You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM PANTAU CUTI LINUS2.

0
(PACU LINUS2.0) NUMERASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAUJANA

PROGRAM PACU LINUS2.0 NUMERASI

1.0 Pendahuluan

Kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi


menentukan kejayaan, langkah-langkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk,
menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah
ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Kerjasama daripada semua pihak
terutama pihak sekolah dan ibu bapa amatlah diperlukan. Dalam mengejar dan menjayakan
kecemerlangan perbagai program telah dirancang bagi meningkatkan aspek membaca,
menulis dan mengira dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Sehubungan dengan itu, Program BIUS LINUS2.0 ini dirancang dan diaplikasikan
berobjektifkan memberi panduan dan bimbingan pada tahap seoptimum mungkin kepada
semua guru numerasi dalam melaksanakan saringan LINUS2.0 di sekolah.

2.0 Rasional

Program ini dijalankan dengan memfokuskan kepada anjakan ke-9 di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di mana melibatkan kerjasama komuniti ibu
bapa dalam memantau murid-murid Tidak menguasai (TM) LINUS2.0 Numerasi semasa cuti
sekolah. Modul yang telah dibekalkan dapat membantu murid mengisi masa cuti dengan
meningkatkan penguasaan dalam bidang Numerasi khususnya.

3.0 Matlamat

Tujuan program ini dijalankan bagi menyediakan suatu bentuk Modul Numerasi kepada
kumpulan murid TM LINUS2.0 dan murid putik perdana bagi memastikan mereka
memperkuatkan penguasaan dan kemahiran mereka di dalam aspek Numerasi.
4.0 Objektif

i. Memberi peluang kepada murid mengisi masa cuti dengan bahan yang bermakna.
ii. Melibatkan kerjasama ibu bapa dalam memastikan murid menyiapkan soalan di
dalam modul PACU LINUS2.0 Numerasi.
iii. Mendekatkan dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-
anak LINUS2.0 Numerasi.

5.0 Kumpulan sasaran

Semua murid Tidak Menguasai (TM) LINUS2.0 Numerasi tahun 1 hingga tahun 3.

6.0 Tarikh, tempat dan masa

Tarikh : Cuti persekolahan (4 kali setahun) Mac – Disember.


Tempat : Kediaman murid masing-masing.
Masa : Mengikut kesesuaian.

7.0 Jawatankuasa Induk Program PACU LINUS2.0 Numerasi

Pengerusi : Pn. Hjh. Aziah binti Samsudin


( Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Pn. Asfizah binti Mohd Amir
( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Salmah binti Polani
( Guru Penolong Kanan HEM )
Naib Pengerusi 2 : En. Ramli bin Ismail
( Guru Penolong Kanan Koko )
Penyelaras : En. Abdul Kossim bin Abu
( Penyelaras LINUS2.0 Numerasi )
Setiausaha : Pn. Noratiqah binti Ayob
( Guru Numerasi )
AJK : Semua guru LINUS2.0 Numerasi
Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

Pengacara : Pn. Noratiqah binti Ayob


Siaraya/Peralatan : Tn. Syed Fikrie bin Syed Mus
En. Mohd Hasruddin bin Mohd Halid
En. Sufian bin Kamal
Penyelaras Modul : Pn. Maryah binti Yahya
Pn. Raemah binti Sadli
Pn. Norsiah binti Aman
Penyerahan Modul : Pn. Harlena binti Shukor
: Pn. Dayang Sofiah binti Awang Mahmud
Jurugambar : Pn. Zakiah binti Daud
Dokumentasi : En. Abdul Kossim bin Abu
Pn. Noratiqah binti Ayob

8.0 Kaedah Pelaksanaan

 Penyerahan Modul PACU LINUS2.0 oleh pihak pentadbir kepada murid terlibat.
 Murid menyiapkan tugasan di rumah dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.
 Guru menyemak hasil kerja murid di sekolah.

9.0 Sumber Kewangan

Jumlah Harga seunit Jumlah harga


Bil. Peralatan
diperlukan (RM) (RM)
Kertas A4
1. 10 rim 10.00 100.00
(salinan modul)
JUMLAH BESAR RM 100.00
10.0 Penutup dan Rumusan

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan bagi memberi latihan intensif
kepada murid TM LINUS2.0 Numerasi semasa cuti sekolah, sekaligus menegaskan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi.
Komitmen semua pihak adalah diharapkan untuk memastikan program ini berjaya selaras
dengan sasaran NKRA.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

…………………………… .... ……………………………..........


(ABDUL KOSSIM BIN ABU) (ASFIZAH BINTI MOHD AMIR)
Penyelaras LINUS2.0 Numerasi GPK Pentadbiran
SK Seri Saujana SK Seri Saujana

Disahkan oleh:

……………………………............
(HJH. AZIAH BINTI SAMSUDIN)
Guru Besar
SK Seri Saujana

You might also like