You are on page 1of 2

BIDANG 2 ; KEKELUARGAAN (2.3;Mengekalkan tradisi kekeluargaan.

Definisi -> Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan
kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

Kata Kunci-> Menerima ]Kebiasaan


-> Menghormati ]Adat
Mengamalkan ]Kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun.

Kandungan Teks ; Tajuk ~ Kukuhkan Institusi Kekeluargaan

Mengekalkan tradisi keluarga merupakan tanggungjawab setiap anggota keluarga.

1. Amalan tradisi keluarga.

a. Masyarakat cina

Contoh : Perayaan ‘Tung Zhi’

i. Disambut pada setiap 22 Disember


ii. Untuk menyambut ketibaan musim sejuk atau ‘kuo tung’
iii. Dianggap sebagai satu simbol yang bermakna untuk merapatkan hubungan
keluarga.

Cara Menyambut ‘Tung Zhi’

i. Keluarga yang jauh akan balik ke kampung


ii. Memasak makanan pelbagai jenis
iii. Jamuan makan bersama keluarga
iv. Bersembahyang bersama-sama sebagai tanda terima kasih.

b. Masyarakat India

Contoh : Penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan

i. Pokok pisang merupakan simbol kesinambungan zuriat / keturunan sesebuah


keluarga.
ii. Anak-anak perlu berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara.
iii. Anak-anak perlu memastikan maruah keluarga terpelihara setiap masa.

2. Kepentingan mengekalkan tradisi keluarga.

a. Dapat menyatupadukan anggota keluarga.


b. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
c. Supaya tradisi ini tidak pupus / hilang.
d. Supaya generasi akan datang mengenali tradisi keluarga.
e. Sebagai jambatan untuk menghubungkan generasi muda dengan generasi tua.

3. Cara-cara mengekalkan tradisi keluarga.

a. amalan tradisi keluarga sebagai satu cara hidup


b. tidak malu / memandang rendah terhadap amalan tradisi keluarga.
c. Menasihati ahli keluarga agar tidak melupakan tradisi keluarga.
DICATAT OLEH ABD. RAHMAN LO DI 1:23 PG
E-MELKAN INIBLOGTHIS!KONGSI KE TWITTERKONGSI KE FACEBOOK

http://pendidikammoral.blogspot.com/2011/11/bidang-2-kekeluargaan-23mengekalkan.html

You might also like