You are on page 1of 3

ANALISIS JURNAL

KOMPONEN ANALISIS KETERANGAN/HURAIAN


Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam
TAJUK Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

1. Apakah sikap guru Bahasa Melayu bersikap positif


terhadap pembelajaran menyeronokkan dalam
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah medium yang guru gunakan untuk
mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu?
PERMASALAHAN KAJIAN 3. Pada peringkat penyampaian pengajaran yang
manakah sesuai untuk guru mengaplikasikan
pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran
Bahasa Melayu?
4. Adakah pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam usaha meningkatkan prestasi dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

OBJEKTIF UMUM: mengenal pasti pelaksanaan amalan


pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan guru Bahasa
Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KHUSUS
1. Mengenal pasti kesediaan guru Bahasa Melayu
OBJEKTIF mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran
menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Melayu.
3. Mengenal pasti sejauh mana kebolehan guru Bahasa
Melayu melaksanakan pembelajaran menyeronokkan.

1. Reka bentuk kajian: Kajian deskriptif (jenis kajian


tinjauan)
2. Persampelan: kaedah persampelan rawak
berkelompok (Cluster Sampling)
METODE 3. Instrumen Kajian: soal selidik berskala likert
4. Prosedur kajian: meminta kebenaran membuat
kajian kemudian mengedarkan soal selidik melalui
ketua panitia bahasa Melayu. Data dikutip daripada
guru-guru bahasa Melayu daripada sekolah yang
dikaji.
Demografi Responden
 92 orang guru Bahasa Melayu daripada 8 buah
sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor.

Kesediaan Guru Mengaplikasikan Pembelajaran yang


Menyeronokkan
 Min pada tahap tinggi iaitu 3.17 (SP=0.40)
menunjukkan sebahagian besar guru yakin dan
bersedia untuk mengaplikasikan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam mengajar bahasa Melayu.

Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan


 Min pada tahap yang agak rendah jika dibandingkan
dengan aspek kesediaan guru mengaplikasikan
pembelajaran yang menyeronokkan iaitu 2.75
DAPATAN
(SP=0.65).
 Didapati guru hanya menggunakan bahasa yang
kreatif dan lucu dan kaedah lakonan dan nyanyian
untuk membentuk suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.
 Manakala, bahan-bahan multimedia seperti CD, video
dan sebagainya kurang digunakan.

Kebolehan Guru Melaksanakan Pembelajaran yang


Menyeronokkan
 Bagi aspek ini, min yang diperoleh ialah 3.04
(SP=0.63).
 Hal ini menggambarkan guru-guru tidak mempunyai
masalah sama ada melaksanakan secara
bersendirian mahupun dengan bantuan murid.

1. Metode yang digunakan sesuai dengan objektif


kajian.
2. Dapatan kajian jelas dan mencapai objektif.
KEKUATAN 3. Penulisan jurnal ini teratur dan sesuai dengan kaedah
pembuatan penulisan Jurnal.
4. Perkataan dan ayat yang digunakan juga dalam
jurnal ini bersifat baku dan sesuai.

1. Huraian bahagian penyataan masalah kurang jelas.


KELEMAHAN
2. “space” atau jarak dalam penulisan tidak teratur.
 Kesimpulannya, dalam aspek kesediaan guru
mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu didapati kesediaan guru untuk
mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan adalah
berada pada tahap tinggi.
 Namun begitu, medium yang berkaitan dengan
penggunaan dan penghasilan bahan bantu mengajar
RUMUSAN
berbantu komputer atau multimedia berada pada tahap
sederhana.
 Dari segi keupayaan guru melaksanakan pembelajaran
menyeronokkan, jelas menunjukkan bahawa guru
berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan pembelajaran
menyeronokkan secara bersendirian tanpa mewujudkan
jawatan pembantu pengurusan murid.

You might also like