You are on page 1of 30

HASIL KAJIAN

1.0 Pendahuluan

Kurikulum persekolahan kebangsaan yang mendukung hasrat ,mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang memainkan peranan penting dalam menyediakan murid untuk
menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Seperti mana yang dapat kita
lihat, kurikulum pendidikan negara bukan sahaja ke arah mendidik murid agar
menjadi insan yang berilmu tinggi, malahan ia turut memberi penekanan kepada
nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam menyedarkan murid akan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan masyarakat yang dapat
membantu mengharumkan nama negara. Murid-murid dididik untuk berfikir,
berilmu pengetahuan luas, beretika tinggi, bijaksana serta menguasai kemahiran
teknologi maklumat secara berkesan agar mampu melahirkan murid yang
berkeyakinan tinggi dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dan cabaran
dalam kehidupan. Buktinya kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke
arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Dengan ini,
pengenalan subjek pendidikan moral sebagai mata pelajaran teras kepada murid
bukan beragama Islam di peringkat rendah dan menengah menjadi salah satu
medium untuk menanam nilai-nilai murni masyarakat Malaysia agar dapat
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan tinggi, berkeperibadian mulia serta
rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun demikian,
untuk memastikan keberkesanan kurikulum pendidikan moral ini, guru
memainkan tanggungjawab penting dalam memastikan rancangan dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek pentaksiran dan
pengurusan mata pelajaran ini dapat dijalankan secara berkesan di sesebuah
sekolah agar perkembangan murid dari aspek akademik dan emosi dapat
dipantau dengan baik.

Sebagai seorang pendidik yang efektif, guru haruslah mampu untuk membuat
keputusan yang tepat dan baik. Keadaan ini dapat dicapai melalui maklumat,

1
data atau bukti-bukti yang dapat membantu guru dalam membuat pentafsiran,
pertimbangan dan seterusnya keputusan yang diingini. Maklumat-maklumat
sedemikian dapat diperolehi menerusi satu aspek pendidikan yang dikenali
sebagai proses penaksiran. Sama ada secara langsung atau tidak langsung,
guru sentiasa melakukan penaksiran terhadap pembelajaran dan pengajaran
dalam mengurus dan menilai diri sendiri dan juga terhadap pelajarnya. Sebagai
contohnya, penilaian dan pengurusan guru dapat dilihat menerusi kerja-kerja
menyemak latihan murid, nota-nota, jawapan ujian yang dijawab oleh murid,
aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, memerhati tingkah laku murid dan sebagainya.
Keadaan ini penting dalam membantu guru dalam membimbing murid untuk
memahami proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar guru
dapat menilai pretasi dan kemajuan muridnya.

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membantu guru-guru pelatih dalam
mendalami tajuk pentaksiran dan pengurusan mata pelajaran pendidikan moral
supaya dapat menjadi guru yang berdaya saing tinggi serta berkesan agar dapat
melahirkan insan holistik berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPK)
kita.

2
2.0 Tanggungjawab dan Peranan Guru Panitia dan Guru Pendidikan Moral

Guru Pendidikan Moral

Ledakan teknologi maklumat di seluruh dunia telah menjadikan dunia kitaseolah-


olah tidak mempunyai sempadan iaitu sesebuah maklumat dapat tersebar luas
ke seluruh negara dengan seklip mata dengan adanya internet. Keadaan ini
telah memberi impak yang besar kepada negara kita terutamanya dalam aspek
pendidikan. Dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara (FPK)
serta kesepaduan berbilang kaum di negara kita, pendidikan terutamanya mata
pelajaran seperti pendidikan moral merupakan salah satu wadah yang amat
berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku murid. Guru
merupakan agen penting dalam memastikan kurikulum Standard Pendidikan
Moral yang digubal mampu memberi kesan positif kepada negara kita.

Bukan itu, guru juga bertanggungjawab dalam menyanjung tinggi dan


menyokong semua aspirasi negara. Aspirasi negara lain yang dikemukakan
untuk pembangunan negara perlu dititikberatkan oleh semua guru dalam usaha
melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru haruslah menjadi
teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan
mesej yang diingini kepada pelajar-pelajar.

Secara umumnya, Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah


memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti
murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu,
murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan
sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Menurut Kamus Dewan (1970), guru membawa erti pendidik, pengajar dan
pengasuh. Keadaan ini jelas menunjukkan guru merupakan insan yang
berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang
mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan untuk

3
menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Oleh itu, antara
peranan dan tanggungjawab guru pendidikan moral adalah:

4
Sedar bahawa
kanak-kanak yang
datang ke sekolah
telah mempelajari
pelajaran moral di
rumah daripada
keluarga dan Sedar bahawa
Membimbing dan
menerapkan nilai- masyarakat sekolah itu sendiri
nilai yang tersirat merupakan
dalam Rukun sumber
Negara pembelajaran
moral secara tidak
langsung

Peranan Guru
Menghidupkan Pendidikan
kelas dengan
aktiviti-aktiviti Moral Memeperkemban
yang menarik dan gkan pengetahuan
memberikan moral murid dan
pengalaman membimbing
langsung mereka

Membantu
Menjadi
murid
pendorong
membentuk
bagi setiap
satu pandangan
aktiviti yang
moral yang
dijalankan
menyeluruh dan
relavan

5
Bertanggungjawab
menyalurkan
objektif-objektif
seiring dengann
penerapan nilai-
nilai murni

Tanggungjawab Mencapai
Menjadi role Guru matlamat
model kepada
Pendidikan pendidikan
murid-murid
Kebangsaan
Moral

Menjayakan
konsep "Guru
Pendidikan
Moral dan
Aspirasi Negara"

6
Guru Panitia Pendidikan Moral

Guru panitia merupakan penyelaras iaitu ketua kepada sesebuah mata pelajaran
di sekolah yang dilantik oleh guru besar. Seperti mana yang dapat kita lihat, guru
panitia memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan struktur
sesebuah mata pelajaran tersebut dirancang dengan rapi agar dapat berjalan
secara lancar. Sebagai contohnya, antara tugas-tugas utama guru panitia adalah
bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan penggal,
menagih-agihkan tugas guru mengikut keperluan mata pelajaran tersebut,
membantu membuat pemilihan buku rujukan untuk perpustakaan dan
sebagainya.

Oleh itu, bentuk gambaran grafik di bawah akan menyatakan peranan dan
tanggungjawab panitia pendidikan Moral di sesebuah sekolah.

7
Menyelaraskan
penyediaan
rancangan
tahunan,
mingguan dan Memilih dan
harian setiap mencadangkan
tahun. kepada pentadbir
sekolah buku kerja
Memperolehi untuk digunakan
sukatan pelajaran oleh murid-murid
yang terbaru dan berdasarkan kepada
kemaskini kesesuaian buku itu
dari segi kehendak
Huraian Sukatan
Peranan Guru Pelajaran dan tahap
Panitia kebolehan mereka.

Pendidikan
Mengkaji dan
menganalisis Moral Menyelaraskan
soalan-soalan
keputusan
ujian dan
peperiksaan
peperiksaan bagi
murid-murid dan
tiap-tiap tahun
mengambil Mengatur serta
langkah langkah perjumpaan atau menubuhkan
untuk mengatasi mesyuarat Bank Soalan.
kelemahan dengan ahli-ahli
panitia untuk
memikirkan dan
membincangkan
masalah-
masalah yang
timbul

8
Memperbaiki dan
meningkatkan mutu
dan keberkesanan
pengajaran dan
pembelajaran

Berikhtiar dan
berusaha untuk
Memperbaiki mendapatkan
dan strategi-strategi
meningkatkan mengajar yang
mutu dan inovatif supaya boleh
keberkesanan mendorong serta
pengajaran dan menggerakkan
Tanggungjawab kecenderungan para
pembelajaran Panitia pelajar terhadap
Pendidikan pembelajaran
Moral

Memperbaiki prestasi
Mewujudkan
pelajar-pelajar dalam
semangat bekerja
peperiksaan
sama di antara
berpandukan kepada
Panitia Pendidikan
sasaran pencapaian
Moral dengan
yang ditetapkan
persatuan-persatuan
dalam rancangan
yang lain
akademik sekolah

9
3.0 Perbezaan Antara Peranan dan Tanggungjawab Guru Panitia dan Guru
Pendidikan Moral

Panitia Pendidikan Moral merupakan satu badan ikthisas yang diketuai oleh
seorang guru panitia yang dilantik oleh guru besar berdasarkan aspek
kecemerlangan guru tersebut dalam sesebuah mata pelajaran dan dianggotai
oleh guru-guru pendidikan moral yang lain. Misalnya, setiap mata pelajaran
dalam sesebuah sekolah haruslah mempunyai seorang guru panitia seperti mata
pelajaran pendidikan moral haruslah mempunyai seorang guru panitia dan bagi
subjek Bahasa Melayu pula, seorang guru panitia juga akan dilantik berdasarkan
kredibilitinya. Seseorang guru panitia secara langsung akan mengetuai ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah untuk menguruskan mata pelajaran ini agar
dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran pendidikan moral sepanjang tahun.

Selain itu juga, guru panitia juga merupakan guru yang berusaha untuk
merancang strategi-strategi mengajar mahu dalam atau luar bilik darjah supaya
boleh mendorong dan menanam minat murid untuk mempelajari subjek ini.
Contohnya, guru panitia boleh merancang aktiviti tahunan seperti menagadakan
kem akademik bagi meningkatkan minat dan kemahiran murid. Keadaan ini
penting agar dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam peperikasaan
berdasarkan sasaran pencapaian yang telah ditetapkan dalam rancangan
akademik sekolah. Bukan itu sahaja, guru panitia juga memainkan peranan
penting dalam memastikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Moral tercapai berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan supaya produk yang dilahirkan melalui subjek ini mampu menjadi
insan yang dapat menyumbang kepada perkembangan negara kita.

Sebagai seorang guru panitia, mereka haruslah sentiasa peka terhadap


perkembangan mata pelajaran yang diketuai agar dapat menyelesaikan setiap
masalah yang berlaku dan jikalau terdapat sebarang masalah yang berlaku
mereka haruslah merujuk kepada guru besar ataupun penolong kanan bagi
merancang tindakan susulan.

10
Antara tugas Guru Panitia adalah:

 Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP) setiap


tahun.
 Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan HSP.
 Menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangannya.
 Membuat sasaran peratusan kelulusan.
 Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan
penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
 Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
 Mempengerusikan mesyuarat panitia.
 Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan
pembelajaran.
 Membuat pemantauan dari masa ke semasa atau bila diperlukan.
 Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan
penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panitia.

Manakala guru pendidikan Moral pula memainkan peranan penting dalam


memastikan keseimbangan murid-murid di sekolah iaitu merealisasikan
matlamat Kurikulum Pendidikan moral dalam membentuk individu yang
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Sebagai seorang
guru juga setiap masalah yang dihadapi murid guru harus tahu agar tidak
mengganggu sesi pembelajaran. Sebagai contohnya, guru haruslah mengetahui
kelemahan, tahap kognitif murid dan pengetahuan sedia ada agar dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang membina kerana jika guru tidak
mengambil kira aspek tersebut, ia akan menyebabkan minat murid untuk
mengikuti sesi pembelajaran akan hilang.

11
Di samping itu, guru pendidikan moral perlu sentiasa membimbing murid-murid
mereka dari sudut akademik dan sosiemosi agar nilai-nilai yang diterapkan
dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian dan menjadi
seorang insan yang berbudi pekerti dalam segala aspek. Sebagai contohnya,
guru perlu sentiasa memberi sokongan moral dan dorongan positif kepada murid
untuk menjadi insan yang baik. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina
keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni iaitu
membantu dalam membentuk peribadi dan sahsiah murid yang baik sejajar
dengan nilai dan norma masyarakat Malaysia pada hari ini.

Namun demikian, tanggungjawab utama guru adalah menjadi pelaksana kepada


perancangan yang telah dirancang oleh guru panitia dan sentiasa memastikan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah bertepatan dan
bergerak seiring matlamat dan objektif iaitu dalam menjayakan rancangan
tahunan yang telah dirangka.
Antara peranan dan tanggunjawab guru pendidikan moral yang lain adalah:

 Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah


diselaraskan oleh Panitia.
 Mengetahui perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa ke
semasa.
 Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh
Ketua Panitia sebelum menyediakan kertas soalan.
 Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.
 Merekodkan merkah-markah ujian bulanan, ujian pertengahan semester
dan peperiksaan.
 Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja
selepas peperiksaan dijalankan.
 Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.
 Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah,
daerah, bahagian atau negeri) bila diwajibkan.

12
4.0 Definisi Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

4.1 Pengujian

Menurut Cronbach (1970), ujian adalah satu prosedur yang bersistem untuk
memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat
huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.
Azizi dan Mohd Isha (2009) juga berpendapat bahawa pengujian merupakan
proses penyerahan set soalan piawai yang perlu dijawab atau satu set
instrument atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku
atau perubahan seseorang individu atau murid. Tujuan utama pengujian ialah
untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Dengan adanya pengujian, ia memudahkan guru untuk mengetahui tentang


pencapaian objektif, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum
yang telah dirancang. Mok Soon Sang (2011) turut berpendapat bahawa
pengujian sebagai suatu cara sistematik untuk menguklur perubahan tingkah
laku seseorang individu. Keadaan ini penting bagi mengukur tingkah laku murid
untuk membuat penilaian ataupun pengadilan. Hasil daripada pemarkahan
daripada keputusan jawapan murid dalam sesebuah pengujian, ia dapat
menjelaskan tahap prestasi murid. Proses pengujian lazimnya bermula dengan
peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan ujian dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui
sama ada muridnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang
ingin disampaikan dalam proses pengjaran dan pembelajaran.

4.2 Pengukuran

Mok Soon Sang pada tahun 2013 mendefinisikan pengukuran sebagai suatu
proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu
benda, perkara atau keadaan. Manakala, Tan Hui Leng, Ee Ah Meng pada tahun
1996 juga telah mengatakan bahawa pengujian biasanya melibatkan pengukuran
yang mana pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi

13
dalam bentuk nombor sahaja. Walaubagaimanapun, dalam bilik darjah,
pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang
diperoleh. Secara umumnya, pengukuran membawa maksud yang lebih luas
berbanding pengujian iaitu sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan
secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrument.Dengan
erti kata lain, pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang
individu memiliki ciri-ciri tertentu.Menurut mereka lagi, pengukuran boleh juga
dibuat tanpa menggunakan pengujian. Contohnya, kemahiran melukis seseorang
pelajar boelh diukur melalui perhatian. Oleh itu, pengukuran umumnya adalah
proses mendapat sesuatu dengan menggunakan kaedah tertentu walaupun tidak
menggunakan pengujian.

Ujian, soal selidik, senarai semak, inventori merupakan instrumen


yang digunakan oleh guru dalam proses pengukuran. Kaedah pentaksiran dan
penaakulan juga merupakan cara bagi menjalankan pengukuran terhadap
pelajar. Pengukuran ini terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk
huraian kualitatif atau membuat keputusan. Maklumat kuantitatif seperti markah
mentah, peratus, persentil agregat dan pangkat menjadi alat pengukuran guru
terhadap pencapaian murid.

Tujuan pengukuran dapat dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi
pengajaran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut;

 Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi.


 Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
 Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang
lain.
 Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

14
4.3 Penilaian

Menurut Popham pada tahun 1975 dan Mohtar pada tahun 1995, penilian
pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai
fenomena pendidikan. Secara lebih luas lagi, penilaian pendidikan itu mencakupi
aspekaspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah
mana usaha pengajaran dihala. Dalam buku Education Evaluation and Decision
Making yang disunting oleh D.Stufflebeam pula mengatakan bahawa penilaian
sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang
berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam
konteks pendidikan, penilaian merupakan suatu proses yang meliputi aktiviti-
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan prosedur ini mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan.

Jika kita lihat, penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah dapat
memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar
terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini
juga dapat memberi maklum balas tentang maslaah yang dihadapi oleh pelajar
dalam pembelajaran. Dengan ini, guru dapat mengenal pasti kemajuan
seseorang pelajar sama ada pada tahap sangat memuaskan, memuaskan,
sederhana lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada
penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang
mempunyai kemahiran kognitif tinggi yang mmerlukan aktiviti pengayaan dan
pada yang sama dapat mengenal pasti pelajar yang memerlukan perhatian yang
lebih. Dengan ini, guru perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah
pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan
keperluan pelajar.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan


memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan
kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada

15
guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi
masalah dalam pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut.
Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan
pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang
dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus
menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan

4.4 Pentaksiran

Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penialain saling bertukar ganti.
Umumnya, pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada
sesuatu peraturan dan piawaian. Menurut Cizek (1993) pula pentaksiran bilik
darjah meliputi satu kaedah dan sumber yang luas yang digunakan oleh guru
untuk mengumpulkan, menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang
pelajar. Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 2013 telah memberi maksud
pentaksiran sebagai proses mendapatkan sama ada formatif, sumatif, formal dan
informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan bukti yang boleh
dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu [roduk
pendidikan. Berdasarkan definisi ini, kata kunci pentaksiran melibatkan proses,
maklumat, penghakiman dan produk. Proses ialah satu susunan langkah
bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki. Malkumat pula ialah bukti menggambarkan prestasi murid dalam
sesuatu perkara yang ditaksir. Manakala penghakiman merupakan proses
pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid. Produk dalam konteks
pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai atau abad yang
diperolehi murid setelah melalui proses pendidikan. Oleh itu, pentaksiran bukan
sahaja melibatkan pentadbiran, pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian
tetapi mencakup pengutipan peringkat awal sehingga akhir segala bentuk
maklumat yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan pemantauan
pengajaran.

Tujuan Pentaksiran

16
 Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, guru dan murid
meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna.
 Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam menepati yang ditetapkan.
 Memberi sijil kepada murid yang menunjukkan kecekapan dalam sesuatu
bidang pembelajaran dan guru menentukan tahap pencapaian murid
berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan.
 Menggunakan maklum balas dari hasil pentaksiran untuk pendidik dan
murid memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek
berkaitan pengajaran dan pembelajaran mereka. Contohnya, mencari
punca kelemahan dan membantu murid untuk meningkatkan prestasi atau
memperbaiki kaedah pengajaran.
 Meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar
memberi penagjaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang
lebih berkesan. Contohnya, apabila murid dapat emlaksanakn tugasan
dengan cemerlang, mereka diberikan pengiktirafan di atas pencapaian
mereka.

17
5.0 Bandingbeza Antara Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

Ciri Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran


Definisi Pr Proses atau prosedur suatu proses Proses untuk Satu proses
yang sistematik bagi mendapatkan menghasilkan nilai mendapatkan malumat
mengukur penjelasan secara kuantitatif untuk dan seterusnya membuat
pencapaian pelajar numerik atau menentukan penghakiman serta
yang biasanya dibuat melalui angka peringkat pencapaian pertimbangan tentang
secara bertulis. tentang sebanyak dan kekedudukan produk sesuatu proses
Proses penyerahan mana individu atau dalam pembelajaran. pendidikan.
set soalan yang murid mempunyai Penilaian Satu episod dalam
piawai yang perlu sesuatu ciri yang menrangkumi aspek proses pembelajaran
dijawab, atau satu set diukur dengan pengujian dan yang merangkumi aktiviti
instrumen bersama menggunakan pengukuran. Saty menghurai, mengumpul,
satu prosedur yang instrumen proses dan prosedur merekod, memberi skor
sistematik bagi yang sistematik bagi dan menginterpretasi
mengukur sampel membuat maklumat tentang
tingkah laku atau pertimbangan dalam pembelajaran seorang
perubahan seseorang mentafsir hasil pelajar bagi sesuatu
individu atau pelajar. pengukuran yang tujuan.
bertujuan dalam Satu proses untuk
memberi tentang mendapatkan gambaran
pencapaian akademik tentang prestasi
atau kemahiran. pembelajaran seseorang
dalam sesuatu subjek
atau aktiviti
pembelajaran.
Tujuan Menentukan langkah untuk Membantu guru Proses mendapatkan
pencapaian pelajar menentukan tahap mengetahui gambaran tentang
dalam sesuatu sesi sejauh mana keupayaan prestasi seseorang
pembelajaran. seorang memiliki penguasaan pelajar. dalam pembelajaran

18
sifat tertentu. Membantu guru Menilai aktiviti yang
dalam membuat dijalankan semasa
perbandingan antara pengajaran dan
seseorang pelajar pembelajaran
dengan rakan- Mendapatkan maklumat
rakannya atau antara secara berterusan
kelas tersebut tentang pengajaran dan
dengan kelas yang pembelajaran
lain. memperbaiki pengajaran-
Membuat pembelajaran.
perbandingkan Merancang aktiviti
pencapaian pelajar pengajaran dan
dalam subejk pembelajaran yang
tersebut dengan tersusun dan sistematik
pencapaian dalam bersesuaian dengan
subjek lain. tahap keupayaan murid.
Menentukan pelajar Melibatkan semua atau
yang tinggi sebahagian besar murid
keupayaannya dan dalam kelas secara
yang amat lemah efektif.
keupayaannya dan Merancang dan
lemah melaksanakan aktiviti
pencapaiannya tindak susul yang
Membantu guru berkesan.
dalam menentukan Memperbaiki pengajaran
pengayaan dan dan pembelajaran
pemulihan bagi
pelajar yang
berkenaan.
Membantu guru
dalam membuat

19
jangkaan terhadap
potensi atau bakat
pelajar terhadap
pembelajaran.
Membolehkan guru
menilai bahan-bahan
dan teknik serta
kaedah pengajaran
mereka.
Melalui ujian
penilaian yang
dilakukan guru dapat
berusaha
meningkatkan
keberkesanan
pengajaran mereka.
Pelajar berpeluang
mengetahui
kelemahan dalam
sesuatu kemahiran
atau bidang dan
segera
memperbaikinya.

Bentuk Pemerhatian Ujian Ujian Jadual Gred Set ujian bertulis dengan
lisan dan Ujian Skala kadar berdasarkan teknik markah dan gred.
bertulis Senarai Semak perangkaan
Cara/ Proses pengukuran Proses Berterusan Proses pengujian Persediaan ujian
Proses Proses penganalisian Merekod Merekod Pentadbiran
Proses Intepretasi Proses Interaksi markah/gred Pemeriksaan
Melapor

20
Tindakan
Masa Selepas Selepas Sebelum, semasa Selepas pebelajaran
pembelajaran Pembelajaran dan selepas
pembelajaran
Keputusan Menunjukkan prestasi Mendapatkan Menunjukkan Menunjukkan
sesuatu kemahiran penjelasan secara pencapaian secara pencapaian secara relatif
atau penguasaan numerik atau keseluruhan tetapi
pembalajaran yang melalui angka tidak semestinya
spesifik tentang sebanyak membayangkan
mana individu atau kebaikan seseorang
murid mempunyai individu.
sesuatu ciri yang
diukur dengan
menggunakan
instrumen

21
6.0 Membina Soalan Objektif dan Soalan Subjektif Aras Taksonomi Bloom

Pengenalan

Dalam Taksonomi Bloom,terdapat domain kognitif yang mempunyai 6 aras iaitu


pengetahuan,pemahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan analisis. Taksonomi
Bloom amat penting kepada sistem pembelajaran dan pengajaran kerana ia
menerapkan pemahaman,pengetahuan,konsep,kaedah,aplikasi dan sebagainya.

Aras Pengetahuan

Aras pengetahuan ialah aras yang paling ringkas dalam domain kognitif. Soalan
aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar
oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras
ini ialah siapa, apa, dimana,bila dan beri definisi.

Aras Pemahaman

22
Objektif domain ini ialah kefahaman yang bermaksud pelajar perlu menjelaskan
pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait
dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap
digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan
dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.

Aras Aplikasi.

Pada peringkat ini,pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori,


hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi
baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan
dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih, buat, kira,
selesaikan.

Aras Analisis

Peringkat Analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti


unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu
dokumen/kes yang diberikan. Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza
dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan
mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk
soalan ini ialah mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan
buktikan.

Aras Sintesis

Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-


bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur.
Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti.
Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan dan
cadangkan apa yang akan berlaku.

Aras Penilaian

23
Dalam aras ini,pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan.
Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh.
Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan, tafsirkan, tentukan dan
pertahankan.

BENTUK SOALAN DALAM ARAS TAKSONOMI BLOOM

Aras Pengetahuan

Objektif

1. Nyatakan satu sikap yang perlu ada dalam diri seseorang ahli keluarga
a) Hormat-menghormati
b) Benci
c) Bergaduh
d) Dengki
2. Sebagai seorang insan, kita perlulah bersyukur dengan nikmat kesihatan
yang telah dikurnia oleh ______________.
a) Manusia
b) Guru
c) Tuhan
d) Rakan

Subjektif

1.
Alam Sekitar adalah penting
bagi memastikan keseimbangan
ekosistem dalam negara kita

24
a. Nyatakan satu punca berlakunya pencemaran
_____________________________________________________
b. Senaraikan tiga bentuk pencemaran yang sering berlaku.



2.
Keluarga kita
merupakan insan yang
terdekat terhadap kita

a. Nyatakan tugas-tugas anda sebagai seorang anak dalam menjaga nama


baik keluarga
___________________________________________________________
b. Berikan tanggungjawab ayah sebagai ketua keluarga
___________________________________________________________

Aras Pemahaman

Objektif

1. Mengapakah pentingnya kita menjaga harta benda sekolah kita?


a) Murid-murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.
b) Murid-murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya
c) Menjaga imej pihak sekolah
d) Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan
untuk memperbaikinya
2. Pertuturan kita sering mencerminkan diri kita
Amalan tersebut merujuk kepada
a) Menjaga imej keluarga
b) Untuk mendapatkan perhatian
25
c) Supaya orang lain suka pada kita.
d) Dapat mengelakkan kesalahan diri sendiri.

Subjektif

1. Sebagai seorang yang mempunyai nilai patriotic


yang tinggi, Abu sering membawa keluarganya
melihat perarakan kemerdekaan yang diadakan di
Dataran Merdeka setiap tahun

a. Terang nilai-nilai yang terdapat dalam diri Abu


___________________________________________
b. Mengapakah Abu ingin menerapkan nilai patriotik dalam keluarganya?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
2. Berikut merupakan program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah
semasa sambutan hari kemerdekaan.
 Pertandingan nyanyian lagu patriotik
 Sajak
 Melukis bertemakan kemerdekaan
a. Jelaskan nilai-nilai yang ingin diterapkan dalam diri murid sekolah
____________________________________________________
b. Mengapakah nilai patriotik perlu ditanamkan dalam diri murid sekolah
___________________________________________________________
__________________________________________________________

Aras Aplikasi

Objektif

1. Bagamanakah kita dapat menerap nilai patriotisme dalam kalangan orang


muda pada zaman kini?
a) Dengan menonton television di rumah.

26
b) Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh semangat.
c) Menyanyikan lagu-lagu barat
d) Membaca novel-novel remaja.
2. Bagaimanakah cara seseorang anak menghargai ibu bapanya?
a) Menceritakan kebaikan ibu bapa kepada rakan-rakan
b) Menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibu-bapa.
c) Mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
d) Berkelah bersam-sama keluarga.

Subjektif

1. Berikan dua contoh bagaimana kita boleh menjadi jiran yang baik?
a. __________________________________________________________
b. __________________________________________________________
2. Dalam situasi pergaduhan yang berlaku dalam sekolah. Jelaskan apakah
tindakan yang sepatutnya anda lakukan apabila terserempak dengan
murid-murid yang berlaku dalam kawasan sekolah.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________

Aras Analisis

Objektif

1. Mengapakah maruah keluarga perlu dijaga?


a) Keluarga dipandang rendah
b) Mersakkan hubungan baik keluarga
c) Maruah dipelihara kelaurga sejahtera
d) Menyusahkan anggota kelaurga
2. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang jujur, amanah dan patuh akan
peraturan dan undang-undang negara, bagaimanakah cara anda untuk
menunjukkan anda patuh kepada peraturan dan undang-undang?
a) Memandu mengikut had laju yang ditetapkan

27
b) Menfitnah antara satu sama lain
c) Membocorkan rahsia negara
d) Tidak menghormati lagu kebangsaan

Subjektif

1.
Ali merupakan kawan baik anda. Pada satu hari, anda
terlihat ali mengambil benda hak milik orang lain tanpa
pengetahuan anda

a. Sebagai seorang rakan baik, jelaskan tindakan yang patut anda lakukan?
___________________________________________________________
__________________________________________________________
b. Mengapakah kita perlu bersikap jujur sepanjang masa?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________

2. Mengapakah nilai kesederhanaan adalah penting dalam kehidupan


seharian kita?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Aras Sintesis

Objektif

1. Berikan satu sikap yang menunjukkan anda peka terhadap alam sekitar
kita.
a) Membuang sampah merata-rata

28
b) Menebang hutan-hutan kita.
c) Melaporkan pembakaran terbuka.
d) Memetik bunga di tempat awam.
2. Berikut merupakan situasi-situasi yang menunjukkan abu seorang yang
bersih dari segi mental dan fizikal kecuali
a) Berasa iri hati dengan kejayaan rakan-rakan lain.
b) Berpakaian kemas ke sekolah
c) Menerima kritikan rakan secara terbuka
d) Bersikap rasional dalam membuat sesebuah keputusan

Subjektif

1. Cadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah


dalam menangani kes disiplin murid yang kian meningkat
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Bagaimanakah cara yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam


menginsafkan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________

Aras Penilaian

Objektif

1. Ceritakan cara anda menjaga maruah kelaurga.


a) Sentiasa menjaga pertuturan, tingkah laku dan cara berpakian
b) Ingkar pesanan ibu bapa
c) Malas belajar
d) Kurang sopan
2. Azai mendapati adik sepupunya menangis mencari bukunya yang hilang.

29
Dalam keadaan tersebut, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh Azai?
a) Tidak mempedulikan.
b) Menolong adik sepupunya mencari buku.
c) Marah adik sepupunya.
d) Membiarkan adik sepupunya.

Subjektif

1. Bincangkan sejauh manakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat


melahirkan insan yang bermoral tinggi
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________
2. Beri pendapat anda tentang kepentingan nilai patriotisme dalam
membentuk warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik serta berdaya
saing dalam mengharumkan nama negara
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________

30