You are on page 1of 2

CARA MEMBENTUK INSTRUMEN PENILAIAN

Pelajar sekalian, kalau mendapat instrumen yang sesuai dari punca lain memang bagus.
Tetapi bab 9 ini telah pun menyediakan kriteria penilaian. Oleh sebab itu, saya mengcadangkan
cara pembentukan instrumen tugasn anda seperti berikut:

1. Jadual di atas adalah sebahgian yang dipetik dari Modul OUM anda di dalam Bab 9.
2. Kriteria penilaian sematif pertama yang diminta oleh tugasn anda ialah ISI
KANDUANGAN. Terdapat 3 indikator Isi Kandungan, iaitu Ketepatan, Kesesuaian, Skop.
Maka, soal selidik anda mesti mempunyai 3 bahagian dalam kriteria ini.
3. Anda akan membentuk soalan (item) untuk setiap indikator mengikut keterangan yang
diberikan oleh OUM ini. Contoh, untuk indikator Ketepatan, anda akan membentuk 7
soalan mengikut keterangan. Mengapa 7 bukannya 5, kerana ayat soal selidik tidak elok
digabungkan isinya. Dalam ketarangan terakhir, Penggunaan bahasa yang betul dari
segi NAHU, EJAAN dan STRUKTUR AYAT. Mempunyai 3 perkara. Kalau disatukan,
maka, responden kita akan keliru semasa jawab. Kalau nahu dan ejaan baik tetapi
struktur ayatnya kurang baik. Bagaimaan menilainya. Oleh sebab itu, kita asingkan
setiap satu dalam ayatnya masing-masing. Begitu juga untuk yang lain.
4. Bentuk ayat anda akan seperti berikut, perisian yang dipilih bebas dari kesilapan dan
sebagainya.
5. Anda boleh membentuk dengan menggunakan skala likert, dan saya cadangkan skala
likert 4, iaitu 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju, 4=sangat setuju.
6. Ada juag yang cadangkan YA/TIDAK. Boleh juga.
7. Kemudian anda akan menilai dengan jumlahkan setiap satu dan bentangkan dalam
bentuk peratusan. Untuk yang masih, boleh juga menggunakan SKor Min dan SD.
8. Dalam perbincangan , anda perlu pindahkan jadual analisis ke dalam graf atau carta bar
mengikut kritiviti masing-masing.
9. Berikut juga untuk kriteria Aspek Teknikal.
10. Boleh juga disediakan satu bahagian yang mengemukan soalan terbuka untuk
responden memberi maklumbalas dari segi cadangan penggunaan/cadangan
strategi/cadangan aktiviti.........

Selamat kajian.............................

You might also like