You are on page 1of 18

1.

0 Pengenalan

Menurut Suruhanjaya Teknologi Pengajaran USA, maksud teknologi


pendidikan adalah cara yang sistematik bagi mereka untuk membentuk, melaksana
dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pemudahcara dari segi objektif
khusus, berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi
dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa
kepada pengajaran yang lebih kesan.

Menurut Sharifah Maimunah (2003) dalam kata-kata alauannya di dalam


sukatan pelajaran matematik sekolah menengah. Bermula dari tahun 2003, mata
pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam Bahasa Inggeris. Dengan adanya
teknologi maklumat, ia memberikan satu kelebihan kepada murid mendalami ilmu
pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut
dari pelbagai sumber yang mana kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.

Teknologi pendidikan merupakan satu keperluan pada masa kini. Ini


disebabkan oleh zaman ini merupakan zaman yang berteknologi. Teknologi sekarang
adalah umum kepada manusia, setiap orang ataupun kediaman mesti mempunyai
sekurang-kurangnya sebuah komputer dan smartphone. Jika zaman dahulu,
seseorang yang mempunyai peralatan teknologi tersebut akan dilabelkan sebagai
orang kaya. Kegunaan peralatan teknologi ini sememangnya memberikan banyak
faedah kepada pengguna terutamanya para pelajar untuk memudahkan mereka
mencari maklumat dan lain-lain.

Menurut kajian Fify Farisa, Norhayati Osman dan Siti Zamriah di dalam
artikel mereka, kemantapan dan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan
untuk mengaplikasikanya sesuai dengan objektif pembelajaran.

Teknologi dalam pendidikan dalam kurikulum melibatkan tiga peranan


penting, iaitu pembelajaran tentang teknologi, penggunaan teknologi dalam
memproses maklumat dan penggunaan teknologi untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, aplikasi yang disebut Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan satu cabang daripada penggunaan
teknologi untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, kewujudan

1
konsep ini telah membawa kepada peranan pengajaran yang melampaui bilik darjah
biasa dan meningkatkan kuali pengajaran ke arah akses kendiri, terarah murid, dan
mengikut kadar pembelajaran individu.

Vijaya Kumaran K.K Nair (1996) menyatakan bahawa multimedia sebagai


gabungan teknologi bunyi, audio, grafik berbentuk statik, animasi dan tayangan video.
Penggunaan teknologi multimedia bukanlah bererti bertujuan menggantikan peranan
guru terus ke tahap fasilitator. Menurut beliau lagi multimedia mewujudkan satu
situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan kerana murid akan
mengingati 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% dari apa yang mereka lihat dan
dengar dan 60% ke 70% daripada apa yang mereka interaksi.

Pada tahun 1993, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer telah


diwujudkan supaya sekolah boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan kaedah perisian di dalam bilik darjah atau di dalam makmal
komputer. Penggunaan multimedia yang melibatkan komputer sangat meluas
digunakan pada masa kini kerana penggunaan pembelajaran menggunakan komputer
dapat mendatangkan minat serta kesan posited berbanding dengan pembelajaran yang
menggunakan kaedah tradisional.

Berdasarkan teknologi yang mengembang, kini smartphone telah biasa di


kalangan murid dan murid lagi fasih menggunakan perisian tersebut berbanding
dengan guru. Jadi, kita sebagai guru juga haruslah mengikuti perkembangan teknologi
ini, menggunakan perisian tersebut yang menggunakan sistem android dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ini. Dengan ini, adalah
dicadangkan murid menggunakan tablet dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Ini disebabkan oleh tablet mempunyai skrin yang lebih besar
berbanding dengan smartphone. Ini adalah dari segi kesihatan penglihatan murid
supaya penglihatan mereka tidak akan dijejaskan dengan melihat skrin yang besar.

Tujuan kajian tersebut adalah keberkesanan penggunaan perisian multimedia


di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Soal
selidik akan dibuat di kalangan guru terhadap pandangan mereka kepada
keberkesanan penggunaan perisian multimedia terhadap murid mereka.

2
1.1 Skop Kajian

Perisian multimedia ini, CERI digunakan untuk mata pelajaran Bahasa


Malaysia dalam bidang membaca. Perisian ini adalah sebuah aplikasi yang
menghadirkan begitu banyak cerita rakyat Indonesia untuk murid. CERI adalah
singkatan dari Cerita Anak Interaktif ini bukan sahaja dibuat untuk menghadirkan
cerita-cerita asli Indonesia, namun juga dilengkapi dengan pelbagai permainan yang
interaktif dan mendidik serta membekali murid dengan keahlian-keahlian dasar yang
sangat penting untuk kehidupan. Aplikasi ini akan membuat murid tertarik untuk
membaca dan bahkan mendorong murid yang belum lancar membaca untuk terus
mencuba membaca dan berlatih tanpa latih. Ia lebih kurang berfungsi sebagai animasi
yang ditonton dalam televisyen. Cerita-cerita rakya yang bias dibaca dan dinikmati
oleh murid dan mendidik mereka dengan nilai-nilai moral yang luhur.

Gambar 1: Salah satu perisian daripada CERI

3
2.0 Kajian Ilmiah

Pada peringkat permulaan, penggunaan komputer bagi membantu proses


pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan teori-teori pembelajaran yang
dikeluarkan oleh ahli-ahli psikologi tingkah laku B.F.Skinner dan Pavlov. Pada masa
itu, komputer digunakan bagi membekalkan proses pembelajaran berbentuk latihtubi
ke atas objektif pembelajaran yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bentuk ini berdasarkan konsep berkaintan antara stimulus respond yang hangat
diperjuangkan itu. Interaksi berbentuk stimulus respond iaitu antara murid dengan
teknologi adalah satu paradigm yang dominan pada peringkat permulaan ( Becker dan
Hativa, 1994). Di sebelah tangan, pembinaan perisian multimedia atau laman web
pada peringkat awal memfokuskan kepada perbungan antara stimulus dan respond
bagi memastikan proses pembelajaran berlaku.

Penggunaan multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa, yang


memperlihatkan murid pintar akan menemui dan menjelajah tahap yang diajar oleh
guru melalui kaedah biasa. Guru berfungsi sebagai pembimbing sepanjang
pembelajarannya dan bukannya sebagai pembekal. Teras kepada proses pengajaran
dan pembelajaran adalah murid dan bukannya guru. Penggunaan perisian multimedia
di dalam pendidikan adalah satu alternative dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh
itu, perisian ini dapat memperkaya proses pembelajaran dan menarik minat murid
untuk belajar. Menurut Rozinah, 2002, ia bukan bermatlamat untuk menggantikan
guru seperti kaedah pengajaran yang berasakan guru seperti dalam kaedah biasa.

2.1 Kajian Lepas

Membaca-faham boleh dibantu menerusi multimedia kerana bahan


dipersembahkan bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk visual
(input visual) atau audiotori (input verbal) atau kombinasi antara keduanya.
Hubungan di antara teks dan imej sebagai elemen dalam proses membaca yang
diketengahkan oleh teori dual koding (Paivio, 1986) memberi penjelasan bahawa
kanak-kanak yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran, iaitu melalui visual dan
verbal akan dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Kanak-kanak yang diberi

4
peluang membina makna apa yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Namun demikian menurut Weinstein dan Mayer (1986) dan Carreker (2002) kanak-
kanak tidak berupaya secara efektif menghasilkan gamabran visual jika tidak dibantu
oleh guru menerusi galakkan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.

Strategi pembelajaran IEPC (Wood, 2001) adalah gabunggan penggunaan


imagery (I), elaborate (E), predict (P) dan confirm (C) untuk memperbaiki kefahaman
membaca. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan gambaran
visual sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan dapat meningkatkan
kefahaman (Douville, 1999; Fillmer & Parkay, 1990; Gambrell & Bales, 1986; Peter
& Levin, 1986; Perssley, 1977; Sadoski, Paivio & Paivio, 2001; Williams, Konopak,
Wood & Avett, 1992). Sementara itu elaborate pula dapat membentuk kefahaman
apabila kanak-kanak membuat penghuraian atau pengubahsuaian secara verbal
semasa membaca teks. Ianya merupakan satu latihan bagi membentuk hubungan di
antara maklumat lalu dan maklumat baru menerusi imageri, visualisasi, analogi atau
deskripsi (Hartman & Allison, 1996; Roser & Martinez, 1995). Proses meramal
(prediction) merupakan keupayaan meneka atau menjangka apa yang akan berlaku
dalam bahan bacaan yang dipilih, didengar atau digambarkan. Proses ini akan dapat
meningkatkan kefahaman dan memupuk pembentukan imaginasi(Cooper, 2000).
Confirm atau pengesahan membenarkan kanak-kanak membandingkan ramalan yang
dibuat atau memperbaiki ramalan mereka.

Model sistem reka bentuk pengajaran ADDIE (Gordon dan Zemke, 2000)
digunakan untuk membangun perisian membaca. ADDIE adalah singkatan daripada
Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan),
Implementation (perlaksanaan) dan Evaluation (terdapat 2 bentuk penilaian iaitu E1:
penilaian formatif dan E2: penilaian sumatif). Model ADDIE merupakan asas kepada
model-model reka bentuk yang lain (ibid). Kebanyakan model-model reka bentuk
pengajaran yang ada adalah mengambil elemen yang terdapat dalam model reka
bentuk pengajaran ADDIE contohnya model Dick and Carey.

5
Kenal pasti masalah membaca:
A 1. Penguasaan awal membaca
2. Ciri-ciri atau elemen kognitif yang
ada dalam pelajar yang boleh
membaca-faham
3. Kaedah pengajaran membaca sedia
guna
D Kognitif-Konstruktivisme + Model membaca Interaktif (Rumelhart, 1977)

Teori Pengkodan Dedua (Pavio, 1986)


D
Input Visual Input Verbal

Teks Naratif
Gambar Arahan
Klip video Cue
Animasi Muzik
I
Strategi Pembelajaran IEPC (Wood, 2001) + Visual Imageri

E1 Imagine Elaborate Predict Confirm

Rajah 1: Kerangka Teori

6
3.0 Methodologi

Salah satu instrument penilaian yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan
soal selidik. Menurut Majid(2000), penggunaan borang soal selidit dapat
meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden
kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.

Soalan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina oleh penyelidik
sendiri. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A adalah
mengandungi item yang berkaitan tentang latar belakang guru, seperti jantina,
kaum ,dan pengalaman menggunakan teknologi dalam pendidikan. Bahagian B pula
mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
perlaksanaan secara berkesan penggunaan perisian multimedia. Terdapat 8 soalan
yang perlu dijawab oleh para guru dalam bahagian B ini. Skala likert yang
mengandungi lima pilihan digunakan bagi membantu guru menyatakan tahap
persetujuan terhadap setiap item yang dikemukakan. Skala Likert adalah difikirkan
sesuai kerana ia merupakan pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan
dan kesahan yang tinggi.

Skor Nilai Skor


Sangat Tidak Bersetuju (STS) 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
Jadual 1: Format Skala Likert

Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrument utama kajian ini.
Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari SJK Chung Hua
Simanggang di daerah Sri Aman. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
berbentuk deskriptif dan kuantitatif.

Daripada 70 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 63 (90%) borang


soal selidik telah dikembalikan. Sebanyak tiga borang soal selidik telah ditolah oleh
pengkaji kerana didapati tidak lengkap, menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 60.

7
Bagi menganalisis data yang diperolehi daripada responden melalui soal selidik,
Microsoft Excel telah digunakan untuk membina pie chart.

8
4.0 Dapatan Kajian

Perkara Jumlah guru yang memilih skala


1 2 3 4 5
1. Penggunaan Perisian Multimedia menarik - - 5 15 40
minat murid untuk belajar.
2. Penggunaan Perisian Multimedia - - - 17 43
membantu PdP anda lebih berkesan.
3. Penggunaan Perisian Multimedia 10 5 15 10 20
memudahkan perancangan PdP anda.
4. Penggunaan Perisian Multimedia 30 20 5 5 -
membebankan anda dari segi kewangan,
masa dan tenaga.
5. Penggunaan Perisian Multimedia tidak - - 5 25 30
semestinya sesuai kepada pengguna
smartphone.
6. Penggunaan Perisian Multimedia akan - - 3 7 50
menyebabkan murid lebih interaktif dan
aktif dalam perbincangan.
7. Penggunaan Perisian Multimedia - - 3 7 50
merangsangkan deria murid.
8. Semasa dalam PdP, murid akan 20 10 5 5 20
kehilangan tumpuan disebabkan oleh
penggunaan perisian Multimedia.
Jadual 2: Rumusan Soal Selidik

9
5.0 Perbincangan

1. Penggunaan Perisian Multimedia


menarik minat murid untuk belajar.
0% 0%

8%
1
2
25%
3
4
67%
5

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 67% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia menarik minat murid untuk belajar. Manakala 25%
setuju dan 8% tidak pasti. Dengan ini, kebanyakan guru bersetuju penggunaan
perisian multimedia ini menarik minat murid untuk belajar. Sekiranya, murid
mempunyai minat untuk belajar, maka seluruh tumpuan murid akan 100% dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tiada seorang guru pun tidak bersetuju bahawa perisian
multimedia ini menarik minat untuk belajar. Jadi, selepas guru menggunakan perisian
multimedia sebagai bahan bantu murid, tiada pun masalah kawalan kelas sebab
kebanyakkan murid tumpu perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Penggunaan Perisian Multimedia


membantu PdP anda lebih berkesan.
0% 0%

1
28%
2
3
4
72%
5

10
Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 72% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia membantu pengajaran dan pembelajaran para guru
dengan lebih berkesan. Manakala 28% setuju penggunaan perisian Multimedia
membantu pengajaran dan pembelajaran para guru dengan lebih berkesan. Di sini
mendapati bahawa semua guru setuju bahawa penggunaan perisian Multimedia sangat
berkesan dalam PdP. Ini disebabkan oleh penggunaan perisian multimedia telah
menarik minat murid. Murid lebih menumpukan perhatian dalam PdP. Secara
langsung, ini menyebabkan PdP guru lebih berkesan dan akan mencapai objektif
pembelajaran dengan lebih mudah berbanding dengan pengajaran tradisional.
Penggunaan perisian Multimedia merangsangkan murid. Murid dapat belajar dengan
visual dan audio. Murid dapat belajar dengan lebih aktif.

3. Penggunaan Perisian Multimedia


memudahkan perancangan PdP anda.

17% 1
33% 2
8%
3
4
25% 5
17%

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 33% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia memudahkan perancangan PdP guru. Manakala 17%
setuju, 25% tidak pasti, 8% tidak setuju dan 17% sangat tidak setuju. Perbezaan ini
amat besar disebabkan oleh pengalaman penggunaan perisian multimedia atau
komputer guru. Kalau guru mahir dalam penggunaan teknologi, maka ia tidak
membebankan guru dan guru dapat mengaplikasikan sistem tersebut dalam PdP
dengan sangat mudah. Di sebelah tangan, kalau guru tidak mahir dalam penggunaan
teknologi, maka ia amat membebankan guru sebab guru mungkin akan menghadapi
masalah dalam pengoperasian perisian tersebut semasa PdP.

11
4. Penggunaan Perisian Multimedia
membebankan anda dari segi
kewangan, masa dan tenaga.
0%

8% 1
8%
2
50% 3

34% 4
5

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 50% sangat tidak setuju
bahawa penggunaan perisian Multimedia membebankan guru dari segi kewangan,
masa dan tenaga guru. Manakala 34% tidak setuju, 8% tidak pasti, dan 8% setuju.
Penggunaan smartphone, tablet atau komputer adalah biasa di kalangan guru. Semua
guru mesti mempunyai salah satu daripada mereka. Walaupun semua guru
mempunyai alat komunikasi tersebut, tidak bermakna guru mahir dalam penggunaan
teknologi tersebut.kalau guru tidak mahir dalam penggunaan teknologi, maka ia amat
membebankan guru sebab guru mungkin akan menghadapi masalah dalam
pengoperasian perisian tersebut semasa PdP. Ia akan membazirkan masa PdP sebab
guru mungkin perlu mencari pakar untuk membantu beliau untuk menyelesaikan
masalahnya. Dalam jangka masa panjang, beliau mungkin akan kembali kepada
pengajaran tradisional.

Selain itu, sesetengah aplikasi memerlukan bayaran. Jikalau guru tercari


aplikasi yang sesuai untuk bahan bantu murid, mereka terpaksa membeli dengan
jangka masa yang tertentu. Sebagai contoh, guru membeli aplikasi tersebut dan hanya
boleh menggunakan selama setengah tahun atau setahun. Di samping itu, sesetengah
aplikasi adalah percuma tetapi bukan untuk versi penuh. Sesetengah fungsi aplikasi
tidak dapat digunakan. Maka, beban kewangan guru amat membebankan dari segi ini.

12
5. Penggunaan Perisian Multimedia
tidak semestinya sesuai kepada
pengguna smartphone.
0% 0%
8% 1
2
50% 3
42% 4
5

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 50% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia tidak semestinya sesuai kepada pengguna
smartphone. Manakala 42% setuju, dan 8% tidak pasti. Ini disebabkan oleh sistem
smartphone terdiri daripada dua jenis, iaitu Android dan IOS. Aplikasi Android tidak
dapat digunakan dalam sistem IOS, dan aplikasi IOS tidak dapat digunakan dalam
sistem Android. Sekiranya, aplikasi tersebut ditulis semula program dan dapat dibaca
dalam sistem masing-masing, maka aplikasi tersebut boleh digunakan.

Ini amat membingungkan guru. Sesetengah guru mendapati bahawa aplikasi


Android amat sesuai dalam PdP mereka. Tetapi, mereka menggunakan smartphone
bersistem IOS, dan mereka tidak dapat mencari aplikasi tersebut dalam smartphone
mereka. Maka, mereka tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut. Kalau mereka
masih ingin menggunakan aplikasi Android tersebut, maka mereka terpaksa membeli
sebuah smartphone bersistem Android.

13
6. Penggunaan Perisian Multimedia
akan menyebabkan murid lebih
interaktif dan aktif dalam
perbincangan.
0% 0% 5%
12% 1
2
3

83% 4
5

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 83% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia akan menyebabkan murid lebih interaktif dan aktif
dalam perbincangan. Manakala 12% setuju dan 5% tidak pasti. Disebabkan oleh
penggunaan perisian Multimedia, murid dapat mendengar, melihat dan menyentuh
dalam PdP. Murid dapat mendengar dan melihat sebuah cerita dalam tablet masing-
masing. Ini dapat menyebabkan mereka lebih memahami cerita tersebut melalui
animasi, suara, intonasi dan gambar cerita tersebut.

Selepas sebuah cerita, murid dapat membincangkan cerita tersebut dengan


rakan sebaya mereka. Disebabkan oleh mereka memahami plot cerita tersebut, mereka
mengetahui watak-watak, perjalanan cerita, ilmu cerita, dan nilai-nilai murni dalam
cerita. Dengan ini, sebagai seorang pemudahcara, guru hanya membimbingkan murid
untuk menggunakan tablet dan menyaksikan cerita tersebut. Muncul pembelajaran
berpusatkan murid. Murid akan lebih seronok sebab mereka dapat membincangkan
plot cerita dan mempunyai pandangan masing-masing yang berbeza.

14
7. Penggunaan Perisian Multimedia
merangsangkan deria murid.
0% 0%

5%
12% 1
2
3
4
83% 5

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 83% sangat setuju bahawa
penggunaan perisian Multimedia merangsangkan deria murid. Manakala 12% setuju
dan 5% tidak pasti Disebabkan oleh penggunaan perisian Multimedia, murid dapat
mendengar, melihat dan menyentuh dalam PdP. Murid dapat mendengar dan melihat
sebuah cerita dalam tablet masing-masing. Ini dapat menyebabkan mereka lebih
memahami cerita tersebut melalui animasi, suara, intonasi dan gambar cerita tersebut.

Penggunaan perisian Multimedia bukan sahaja membantu murid memahami


cerita, ia juga membantu guru sebagai instrument penilaian kepada murid. Murid
boleh menjawab soalan melalui menyentuh skrin tablet masing-masing. Ini amat
merangsangkan deria mereka dan lebih membantu mereka dalam pembelajaran
mereka. Proses menjawab melalui tablet, mereka akan berasa seronok apabila mereka
berjaya menjawab soalan tersebut kerana sekiranya berjaya akan munculnya suara
tepuk tangan atau kegembiraan.

15
8. Semasa dalam PdP, murid akan
kehilangan tumpuan disebabkan oleh
penggunaan perisian Multimedia.

1
33% 34% 2
3
4
8%
17% 5
8%

Daripada pie chart di atas, daripada 60 orang guru, 33% sangat setuju bahawa
semasa dalam PdP, murid akan kehilangan tumpuan disebabkan oleh penggunaan
perisian Multimedia. Manakala 8% setuju, 8% tidak pasti, 17% tidak setuju dan 34%
sangat tidak setuju. Ini adalah disebabkan oleh latar belakang murid. Murid datang
daripada latar belakang yang berbeza. Ada yang datang dari keluarga yang berada,
ada yang datang dari keluarga yang sederhana dan ada yang datang dari keluarga yang
miskin.

Jadi, ini akan menyebabkan murid sama ada mereka mempunyai pengalaman
terhadap teknologi. Jikalau mereka mempunyai pengalaman terhadap teknologi,
ataupun mahir dalam penggunaan teknologi, mereka menggunakan aplikasi yang
disukai oleh mereka. kalau mereka pernah menggunakan aplikasi tersebut dan terasa
bosan dalam PdP, maka mereka akan menukar aplikasi diri sendiri dan mungkin
melayari internet pada sesi PdP. Secara tidak langsung, rakan sebaya yang duduk di
sebelah akan dipengaruhi dan tidak akan menumpukan perhatian dalam kelas.

16
6.0 Kesimpulan

Dari kajian ini, saya mendapati bahawa bahan pengajaran berbantukan


komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah
berguna sebagai satu cara selain pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah
teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada pelajar di
samping memotivasikan mereka. Kebanyakan pengkaji telah menegaskan bahawa
perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan
sebagai satu cara menarik minat murid untuk belajar dengan lebih baik di man
penggunaan perisian multimedia akan lebih merangsangkan mereka dalam PdP.

Perisian PPBK bukan sahaja boleh membantu dalam asas membaca-faham


sahaja. Ia juga boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain seperti Matematik,
Sains dan sebagainya. Ia merupakan alat yang berkesan untuk menerangkan konsep
asas kepada murid sebelum melakukan kerja-kerja amali. Pemahaman tentang konsep
asas akan membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan
amali.

Perisian multimedia sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran kendiri dan


juga sebagai bahan bantu murid untuk guru. Ini disebabkan murid telah menunjukkan
minat yang tinggi dan melayari perisian dengan aktif. Kaedah pengajaran tradisional
perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT
seperti menggunakan aplikasi android, IOS, smartphone, tablet, projector LCD,
komputer, dan persembahan Powerpoint.

Teknolgi maklumat menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah


untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan,
sikap, personality guru, sifat-sifat invosi dan penggunaan perisian multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Di samping itu, fakto seperti
jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi
penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

17
7.0 Bibliograpi

Buku

Afifah Hamdzah, 2005, Pola Penerimaan Komputer di Kalangan Kakitangan


Organisasi Awam: Kajian Kes Kakitangan Teknikal Majlis Perbandaran Kuantan,
Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.

Badrul Hisham, 2000, Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Maktab Perguruan
Ipoh

Belize Development Trust (2000). Literacy of a Nation and Comprehension: Two


Different Things. Report # 209 March.

Carreker, S. (2002). Creating rich associations for the rapid recognition of words.
Perspectives, Vol. 28, No. 1.Winter 2002. Baltimore: The International Dyslexia
Association.

Creswell John W (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.


Sage Publication: London.

Creswell John W (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed


Methods Approaches: 2nd Edition. Sage Publication: London.

Gambrell, L. B., & Bales, R. (1986). Mental imagery and the comprehension-
monitoring performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading Research
Quarterly, 21(4), 454-464.

Internet

Abu Safian bin Amir (2009).Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan
Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Diakses pada 1hb. July 2014,
http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooC
ysAAHR-IU1/ Jurnal%20 ilmiah. pdf? key=
abusafianamir :journal:13&nmid=379026446

Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006).
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang .Di akses pada 1hb. July 2014,
http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf

Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman & Siti Zamriah Mohd. Hussin
(2009). Aplikasi IT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Diakses
pada 1hb. July 2014 http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-
pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

18

You might also like