You are on page 1of 3

a.

Autonomi

Berpandukan pada kehendak sendiri atau kebebasan klien untuk memilih arah mereka sendiri.

Menghormati autonomi adalah dengan mengiktiraf hak orang lain untuk memilih dan

bertindak sesuai dengan keinginannya dan berperilaku professional dan mengikut hak orang

lain. Menurut ACA kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien untuk

menjaga kepentingan dan kebajikan klein; kaunselor harus mengelakkan keterbegantungan

klien dalam membina hubungan kaunseling.

b. Nonmaleficence

Mengelakkan kerugian. ACA menyatakan dalam hubungan kaunseling, kaunselor sedar akan

keakraban dan tanggungjawab yang wujud dalam hubungan kaunseling, mengekalkan rasa

hormat pada klien dan mengelakkan tindakan bagi keperluan peribadi dengan klien menjadi

mangsa.

c. Beneficence

Bermaksud kebaikan, iaitu membuat kebajikan bagi orang lain. Idealnya, kaunseling

memberikan sumbangan untuk pertumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan klien

dalam konteks budaya mereka, sehingga apa-apa perkara yang dilakukan oleh kaunselor

4
mendapat pujian terhadap kriteria ini. Menurut ACA, tanggungjawab utama
kaunselor adalah

untuk menghormati martabat dan untuk memajukan kesejahteraan klien.

d. Justice

Keadilan, beerti memberikan perlakuan yang sama kepada semua


orang. ACA pula

menyatakan, kaunselor memberikan sumbangan kepada masyarakat


dengan mengabdikan

sebahagian daripada kegiatan profesional mereka kepada perkhidmatan


yang sebahagiannya

atau tidak ada keuntungan kewangan.

e. Fidelity

Kesetiaan, bermaksud bahawa profesional membuat janji jujur dan


menghormati komitmen

mereka kepada mereka yang menerima perkhidmatan. ACA menyatakan


ketika kaunseling

bermula dan sepanjang proses kaunseling diperlukan, kaunselor


memberitahu klien tentang

tujuan, sasaran, teknik, prosedur, limitasi, potensi risiko dan manfaat


perkhidmatan yang akan

dilakukan dan maklumat berkaitan lain. Dengan kata lain melibatkan


saling percaya dan

hubungan teraputik di mana klien boleh mencari penyelesaian mereka sendiri.

f. Veracity

Kejujuran, bermaksud kebenaran. Melainkan kaunselor berpura-pura


dengan klien,

kepercayaan yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang


baik tidak akan
berkembang. ACA : “Kaunselor mengambil langkah-langkah untuk
memastikan bahawa klien

memahami implikasi daripada diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan


laporan, kos dan

tatacara bayaran. Klien mempunyai hak mengharapkan kerahsiaan


dikekalkan dengan

penerangan had yang sepatutnya dan klien boleh menolak setiap


perkhidmatan disyorkan dan

diberi nasihat akibat daripada penolakan tersebut.

You might also like