You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAHI

18000 KUALA KRAI, KELANTAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG KURIKULUM


BIL 2 TAHUN 2014

Tarikh : 8.4.2014 (Selasa)


Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Wawasan SMK Pahi
Pengerusi : Tn Hj Mohammad Najib b. Awang Kechik (Pengetua)
Kehadiran : 43 orang

Nama Yang Hadir:


Bil Ahli Jawatankuasa Jawatan
1 Tn Hj Mohammad Najib b. Awang Kechik Pengetua
2 En Md Rashid b. Mustafa PK Pentadbiran
3 Pn Mazlina Ishak Wakil PK HEM
4 Tn Hj Ahmad Thani b. Mohamad PK KO
5 En Mohd Basri b. Mohamed PK Ting 6
6 Pn Hjh Siti Hajar bt Ahmad GK Bahasa
7 En Rashid b. Mat Yasin GK Sains Sosial
8 Pn Hjh Asiah bt Jusoh GK Sains Matematik
9 Pn Norul Hiza bt Awang Kechik GK Teknik Vokasional
10 Pn Hjh Noraini bt Abu Bakar Setiausaha
11 Ustzh Zaina bt Mohamad Pen Setiausaha
12 En Zakaria b. Mohd Zain Kaunselor
13 Pn Ana Iliani bt Hussin Kaunselor
14 Pn Nasywa bt Zubir SU PBS/SU PT3
15 En Ahmadul Hadi b. Hassan SU Penilaian & Pentaksiran
16 En Aminuddin b. Mohamad (F) SU Kurikulum Ting 6/ /SU Kecemerlangan STPM
17 Pn Nor Asimah bt Killa SU Peperiksaan Dalaman PBSMR
18 Pn Tan Cu Lui SU Peperiksaan Dalaman SPM
19 Pn Juliawati bt Md Taib SU Kecemerlangan PBSMR
20 Pn Shahidah bt Ahmad SU Kecemerlangan SPM
21 En Sri Sivabalasundram a/l Krishnan GC Matematik/ SU Peperiksaan STPM
22 En Roduan b. Hassan SU Jadual Waktu
23 En Ubaidillah b. Mohamed SU PSS
24 Pn Azilawati bt Mohd Noor SU SPBT
25 Cik Hamidah bt Hashim SU Intervensi
26 Pn Rohaidayu bt Zulkifile KP ICT/Literasi Komputer/Penyelaras Bestari
27 Pn Rosnani bt Deraman KP B. Melayu
28 En Mohd Zaki b. Suliman KP B. Inggeris
29 Ustzh Shanorita bt Hassan KP B. Arab
30 Pn Hjh Nurazita bt Omar KP Sejarah
31 En Aminuddin b. Mohamed (G) KP Geografi
32 Pn Rasidah bt Ibrahim KP Sains Teras
33 Pn Ely Marlina bt Abd Rani KP Sains Tulen
34 En Zamri b. Che Dah KP Matematik
35 Ustzh Norliza bt Husin KP Pend Islam
36 Pn Saharmani bt Shamsuddin KP PJK
37 En Mohd Iqram b. Mansor KP KH

1
38 En Faizam b. Sulaiman KP MPV
39 Pn Zarina bt Baharuddin KP PA/Pd/EA
40 Pn Tan Bee Eng Pen SU HEM
41 Pn Hanita bt Isa Guru Subjek Tingkatan 5
42 Pn Hjh Syazlina bt Omar Guru Subjek Tingkatan 5
43 Pn Wan Roslina bt Samat Guru Subjek Ting 5

Tidak hadir:
Bil Nama Jawatan Sebab
1 Pn Lee Chiin KP Pend Moral Cuti sakit
2 En Mohd Rozafarin b. Mohd Noor KP Pend Seni Program AADK
3 Pn Ana Iliani bt Hussin Kaunselor Menghantar pelajar ke kem di
Bachok
4 Pn Intan Shareena bt Norhadi Penyelaras PKBP Mesyuarat di PPD
5 En Zulkarnie b. Mohd Noor Guru Subjek Ting 5
6 Ustzh Hjh Fuziah bt Mahmood Guru Subjek Ting 5 Cuti Rehat Khas
7 Ustz Dr Azmi b. Mohamad Guru Subjek Ting 5
8 Tn Hj Ali b. Mohamed Guru Subjek Ting 5
9 En Ahmad Azdhim b. Mohamed Guru Subjek Ting 5
10 Pn Nur Amalina bt Kamaludin Guru Subjek Ting 5
11 Pn Hanira bt Harun KP PSK Cuti Bersalin

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI (PENGETUA)


Pengerusi memulakan majlis dengan surah Al-Fatihah, memuji kebesaran Allah serta mengalu-
alukan kehadiran guru-guru. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah dan syabas atas
kesudian guru-guru hadir dan meluangkan masa ke mesyuarat ini. Beliau menegeskan
bahawa mesyuarat ini penting kerana melibatkan `core-business guru-guru demi kemenjadian
murid. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan guru-guru yang
bertungkus lumus dan berusaha gigih demi kemajuan para pelajar. Hasilnya dapat dilihat
dalam pencapaian PMR, SPM dan STPM. Beliau berharap pencapaian ini dapat dilonjakkan
pada tahun 2014 ini.
Makluman : Semua guru

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2014


En Rashid Mat Yassin mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disokong
oleh En Md Rashid b. Mustafa .
Makluman : Semua guru

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Dalam hal 7.5 mengenai papan kenyataan, PKP memohon kerjasama semua
Ketua Panitia terlibat untuk memenuhkan ruang masing-masing. Sekeping cermin papan
kenyataan yang pecah akan diganti.
Tindakan : KP berkenaan

3.2 Dalam hal 7.6, Tn Pengetua memaklumkan tidak bersetuju dengan cadangan
memindahkan bilik guru bersebelahan Bilik Rukunegara ke Bilik VIP.com. Beliau
meminta kerjasama guru-guru di bilik berkenaan untuk mengurangkan bunyi bising yang
boleh mengganggu PdP yang sedang berjalan di Bilik Rukunegara. Sementara itu PKP

2
memaklumkan bahawa Galeri Sejarah Sekolah sedang diuruskan. Beliau telah pun
mengedarkan senarai tugas guru-guru dan kerja berkaitan akan bermula minggu hadapan.
Bilik Sarana juga perlu diuruskan dengan baik. Urusan pemantauan diserahkan kepada
Guru Kanan Sains Sosial.
Tindakan : Guru Kanan Sains Sosial

4. POST-MORTEM SPM 2013


4.1 Post-mortem ini melibatkan guru-guru yang mengajar Tingkatan 5. Peratus lulus
merosot kerana terdapat 7 orang pelajar gagal Bahasa Melayu sedangkan pada tahun
2012 hanya 3 orang sahaja yang gagal. Dari aspek kecemerlangan, hanya seorang pelajar
mendapat 8A 1B+ sedangkan tiada seorang pun mendapat 8A pada 2012, GPS pula 5.4
berbanding pada 2012 ialah 4.93. Punca penurunan GPS adalah kerana kurang
kecemerlangan dalam subjek iaitu kurang pelajar mendapat A. Bilangan pelajar yang
mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah 57 orang dan Sejarah selama 47
orang.
Makluman : Semua guru

4.2 Bagi subjek yang tiada pelajar mendapat A seperti Pendidikan Seni Visual (PSV), Rekaan
dan Jahitan Pakaian (RJP) dan Seni Reka Tanda (SRT), usaha adalah perlu untuk
membantu pelajar mendapat markah yang tinggi dalam kerja kursus mereka. Begitu juga
dengan subjek Ekonomi Asas di mana tiada pelajar mendapat A sedangkan pada tahun
2012 terdapat 3 orang pelajar mendapat A. Oleh itu Tn Pengetua meminta guru pada
tahun ini membantu pelajar-pelajar berkenaan untuk mendapat A.
Tindakan : Guru mata pelajaran berkenaan

4.3 Seterusnya Tn Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru mata pelajaran yang
lulus 100% iaitu Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Fizik, Biologi, ICT, RJP dan
SRT.
Makluman : Semua guru

4.4 Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) juga turun kerana GPS turun. Guru-guru
dinasihatkan supaya berusaha agar GPMP bertambah baik. Semuanya bergantung kepada
guru-guru bermula dari Guru Kanan, Panitia seterusnya guru subjek. Tn
Pengetua memberi contoh pelajar cemerlang Muhammad Aiman sedangkan beliau tidak
pun mendapat 8A semasa PMR.
Tindakan: Semua guru

4.5 PKP menyarankan guru-guru mengkaji kekuatan dan kelemahan guru dan murid. Untuk
berjaya, minat, usaha dan kerajinan melajar mestilah tinggi. Sebilangan pelajar tidak hadir
dalam program yang membincangkan soalan ramalan sedangkan jika mereka hadir dan
memberi perhatian serius, mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah.
Tindakan : Semua guru

4.6 En Rashid Mat Yasin mencadangkan diadakan program Muzakarah Berfokus dengan
tetamu luar secara berkala. Contohnya diadakan sebulan sekali yang melibatkan 10 orang
pelajar. Jika pelajar tidak hadir, tindakan akan diambil. Sekolah sebagai contoh mungkin
boleh menjemput Ketua Polis Daerah atau orang lain untuk mengadakan program
Intervensi Motivasi. En Zakaria diminta mengambil tindakan.

3
Tindakan : En Zakaria/Kaunselor

4.7 Pada cuti sekolah yang lepas, tiada kelas tambahan dibuat walau pun ada pemantauan dari
PPD. Namun ada guru yang menjalankannya secara persendirian.
Makluman : Semua guru

4.8 Mata pelajaran Matematik Tambahan telah berjaya meningkatkan peratus lulus iaitu
sebanyak 70% dalam PKBS 1. Pada tahun ini En Sri Sivabalasundram menyasarkan
kelulusan 100%.
Makluman : Semua guru

4.9 Sementara itu Pn Ely Marlina memaklumkan tentang pelajar 5A1 yang tidak hadir
semasa eksperimen dijalankan. Beliau berharap sesuatu tindakan dapat diambil. Oleh itu
dicadangkan supaya guru kelas fokus kepada 5 orang pelajar yang kerap tidak hadir. Tn
Pengetua mahu Program Mesej Ayahbonda di mulakan untuk tahun ini kerana sebelum ini
ia memberi kesan positif.
Tindakan : PKP dan Guru Kelas

4.10 Tn Pengetua membuat rumusan untuk post-mortem ini:


1. Setiap yang bernama pemimpin mesti boleh lakukan perubahan kepada organisasi
yang dipimpinnya. Setiap yang bernama guru pasti ada kehebatannya, pasti seorang
yang berhemah, penyayang, cakna, tahu bidang tugas dan mampu mendidik. Setiap
yang bernama murid mesti boleh belajar dan boleh diajar walau pun awalnya buta
kayu kerana kita dilahirkan tanpa tahu apa-apa.
2. Guru jika tidak boleh menjaga cermin nako yang tidak bergerak, bagaimana boleh
menjaga manusia yang mempunyai berbagai pemikiran.
3. Kajian Pengarah, pelajar tidak minat belajar 40% daripadanya kerana PdP guru
lemah dan tidak menarik.
4. Mengikut kajian, 40% daripada guru dan pemimpin adalah tidak berkualiti. Oleh itu
kini pengambilan guru dan pengetua dibuat secara teliti.
5. Jika guru dan pemimpin berkualiti, sudah pasti hasilkan pendidikan berkualiti dan
pelajar berkualiti.
Makluman : Semua guru

5. POST-MORTEM PKBS 1 2014


5.1 Tingkatan 4
5.1.1 Pelajar berpotensi kerana ramai yang lulus. Peratus lulus masih berdasarkan mata
pelajaran Bahasa Melayu sahaja. Pelajar yang lulus mata pelajaran Sejarah adalah
sebanyak 67% tapi perlu diambil kira juga pelajar yang gagal silang. NGP adalah
6.57. Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan GPMP setiap guru. Matematik
paling rendah pencapaian dengan peratus l;ulus 3.2% dan NGP 8.32.
Tindakan : Semua guru Ting 4
5.2 Tingkatan 5
5.2.1 Tn Pengetua mengucapkan tahniah kerana terdapat seorang pelajar yang mendapat
8A iaitu Salman. Pelajar yang tiada gred D dan E boleh dijadikan 6 pelajar target
teratas.
Tindakan : SU Kecemerlangan SPM

4
5.2.2 Program Teacher On Call (TOC) telah bermula pada 6hb April 2014 yang lalu.
Program Asakan Minda akan bermula pada 13hb April 2014. Kehadiran pelajar
mesti direkod dan yang tidak hadir diambil tindakan. Maklumat pelajar untuk
Program Top 5 telah pun ditampal untuk makluman semua.
Makluman : Semua guru

5.2.3 GPS bagi Tingkatan 5 ini adalah 5.36, oleh itu guru-guru mesti memastikan GPS,
NGP dan peratus lulus semua mata pelajaran meningkat. Pastikan juga peratus
pelajar gagal turun.
Tindakan : Semua guru mata pelajaran

6. PENGURUSAN KURIKULUM
6.1 Pengurusan Panitia
6.1.1 Fail Panitia
Tn Pengetua mengingatkan panitia supaya mengadakan mesyuarat. Pastikan tugas
masing-masing dilaksanakan dan minit mesyuarat difailkan dalam 3 salinan dan
satu salinan diserahkan kepada PSS. Post-mortem PKBS 1 juga hendaklah dibuat
terutama untuk membincangkan perancangan untuk Tingkatan 4 dan 5.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

6.1.2 Jadual Penggubalan Soalan 2014


Tn Pengetua meminta Ketua Panitia menyediakan jadual Penggubalan Soalan
untuk peperikisaan bulan Mei.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

6.1.3 Buku Pengurusan Panitia


Semua KP diminta menyiapkan Buku Pengurusan Panitia masing-masing dan
menyerahkannya kepada PKP untuk direkod.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia

6.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


6.2.1 Guru-guru dinasihatkan melaksanakan PdP dan `relief. Tn Pengetua
memaklumkan Ustaz Azmi akan berpindah mulai Ahad. Majlis perpisahan untuk
beliau akan diadakan pada hari Khamis dengan juamuan makan tengahari.
Penyelaras Tingkatan 2, Pn Tan Bee Eng diminta mengambil alih kelas 2A3.
Makluman : Semua guru

6.2.2 Pn Ely Marlina berpandangan jadual penggunaan makmal sains mesti mengutama
subjek Biologi, Fizik dan Kimia memandangkan ujian amali akan diadakan semula.
Tindakan : SU Jadual Waktu

6.2.3 Tn Pengetua menegaskan guru mesti mengajar dan murid belajar. PKP
memaklumkan faham kelas hujung sukar dikawal namun guru-guru haruslah
berusaha sebaik mungkin.
Tindakan : Semua guru

6.2.4 En Faizam memaklumkan ada pelajar 5V1 yang mengambil mata pelajaran PSV
untuk SPM. PKP menegaskan pendaftaran untuk menduduki subjek SPM dibuat

5
oleh SU SPM namun ada pelajar yang mengambil sendiri mata pelajaran lain.
Contohnya pada 2013 terdapat seorang pelajar 5A1 mengambil mata pelajaran
PSV tapi tercicir kerana tidak menyiapkan kerja kursus. Tn Pengetua menegaskan
guru perlu meminta kebenaran beliau untuk mendaftar pelajar bagi subjek yang
tidak ditawarkan dalam pakej. Tn Pengetua akan membincangkan hal ini dengan
En Ahmadul Hadi dan En Mohd Rozafarin. Pn Rohaidayu turut
memaklumkan terdapt seorang pelajar ICT yang tidak mencapai kompetensi untuk
subjek berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja kursus.
Tindakan : Guru-guru berkenaan

6.2.5 Ketua Panitia perlu bersiap sedia untuk membuat Perancangan Strategik Panitia
pada tahun hadapan kerana perancangan yang ada adalah bagi tempoh 2010
hingga 2014 sahaja.
Tindakan : Guru Kanan dan Ketua Panitia

6.2.6 PKP diminta menerangkan mengenai Professional Learning Community (PLC)


yang akan dijalankan sebagai LDP pada 14hb atau 19hb April 2014.
Tindakan : SU LDP dan PKP

6.3 Pengurusan Peperiksaan Dalaman dan Awam 2014


6.3.1 Peperiksaan Dalaman
Pn Tan Cu Lui memaklumkan peperiksaan untuk Tingkatan 4 dan 5 akan
bermula pada 4hb Mei. En Sri Sivabalasundram mencadangkan peperiksaan
dilewatkan kerana Ujian Bulanan Mac baru sahaja berakhir dan silibus yang
diajar hanya bertambah sedikit sahaja. PKP memaklumkan markah SAPS perlu
dimasukkan awal, oleh itu peperiksaan perlu diadakan awal. Pn Tan Cu Lui
seterusnya mencadangkan peperiksaan dibuat 11 hari sebelum cuti yang bermula
pada 23hb Mei. Bilangan hari tidak boleh dipendekkan kerana banyak subjek
elektif. Tn Pengetua mencadangkan peperiksaan untuk subjek elektif dibuat
hampir dengan waktu balik untuk mengelakkan pelajar mengambil kesempatan
pulang awal atau menimbulkan masalah disiplin memandangkan bilangan pelajar
yang terlibat adalah sedikit.
Tindakan : SU Peperiksaan SPM

6.3.2 Guru-guru perlu menyediakan 2 pelaporan untuk 2 peperiksaan dalaman yang


akan diadakan.
Tindakan : Guru Tingkatan

6.3.2 Jadual peperiksaan untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 akan disediakan oleh


Pn Nor Asimah.
Tindakan : Pn Nor Asimah

6.3.3 Penataran untuk PT3 akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 6hb April 2014.
Makluman : Semua guru

6.3.4 Tn Pengetua memaklumkan Guru Kanan perlu `download DSP yang telah ditukar
kepada Pandu7an Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
Tindakan : Guru-guru Kanan

6
6.4 Pelaksanaan dan Penilaian Program-program Kecemerlangan
6.4.1 Mesyuarat untuk program-program kecemerlangan SPM telah pun dibuat.
Program-program tersebut akan diteruskan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak
pentadbir dan pemantau yang dilantik. Maklumat mesyuarat perlu disampaiakan
kepada semua Ketua Panitia untuk makluman.
Tindakan : SU Kecemerlangan SPM

6.4.2 Program bagi PMR akan memberi tumpuan kepada 7 mata pelajaran bertulis.
Jadual untuk program Teacher On Call (TOC) akan disediakan dan diedarkan.
Tindakan : SU Kecemerlangan PMR

6.4.3 PKP mohon dibuat kertas kerja untuk Kelas Dhuha bagi Bahasa Arab.
Tindakan : KP Bahasa Arab

6.5 Pencerapan guru


6.5.1 Pencerapan akan bermula pada bulam Feb. Jadual akan diedarkan kepada guru-
guru. Pencerap mesti cop pada Buku Persediaan Mengajar/fail/folio guru yang
dicerap. PdP mesti menerapkan nilai KBAT/i-Think.
Makluman : Semua guru

6.6 Penyemakkan Buku Latihan Pelajar


6.6.1 Semua guru perlu menyemak dan memulangkan buku latihan pelajar yang
dianggap eviden dalam PBS. Latihan yang diberikan dalam bentuk edaran perlu
difailkan sebagai eviden. Jadual penyemakan tersebut akan diedarkan oleh KP
masing-masing.
Tindakan : Semua guru dan Ketua Panitia

7. PENGURUSAN SAPS/HC3
7.1 PKP memaklumkan ada tempoh untuk memasukan markah. Untuk SAPS, guru-guru
perlu menambah 5 markah bagi tujuan penyelarasan. Pn Tan Cu Lui memaklumkan
bahawa HC123 menggunakan sarung 2011. Sekarang beliau dalam proses
memasukkan nama pelajar.
Makluman : Semua guru

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Pn Rohaidayau memaklumkan Pendidikan Khas ada subjek Teknologi Maklumat.
Beliau akan berbincang dengan Penyelaras PKBP. Mata pelajaran Bahasa Inggeris juga
menggunakan Makmal Komputer atas tempahan.
Tindakan : Pn Rohaidayu dan Penyelaras PKBP

8.2 PKP memaklumkan pengurusan eviden untuk PBS hendaklah dirujuk pada Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Semua guru perlu `download untuk tahu.
Semua eviden perlu disimpan dengan baik.

7
Makluman : Semua guru

8.3 Pn Tan Cu Lui memaklumkan tempoh peperiksaan untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 adalah
selama 2 jam bagi 7 subjek utama, ditambah dengan matapelajaran Bahasa Arab, Sejarah
dan Geografi. Guru-guru diminta berbincang di dalam mesyuarat panitia masing-masing
tentang tempoh dan bentuk serta bilangan soalan yang akan dibuat bagi subjek berkenaan.
Tindakan : Panita berkenaan

Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.55 ptg dengan bacaan tasbih Kifarah dan surah al-Ashr.

Disediakan oleh Disemak oleh

............................................................... .............................................................................
(PN HJH NORAINI BT ABU BAKAR) (TN HJ MOHAMMAD NAJIB AWANG KECHIK)
Setiausaha J/K Perancang Kurikulum Pengetua
SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan.

You might also like