You are on page 1of 10

1

011
SULIT
BAHAGIAN A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ tidak dibenarkan bermain di sini,” kata pengawal keselamatan itu kepada Azmi
dan Chin Man

A Kita

B Kami

C Kamu

D Mereka

2 “Sebentar lagi akan ke balairung untuk majlis bersama rakyat,” kata


bendahara kepada semua panglima.

A tuanku……bertakhta

B baginda…..berangkat

C beta…….mencemar duli

D patik……merafak sembah

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
2

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Puan Laila daging dengan sebilah pisau hingga lumat.

A menghiris

B menyiang

C memotong

D mencencang

4 Pendekar Mustar sangat bersilat ketika bertarung menentang musuhnya.

A pantas

B cergas

C cerdas

D tangkas

5 Marzuki memberi peliharaannya makan sayur kangkung.

A pepatung

B jejentik

C kekura

D lelabah

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
3

6 Pemuda itu telah pintu rumah tersebut ketika kebakaran berlaku demi
menyelamatkan seorang kanak-kanak.

A diterjah
B terjahan
C menerjah
D menerjahi

7 di kawasan itu musnah diserang ulat menyebabkan para petani mengalami


kerugian.

A rumput-rampai

B sayur-mayur

C tanah-tanih

D kayu-kayan

8 Barangan seramik di galeri ini dibuat daripada putih.

A tanah liat

B tanah gambut

C tanah pusaka

D tanah keras

9 Lebih baik kamu membaca buku membuang masa dengan sia-sia.

A daripada
B sejak
C pada
D dari

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
4

10 Tuangkan adunan ke dalam acuan. , sejukkan di dalam peti sejuk.

A Akhirnya

B Kemudian

C Lagipun

D Justeru

11 Majlis Anugerah Murid Cemerlang diadakan pada minggu hadapan.

A pernah

B belum

C akan

D sedang

12 Air sirap akan lebih enak jika dicampurkan dengan ketul ais.

A semua

B separuh

C segala

D beberapa

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
5

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Seorang pengakap ditugaskan menyalakan kayu api untuk air.


A menjerang
B merebus
C mengukus
D menanak

Soalan 14 dan 15 pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 “Pada pendapat saya, penjenayah itu patut dibawa ke muka pengadilan,” kata Ramzi
kepada Ramli.
A Ramli menyatakan penjenayah itu patut menerima hukuman.

B Ramzi mahu Ramli membawa penjenayah ke muka pengadilan.

C Ramli berpendapat bahawa Ramzi patut mengadili penjenayah itu,

D Ramzi berpendapat bahawa penjenayah itu harus diadili.

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
6

15 Kerja-kerja menambak cerun bukit itu perlu disegerakan agar kejadian tanah runtuh itu
tidak berulang.

Pilih perkataan seerti bagi cerun.

A condong

B curam

C sama

D sisi

Pilih ayat yang betul.

16 A Badanya terasa lemah kerana tidak berselera makan selama beberapa hari.

B Kampung itu bergelora akibat diancam oleh gajah liar.

C Kepalanya benjol kerana terhantuk pada segi dinding.

D Ahli gusti membaham lawannya sehingga pengsan.

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
7

Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan
bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa
berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam kelas.
Semasa Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di
dalam kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala
Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus
dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga-tiga muridnya
yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu
sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka belajar
bersama-sama, bermain bersama-sama danjika timbul masalah, mereka akan cuba
menyelesaikannya secara muafakat. Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang
ringan tulang. Orang kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan
mulut. Mereka rajin menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung.
Apabila berselisih dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur
orang itu dengan ramah.

17 Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud


A berlawan
B bersaing
C beriringan
D berkejar-kejaran

[Lihat halaman sebelah]


SULIT 011
8

18 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?


A Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D Haikal, John dan Leong mendapat 3A dalam peperiksaan percubaan UPSR
sekolah mereka

19 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang
baik, kecuali
A anak emas
B ringan tulang
C ringan mulut
D masam muka

20 Apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan persahabatan mereka?


A Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
B Bagai aur dengan tebing
C Bagai isi dengan kuku
D Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

KERTAS SOALAN TAMAT

SULIT 011
9

BIL Maklumat Soalan ARAS SOALAN


(JADUAL SPESIFIKASI ITEM)

RENDAH

SEDERHANA

TINGGI
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
BAHAGIAN A

KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA ( MORFOLOGI )


1 Kata ganti nama 1 2
2 Kata kerja transitif 3
3 Kata adjektif
( sifat/keadaan ) 4
4 Kata tugas
( kata bantu ) 11
( kata sendi nama ) 9
( kata bilangan ) 12
( penanda wancana ) 10
5 Kata majmuk 8
6 Kata ganda
( separa ) 5
( berentak ) 7
7 Ketepatan kata 6 13
8 Kata banyak makna 15
KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM AYAT ( SINTAKSIS )
9 Ayat penyata 16
10 Ayat sama maksud
( cakap ajuk/pindah ) 14
11 Teks 17
18
19
20

SULIT 011
10

JAWAPAN :

NOMBOR JAWAPAN

1 C

2 B

3 D

4 D

5 C

6 C

7 B

8 A

9 A

10 B

11 C

12 D

13 A

14 C

15 B

16 A

17 B

18 D

19 D

20 C

SULIT 011

You might also like