You are on page 1of 38

ARKIB : 27/05/2013

TransformasibandarrayaIpoh
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH 26 Mei - Sekitar tahun 1895, Ipoh muncul sebagai sebuah bandar terbesar di Perak
dan kedua terbesar di negeri-negeri Melayu bersekutu.
Ketika itu, jalan raya menghubungi Lembah Kinta diperbaiki, malah jambatan kayu yang
dibuka pada 1890 menyeberangi Sungai Kinta juga telah diganti dengan jambatan besi.
Setelah lima tahun Ipoh dan Menglembu Town Council ditubuhkan bermula 1957,
statusnya kemudiannya telah dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Ipoh yang
dipengerusikan oleh E.G. Walker.
Pada 27 Mei 1988, Ipoh mencatat lembaran baharu apabila Sultan Perak, Sultan Azlan
Shah telah mengisytiharkan taraf bandar raya kepada ibu negeri Perak sekali gus
melayakkan jawatan Ketua Eksekutif Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) digelar sebagai
Datuk Bandar.
Namun, cabaran membangunkan Ipoh pada masa kini bukan sesuatu yang mudah buat
Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim (gambar), apatah lagi masih wujud persepsi yang
menganggap Ipoh sebagai 'bandar pencen'.
Bagi Roshidi, penekanan yang diberikan ialah mengekalkan konsep 'bersih, hijau dan
membangun' serta memperkenalkan Program Transformasi MBI seawal tahun 2011.
"Kita meletakkan kegemilangan Ipoh sebagai bandar terbersih di Malaysia selain
memastikannya selamat untuk dihuni. Program penghijauan bandar dapat dilihat melalui
'Greening Greentown' serta membangunkan beberapa taman awam seperti Taman
Rekreasi Gunung Lang, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz dan Taman Dr.
Seenivasagam.
"Segala perancangan yang kita laksanakan juga selari dengan tujuh Bidang Keberhasilan
Utama (KRA) dalam Pelan Perak Aman Jaya serta Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Dalam pada itu, Roshidi berkata, kepesatan Ipoh terserlah apabila MBI menjadi pihak
berkuasa tempatan (PBT) yang menerima jumlah permohonan cadangan pemajuan kedua
tertinggi di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau berkata, peranan MBI dalam meluluskan pelan-pelan cadangan pemajuan dengan
segera melalui Pusat Kelulusan Setempat (OSC) yang diperkenalkan sejak 2007, berjaya
menambah baik sistem penyampaian serta mengurangkan kerenah birokrasi.
"Sistem ini dapat memudahkan kelulusan permohonan pembangunan tanah, pelan
bangunan, kerja tanah, jalan dan parit dengan mematuhi peruntukan di bawah Kanun
Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Akta Jalan Parit dan
Bangunan 1974," katanya.
Menurut Roshidi, sejak OSC diwujudkan di MBI, sebanyak 462 cadangan pembangunan
komersial telah diluluskan dan daripada jumlah itu, sebanyak 266 projek telah siap dibina
sekali gus berjaya mengubah landskap pembangunan bandar raya Ipoh.
"Antara projek yang telah siap dibina termasuklah pasar raya Mydin di Meru Raya dan
Manjoi, kompleks beli-belah AEON Station 18, Hotel Kinta Riverfront, Banjaran Hot
Spring Retreat Ipoh, MH Hotel, Sunway Lost World Hotel serta Terminal Aman Jaya di
Meru Raya," katanya.
Dalam pada itu, Roshidi turut menjangkakan, perubahan demi perubahan bakal
mengubah wajah Ipoh apabila beberapa lagi projek komersial yang telah diluluskan akan
mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.
Beliau berkata, projek berkenaan termasuklah Hotel Casuarina dan Taman Tema Animasi
di Meru Raya, Ipoh Shoe City di Pengkalan, Kompleks beli-belah AEON dan pasar raya
Econsave di Klebang, Hotel Cititel, Majestic Tower, The Octagon, Ipoh SOHO, Tin City
di Falim serta Pusat Konvensyen Ipoh.
"Jumlah permohonan cadangan pemajuan yang diterima oleh MBI adalah meningkat dari
setahun ke setahun. Pada tahun 2008, kita menerima 785 permohonan diikuti 2,380
(2009), 2,458 (2010), 2,887 (2011) dan mencecah 4,445 permohonan pada 2012,"
katanya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20130527/wu_01/Transformasi-
bandar-raya-Ipoh#ixzz41ANM52B8
Utusan Melayu (M) Bhd

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Utara/20130527/wu_01/Transformasi-bandar-raya-
Ipoh

Taman Jepun

Taman Jepun terletak


di Taman Rekreasi
D.R.Seenivasagam
atau Taman D.R di
Ipoh, Perak. Dengan
keluasan 1.2 hektar,
taman ini dibina
mengikut struktur
lanskap yang unik
sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh
diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka
pada awal tahun tahun 50-an.

Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang
dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama dengan
Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu, bendahari Majlis
Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka.
Taman ini mendapat gelaran Taman Mini Jepun selepas termeterainya perjanjian di
antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989. Lanskap taman ini adalah
hasil reka bentuk pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, dengan dibantu nasihat dan
kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka. Setiap tahun, sekumpulan pelajar dari
Kolej Nishinihon, Fukuoka akan menjalani latihan praktikal dalam penyelenggaraan
taman ini. Ini merupakan program pertukaran pelajar di samping aktiviti-aktivitinya
dibuat oleh bandaraya berkembar iaitu Ipoh dan Fukuoka.

Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa rock lantern dan rock water pitcher. Pohon-
pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang laluan
pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat dan hitam yang
diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain itu, taman ini turut
dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi ciri-ciri Jepun. Rumpun-
rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut. Disamping itu, terdapat juga pulau
kecil di tasik utamanya yang dihubungkan dengan jambatan kayu bersama dengan sudut
tempat rehat. Secara keseluruhannya, suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan
perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.

http://www.mbi.gov.my/taman-jepun1

Selasa, 31 Mei 2011


TERHANGAT!!! : SENARAI KEKEJAMAN CINA KOMUNIS YANG WAJIB ANDA
KETAHUI

Fakta mengenai
keganasan Parti
Komunis Malaya
(PKM) sepanjang
pemberontakan mereka
dari tahun 1948 hingga
1989:

1. 3 orang peladang
Inggeris telah dibunuh di
Perak pada 16 Jun 1948.
Peristiwa ini telah
menyebabkan penjajah
British mengisytiharkan
darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis
terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.
3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis
Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney
dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi
pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17
anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April
1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana
didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak
berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke
arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan
peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada
tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada
12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek
Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.
13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim
Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April
1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak
di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis
Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan
Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan
kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan
Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang
anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah
dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa
pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah
terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam
tempoh 1968 hingga 1982.

http://gerakanantidap.blogspot.my/2011/05/terhangat-senarai-kekejaman-cina.html

http://smgr1991.blogspot.my/2012/08/sejarah-bandaraya-ipoh.html

Pengisytiharan ipoh sebagai bandaraya


3. Utusan Malaysia, 27 hb Mei 1988

PEMBANGUNAH IPOH SECARA ANHYA Ipoh telah membuka lembaran baru kepada
pembangunan. lanya merupakan pusat pertumbuhan bandar-bandar kecil dan tumpuan
aktiviti-aktiviti utama bagi Negeri Perak. Pada mulanya Ipoh merupakan sebuah
perkampungan Melayu telah menjadi sebuah bandar pesat membangun dengan
terdapatnya pendatang-pendatang bukan sahaja mencari pekerjaan tetapi merebut
peluang-peluang perniagaan di sini serentak dengan pembangunan di Ipoh. Pertumbuhan
bandar pada awalnya adalah diperingkat pembangunan yang diperbuat dengan atap nipah
dan kayu, kini Ipoh terdiri daripada deretan-deretan kedai batu-bata, bangunan tinggi
yang sederhana, taman-taman istirehat serta gerai-gerai makanan dan perniagaan.
Bermula dari sebuah perkampungan yang kering dan berpaya-paya, Ipoh telah membuka
lambaran baru menjadi sebuah bandar yang terkemuka. Pengistiharan Ipoh sebagai
bandaraya adalah tepat pada waktunya, kerana di dalam semua aspek kewujudannya
adalah menepati matlamat pembangunan negeri dan rakyat keseluruhannya. Ini
menjadikan Ipoh sebagai bandaraya kedua yang ditadbirkan saelalui sistem Datuk
Bandar. Kenaikan taraf Ipoh sebagai bandaraya juga memberi nafas baru ke arah
pembangunan Negeri Perak sendiri kerana Ipoh menjadi tumpuan dari segi pelaburan
terutama pelaburan di sektor perindustrian. Selain daripada itu ianya menghidupkan
aktiviti perniagaan, pedagangan, pembelajaran, pusat pengkajian, pusat kegiatan sosial,
kebudayaan dan sukan ..
http://ir.uitm.edu.my/528/1/ROHAYAH_BT_ABDUL_KADIR-1992.pdf
DISEDIARAN OLEH : ROHAYAH BT ABDUL RADIR MEI 1992

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah
mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis
Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya
bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat
pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga
pendidikan.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha
untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Kini,
Ipoh telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya
Ipoh, dimana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar
bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke
dalam wilayah Bandaraya Ipoh

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis
adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan
kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh
bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh
menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-
pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Satu lagi sekolah yang hebat tapi tak termasuk dalam group Big 3 adalah Sekolah
Menengah Gunung Rapat, sekolah saya dari form 1 - 4 1/2 heheh yang setengah lagi saya
dah bertukar ke Kedah pulak. Apa pun saya sayangggg sangat sekolah ni tau. Terasa rugi
minta berpindah dulu tapi sesal dahulu pendapatan kan.... Sekolah yang terkenal sebagai
Sekolah Sukan Negeri diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maknanya
handal dari segi akedemik dan sukan. Hebatkan??? Sekolah Menengah Kebangsaan
Gunung Rapat adalah sekolah harian terbaik di negeri Perak dan terletak kira-kira 8 km
dari pusat bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan
menerima pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang berhampiran. Pada tahun 1989,
SMKGR mula menerima pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa
iaitu Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Dalam masa yang sama, SMKGR
juga menerima pelajar-pelajar dari luar bandar melalui Program Rancangan Khas (saya le
antara studentnya masa tu). Pada tahun 1991 sehingga 1999, bilangan tenaga pengajar
dan pelajar terus bertambah. SMKGR juga telah terpilih sebagai Akademi Sukan Negeri
(ASN) dan juga telah terpilih untuk untuk menjalankan Projek Tunas Cemerlang
Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Pada tahun 1998, SMKGR
telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun
yang sama juga, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini
telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai aktiviti pada tahun
2001. SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian tertinggi Daerah Kinta PMR
dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan kecemerlangan akademik
dan menerima Anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah
Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah
Lima Bintang". Pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya yang tersendiri
apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan
sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan
mula dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah stadium
mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya pada Jun 2010. Pada tahun
2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang PMR 2009" bagi kategori
Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta
Utara

Keretapi: Stesen keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan
ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan di
antara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan. Bas: Terminal bas antara-
bandar terletak di Silveritage Galleria dekat Jalan Gopeng, berdekatan dengannya ialah
Gunung Rapat, selatan Ipoh (dahulunya terletak di Medan Kidd, Pekan Lama). Satu lagi
terminal bas yang lebih besar dan canggih dibina di Meru Raya, satu lagi kawasan yang
semakin pesat membangun di Ipoh. Di sini juga terdapat pusat pentadbiran kerajaan
Perak. Udara: Bagi penerbangan udara, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan
satu-satunya lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat.
Walaubagaimanapun, lapangan terbang ini hanya memberi perkhidmatana penerbangan
domestik (dan satu penerbangan antarabangsa).

Tu e s d a y , J u n e 1 6 , 2 0 0 9
Stesen kereta api Ipoh
Stesen kereta
api Ipoh juga
dikenali
sebagai Taj
Mahal oleh
masyarakat
tempatan
kerana rupa
bentuknya
yang seakan-
akan Taj
Mahal. Ianya
merupakan
mercutanda
bagi
bandaraya
Ipoh kerana
keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan
sebagai daya tarikan kepada pelancong.

Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),
sejarah keretapi Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina
dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada
masa itu ialah Perak State Railway.

Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan keretapi bersambung dengan negeri-negeri
lain, ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946
namanya ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu.

Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan dan
dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke hari ini.

Objektif asal pengangkutan keretapi adalah untuk membawa hasil getah, bijih timah dan
lain-lain barang ke pelabuhan oleh penjajah Inggeris, tetapi kini telah berubah menjadi
salah satu pengangkutan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara.

Sebelum diambil alih oleh Pengurus Besar dari kalangan warganegara Malaysia yang
pertama, Pengurus Besar pertama keretapi ialah C.E. Spooner C.M.G. iaitu dari tahun
1901 hingga 1909 dan selepas itulah pada tahun 1962 sehingga 1967 telah dipegang oleh
Tan Sri Dato' Haji Ahmad Perang iaitu warganegara Malaysia pertama menjadi Pengurus
Besar Keretapi Tanah Melayu.

Dari segi bangunan pula, memang ada sejarah tersendiri dengan reka bentuknya yang
unik sejak pembinaan awal stesen keretapi berkenaan. Stesen Keretapi Ipoh dibina pada
tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British serta bangunannya dibina bercirikan Islam
dan reka bentuknya berbentuk Moorish sehingga ada yang menggelarnya sebagai Taj
Mahal Ipoh.

Panggilan berkenaan mula menjadi bualan masarakat sekitar apabila melihat reka bentuk
bangunan stesen keretapi berkenaan yang menghampiri reka bentuk seakan-akan Taj
Mahal di India walaupun tidak sepenuhnya.

Dari segi kos pula, bagi pembinaan bangunan berkenaan sahaja pada waktu itu menelan
belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya
Ipoh itu adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1
Jun 1993 sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.

Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas
stesen keretapi kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh.
Bangunan dan tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada
pengunjungnya.

Sumber: Sinar Harian


Tu e s d a y , J u n e 1 6 , 2 0 0 9
Stesen kereta api Ipoh
Stesen kereta api Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan
kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda
bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai
jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.

Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),
sejarah keretapi Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina
dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada
masa itu ialah Perak State Railway.

Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan keretapi bersambung dengan negeri-negeri
lain, ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946
namanya ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu.

Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan dan
dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke hari ini.

Objektif asal pengangkutan keretapi adalah untuk membawa hasil getah, bijih timah dan
lain-lain barang ke pelabuhan oleh penjajah Inggeris, tetapi kini telah berubah menjadi
salah satu pengangkutan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara.

Sebelum diambil alih oleh Pengurus Besar dari kalangan warganegara Malaysia yang
pertama, Pengurus Besar pertama keretapi ialah C.E. Spooner C.M.G. iaitu dari tahun
1901 hingga 1909 dan selepas itulah pada tahun 1962 sehingga 1967 telah dipegang oleh
Tan Sri Dato' Haji Ahmad Perang iaitu warganegara Malaysia pertama menjadi Pengurus
Besar Keretapi Tanah Melayu.
Dari segi bangunan pula, memang ada sejarah tersendiri dengan reka bentuknya yang
unik sejak pembinaan awal stesen keretapi berkenaan. Stesen Keretapi Ipoh dibina pada
tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British serta bangunannya dibina bercirikan Islam
dan reka bentuknya berbentuk Moorish sehingga ada yang menggelarnya sebagai Taj
Mahal Ipoh.

Panggilan berkenaan mula menjadi bualan masarakat sekitar apabila melihat reka bentuk
bangunan stesen keretapi berkenaan yang menghampiri reka bentuk seakan-akan Taj
Mahal di India walaupun tidak sepenuhnya.

Dari segi kos pula, bagi pembinaan bangunan berkenaan sahaja pada waktu itu menelan
belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya
Ipoh itu adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1
Jun 1993 sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.

Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas
stesen keretapi kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh.
Bangunan dan tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada
pengunjungnya.

Sumber: Sinar Harian

MERCU TANDA IPOH

Brigadier General Arthur Benison Hubback CMG, DSO -


Architect.
Sumber :http://db.ipohworld.org/view/id/5573

STESEN KERETAPI IPOH 'MEGAH HAMPIR BERABAD'

Pada tahun 1894, sebuah landasan baru merentasi Lembah Kinta telah dibuka di antara
Batu Gajah bersama-sama dua buah stesen yang hampir serupa di kedua-kedua pekan
tersebut. pada tahun 1896, 36 gerabak keseluruhannya telah dubuat dibengkel Ipoh,
dengan hanya roda besi dan gandar roda diimport dari England.
Pembinaan stesen keretapi ini bermula pada tahun 1914 dan hanya siap pada 1917 kerana
kekurangan bahan binaan dan kenaikan harga dan kos pembinaan semasa Perang Dunia
Pertama. Stesen Keretapi Ipoh yang mempunyai unsur-unsur senibina klasik dengan
gaya British Raj dilengkapi dengan kubah dan menara kecil gaya Moorish. Malahan, ia
direkabentuk oleh arkitek kerajaan British iaituA.B. Hubback. Bangunan ini juga
mempunyai rekabentuk bangunan yang sama dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Taj Mahal di Ipoh?, Stesen keretapi Ipoh sememangnya menpunyai rekabentuk seni beni
yang hampir sama dengan bangunan kebanggaan di negara India iaitu kepunyaan
Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal
(isterinya kelima). Di samping itu, ia merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh,
stesen ini telah beroperasi pada tahun 1935(selepas Perang Dunia) dan ia juga mengalami
penambahbaikkan dari segi segi bina dan infrasturktur pada tahun 2007. Stesen ini
dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu dan ia berletak di Jalan Panglima Bukit Gantang
Wahab. Kini ia telah beroperasi selama 80 tahun.
STESEN KERETAPI IPOH.

Stesen ini telah dibaikpulih dari segi warna dan penambahan ciri-ciri keselamatan, seperti
warna putih telah dilakukan oleh pemilik stesen bagi mengekalkan sejarahnya.
Keselamatan pula, Keretapi Tanah Melayu telah menggunakan sistem kamera tertutup
dan pengawal keselamatan. Perkara yang menarik perhatian ialah stesen keretapi ini juga
dilengkapi oleh keindahan flora di sekitar kawasannya terutamanya pohon 'epu' atau
'pokok Ipoh' yang menjadi asal-usul nama 'Ipoh' di tanam di kawasan berdekatan stesen.
Kini, kawasan stesen keretapi telah menjadi tumpuan warga Ipoh pada waktu siang dan
malam. Pada siang hari, ia merupakan aktiviti pengangkutan (seperti stesen keretapi di
negeri-negeri lain), Namun malamnya suasana sekitar kawasan stesen meriah dengan
kunjungan warga Ipoh bertujuan riadah bersama-sama keluarga. Majlis Bandaran telah
menaik taraf kewujudan stesen tersebut yang bukan sahaja untuk aktiviti pengangkutan
malahan ia juga mewujudkan tempat riadah bagi warga Ipoh. Monorel Caf merupakan
tempat yang wajar dikunjung oleh para penumpang Keretapi di stesen Ipoh.Monorel Caf
menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman dengan suasana antik dan klasik.
Menu sarapan sambil menatap keindahan senireka
'stesen keretapi Ipoh"

Berlandaskan sejarah Stesen Keretapi Ipoh, negeri Perak merupakan negeri yang
pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi keretapi di Malaya dan ia merupakan
landasan pertama yang dibina oleh pihak British bertujuaan untuk aktiviti pengangkutan
industri bijih timah.

Namun, Hotel Majistic yang menjadi tumpuan para pengembara tidak lagi beroperasi
ekoran penambahbaikkan sistem penginapan yang dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah
Melayu. Walaubagaimanapun, stesen ini masih mempunyai nilai-nilai estetikanya yang
tersendiri. Perkara ini tidak dapat digambarkan melalui perkataan melainkan ia dirasai
sendiri oleh para artistik seni bina. Hal ini demikian kerana, bahan buatan bagi membina
stesen ini merupakan hasil tinggalan idea pihak British dan strukturnya juga masih berada
dalam kondusi baik serta selamat. Justeru, pihak Keretapi Tanah Melayu masih
mengekalkan struktur dan seni bina bangunan dengan melakukan aktiviti
penyelenggaran.
Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis
adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan
kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh
bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh
menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-
pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.
Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya
kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor
Bahrudisebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi
adalah seperti berikut:
Populasi = 710,798 (2007)
Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2007) [1]
Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.

Kumpulan Etnik di Ipoh, 2004 [2]


[3]
Etnik Populasi Peratus
Cina 451,361 37.0%
Melayu 109,616 27.0%
India 80,600 12.5%
Lain-lain 3225 10.5%

Latar Belakang MBI

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan
sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976
(Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir
kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak
berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka
dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat
bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan
penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh
berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik,
keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis
Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah
bandaraya yang dinamik dan unggul.

http://www.mbi.gov.my/web/guest/latar-belakang-mbi

Bunga Rasmi

Bunga Bougainvilea

Bunga kertas atau bunga


bulang adalah panggilan
biasa yang kita dengar
untuk Bunga
Bougainvilea. Nama ini
diambil sempena
daripada seorang ahli
pelayaran bangsa
Perancis, A de
Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini
telah dibawa ke Eropah pada tahun 1780an dan didapati pertama kali berbunga di Paris.
Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian."B.Spectabilis" dan "B.Glabra"
adalah diantara spesis-spesis yang mula-mula sekali ditanam.Seterusnya kacukan
daripada dua spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui
bahawa "B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti
pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea semulajadi
itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di taman-taman bunga dan halaman
rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di
Malaysia.
Antara hibrid/kultiva yang popular:

B. Glabra Var
Mrs. Eva
B. Farmosa
Crystal White
Bougainvillea Poultinii
Mary Palmer
Singapore Beauty

Bendera MBI

Warna bendera Majlis Bandaraya Ipoh:


Warna merah adalah warna spesis Bougainvillea 'Chili Red'. Warna merah
juga merupakan salah satu warna dalam bendera Persekutuan. Ini
bermaksud MBI juga entiti di bawah naungan Persekutuan. Merah juga
melambangkan keberanian dan ketegasan. Dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang-undang MBI akan bertindak
berani dan tegas.
Kod Warna : #FE0103

Warna ungu merupakan warna spesis Bougainvillea 'Elizabeth Angus'.


Warna ungu melambangkan kelembutan, keceriaan dan keharmonian.
Adalah menjadi hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh sebagai bandaraya
yang ceria dan harmoni.
Kod Warna : #9B6BFB

Warna kuning pula merupakan warna spesis Bougainvillea 'Mr. McClean'.


Warna kuning adalah salah satu warna dalam bendera Negeri Perak. Ini
bermakna sebagai entiti yang berada di bawah Kerajaan Negeri, MBI akan
sentiasa akur kepada Kerajaan Negeri dalam membangunkan Bandaraya
Ipoh.
Kod Warna : #FEEE03

Biodata
Nama : Dato'Zamri Bin Man
Umur : 48 tahun
Tarikh Lahir : 10 Julai, 1967
Tempat lahir : Kg. Sungai Wangi, Ayer Tawar,
Perak

Pendidikan :

BIL KELAYAKAN INSTITUSI TAHUN

1 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Gunaan) Universiti Malaya, 1988-1991

Kuala Lumpur

2 Diploma Pengurusan Awam (JPA) INTAN, Kuala Lumpur 22/3/1994


-18/2/1995

Pengalaman Kerja :

BIL JAWATAN JABATAN / MULA HINGGA


TEMPAT
1 Penolong Setiausaha (Bahagian Kementerian 1992 21/3/1994
Perancangan Makro Strategik / Pertanian
Belanjawan)

2 Latihan Jabatan 22/3/1994 18/2/1995


Perkhidmatan
Awam (INTAN)

3 Penolong Setiausaha (Bahagian Kementerian 19/2/1995 15/12/2000


Perkhidmatan, Latihan & Perumahan &
Tatatertib) Kerajaan
Tempatan

4 Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & 16/12/2000 31/7/2003


(Pembangunan) Tanah Kerian

5 Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & 01/08/03 15/2/2005


(Pembangunan) Tanah Kerian

6 Ketua Penolong Pegawai Daerah / Pejabat Daerah & 16/2/2005 31/3/2007


Yang DiPertua Tanah

Majlis Daerah Pengkalan Hulu Pengkalan Hulu /


Majlis Daerah
Pengkalan Hulu

7 Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & 01/04/07 21/10/2007


(Tanah) Tanah
Hulu Perak

8 Yang DiPertua Majlis 22/10/2007 30/6/2015


Perbandaran
Manjung

9 Datuk Bandar Ipoh Majlis Bandaraya 01/07/15 Sekarang


Ipoh

THE FIRST CITY


MAYOR

YANG
BERBAHAGIA
DATO' HJ. UMAR
BIN HJ. ABU
DPCM., PMP., KMN.

27/05/1988 - 31/05/1993

Yg. Bhg. Dato ' Umar bin Haji Abu dilahirkan pada 22 Jun 1943 di Kg. Durian Daun ,
Masjid Tanah , Melaka. Datuk Umar bin Haji Abu rekod kerjaya yang cemerlang dalam
perkhidmatan awam dan memegang pelbagai jawatan kanan, termasuk sebagai Datuk
Bandar pertama Ipoh dari tahun 1988 sehingga tahun 1993. Selepas menamatkan
perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar Ipoh, beliau dilantik sebagai Pengarah dan
Pengerusi MEASAT Global Berhad pada 25 Ogos 1998. Beliau juga adalah Pengerusi
Jawatankuasa Audit sejak September 1998 dan berkhidmat sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Penamaan dan Jawatankuasa Imbuhan MEASAT Global Berhad. Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan
Diploma Pentadbiran Pembangunan dari University of Birmingham , UK. Beliau juga
pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan , Malaysia sebelum bersara . Beliau juga merupakan ahli lembaga
Bougainvillea Club Berhad.

DATUK BANDAR KEDUA

YANG
BERBAHAGIA
ALLAHYARHAM
DATO' ISMAIL B.
SHAH BODIN
DPMP., PMP.,
AMP., AMN.

01/06/1993 -
31/12/1994

Allahyarham Dato'
Ismail Shah Bodin,
yang terkenal dengan
pendekatan yang
sungguh-sungguh lagi
lembut hati di kalangan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh adalah merupakan Datuk
Bandar Ipoh yang kedua. Beliau telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar dari tahun 1993
sehingga tahun 1994. Dato' Ismail telah dilahirkan pada 25 Julai 1939 di Bota Kiri, Parit,
Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Smk Anderson Ipoh dan kemudian
melanjutkan pengajian ke The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Beliau telah
berkhidmat selama 17 bulan sebagai Datuk Bandar Ipoh sebelum dihantar kepada
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebagai Pengurus Besar pada 1 Jan,
1995. Beliau telah memulakan kerjayanya pada tahun 1965 sebagai Setiausaha Majlis
Daerah Tapah. Kemudian beliau telah dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah Kuala
Kangsar dan seterusnya di Sungai Siput, dan Selama. Pada tahun 1966 beliau telah
berlepas ke Jepun untuk menjalani sebuah Kursus. Apabila kembali ke Malaysia pada
tahun 1974, Dato' Ismail telah memulakan Pihak Berkuasa Pembangunan Pertanian
Negeri dan berkhidmat sebagai pengurus umum pertama sehingga tahun 1979 apabila
beliau menjadi pegawai daerah Tapah. Dari tahun 1983, beliau adalah pegawai daerah
Manjung sebelum berpindah ke Majlis Perbandaran Ipoh sebagai setiausaha pada tahun
1985. Pada tahun 1989, beliau telah dilantik Taiping presiden Majlis Perbandaran di mana
beliau berkhidmat sehingga tahun 1990 sebelum menjawat jawatan Tanah Negeri dan
Galian pengarah di mana beliau berkhidmat sehingga pelantikan beliau sebagai Datuk
Bandar. Dato' Ismail juga sangat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. Beliau adalah
pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Perak, Perak Pengakap Majlis, Ipoh Orchid
Society dan Perak Life Saving Society. Dato' Ismail Shah Bodin telah meninggal dunia
pada 26 Jun 2010.

DATUK BANDAR KETIGA

YANG
BERBAHAGIA
DATO' HJ. AHMAD
SALEH B. HJ.
SARIF
DPMP., PCM.

02/01/1995 -
31/12/1997

Dato Haji Ahmad


Saleh Bin Haji Sarif
adalah merupakan
Datuk Bandar Ipoh yang ketiga. Beliau telah dilahirkan pada 9 ogos 1950 di Batu Gajah,
Perak. Dato Haji Ahmad Saleh telah memperoleh B.Ec (Hons) dari Universiti Malaya
dan MBA dari Miami Universiti, USA. Beliau telah bermula berkhidmat di dalam
Perkhidmatan Awam pada 20 Mac 1975 dan beliau pernah menjawat jawatan Penolong
Pengarah (Perjawatan) di Jabatan Perkhidmatan Awam. Dato Haji Ahmad Saleh telah
berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh dari tahun 1995 sehingga tahun 1997.

THE FOURTH CITY MAYOR

YANG
BERBAHAGIA
DATO' HJ. TALAAT
B. HJ. HUSAIN
DPMP., JSD., PJK.,
PJM.

01/02/1998 -
02/12/2002

Dato 'Hj. Talaat Bin


Hj. Husain adalah
Datuk Bandar keempat
Ipoh. Beliau telah
berkhidmat sebagai
Datuk Bandar Ipoh
dari tahun 1998 hingga
2002. Beliau
dilahirkan pada 27 Januari 1951 di Simpang Empat, Sitiawan, Perak. Dato 'Seri Talaat
mendapat pendidikan awal pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
dan dia memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sains Politik) daripada Universiti
Sains Malaysia, Sarjana Pengajian Profesional (Perancangan Antarabangsa) dari
Universiti Cornell, Amerika Syarikat dan telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan
di London dan Harvard Business School. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam
Malaysia pada tahun 1973 dan bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri di
Pulau Pinang, dan kemudian memegang jawatan di Jabatan Perdana Menteri, Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN), Istana Negara dan Kementerian Pelajaran. Beliau juga
telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Bandaraya Ipoh selama dua penggal sebelum
menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Sebelum bersara beliau
memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Pengguna Negeri.
Walaupun dalam Perkhidmatan Kerajaan beliau memegang jawatan Pengerusi
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Harta Intelek
Malaysia, Komunikasi dan Multi-Media Corporation dan Litar Antarabangsa Sepang.
Dato 'Seri Talaat juga merupakan Pengarah Bebas Silver Bird Group Berhad dan
Konsortium Logistik Berhad. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi beberapa
syarikat sendirian berhad dan kini merupakan Ahli Lembaga Outward Bound Trust of
Malaysia.

Sejarah Penubuhan SRI ALHIDAYAH


administrator
Hits: 6370
1
2
3

Sejarah Penubuhan Sekolah Rendah Al-Hidayah (SRAH)

Pada sekitar awal tahun 1988 beberapa individu yang terdiri dari pensyarah-pensyarah
Universiti Sains Malaysia cawangan Perak, pensyarah-pensyarah Politeknik Ungku
Omar, Ipoh dan guru-guru Sekolah Kerajaan telah memulakan satu usaha untuk
menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Bersepadu yang menggabungkan pendidikan
akademik dan agama. Selama ini pendidikan agama dan akademik agak terpisah dimana
pendidikan akademik peringkat rendah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Rendah
Kerajaan sementara pendidikan agama dijalankan di Sekolah-Sekolah Agama Rakyat di
bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri.

Justeru itu penubuhan Sekolah Rendah Bersepadu yang dihasratkan ini adalah dalam
rangka untuk mengintegrasikan kedua-dua komponen tersebut dalam satu sistem
pendidikan yang berkonsepkan Islam. Hasil perbincangan dan penelitian yang mendalam
maka pada tahun 1989, pihak Lembaga Pendidikan Al-Hidayah dengan rasminya telah
menubuhkan Sekolah Rendah Al-Hidayah.

Penubuhan Sekolah Rendah Al-Hidayah atau SRAH ini telah mendapat pengiktirafan dan
kelulusan dari Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam, Perak pada 14 September
1989 bersamaan dengan 14 Safar 1410 melalui surat Bil(4) dlm JAPK/SUR/12/89.
Pada tahun 1997, enakmen baru pendidikan agama telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri
Perak yang meminta semua Sekolah Rendah Agama Rakyat mendaftar semula dengan
Jabatan Agama Islam Perak. Rentetan daripada itu, SRAH telahpun membuat pendaftaran
semula dan diluluskan dengan pendaftaran barunya JAIPk / SRAR / IP.15/97.
Lihat lampiran

Selain bernaung di bawah Jabatan Agama Islam, SRAH juga telah mengorak langkah
untuk bergabung dengan Pertubuhan Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia
atau MGBSIM dan juga MUSLEH. Ianya bertujuan untuk menyelaraskan perjalanan
sekolah dan juga berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah gabungan. Pertubuhan
ini berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 April
1996. Sehingga kini MGBSIM masih beroperasi untuk menjayakan sekolah-sekolah
gabungan ini dengan keizinan Lembaga Pengurusan Sekolah masing-masing dari segi
tarbiyah dan perjalanan sekolah. Manakala MUSLEH pula dianggotai oleh ahli-ahli
Lembaga Pengarah Sekolah-sekolah gabungan dalam menguruskan segala urusan
sekolah.

Selain itu, pendidikan di SRAH dijalankan mengikut dasar Akta Pendidikan Kebangsaan
1995 di bawah pentadbiran Jemaah Pengurusan Sekolah (JPS) dengan menggunakan
sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pendidikan Islam
pula dipadankan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak
dan Musleh. Selain kurikulum, gerakerja ko-kurikulum juga ditekankan untuk memberi
keseimbangan dan kesepaduan kepada pelajarnya dan sukatan gerakerja ko-kurikulum ini
disepadukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Musleh

Meskipun kelengkapan pembelajarannya amat sederhana dan pengalaman guru yang


masih baru tetapi ini tidak mengurangkan semangat mereka untuk memajukan SRAH
pada ketika itu. Hari demi hari, SRAH bergerak hasil komitmen penuh pihak
pentadbirannya dengan sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan yang
ditawarkan oleh SRAH.

Laporan penting
1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

ARKIB : 13/09/2010
LaluanwarisansingkapsejarahIpoh
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my
Dewan Bandaraya Ipoh. utusan/Roy Azis

IPOH 12 September Menjejakkan kaki ke bandar raya Ipoh, ibarat mengunjungi sebuah
pekan lama yang dipenuhi bangunan-bangunan bersejarah.
Melihat seni binanya yang bersifat neoklasik, penjajahan British selama 160 tahun di
Tanah Melayu benar-benar mempengaruhi gaya seni bina tempatan ketika itu.
Kebanyakan arkitek dan jurutera kelahiran negara penjajah tersebut yang pernah
berkhidmat di India serta negara-negara jajahannya yang lain turut mengilhamkan gaya
seni bina Moghul.
Ia kemudian dikembangkan kepada binaan beberapa bangunan pentadbiran kerajaan
termasuk stesen kereta api di Tanah Melayu.
Menurut Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Ipoh, Roselyn Lim Siew Leng,
pengunjung ke bandar raya itu berpeluang menyingkap sejarah Ipoh apabila mereka turut
sama menyertai program Laluan Warisan yang diadakan setiap Sabtu bermula pukul 8
pagi.
Program percuma tersebut katanya, terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat
termasuk pelancong dalam dan luar negara.
Laluan Warisan Ipoh dianjurkan oleh Kinta Heritage dengan kerjasama Perak Tourism
dan Kerajaan Negeri Perak.
Sambil berjalan kaki, peserta akan ditemani seorang pemandu pelancong yang
memberikan penerangan tentang sejarah silam dan fungsi setiap bangunan terbabit.
Meneruskan tugasnya, kata Roselyn, Stesen Keretapi Ipoh yang dibina pada 1914 dan
siap pada 1917, direka oleh arkitek A.B. Hubback.
Mendapat jolokan Taj Mahal Ipoh, stesen kereta api itu memperlihatkan ciri-ciri binaan
serupa seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang berbentuk kubah dan berwarna putih.
Pembinaan sesebuah stesen kereta api melambangkan kemodenan dan pembangunan di
sesebuah bandar.
Namun, pembinaannya terpaksa dilengahkan beberapa tahun sebelum dapat disiapkan
kerana Perang Dunia Pertama, katanya dalam satu lawatan pelancongan Laluan Warisan
Ipoh di sini, baru-baru ini.
Antara bangunan lain yang tidak kurang menarik untuk ditinjau dengan lebih dekat kata
Roselyn, ialah Memorial Birch.
Ia dibina bagi memperingati kematian Residen British pertama di Perak iaitu J.W.W.
Birch yang dibunuh dalam satu serangan di Pasir Salak pada 1875 kerana sengaja
mengenepikan kepentingan pembesar-pembesar Melayu.
Sementara itu, Sekolah St. Michael yang terletak bertentangan dengan Padang Ipoh
pernah menjadi ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun sewaktu zaman penjajahan ketika
itu.
Bangunan yang dibina pada 1912 di bawah pengaruh seni binaan Gothik tersebut
mengambil masa selama 30 tahun untuk disiapkan sepenuhnya sejak ia dibina semula
pada 1922.
Selain itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah digunakan untuk pembicaraan sejak zaman
pemerintahan Jepun meskipun ia dibuka oleh seorang lagi Residen British, R.W.
Thompson pada 1928.
Kelab Diraja Ipoh yang berusia lebih 100 tahun pula muncul kelab terawal terdapat di
negara ini.
Dalam perjalanan mengambil masa lebih dua jam tersebut, peserta juga akan dibawa
menjejaki bangunan warisan yang pernah dijadikan pusat penyaluran maklumat oleh
perisik Jepun.
Banyak lagi bangunan lama dapat dilihat oleh pelancong jika berkunjung ke Ipoh. Usaha
menjejaki bangunan-bangunan bersejarah itu menjadi lebih berkesan dengan adanya
kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak-pihak swasta.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm#ixzz41Q34zEAz

Utusan Melayu (M) Bhd

Pada kali ini, kami akan membawa pembaca ke salah sebuah lagi masjid lama di Bandar
Raya Ipoh iaitu Masjid India Muslim. Masjid yang berwarna hijau dan putih ini turut
dikenali sebagai Masjid Padang Kota kerana ia terletak berhampiran dengan Padang Ipoh
dan Sekolah St. Machael's.
Sejarah masjid ini bermula dengan pembinaannya pada tahun 1908. Pembinaannya telah
dicetuskan oleh Shaik Adam iaitu seorang ahli perniagaan India Muslim terkemuka.
Beliau telah membawa pekerja India sepenuhnya dalam membina masjid ini. Kos
pembinaan masjid yang berbentuk empat segi adalah sebanyak $500,000.

Senibina Masjid India Muslim ini amat m

Pernah masuk Majalah 3 bagai tapi macam tak berjaga. Sayang rasanya... Bacalah sejarah
Taman Jepun ini dari laman web Majlis Bandaraya Ipoh...
Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh,
Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik
sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh
diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka
pada awal tahun tahun 50-an.

Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang
dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama dengan
Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu, bendahari Majlis
Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka.

Taman ini mendapat gelaran Taman Mini Jepun selepas termeterainya perjanjian di
antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989. Lanskap taman ini adalah
hasil reka bentuk pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, dengan dibantu nasihat dan
kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka. Setiap tahun, sekumpulan pelajar dari
Kolej Nishinihon, Fukuoka akan menjalani latihan praktikal dalam penyelenggaraan
taman ini. Ini merupakan program pertukaran pelajar di samping aktiviti-aktivitinya
dibuat oleh bandaraya berkembar iaitu Ipoh dan Fukuoka.

Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa rock lantern dan rock water pitcher. Pohon-
pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang laluan
pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat dan hitam yang
diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain itu, taman ini turut
dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi ciri-ciri Jepun. Rumpun-
rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut. Disamping itu, terdapat juga pulau
kecil di tasik utamanya yang dihubungkan dengan jambatan kayu bersama dengan sudut
tempat rehat. Secara keseluruhannya, suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan
perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.
PEKAN lama Ipoh dibarisi monumen berstruktur lama dan seni bina yang unik. Bagi
yang bijak menghargai nilai sejarah, ia bukanlah bangunan usang yang hanya terdapat
dalam diari percutian segelintir individu. Di sinilah, zaman kegemilangan perlombongan
bijih timah yang memasyhurkan Tanah Melayu ke seluruh dunia mengukir sejarahnya.

Apa yang pasti, kunjungan ke pekan lama Ipoh bakal membangkitkan imaginasi
mengenai peristiwa zaman lampau.

Seakan-akan tergambar di fikiran, keriuhan dan kesibukan penduduk pekan lama itu
terutama orang Cina yang membanting tulang melombong bijih timah tidak kira siang
dan malam atau orang kaya yang mengunjungi bar bersama wanita simpanan mereka.

Ternyata, itu bukan andaian semata-mata, kerana di pekan lama Ipoh itu wujudnya bekas
penempatan dua tingkat di Lorong Panglima atau Concubine Lane yang dikatakan pernah
menjadi kediaman perempuan simpanan peniaga-peniaga kaya semasa Ipoh menjadi
pusat pengeluaran bijih timah dunia.
Berkembang kerana bijih timah

Menurut Pengurus Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak, Roselyn Lim Siew Leng,
Concubine Lane suatu ketika dahulu pernah menjadi sarang pelacuran dan perjudian
dalam kalangan orang kaya.

CONCUBINE Lane masih berpenghuni walaupun sebahagian besar perumahan di situ


telah dikosongkan.

Mereka turut mempunyai perempuan-perempuan simpanan yang ditempatkan di sini,


tetapi kini yang tinggal hanyalah bangunan lama yang menyimpan pelbagai kisah
menarik untuk dikongsi, katanya.

Roselyn mengiringi lawatan peserta Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia (KCC1M) 2012 - Jom
Terokai Perak! yang diadakan di Perak awal bulan ini.

Concubine Lane hanyalah salah satu daripada 24 monumen penting di pekan lama Ipoh
yang harus diterokai. Rata-rata bangunan yang dibina berusia sekitar 100 tahun kerana
mula dibina pada awal tahun 1900-an.
Untuk mengenal pasti monumen-monumen yang dimaksudkan, pengunjung boleh
menghubungi Tourism Perak kerana banyak pakej lawatan yang ditawarkan untuk
pelancong yang ingin mengenali Ipoh dengan lebih dekat.

Walaupun perjalanan kaki hanya berdurasi dua jam, dengan cuaca yang panas
pengunjung digalakkan mengambil bas pelancong kerana sewa yang dikenakan bagi
setiap orang amat berpatutan.

Pengunjung akan dibawa mengenali monumen bersejarah di sekitar Jalan Belfield, Jalan
Cross, Jalan Leech, Jalan Treacher, Jalah Datoh, Jalan Mesjid, Jalan Kelab, Jalan
Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Dewan, Jalan Datuk Maharajalela, Jalan Sultan
Yussuf dan Jalan Bijih Timah.

Dalam lawatan itu, pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat 24 buah
monumen iaitu Stesen Keretapi Ipoh, War Memorial, Majlis Bandaraya Ipoh, Mahkamah
Tinggi Ipoh, Kelab Ipoh Diraja, Gereja St. John The Divine dan St. Michael's Institution.

Seterusnya ialah Masjid Padang Kota, F.M.S. Bar & Restaurant, Hongkong dan Shanghai
Bank, Bangunan S.P.H. De Silva, Bangunan Chung Thye Phin, Straits Trading Building
(OCBC), The Chartered Bank, Mercantile Bank, Residen dan pejabat peguam
Seenivasagam Brothers dan Bangunan Tenaga Nasional Ipoh.

Monumen lain yang dapat disaksikan ialah Memorial Birch, pejabat Jan Sahib, Mikasa
Photo Shop, asrama dramatis (Dramatists Hostel), Pertubuhan Ku Kong Chow Perak,
Han Chin Pet Soo dan juga Lorong Panglima (Concubine Lane).

Salah satu monumen penting yang ditemui di Jalan Dewan ialah Birch Memorial.
Sekiranya dilihat dengan jarak dekat, terdapat lakaran-lakaran individu-individu terkenal
dalam sejarah manusia, termasuk Nabi Muhammad SAW.
MASJID Padang Kota ini mempunyai sentuhan Mogul kerana dibina oleh jutawan India
yang berhijrahke Tanah Melayu.

Lakaran Nabi Muhammad telah dipudarkan dan menjadi seperti bayang-bayang sahaja.
Semasa ia mula dilakarkan di sini dahulu, terdapat bantahan daripada penduduk Muslim
yang marah dengan tindakan itu.

Antara restoran tertua

Sebab itulah, ada satu lakaran seperti bayang-bayang sahaja, tidak menampakkan bentuk
wajah dan susuk badan sebenar, tetapi ia adalah bekas lakaran tersebut, ujar seorang lagi
pemandu pelancong daripada Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Perak, Abdul Majid
Fazaldin.

Abdul Majid memberitahu, Memorial Birch yang merupakan sebuah menara jam itu
dibina pada tahun 1909 sebagai memperingati Residen British pertama di Perak, J.W.W.
Birch yang dibunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.

Sementara itu, salah satu monumen dekat Jalan Sultan Yussuf pula ialah F.M.S. Bar &
Restaurant yang dibina pada tahun 1906 oleh imigran Hainan.

F.M.S. (Federated Malay States) didakwa sebagai antara restoran tertua di Malaysia di
mana pelanggannya terdiri daripada pelombong Eropah dan pekerja ladang.
Restoran ini tidak lagi berfungsi dan sudah ditutup sejak tahun 1923 kerana dipindahkan
ke lokasi lain, katanya.

Keunikan seni bina masjid pula dapat dilihat pada reka bentuk Masjid Padang Kota yang
terletak di Jalan S. P. Seenivasagam yang dibina dengan gaya Mogul.

Masjid ini dibina oleh Shaik Adam, seorang Tamil Muslim kaya pada tahun 1908.
Pembinaan masjid ini pernah menimbulkan pertikaian dengan komuniti Muslim dalam
kawasan sekitar, katanya.

Gereja St. John The Divine pula katanya, merupakan gereja terbesar di Malaysia ketika ia
dibina pada tahun 1912.

Semasa pendudukan Jepun, gereja ini diubah suai menjadi kilang memproses mi, tetapi
hanya sementara sahaja, katanya.
Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Ahmad Fathil Abd.
Ghani, monumen-monumen dalam pekan lama Ipoh diselenggara oleh Majlis Bandaraya
Ipoh dan mendapat peruntukan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Statistik Kementerian Pelancongan Malaysia menunjukkan jumlah pelancong yang


datang ke Perak pada tahun lalu ialah 2.41 juta orang, manakala tahun sebelumnya 2.22
juta orang.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 8.54 peratus di mana data diperoleh berdasarkan
jumlah penginap hotel di Perak, katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2012&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_01.htm#ixzz41Q598pHh
Hakcipta terpelihara

Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital
Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil
sahaja. Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942.
Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk
Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005). Pada
Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh ke Hospital
Raja Permaisuri Bainun.

Bangunan Lama Hospital Ipoh Bangunan Utama HRPB

Terkini hospital ini merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga
terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990
buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan
jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) dan 20 katil unit rawatan
neonatal.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam semua bidang kepakaran asas
dan juga sub kepakaran seperti nefrologi, perubatan respiratori, hematologi, bedah neuro,
pembedahan plastik, dan pediatrik surgeri. Perkhidmatan pengimejan dilengkapkan
dengan peralatan MRI CT scan dan mesin mammography.

Kompleks Klinik Pakar Kompleks Rawatan Harian

Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk
penuntut perubatan, pelatih jururawat dan anggota kesihatan bersekutu dari institut
pengajian tinggi awam dan swasta. Hospital ini juga merupakan hospital latihan untuk
doktor siswazah.

Bagi aspek pencapaian kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001
pada tahun 2005 dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006. Hospital ini juga telah
diberi status hospital rakan bayi sejak tahun 1996.

Menyingkap perkembangan perbandaran Ipoh menjadi sebuah bandaraya


Mohd Hairy Ibrahim, and Jamaluddin Md. Jahi, and Abdul Samad Hadi, and Khairi
Ariffin, (2011) Menyingkap perkembangan perbandaran Ipoh menjadi sebuah bandaraya.
SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 149-166. ISSN 0127-2721

PDF
107
Kb

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Bandar Ipoh merupakan bandar yang terkenal di Malaysia sebagai bandar yang
berkembang hasil perlombongan bijih timah. Perkembangan perbandaran yang unik ini
menjadikan Ipoh terkenal dari Tanah Melayu kepada Malaysia. Artikel ini akan meneliti
atau menyingkap perkembangan perbandaran di Ipoh dengan memberi perhatian terhadap
perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh sejak menjadi bandar sumber bijih timah
di Lembah Kinta sehingga kini. Perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh amat
penting kepada manusia pada hari ini kerana bandar ini menjadi pusat tumpuan manusia
untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Perkembangan dan perbandaran
seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Antara perkara penting yang
diteliti iaitu perkembangan industri bijih timah kepada industri perkilangan dan
elektronik serta industri simen. Perkembangan ini membawa pertumbuhan petempatan
serta peningkatan penduduk. Kajian ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik
dari data sekunder secara bertulis dan bukan bertulis dari pelbagai agensi kerajaan, swasta
dan NGO termasuk data sejarah. Ipoh mengalami perkembangan industri dan
pertambahan penduduk yang pesat seiring dengan fungsi dan kedudukannya sebagai
sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat
pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Kedudukan dan perkembangan Ipoh di Lembah Kinta
berfungsi sebagai bandar sumber bijih sehingga sebagai sebuah Bandaraya yang terletak
kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di
Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Perkembangan
perbandaran melibatkan perkembangan industri dan aktiviti perbandaran di pusat bandar
sehingga melimpah ke sekitarnya seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun
dan Tanjung Rambutan. Kajian ini mendapati juga perbandaran di Ipoh semakin
berkembang di kawasan Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai
Kinta ditengah-tengah bandarnya. Permulaan aktiviti industri di Ipoh dipelopori oleh
pusat perdagangan dan perlombongan kaum Cina. Pembangunan yang meningkat selaras
dengan jumlah penduduk Ipoh seramai 710,798 (2007) dan jumlah penduduk di sekitar
bandaraya 1,022,240 di Ipoh yang dipelopori majoriti kaum Cina. Ruang petempatan
penduduk di Ipoh bertumpu diMenglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta
Pasir Puteh. Faktor ini menjadikan perkembangan perbandaran di bandaraya Ipoh
menjadi semakin merebak di kawasan pinggir bandar Ipoh.
Item Type: Article
Keywords: perbandaran, pembangunan industri, pertambahan penduduk, fungsi
bandar, aktiviti industri
Journal: International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly
SARI)
ID Code: 3920
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On: 26 Mar 2012 11:02
Last Modified: 26 Mar 2012 11:02

Jabatan Bangunan

Struktur Organisasi dan Fungsi


Sila klik sini untuk melihat struktur organisasi jabatan.

Fungsi-Fungsi dan Aktiviti Utama

i) Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil bangunan


Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-Polisi Pembangunan Majlis
Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

ii) Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi kelulusan
sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang melibatkan pembinaan
bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya
Ipoh.

iii) Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi bangunan-
bangunan yang diluluskan.

iv) Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan


yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan Pematuhan(CCC).

v) Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi pembangunan dari


semasa ke semasa.

Struktur dan Fungsi

Pada amnya Jabatan Bangunan mempunyai 3 (tiga) Bahagian Utama yang memainkan
peranan melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan seperti berikut:

i) BAHAGIAN PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran Am
Unit Tadbir Kelulusan Pelan Bangunan
Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi
Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan Dan Projek Khas.
Unit Penguatkuasa Bangunan

ii) BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

Unit Kawalan Skim Perumahan, Komersial, Industri Dan Institusi


Unit Kawalan Bangunan Kediaman Dan Struktur Sementara.
Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatankuasa Pusat Setempat
(OSC).

iii) BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN PROJEK KHAS


Unit Projek Khas dan kajiselidik
Unit Rekabentuk.

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya mengendalikan semua urusan-urusan


pentadbiran, memproses dokumen, kelulusan, merekod dan segala kerja-kerja sokongan
di dalam urusan bahagian ini pada amnya.

i) Unit Pentadbiran Am

Menerima, memproses dan merekod mengenai deposit dan pemulangan cagaran.

Mengemaskinikan semua rekod-rekod borang permohonan, kelulusan pelan bangunan


dan resit-resit bayaran.

Menyelaras semua akaun perbelanjaan Jabatan dan belanjawan tahunan.

Menyediakan laporan-laporan khas bulanan dan tahunan kepada agensi-agensi


berkaitan.

Menguruskan hal-hal pentadbiran perkhidmatan anggota termasuk pentadbiran, cuti,


tuntutan dan kursus.

Menyediakan maklumbalas surat di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Menyelaraskan semua tindakan pentadbiran di antara unit-unit yang berkaitan.

Menyelaraskan semua rekod pergerakan fail dan proses tindakan penghantaran fail
bangunan untuk tindakan penilaian.

ii) Unit Pentadbiran Kelulusan Pelan Bangunan

Menyediakan semua surat ulasan dan teguran Jabatan kepada pemohon.

Menyediakan semua surat kelulusan bagi pelan-pelan bangunan.

Menyelaras semua permohonan bagi semua kategori yang diterima melalui sistem
elektronik.

Menyediakan Sijil Perakuan Layak menduduki (SPLM) yang dikeluarkan dalam


tempoh peralihan.
Menyelaras dan merekod makluman mengenai kesiapan bangunan Borang F (CCC)
kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta MBI untuk tindakan menilai harta dan
cukai taksiran.

iii) Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan

Membantu menyediakan semua permit-permit sementara.

Menyediakan notis di bawah peruntukan Akta 133.

Menerima dan menyelaras rekod-rekod bagi aduan awam.

Menyediakan surat dan makluman berkaitan dengan maklumbalas terhadap aduan-


aduan awam yang diuruskan oleh Unit Penguatkuasaan.

Menyediakan surat-surat arahan Notis Pemberhentian Kerja untuk ditandatangan


Pengarah Bangunan Bandaraya (PBB).

iv) Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi

Menyediakan dan menyelaras semua surat kelulusan atau permit yang dikeluarkan

Menyediakan semua kertas-kertas kerja yang perlu dibentangkan ke Jawatankuasa Pusat


Setempat (OSC) 2 kali sebulan.

Menyediakan surat kelulusan dan pelan-pelan kelulusan yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk ditandatangani oleh PBB.

Menyediakan laporan-laporan yang perlu diadakan yang melibatkan permohonan bagi


sistem telekomunikasi dan permohonan melalui OSC.

Menyediakan bil-bil bayaran tambahan, denda dan sewa petak letak kereta serta
penerimaan pengemukaan semula pelan-pelan dan pertanyaan orang awam.

Menyelaraskan tindakan bagi membaharui semua permit sementara bagi sistem dan
struktur pemancar telekomunikasi.
Zon Kawasan Pentadbiran & Penguatkuasaan Jabatan

You might also like