You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan
agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta amalan adat yang berbeza antara mereka
serta kumpulan etnik dan lainnya. Namun begitu, Malaysia tidak boleh lari daripada
menghadapi masalah yang berkaitan dengan isu-isu perkauman. Antara masalah yang dihadapi
adalah sikap dan pemikiran ekstrim tanpa toleransi dalam amalan agama, kepercayaan, tradisi
dan cara hidup yang berbeza. Pemikiran ekstrim boleh menyebabkan mereka tidak bertolak
ansur dan menolak segala amalan dan kepercayaan yang dianuti oleh orang lain. Pemikiran
sebegini boleh menyemai pelbagai konflik dan tidak persetujuan antara agama, terutamanya
kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama. Menurut Ariffuddin (2011),
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata ketegangan yang berlaku di
kebanyakan negara adalah disebabkan wujudnya golongan ekstremisme yang sengaja
mengganggu ketenteraman awam dengan menyentuh isu-isu sensitif mahupun di Malaysia
(Gambar rajah 1). Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan kes dan peristiwa yang berlaku
di Malaysia yang melibatkan sikap dan pemikiran ekstrim tanpa toleransi yang membawa
keretakan hubungan antara etnik dalam aspek amalan agama, kepercayaan dan tradisi serta
cara hidup yang berbeza.

2.0 Isu Dalam Aspek Agama, Kepercayaan, Tradisi Serta Cara Hidup Yang Berbeza

2.1 Isu Kepala Lembu

Isu pertama yang dapat dikaitkan dengan agama adalah isu mengenai kepala lembu di
kuil. Menurut Hidayah (2012) iaitu penulis akhbar Sinar Harian (Gambar rajah 2), kes ini berlaku
di Masjid Al-Hidayah Sentul, Kuala Lumpur. Hal ini telah disahkan oleh oleh unit forensik Polis
Diraja Malaysia dimana bungkusan tersebut mempunyai kepala babi, kulit, kaki dan telinga.
Tambahan pula, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahsara
berkata insiden berkenaan adalah perbuatan yang disengajakan untuk menimbulkan keresahan
dan kemarahan khasnya dalam kalangan umat Islam apatah lagi ia diletakkan di masjid.
Tindakan seperti ini amatlah berat dan dipadang serius oleh umat Islam kerana masjid
merupakan tempat mereka beribadat dan juga merupakan tempat suci bagi mereka. Istilah
masjid adalah berasal dari bahasa arab yang diambil dari perkataan “sajada, yasjudu, sajdan”.
Perkataan sajada ini merujuk kepada maksud bersujud, taat, patuh serta tunduk dengan penuh
hormat (Syauqi, 2004). Di samping itu, perkara ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada
umat Islam. Apakah kesalahan yang telah mereka lakukan?, Adakah masjid begitu kotor bagi
kaum lain? ataupun azan yang dilaungkan oleh umat Islam mengganggu penduduk disitu?.
Perkara ini perlulah diselesaikan dengan teliti.

Punca bagi isu ini adalah kerana sikap dan pemikiran ekstrim tanpa toleransi dalam
amalan agama dimana golongan tersebut tidak berfikir panjang lalu bertindak sedemikian.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa ia perbuatan jahat, provokasi
terhadap umat Islam yang dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun begitu,
provokasi seperti ini amat ekstrim kerana ia boleh melibatkan perpecahan etknik. Contohnya,
umat Islam menuding jari kepada agama tertentu melakukan perkara ini sedangkan pihak lain
yang melakukannya, maka berlakulah insiden-insiden yang tidak diingini. Seandainya perkara
ini terjadi kepada agama sendiri, apakah yang akan mereka rasai? Contohnya, isu kepala
lembu (Hali, 2009). Apakah yang akan dirasai oleh penganut agama Hindu?. Menurut ajaran
umat Islam, sesiapa yang menghina atau memburukkan agamanya, hukuman yang perlu
diberikan adalah bunuh (Ustaz Hartono, 2014). Golongan ini sentiasa mencari kesalahan
terhadap agama lain dan mengatakan bahawa agama mereka adalah yang paling sempurna.
Menurut Charles S. Liebmant (1983), golongan ekstremis (pelampau) agama dalam masyarakat
semasa kini, pergerakan dan tindakan mereka boleh diagak sekalipun bukan mudah untuk
mengenalpasti golongan ini. Oleh itu, berdasarkan isu yang berlaku dalam masyarakat majmuk
di Malaysia pada masa kini, amalan mahabbah atau toleransi beragama di Malaysia tidak
berlangsung dengan cara yang telus dan bersungguh, sebaliknya ia boleh dianggap hanya
bersifat kosmetik. Dengan kata lain, keharmonian yang terzahir hanya berada pada aras
permukaan sahaja.

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama seperti diatas ialah
melalui mesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan
konsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah ini ia
adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi
bijaksana.

2.2 Isu Dipaksa Buka Tudung

Isu yang dapat dikaitkan dengan cara hidup di Malaysia adalah isu buka tudung yang
sangat terkenal sekarang.
2.3 Isu Dobi Di Johor

Seterusnya adalah isu mengenai

2.4 Isu Laungan Azan Di Pulau Pinang

Isu yang seterusnya adalah isu laungan azan yang telah berlaku di Pulau Pinang.
Menurut penulis Utusan Online, Raja Syahrir (2011), hal ini berlaku pada 17 Januari 2011
kerana seorang peguam dan juga merupakan ahli parti politik Malaysian Chinese Association
(MCA), Ng Kian Nam menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan laungan azan. Beliau
meminta laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai diperlahankan kerana
mengganggu tidurnya yang tinggal berdekatan. Perkara ini telah mencetuskan perasaan
ketidakpuasan hati penganut agama Islam di negara ini sehingga mendorong lebih 100 orang
mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid tersebut pada hari Jumaat. Di samping itu,
penganut Islam ini juga telah membina patung berupa peguam tersebut lalu membakar patung
berkenaan ketika demonstrasi. Disebabkan itu, beliau terpaksa berpindah ke tempat lain kerana
bimbangkan keselamatannya ekoran bantahan masyarakat Islam setempat. Akhirnya Ng Kian
Nam telah tampil memohon maaf secara terbuka ketika sesi dialog mengenai isu ini dijalankan.
Beliau mengatakan bahawa beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan
dengan ceramah ataupun kuliah subuh. (Raja Syahrir, 2011)

Isu ini telah menunjukkan sikap dan pemikiran ekstrim tanpa toleransi dalam amalan
agama menjadi punca kepada keretakan hubungan antara kaum di Malaysia. Pemikiran
sesetengah pihak penganut Islam dalam isu ini sangat ekstrim sedangkan Ng Kian Nam hanya
menyatakan agar laungan azan itu diperlahankan bukan memberhentikan kerana ia terlalu
mengganggu penduduk yang bukan muslim untuk berehat pada waktu subuh. Pemikiran
penganut Islam yang bersifat stereotaip dalam agama telah menimbulkan satu sifat prejudis
dimana mereka sentiasa berfikir agama lain ingin menjatuhkan agama Islam. Namun, dalam
ajaran Islam, mereka tidak sepatutnya bertindak melulu kerana Islam mengamalkan sikap sabar
dan damai. Mereka perlu mengadakan perbincangan antara kedua-dua belah pihak dan
mengambilkan tindakan yang sepatutnya seperti penggunaan pembesar suara dalaman sahaja
dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau pada waktu subuh (Astro Awani, 2015).
Tambahan pula dengan pembakaran patung berupa peguam tersebut juga akan menambahkan
lagi kesan yang buruk terhadap umat Islam. Salah satu kesan yang paling ketara adalah
penganut agama lain akan mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang ganas. Hal
ini juga menampakkan agama Islam tiada beza dengan ISIS sedangkan orang Islam
menyatakan bahawa ISIS menerima ajaran yang berbeza dengan Islam iaitu bersifat ganas.
Selain itu, maruah peguam tersebut juga akan tercemar dan boleh menjejaskan kehidupan
beliau pada masa hadapan seperti dibuang kerja. Sebaliknya, saya berpendapat, Ng Kian Nam
perlu berfikir panjang sebelum bertindak membuat aduan mengenai hal ini. Perkara ini boleh
menyebabkan sesuatu yang buruk boleh berlaku dimasa akan datang. Contohnya, sejumlah 10
aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan
penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 (Astro
Awani, 2015). Perkara ini menunjukkan semakin ramai penganut bukan Islam berani
menyentuh isu ini. Kesan seterusnya adalah penganut agama lain akan sentiasa mencari salah
yang terdapat pada agama Islam atau agama lain dan menjadikan masalah tersebut sebagai
satu masalah yang besar sehingga boleh menimbulkan konflik antara agamaDi samping itu,
tindakan ini juga boleh menyebabkan orang Islam berfikiran bahawa orang Cina sentiasa tidak
berpuas hati dan sentiasa mencari kesalahan mereka. Tambahan pula, pada pandangan saya,
kenyataan beliau mengenai tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah hanyalah
propaganda sebagai ahli politik dan peguam yang berilmu. Azan akan dilaungkan dalam
bahasa Arab sedangkan ceramah menggunakan bahasa campuran iaitu Arab dan Melayu
tetapi kebanyakan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Namun, jika benar beliau tidak
mengetahuinya, penganut Islam disana perlu menerangkan perkara tersebut kepada beliau.

Isu ini mampu memporak-perandakan hubungan antara kaum jika ia berlarutan dan
mencetuskan peperangan antara agama. Di samping itu, sifat prejudis akan terbentuk dimana
tanggapan buruk terhadap agama lain tanpa asas yang secukupnya berlaku. Oleh itu, sudah
terang lagi bersuluh bahawa sikap dan pemikiran ekstrim tanpa toleransi dalam amalan agama
menjadi punca kepada keretakan hubungan antara kaum di Malaysia pada masa kini.

Penyelesaian konflik agama boleh dibuat dalam bentuk ‘nasihat’ ‘irsyad’ dan ‘tawsiyah’.
Nasihat ini adalah membawa erti melaluinya seseorang individu akan lebih berasa tenang
dalam melalui krisis tersebut juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya.
Irsyad pula bermaksud mendapat tunjuk ajar dari individu atau dari negara yang
berpengalaman luas dalam aspek kenegaraan dan juga bagi menyelesaikan konflik antara
agama ini.

You might also like