You are on page 1of 2
at KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Ministry of Education Malaysia KEMENTERL. BAHAGIAN SUKAN JPENDIDIKAD Sports Division MALAYSIA ARAS 1 & 7, BLOK E13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Te. +603 e884 10028841383 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN — Feks #608 8864 1034/88886790 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KPM.600-7/1/6 Jid. (£3) B Mac 2017 Guru Besar ‘SK Setia Alam Jalan Setia Impian U13/3T. 40170 Shah Alam Tuan, PERMOHONAN SOKONGAN DAN MENJEMPUT SEKOLAH MENYERTAI KEJOHANAN RAGBI RIMAU SHAH ALAM 7s BAWAH 11 TAHUN, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)_ ingin merakamkan tahniah kepada Kelab Sukan Ragbi SK Setia Alam (Rangers Rugby) yang akan mengelola Kejohanan Ragbi Rimau Shah Alam 7s di Padang Setia ‘Alam pada 8 April 2017 bagi Kategori murid sekolah rendah Bawah 11 Tahun. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Sukan tiada halangan bagi Kelab Sukan Ragbi SK Setia Alam yang memohon sokongan dan menjemput sekolah rendah untuk menyertai kejohanan ini berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: 3.1. Pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran dan persetujuan dari Guru Besar sekolah yang terlibat bagi menyertai kejohanan ini; 3.2 Memastikan penyertaan atlet murid dan guru tidak mengganggu atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka; 3.3. Pihak penganjur _bertanggungjawab menjaga_keselamatan, kesihatan dan kebajikan atlet murid yang terlibat dalam kejohanan ini, 3.4 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga; 3.5 Sekiranya sekolah yang dijemput mempunyai program pada hari Jumaat dan Sabtu, pihak penganjur periu memberikan laluan atlet murid yang terlibat untuk mengikuti program sekolah; “{Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" eon Laman Web: www.moe.gov.mylbsukan 3.6 37 3.8 Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah untuk mengiringi atlet _murid dalam kejohanan berkenaan walaupun ibubapa mengiringi anaknya; Pihak penganjur hendaklah berurusan dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan sebelum menjalankan kejohanan; dan Tiada implikasi_kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah 4. Surat kebenaran ini hanya untuk Kelab Sukan Ragbi SK Setia Alam (Rangers Rugby) yang akan mengelola Kejohanan Ragbi Rimau Shah Alam 7s di Padang Setia Alam pada 8 April 2017 bagi kategori murid sekolah rendah Bawah 41 Tahun sahaja. Sebarang kebenaran kejohanan baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak kami, 5. Sekiranya ada pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan boleh berhubung dengan En. Anuar bin Idris di talian 03-88841177 atau email anuar.idris@moe.gov.my. Sekian terima kasih. ‘SEHATI SEJIWA’ ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, (DR. MEHANDER SINGH A/L NAHAR SINGH) Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia Ala sk. Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

You might also like