You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN

SJKT LADANG EDINBURGH


BIL. 1/2016

Tarikh : 08 Januari 2016


Masa : 1.20 Tengahari
Tempat : Bilik Komputer

HADIR

1. Pn A.Theresa - Guru Besar (Pengerusi)

2. Pn K.Mala devi - PK Kurikulum

3. En M.Ravi - PK HEM

4 Pn.P.Thangamalar - PK KO-KU

5. Pn.S.Jayanthi - Ketua Guru Disiplin

6. En G.Prabu - GuruPengawas

7. En. G. Sathiyah - Guru Kelas

8. Pn. K.Sumathi - Guru Kelas

9. Pn. P.Kalaivani - Guru Kelas

10. Pn. M.Sutha - Guru Kelas

11. Pn. S.Menaga - Guru Kelas

12. Pn. S.Kasturi - Guru Kelas

13. Pn. L.Munisvary - Guru Kelas

14. Pn. K.Kogila - Guru Kelas

15. Pn.Parimala - Guru Kelas

16. Pn.Thilagashamala - Guru Media

17. Cik. Salini - Guru Kelas

18. Cik. Priya - Guru

19. Pn.Rosmaria - Guru

20. En.Valaiya - Guru

21. Cik.Nokalammah - Guru


TIDAK HADIR BERSEBAB -

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan


kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara
berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar
merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat
pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum mendisiplinkan
murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan guru menjadi
contoh kepada murid.

1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini diadakan
sebanyak 3 kali.

Tindakan: Guru Disiplin

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh : En Prabu

Disokong oleh : Pn Munisvary

3.0 PERKARA BERBANGKIT

(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)

4.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-

4.1 Pemantauan

4.1.1 Rekod Pemantauan Murid Lewat

4.1.1.1 Buku Rekod Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru disiplin dan juga
pengawas bertugas.

4.1.1.2 Guru bertugas harian juga bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid
yang datang lambat dengan mencatat nama mereka dalam buku rekod.

Keputusan

Murid hadir selepas pukul 7.30 pagi pada setiap hari dianggap lewat.

Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Guru Disiplin


4.1.3 SSDM

Guru Disiplin melaporkan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid sehingga Disember
2015.(Rujuk lampiran)

4.1.3.1 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah

Pengerusi memohon bantuan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya melaksanakan
kaunseling terhadap murid yang bermasalah.

Keputusan

Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

4.2 Sistem Kawalan Disiplin

Timbalan Ketua Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-

4.2.1 Pergerakan pelajar

Teratur dan berjalan lancar

4.2.2 Penggunaan tangga

Murid mengikut arahan yang ditetapkan

4.2.3 Penguatkuasaan pas keluar

Cadangan mewujudkan pas keluar berbentuk jaket keselamatan untuk semua kelas .

Keputusan

Mesyuarat memutuskan cadangan itu akan diambil perhatian selanjutnya.

Tindakan: JK Disiplin

Makluman

4.2.4 “Spot Check”

4.2.4.1 Telah dilaksanakan sekali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini
memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid menjadi insan
yang cemerlang.

4.2.4.2 PK HEM memuji sikap murid pada tahun ini yang jauh lebih baik dibandingkan pada
tahun lepas.
4.2.5 Kekemasan Pelajar

Memerlukan teguran sepanjang masa.

Tindakan : JK Disiplin/JK Pengawas/Guru Bertugas


4.3 Sistem Perhimpunan Rasmi Sekolah

Mesyuarat telah memutuskan Perhimpunan rasmi akan dijalankan di tapak perhimpunan


kecuali pada hari hujan ianya akan diadakan di dewan terbuka.

5.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan supaya semua guru berganding bahu dalam mengurangkan masalah
disiplin pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

..................................... ........................................
(PN S. JAYANTHI) (EN M.RAVI)
Ketua Guru Disiplin Penolong Kanan Hal Ehwal
SJKT LDG.EDINBURGH SJKT LDG.EDINBURGH

Disahkan oleh:

……………................
(PN A.THERESA
Guru Besar
SJKT LDG.EDINBURGH

You might also like