You are on page 1of 24

KEPERLUAN DIDIK HIBUR DALAM

PENGAJARAN
Written by AHMAD KAMAL BIN RAMTAN
Thursday, 17 January 2013 01:52

1.0 Pengenalan

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid-
murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek
dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan
dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah
dan menengah.

1.1 Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula


apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat
berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu
penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam
masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh
penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan
memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum di
sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan
Bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua
peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut
ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum di sekolah
rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang
bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah
rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakaladi peringkat
sekolah menengah pula, transformasi kurikulum akan memberi penekanan kepada
penghayatan dan apresiasi aspek penyampaian pengajaran. Kaedah pengajaran akan
lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati
dan difahami.

1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid
secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik.

1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,


kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti
yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-
murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu
untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main
peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru
perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran
atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.

v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi
terkawal.

ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan
berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan.
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran
bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam
pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

i) Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang
ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu
melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
subjek di sekolah rendah dan menengah.

1.1.4 Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah
rendah dan menengah, iaitu:

i) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;

ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan
dalam aktiviti; dan

iii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik
hibur.

1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam menunjukkan
sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota
badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun
pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak
selesa. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang
digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti.

1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

a. Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-
galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik
darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa
perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan


murid-murid.

ii) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan

x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.


b. Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa
merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang
sama.

iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan


masa pembelajaran
yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid tanpa
ada banyak
masalah atau halangan.

v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang
menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Selamat mencuba.

http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/spa/index.php?
option=com_content&view=article&id=122:keperluan-didik-hibur-dalam-
pengajaran&catid=41:sektor-pengurusan-akademik

DIDIK HIBUR

oleh:
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar

Pengenalan.

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif
pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh
itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan
mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan

Latar Belakang Didik Hibur

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran be


rmula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa
PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali
diajar
dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Seko
lah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah


untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta
berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan
difahami oleh murid.

Definisi

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)


mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala
hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti
permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan
terancang.

Ciri-Ciri Didik Hibur

Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,


kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.


Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif,


gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah


dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik
dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam
keadaan terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa


tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.

Guru:

Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu
dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau


menggerunkan murid
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang


dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira
oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang


budaya yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan


masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama
murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara
murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan
kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Penutup

Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dala
m siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan
secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk
mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun
Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran

http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur

JAN

25

PERBEZAAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN


BERPUSATKAN GURU DAN MURID

Kaedah Main Peranan - melatih pelajar menjadi kreatif dan


belajar menghadapi tekanan serta dapat menambah keyakinan diri

Kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia


merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan
menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru
atau pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar.

Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan
digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan
menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

Definisi

A) Kaedah pengajaran berpusatkan guru

Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal
sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran
kasar bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar
mendengar syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan
pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar
mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau
pengalaman hidup mreka sendiri.

Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah


bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai topik ini,
maka luas dan panjanglah penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya.

Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana
kaedah ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era sebelum
merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri
dan mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya.

Keadaan capaian maklumat yang terhad kerana sumber yang terhad, maka kaedah
ini amat sesuai digunakan oleh guru. Begitu juga jika ianya berlaku pada era selepas
merdeka, masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai banyak kemudahan bagi
capaian maklumat seperti di pedalaman seperti televisyen dan internet, maka
kaedah ini lebih sesuai digunakan oleh guru.

B) Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai


individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin
mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan
persekitaran positif. Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara
berterusan dan guru lebih banyak mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan
melibatkan diri secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri.

Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka
sedia ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup,
pemerhatian atau pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era
pmbangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan
pelajar era kini bukan pelajar kosong.

Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih dahulu akan


menimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik itu. maklumat yang
salah atau salah faham akan diperbetulkan melalui perbincangan dan sumbang
saran. Kaedah ini lebih mudah digunakan jika guru mahu menegur sesuatu fakta
yang negatif yang sering disalah ertika oleh pelajar yang masih belum matang
pemikirannya.

Kaedah ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara guru dan pelajar
seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat antara guru dan pelajar. Guru
lebih mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru
mengenai perkara yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka akan
sama dan tidak berlainan daripada logik akal biasa.

Banyak sumber dalam bidang pendidikan telah menitik beratkan isu mengenai
kaedah pembelajaran paling berkesan bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah
mahupun menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Selain belajar untuk lulus
periksa, guru perlu menimbangkan strategi bersesuaian agar pelajar dapat
mengalami satu pengalaman pembelajaran menarik yang tidak berlaku di luar
sekolah sekaligus mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran yang
mereka pelajari.

Kaedah tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru kerana ia didapati
tidak berkesan dalam proses P&P bagi murid kini yang rata-rata lebih mendahului
pengetahuan guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid
merasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau
melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja. Cara ini boleh
menyebabkan mereka mudah bosan, mereka lebih tahu banyak dan bolh
mendorong mereka ponteng kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang bosan
kerana semua topik telah mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber lain
selain dari guru.

Bagi menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah
menimbangkan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid mempelajari
sesuatu yang baru setiap hari. Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid
akan memperolehi pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan
pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid.

Pembelajaran berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab ke atas


pembelajarannya. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui
pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam. Kaedah ini juga melibatkan interaksi
sosial yang tinggi menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai
sumber rujukan serta menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

Strategi Pengajaran

A) Kaedah pengajaran berpusatkan guru

Kaedah ini boleh juga disebut sebagai strategi pengajaran langsung atau disebut
dalam Bahasa Inggeris sebagai Direct Instruction. Berdasarkan kaedah ini strategi
yang digunakan ialah guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara
pasif atau boleh juga disebut sebagai komunikasi satu hala (guru sahaja bercakap).

Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan
sumber utama ilmu pengetahuan. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah
bagi mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid
hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa yang telah
diajarkan kepada mereka. Berdasarkan strategi ini beberapa ahli akademik
berpendapat bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah:

Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum yang membolehkan
mereka berfikir secara kritikal
Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai
kejayaan akademik.
Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru
dalam proses perkembangan berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan
Motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian diberi kepada murid di mana
ia akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta menunjukkan
kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.
Segala hasil kerja murid akan dinilai sepenuhnya oleh guru.

Sebelum strategi ini digunapakai dalam pengajaran, guru terlebih dahulu harus
memastikan murid-murid telah diajarkan perkara-perkara asas sebelum masuk ke
konsep yang baru. Sebagai contoh, sebelum guru masuk ke tajuk tayammum, guru
harus memastikan murid telahpun diajarkan tajuk bersuci dan berwudhu supaya
pelajar lebih dapat memahami konsep tayammun dengan lebih tepat dan mendalam.
Perbentangan hasil perbincangan - melatih pelajar berani dan sentiasa
peka dengan pembelajaran dalam kelas

B) Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Strategi bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung.
Berbeza dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid mengalih
peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator.
Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan
sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang,
menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Secara
automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang
telah disediakan sebagai asas (teknik scaffholding) secara hands-on dan minds-on
dan bekerja secara koperatif dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain.
Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah
kendiri dan mengikut kada kemampuan kendiri.

Bagi melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan beberapa perkara


berikut :-
Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep
Guru perlu mengambilkira tentang keperluan individu murid seperti tahap intelektual
dan emosi
Keperluan sosial murid : bolehkah mereka berkolaborasi, berkomunikasi sesama
mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam proses pembelajaran mereka.

Aplikasi strategi ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin
pelajari atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid, mereka
lebih cenderong memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri dan selalunya
berakhir dengan situasi yang berada luar dari kawalan guru.

Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran
yang akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru
dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid
mendatanginya. Selain memerlukan pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru
juga harus menjadi fasilitator dan pembimbing yang aktif.

Beberapa rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu:-
Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif
Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman lebih mendalam
Meningkatkan tanggungjawab murid
Meningkatkan autonomi murid
Saling bergantung antara guru dan murid
Saling menghormati antara guru dan murid
Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru dan murid.

Strategi berpusatkan murid ini digunakan secara meluas di sekolah-sekolah seluruh


Malaysia. Semua guru yang terlatih wajib untuk mengetahui perkara-perkara asas
yang digunakan semata-mata untuk memastikan kaedah pengajaran yang
digunakan di dalam kelas ialah pengajaran berpusatkan murid.

Kebanyakan sumber maklumat yang diperolehi rata-rata menolak kaedah


pengajaran berpusatkan guru yang dianggap ketinggalan zaman dan hanya
digunakan oleh guru yang tidak mampu menarik perhatian murid.

Jadual berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara kaedah
pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.

KAEDAH PENGAJARAN KAEDAH PENGAJARAN


BERPUSATKAN GURU BERPUSATKAN MURID

- Guru sebagai penyampai utama - Guru sebagai fasilitator


maklumat berkenaan bidang tertentu
- Mewujudkan pengalaman pembelajaran
- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak yang dapat menarik minat pelajar serta
dipertimbangkan sebagai sesuatu yang menggalakkan penglibatan mereka dalam
penting proses pengajaran dan pembelajaran.

- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses - Memberi peluang kepada pelajar belajar
pengajaran dan pembelajaran. secara individu, kumpulan dan kelas.

- Guru bertanggungjawab sepenuhnya - Melibatkan pelajar dalam membentuk


ke atas bahan bantu mengajar yang proses pembelajaran melalui rundingan
akan digunakan dalan P&P. berasaskan kekuatan dan kelemahan
pelajar.
- Guru menentukan sendiri tatacara
membuat penilaian terhadap prestasi - Memberi pelajar kebebasan membuat
pelajar pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang
bercakap di dalam kelas. - Mewujudkan prosedur pemantauan agar
pelajar bertanggungjawab ke atas apa
- Pendapat dan pandangan pelajar tidak yang mereka pelajari.
diambil kira.
- Menentukan kriteria penilaian secara
kolaboratif antara guru dan pelajar.

- Merancang penilaian berterusan secara


kolaboratif

- Pelajar bebas memberi pendapat mereka


dengan pantauan dan panduan guru.

Contoh kaedah yang digunakan oleh


guru:
Contoh kaedah yang boleh digunakan
dalam kelas :
1. Kuliah masteri, demonstrasi, dan
bercerita, latih tubi 1. Sumbang saran dan debat

2. Catatan nota guru menulis, pelajar 2. Main Peranan, kerja lapangan dan
mendengar dan menyalin dalam buku projek.

3. Satu sumber rujukan buku teks 3. Pelbagai sumber rujukan ensiklopedia,


internet, pemerhatian
4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam
kelas 4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai
makmal komputer, padang sekolah, dewan
5. Penerangan dan membuat latihan
5. Penerangan dan praktikal
6. Memberikan dan menyampaikan
maklumat 6. Pengajaran oleh rakan sebaya

7. Mengajarkan prosedur (SOP) 7. Guru mencapai setiap pelajar dalam


aktiviti berkumpulan kecil
8. Membina kemahiran langkah demi
langkah
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN

A) Pembelajaran Berpusatkan Guru

Kebaikan

Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia


membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks
mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat
yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam
mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru.
Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut.

Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid
menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar
dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan
pengalaman lalu.

Kelemahan

Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai
guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu
mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk
membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir
secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja
dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima
sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

B) Pembelajaran berpusatkan murid

Kebaikan

Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses
dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh
murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat
menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina
kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan
berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

Kelemahan

Antara kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat tumpuan
pembelajaran. Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil
masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai
fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan
kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan
murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya
untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Melatih pelajar berani memberi pendapat. Bukan hanya statik di tempat duduk masing-masing.
Kemungkinan ada pelajar yang 'diulit mimpi' - kaedah berkumpulan

Penutup

Pertikaian penggunaan kedua kaedah ini banyak dilakukan di kalangan ahli-ahli


akademik. Jika pencarian sumber pengajaran berpusatkan gur, perlu diakui bahawa
kaedah ini dianggap ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi digunakan pada masa
kini.
Walau bagaimanapun, bukan semua mata pelajaran sesuai menggunakan
sepenuhnya kaedah pengajaran berpusatkan murid. Menurut seorang pakar dalam
matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Shamsina Shamsudin dalam blog perkongsian
ilmunya, menyatakan tidak semua topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
terutamanya topik ibadah (contoh tayammum).

Beliau ada mencadangkan bahawa gabungan kaedah antara keduanya


(berpusatkan guru dan berpusatkan murid) adalah lebih dominan bagi mencapai
objektif domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang
dicadangkan adalah kaedah penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara
(berpusatkan guru), sumbangsaran (berpusatkan murid), amali (berpusatkan murid),
simulasi ((berpusatkan murid), dan penyelesaian masalah (berpusatkan murid).

Penggabungan kedua kaedah ini menjadikan kedua pihak guru dan murid dapat
sama-sama memperkuat dan menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru
setiap kali selesai pembelajaran. Mahupun begitu jika diperhatikan guru-guru yang
sudah berpengelaman lama dalam P&P, dan merupaka seorang guru cemerlang,
mereka banyak menggunakan penggabungan kedua kaedah ini. Meskipun begitu,
secara amnya, pengajaran berpusatkan murid lebih diiktiraf pada masa kini.

Terdapat banyak artikel, jurnal dan buku-buku rujukan latihan perguruan dan
pedagogi telah menekankan penggunaan kaedah berpusatkan pelajar jika
seseorang guru itu mahu proses pengajaran dan pembelajarannya berlaku dengan
lancar dan berjaya memberi pemahaman yang mendalam kepada muridnya.

Seperti kajian daripada Dr. Abdullah Ibrahim dari Kolej Kejuruteraan dan Teknologi
Malaysia (KUKTEM) yang mengaitkan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan
pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Hasil dari kajiannya didapati kaedah
berpusatkan murid berjaya menjana dan mampu menyediakan murid dengan
pelbagai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan.

Di dalam kajian ini juga mendapati senario murid cemerlang di peringkat sekolah lalu
berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tetapi tenaga pengajarnya masih
mengamalkan kaedah tradisional dan mengulangi kaedah yang sama untuk belajar,
belum benar-benar dapat menguasai kebolehan mereka yang sebenar. Akhirnya
peajar hanya lulus peperiksaan semata-mata tanpa menyedari bahawa masih belum
memadai untuk mereka menempuh alam pekerjaan kerana tidak memiliki kemahiran
yang diperlukan selain hanya pengetahuan di bidang yang dipelajarinya.

Maka, guru seharusnya sedar dan bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan
daya kreatif mereka bagi merealisasikan perbezaan hasil yang diperolehi pelajar jika
guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid bagi melahirkan murid
yang benar-benar berkualiti dan mencapai matamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pelajar seronok apabila dapat menyertai aktiviti pembelajaran secara langsung


-
merapatkan hubungan dan menarik minat mereka untuk belajar
Posted 25th January by great.neddy.
http://www.slideshare.net/impianhati/rancangan-pengajaran-dan-pembelajaran-
sejarah-tingkatan-4?from=embed

You might also like