunya iaitu Aisyah binti

Abu Bakar r.a yang kecewa terhadap hukuman yang boleh dijalankan oleh Khalifah Ali

r.a berkenaan dengan hal kematian Khalifah Uthman r.a. Ketiga-tiga tokoh ini

menggerakkan kabilah-kabilah Arab yang menyokongnya di dalam wilayah Hijaz dan

Arab Selatan untuk menuntut bela atas kematian Saidina Uthman r.a dan memaksa

Saidina Ali r.a melaksanakan syariat islam. Perang ini dinamakan Perang unta kerana

19
Saidatina Aisyah r.a menunggang unta dalam penyertaan perang ini.

Peperangan saudara ini tidak dapat dielakkan da dihalang oleh Saidina Ali r.a

walaupun beliau sudah meminta askar-askarnya segera berhenti. Pengunduran Zubair

medan peperangan selepas berbincang dengan Saidina Ali r.a telah disedari oleh Ibnu

Jurmuz. Kemudiannya Zubair telah dibunuh setelah diekori di lembah as-Saba.37

Penentangan dan pemberontakkan yang dikatakan adalah tidak releven sekali.

Hali ini kerana mereka terjerat dengan fitnah-fitnah yang ditaburi bagi memecah

belahkan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Walaupun mereka sudah sedar bahawa

mereka telah terjerat di dalam fitnah yang ditaburi oleh musuh-musuh Islam dan cuba

memperbetulkannya. Puak-puak Sabaiyah ini telah menabur benih fitnah sekali lagi

antara umat Islam. Dan buktinya boleh dilihat sendiri apabila pihak Aisyah r.a dan

Muawiyyah r.a yang cuba mencari pembunuh Saidina Uthman r.a dengan terburu-buru

akhirnya membawa perpecahan kepada umat Islam melalui peperangan saudara yang

telah berlaku.

Namun, iainya telah menemui jalan buntu kerana mereka menghiraukan arahan yang

dikeluarkan. Perkara ini dapat dilihat apabila Saidatina Aisyah menunggang unta (al-

jamal) menuju ke tempat pertempuran dengan diikuti oleh Kaab dan beberapa orang

pengiring kemudiaan menghulurkan sebuah mashaf al-Quran kepada Kaab sambil

37
Muahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm 265.

20
berkata: Pergilah kepada mereka dengan membawa kitab ini.38 Kaab telah menuruti

arahan itu tetapi mangsa fitnah yang bertempur itu tidak menghiraukannya malah

mengepung dan membunuhnya

Peperangan in menjadi semakin parah kerana isu unta yang ditunggangi oleh

Saidatina Aisyah r.a. Atas dasar itulah peperrangan saudara ini digelar sebagai perang

Jamal. Setelah peperang ini reda hasil daripada bantuan Saidatina Aisyah r.a. Peperangan

al-Jamal ini telah menimbulkan kesan yang sangat mendalam sebagai titik hitam dalam

sejarah Islam. Segala kekacauan akibat fitnah yang dilemparkan kepada Saidina Ali r.a

adalah semata-mata angkara golongan yang dengki dengan kemakmuran dan kesucian

yang dibawa oleh islam. Penentangan dan pemberontakkan yang dilakukan oleh Zubair,

Talhah dan Saidatina Aisyah r.a bukanlah menjadi penyebab kepada perpecahan dalam

kalangan umat islam. Tetapi fitnah-fitnah yang direka oleh musuh islam merupakan

punca kepada perpecahan itu sendiri dan telah bermula sejak zaman pemerintahan

Khalifa Uthman bin Affan r.a lagi.

4.3 Perang Siffin.

Perang saudara seterusnya yang telah berlaku dalam zaman pemerintahan Saidina Ali

r.a adalah peperangan Siifin. Nama Siffin ini diambil sempena nama temapt itu sendiri.

Peperangan Siffin ini membabitkan antara Muawiyah bin Abi Sufyan yang ingin

menuntu bela atas kematian Saidian Uthman r.a. Muawiyah bin Abi Sufyan menggesa
38
Mahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm 265.

21
supaya Saidina Ali bin Abi Talib r.a segera menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah

Uthman bin Affan r.a dengan kadar yang segera. Muawiyah ingin menuntut keadilan atas

kematian saudaranya iaitu Saidina Uthman bin Affan r.a yang telah dibunuh. Perkara ini

diburukkan lagi dengan perkaitan Saidina Ali bin Abi Talib r.a dalam rancangan

membunuh Khalifah Uthman bin Affan r.a. Hal ini kerana kebanyakkan para barisan

penyokong Saidina Ali merupakan golongan pemberontak yang menentang Saidina

Uthman r.a semasa pemerintahannya. Antaranya adalah Malik bin al-Harith, al-Asytar al-

Nakhayi, dan Hukaim bin Jabalah.39 Ketika penyokong Muawiyah di Syam diminta

untuk memberikan baiah kepada Khalifah Ali r.a, mereka menjelaskan:

Kami tidak akan membaiah orang yang melindungi pembunuh Uthman r.a.

Dalam pengucapan yang lain, mereka berkata: Kami tidak membaiahnya, kecuali ia

menghukum bunuh pembunuh-pembunuh Uthman r.a atau ia serahkan mereka kepada

kami.

Perbalahan yang berlaku antara mereka adalah bukan disebabkan permusuhan

semata-mata. Tetapi ianya adalah disebabkan oleh perselisihan faham antara mereka.

Peperangan ini telah berlaku selama tiga hari tiga malam dan ia telah mengakibatkan

ramai yang mati terbunuh. Antaranya adalah Ammar bin Yasir, Hasyim bin Utbah bin

Abu Waqash dan Ubaidullah bin Umar.40

39
Marzuki Haji Mahmood. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1994. Hlm. 92.
40
Muahmud Syakir. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin Enterprise. 2004. Hlm. 282.

22
Akhirnya peperangan ini telah tamat apabila tentera Syam yang hampir kalah pada

ketika itu menjulang al-Quran. Saidina Ali r.a mengambil langkah dengan

memberhentikan peperangan kerana menghormati kesucian al-Quran. Namun, terdapat

dalam kalangan tentera Saidina Ali yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut

tetapi berdiamkan diri kerana akur dengan keputusan yang dibuat olehnya. Dengan itu,

berlansunglah proses penghakiman ataupun tahkim yang mana kedua-dua belah pihak

membentangkan hujah masing-masing untuk menyatakan kebenaran tersendiri. Amru bin

al-As telah mewakili Muawiyah bin Abi Sufyan dan Musa al-Asyaari mewakili Khalifah

Ali r.a. Namun, hasil proses penghakiman ini tidak membuahkan hasil dan disinilah

bermulanya muncul golongan Khawarij yang terdiri daripada sebahagian besar

penyokong Saidina Ali r.a. Sebenarnya, Muawiyah bin Abi Sufyan tidak pernah berniat

mahu merampas kuasa pemerintahan ataupun jawatan Khalifah yang dimiliki oleh

Saidina Ali r.a pada ketika itu. Bahkan beliau mengakui watak ketokohan yang terdapat

dalam diri Saidina Ali r.a serta kelayakannya bagi menjawat jawatan sebagai seorang

Khalifah. Perkara ini dapat dilihat dengan beliau tidak mempersoalkan kekhalifahan

Saidina Ali r.a.41 Sebaliknya Muawiyah menangguhkan pengiktirafan kepada Saidina Ali

kerana beliau mahu Saidina Ali menyelesaikan dahulu masalah yang timbul pada ketika

itu tambahan dengan isu pembunuhan Saidina Uthman.

4.4 Golongan Khawarij.

Peristiwa tahkim telah membawa implikasi yang memberi keuntungan kepada

Muawiyah bin Abi Sufyan. Melalui peristiwa tahkim inilah tentera Saidina Ali r.a telah
41
Ibid. Hlm. 286.

23
mengalami perpecahan akibat ketidakpuasan hati terhadap tindakan Saidina Ali r.a.42

Khalifah Ali r.a ke Kufah, seramai 1200 keluar dari pasukan tentera khalifah dan menuju

ke satu tempat yang bernama Harura. Mereka adalah golongan yang tidak bersetuju

dengan kewujudan majlis tahkim dengan menggunakan agama sebagai alasan.43

Golongan Khawarij bukan sahaja bukan sahaja meninggalkan Saidina Ali r.a bahkan

mereka telah membuat onar di sekitar Iraq.44 Saidina Ali cuba memujuk mereka melalui

pelbagai cara. Namun, golongan Khawarij ini tetap tidak memberikan reaksi yang positif.

Golongan Khawarij telah merancang pembunuhan Khalifah Ali r.a, Muawiyyah r.a

dan Amru bin al-As r.a. 3 pembunuh upahan dipilih dan mereka masing-masing memilih

antara 3 tokoh tersebut untuk dibunuh. Mereka melakukan perancangan yang teliti selama

40 hari bagi memastikan sasaran mereka itu berjaya dan mati. Perkara ini dapat dilihat

apabia mereka menggunakan senjata yang disaluti racun dalam pelaksanaan rancangan

mereka. Pelaksanaan komplot ini dilakukan secara serentak pada hari jumaat. Cubaan

untuk membunuh Amru bin al-As r.a dan Muawiyyah r.a tidak berjaya mencapai

matlamat mereka. Hal ini kerana pada ketika itu Amru bin al-As sakit dan tidak mampu

mengimamkan jemaah di masjid dan Muawiyah hanya mengalami cedera parah. Tetapi

Khalifah Ali r.a telah menemui ajal pada hari jumaat 20 Ramadhan tahun ke 40Hijrah.

Ibnu Muljam yang ditugaskan membunuh Saidina Ali r.a telah berjaya ditangkap..

Selepas kematian Saidina Ali r.a, Hassan r.a dilantik menjadi khalifah. Namun Saidina

Hassan r.a hanya memerintah selama 6 bulan sahaja dan kemudiannya diserahkan kepada

Muawiyah bin Abi Sufyan demi kesatuan umat islam.

42
Haji Abdul Rani Mustaffa. 2003. Ali bin Abu Talib: Sahabat dan Perjuangan. K Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 125.
43
S. Athar Husain. The Glorious Caliphate (2nd ed.). India: Academy of Research and Publication. 1977. Hlm. 146.
44
Ibid. Hlm. 125.

24
Namun, segala perbuatan yang disebabkan oleh golongan Khawarij ini telah

membuatkan keadaan menjadi semakin parah dan bukannya seperti yang disangkakan.

Kesatuan umat Islam kian rapuh dan mengalami perpecahan. Perkara ini telah

berpanjangan sehingga zaman pemerintahan selepas Khulafa Al Rasyidin terutama sekali

pada zaman pemerintahan Muawiyah iaitu kerajaan Umaiyyah. Perpaduan dalam

kalangan umat islam yang dahulunya kukuh dengan usaha yang dilakukan pada zaman

pemerintahan Rasulullah s.a.w akhirnya hancur.

5.0 Analisis Kajian (Punca Perpecahan Umat Islam)

Hasil penulisan yang dilakukan ini mendapati bahawa perpecahan umat islam yang

telah berlaku selepas zaman pemerintahan Khulafa ar-Rashidin bukanlah disebabkan

oleh penentangan dan pemberontakan yang dilakukan oleh Zubair,Talhah dan Ummu

Mukminin Saidatina Aisyah r.a. Sebaliknya jika ditelitikan kembali segalanya bermula

dan berpunca dengan fitnah serta tomahan yang dilemparkan keatas Saidina Uthman bin

Affan r.a oleh Abdullah bin Saba skaligus mengakibatkan pembunuhan beliau. Disinilah

bibit-bibit perpecahan umat Islam sudah mulai kelihatan dan kemudiannya menjadi

semakin parah pada zaman pemerintahan Khalifah Ali r.a.

Antara fitnah serta tomahan yang telah dilemparkan kembali kepada Saidina Uthman

r.a adalah melalui permasalahan yang ditimbulkan oleh Ubaidullah bin Umar bin al-

25
Khattab r.a. Beliau dikatakan tidak mengamalkan hukum hudud dengan menghukum

Ubaidullah yang telah membunuh Hurmuzan, Abu Luluah dan Jufainah. Sebenarnya

Saidina Uthman telah melaksanakan qisas keatas Ubaidullah dengan menyerahkannya

kepada al-Kamazaban bagi melaksanakannya sendiri dan lebih aula. Akan tetapi al-

Kamazaban telah memaafkan Ubaidullah dan dia telah menjalani kehidupan seperti biasa

dan hanya dikenakan diyat. Kesempatan ini telah digunakan oleh musuh-musuh islam

dengan menabur fitnah bahawa Saidina Uthman r.a telah melepaskannya kerana bapanya

merupakan sahabatnya walhal perkara ini merupakan fitnah semata.

Keduanya adalah pertuduhan bahawa Saidina Uthman mengamalkan dasar

Nepotisme dengan melantik ahli keluarganya menjawat jawatan penting. Perkara ini juga

merupakan fitnah semata-mata yang dilemparkan kepadanya. Perlantikan jawatan-

jawatan ini sebenarnya dilakukan kerana mereka benar-benar layak dan memenuhi

kriteria-kriteria tersendiri. Contoh yang dapat kita lihat adalah dengan perlantikan

Muawiyah bin Abi Sufyan sebagai gabenor di Syam. Kebolehan Muawiyah dapat

digambarkan apabila beliau pernah ditugaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai

pencatat dan setiausaha baginda. Melalui aspek inilah para penentang Islam mengambil

kesempatan dengan menyebarkan fitnah keatas pemerintahan Saidina Uthman r.a yang

kononnya menagamalkan nepotisme. Begitu juga dengan perlantikan Walid bin Uqbah

sebagai penguasa di Kufah.

Ketiganya pula adalah melalui isu kehilangan cincin amanah Rasulullah s.a.w.

Kejadian ini sebenar telah ditakdirkan walhal perkara ini berlaku secara tidak sengaja

26
walaupun beliau telah berusaha mencari sehingga menawarkan ganjaran kepada yang

menemui cincin tersebut bahkan sehingga sanggup mengeringkan kembali perigi yang

digalinya itu untuk mencari kembali cincin amanah Rasulullah s.a.w itu. Malanganya isu

ini telah diperbesarkan oleh musuh-musuh Islam dengan menarik perhatian umat Islam

mengenai keburukan yang terdapat pada Saidina Uthman r.a sebagai seorang yang cuai.

Manakala isu keempat yang ditimbulkan keatas Khalifah Uthman r.a adalah dengan

penuduhan melakukan perkara bidah dengan membakar mushaf al-Quran setelah

dikumpulnya. Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh Sadina Uthman r.a adalah

merupakan sesuatu perkara yang baik. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

perselisihan pendapat dalam kalangan tokoh al-Quran dan bimbang akan berlakunya

percanggahan pendapat sekaligus mengakibatkan perpecahan umat Islam. Namun isu ini

telah dipandang negatif akibat tomahan dan fitnah yang dilemparkan keatasnya yang

kononnya beliau melakukan perkara bidah walhal tujuan asalnya adalah bagi

mengelakkan perselisihan faham mengenai al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Seterusnya isu kelima pula beliau dituduh melakukan kekejaman keatas sahabat

Rasulullah s.a.w iaitu Abu Darda. Perselisihan faham antara Muawiyah bin Abi Sufyan

dan Abu al-Dardar dalam pentadbiran di Syam dimana Abu al-Darda cuba

mengimpletasikan cara kehidupan zuhudnya seperti Saidina Umar al-Khattab r.a.

Langkah yang diambil oleh Saidina Uthman r.a adalah bagi mengelakkan perselisihan

faham dalam pentadbiran ini daripada terus melarat dan memberi gambaran yang tidak

baik kepada masyarakat. Perkara ini tidak dilakukan semata-mata beliau ingin melakukan

27
kekejaman semata-mata.

Isu terakhir yang ditimbulkan kepada Saidina Uthman r.a pula adalah beliau didakwa

menyalahi al-Sunnah dengan tidak mengqasarkan solatnya ketika menunaikan haji di

Mina. Sebenarnya perkara ini juga dilakukan oleh Saidina Uthman r.a dengan mempunyai

alasan yang kukuh dan telah mendapat persetujuan dengan sahabat nabi s.a.w terutama

sekali Saidina Ali r.a. Namun isu ini telah diperbesarkan seolah-olah beliau telah

melakukan kesalahan dengan menyalahi al-Sunnah oleh musuh-musuh Islam dan

memberi gambaran tidak baik sebagai Khalifah islam.

Pada zaman pemerintahan Saidina Ali r.a pula,perpecahan umat Islam ini diburukkan

lagi berlakunya perang saudara dalam kalangan umat islam iaitu perang al-Jamal(unta)

dan perang Siffin. Pada ketika itu,umat Islam terbahagi kepada beberapa kelompok.

Pertama adalah kelompok penyokong Saidina ali r.a yang terdiri daripada para

pemberontak yang menentang pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a sehingga

menyebabkan pembunuhan beliau. Keduanya adalah kelompok yang menyokong para

sahabat iaitu Zubair, Talhah dan Saidatina Aisyah r.a yang mana mereka merupakan

golongan yang terperangkap dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan pada ketika itu

sehingga menyebabkan berlakunya perang al-Jamal. Kelompok ketiga pula terdiri

daripada penyokong Muawiyah bin Abi Sufyan yang menuntut keadilan keatas kematian

Khalifah Uthman r.a sehingga berlakunya pertempuran antara umat islam itu sendiri pada

perang Siffin.

28
Sebenarnya, penentangan yang dilakukan oleh Talhal, Zubair dan Saidatina Aisyah

bukanlah punca utama kepada perpecahan umat Islam. Punca utama yang membawa

kepada perpecahan umat islam pada ketika itu adalah disebabkan fitnah yang disebarkan

oleh puak Sabaiyah. Mereka telah termakan umpanan fitnah yang disebarkan keatas

pemerintahan Khalifah Islam dan mengakibatkan perpecahan tersebut. Fitnah yang

dimainkan semenjak zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a oleh puak Sabaiyah telah

menemui kejayaan dalam memecah belahkan umat Islam dan ianya semakin para selepas

zaman pemerintahan Khulafa ar- Rashidin.

Muawiyyah r.a memegang tampuk pemerintahan, umat Islam sudah berpecah

kepada 3 kumpulan iaitu penyokong Muawiyyah, puak Khawarij, puak Syiah. Apabila

dilihat punca yang menjadi akar dalam perpecahan ini, dapatlah disimpulkan bahawa ia

terjadi akibat fitnah-fitnah yang melanda umat Islam pada waktu itu. Pergolakan politik

ketika pemerintahan Saidina Ali r.a menyaksikan kesan daripada akibat fitnah ini. Oleh

itu, kita tidak boleh melihat penentangan yang dilakukan oleh Aisyah r.a, Thalhah r.a,

dan Zubair r.a sebagai punca utama perpecahan umat Islam selepas era Khualafa ar-

Rashidin tetapi lebih kepada kesan daripada fitnah yang terjadi ketika pemerintahan

Saidina Uthman r.a. Dan selepas itu, perpecahan umat Islam semakin teruk akibat

perselisihan pendapat yang juga kesan daripada fitnah sehingga menyebabkan

pembunuhan Saidina Uthman r.a. Selepas era khulafa ar-Rashidin, perpecahan antara

umat Islam tidak dapat dielakkan lagi dan semakin parah.

6.0 Kesimpulan.

29
Kesimpulannya, penentangan yang dilakukan oleh Aisyah r.a, Thalhah r.a, Zubair

r.a dan lain-lain bukanlah punca perpecahan kepada umat Islam selepas pemerintahan

Khulafa ar-Rashidin. Punca utama adalah datang dari fitnah golongan Sabaiyah diketuai

oleh Abdullah bin Saba ketika zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a. Rentetan itu,

kesan daripada fitnah yang dilakukan telah mempengaruhi talhah, Zubair dan Saidatina

Aisyah r.a untuk melakukan penentangan keatas Saidina Ali r.a semasa pemerintahannya.

Sedangkan mereka merupakan orang-orang yang dekat dengan Rasulullah dan

merupakan penyumbang kepada kegemilangan Islam. Dan tidak mungkin mereka sendiri

yang ingin menjatuhkan kegemilangan Islam itu sendiri.

Ramai musuh-musuh dalaman Islam yang telah berusaha menjatuhkan kegemilangan

pemerintahan Islam yang telah diasaskan semenjak zaman pemerintahan Rasulullah

s.a.w.

Malangannya pemerintahan Islam ini khususnya pada zaman pemerintahan Khulafa ar-

Rashidin menjadi mangsa kepada fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh golongan gerakan

Sabaiyah yang diketuai oleh Abdullah bin Saba. Hal ini dapat diperlihatkan dengan jelas

pada zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a yang telah difitnah dengan teruk

dan menimbulkan kesan yang mendalam sehingga berlakunya perpecahan dalam

kalangan umat Islam. Perpecahan ini telah berlansung sehingga zaman -zaman selepas

pemerintahan Khulafa ar- Rashidin.

BIBLIOGRAFI.

30
Mohammad Arshad M.A. 1967. An Advanced History of Islam (1st Edition). Rukhsana

Akhter C.E.N 38 (H) Gulshan Dacca-12: Universal Press.

Haji Abdul Rani Mustaffa. 2003. Ali bin Abu Talib: Sahabat dan Perjuangan. K

Publishing Sdn. Bhd.

Mahmud Syakir. 2004. Biografi Gemilangn Ali Bin Abi Talib (Abu Turat). Jasmin

Enterprise.

Marzuki Haji Mahmood. 1994. Isu-Isu Kontroversi dalam Sejarah Pemerintahan

Khulafa Al-Rasyidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Athar Husain. 1977. The Glorious Caliphate (2nd ed.). India: Academy of Research

and Publication.

31

You might also like