You are on page 1of 4

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG RAGBI RIMAU

1.0 SAIZ DAN UKURAN PADANG:

KELUASAN PADANG = 70Meter X 50Meter

Garisan 22 meter menjadi line 15 meter

Garisan 5 meter sebelum garisan skor(line try) sama dan tiada


perubahan, iaitu 5 meter dari line try juga.

Kawasan skor boleh dibuat antara 5-10 meter dibelakang garisan


skor(line try).

Garisan 10 meter daripada garisan tengah(halfway) bertukar menjadi


5 meter.

Garisan 5 meter(line out) bertukar menjadi 3 meter.

Garisan 15 meter(line out) bertukar menjadi 10 meter sahaja.

2.0 PERATURAN AM

2.1 SEPAKAN MULA

Sepakan mula dari garisan tengah(half way) dengan menggunakan


teknik sepakan drop kick.

Sepakan mula selepas jaringan/skor/try/gol akan dilakukan oleh


pasukan yang berjaya melakukan jaringan/skor/try/gol bermaksud
bola menjadi milik pasukan yang meraih mata(winners ball).

mesti melebihi 5 meter dari garisan tengah(half way line).

2.2 HANTARAN
Setiap hantaran perlulah ke arah belakang.

Garisan bayangan(offside wujud selari dengan pemain yang


melakukan hantaran bola)

Bola knoc-on di dalam kawasan try perlu balik 5 meter dan penalty
akan diberikan untuk pasukan bertahan.

Kesalahan-kesalahan ketika hantaran adalah sama seperti


peraturan ragbi 7 sebelah. Contohnya seperti forward pass,
knock-on dan sebagainya. Untuk semua kesalahan hantaran akan
dikenakan penalty/hukuman.

2.3SENTUHAN

Pembawa bola(ball carrier) yang disentuh perlulah


mengeluarkan(membuat hantaran) kepada pemain lain.

Pembawa bola diberi masa 3 saat atau 3 langkah untuk


mengeluarkan bola atau membuat hantaran setelah disentuh dalam
masa dan langkah yang diberikan.

Ketika pemain disentuh, pengadil akan mengingatkan dengan


berteriak dengan perkataan 'touch'.

Jika pemain tidak mengeluarkan bola dalam masa atau langkah


yang diberikan, serta merta pengadil akan meniupkan wisel.
Akibatknya bola akan bertukar milik(turn over).

Sentuhan yang dianggap terlalu kuat akan dikenakan


HUKUMAN/PENALTI.

2.4 KESALAHAN KETIKA HANTARAN


Ketika membuat hantaran, bola bergerak ke hadapan(forward
pass) akibatnya HUKUMAN/PENALTI akan diberikan.

Bola terjatuh selepas tersentuh, selepas terpegang, ketika


membawa, ketika menggenggam dan ketika hendak
menangkap(KNOCK ON). PENALTI/HUKUMAN akan diberikan.

2.5 LINE OUT

Tiada lifter(pengangkat jumper), cuma ada jumper(pelompat) sahaja


ketika line out.

Bola mestilah dibaling melepasi garisan 3meter (sila rujuk bahagian


ukuran padang ragbi rimau).

Bilangan jumper tidak ditetapkan berapa perlu menjadi jumper.


Kebiasaannya 2 atau 3orang jumper dalam satu-satu masa.

Pemain perlu mewujudkan jarak 1 meter ruang di antara pemain


bertahan dan pemain menyerang.

2.6 KESALAHAN KETIKA LINE OUT

Ball not straight, bola tidak dibaling dengan


lurus.HUKUMAN/PENALTI(SCRUM)

2.7 SCRUM

Peraturan Experimental Law Variation(ELV) diserap pakai ketika


SCRUM.

Pemain bertahan dan pemain menyerang perlu berada 5 meter dari


kaki terakhir pemain yang berada di dalam scrum.

Scrum memerlukan 3 orang pemain.(seperti ragbi 7/10 sebelah)

Scrum adalah semata-mata scrum, cuma perlu bind diantara kedua-


dua pasukan dan tidak perlu tolak diantara satu sama lain.
Bermakna yang memasukkan bola kedalam scrum akan meneruskan
permainan.
2.8 KAWASAN MELAKUKAN "TRY"

6 x 3 meter dibelakang garisan skor (line try), iaitu dibahagian tengah


kawasan skor.

Setiap skor bernilai satu 5 dan 7 mata.

2.9 OFFSIDE

Pemain yang dikenakan hukuman perlu balik 10 meter ke


belakang. Jika tidak, hukuman akan dikenakan iaitu tambahan 10
meter lagi ke belakang.

Garisan bayangan/offside adalah selari dengan pemain yang disentuh.

Ahli pasukan yang menyentuh pembawa bola(ball carier) perlu berada


5 meter dari kawasan pemain bola disentuh. Perkara ini perlu di ikut
setiap kali berlaku sentuhan.

You might also like