You are on page 1of 5

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas:
1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh
12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar
dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit
sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian
perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan
ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah
mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan
kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru,
kakitangan dan para pelajar.
Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku
kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan
nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan
sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih
dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru
Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana
kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu
menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali
bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa
mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru
Besar terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan
upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari
Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang
diperlukan agi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-
kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang
berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah
tanggungjawab guru itu sendiri
Tugas Akademik Guru:
1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya
kerja yang bermutu inggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan
garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan
masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan
teliti.
3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa
untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku
kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di
dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja
pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi
waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini
merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi
faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar
sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-
masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah
dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru
menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak
hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca
buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar,
menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku
latihan pelajar.
Buku Ringkasan Mengajar:
1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan
mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini
hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan
jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan
pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan
peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar
yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah
menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat
apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir
tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat
demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:


1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua
pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami
masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang
pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.Kes-kes
pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada
Guru Besar atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara
dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja
hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat
keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan
Pakaian:
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian
yang sesuai semasa bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T
walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru
lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat:
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan
pelajar di dalam bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru
sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar
terlebih dulu.
3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau
jurujual hanya boleh ibuat di dalam bilik guru sahaja.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar
walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak
sekolah.

You might also like